Anda di halaman 1dari 4

Kahwin Ketika Mengandungkan Anak Zina..

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah? Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan. Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah? Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan. Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu. Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan? Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah. Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan? Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah. Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah? Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya. Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri? Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram. Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya? Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah. Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri? Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan

yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

KESEMUA JAWAPAN INI TIDAK TEPAT!!! DAN MENGELIRUKAN!!!!

Jawapan: Saya berpendapat bahawa dibenarkan untuk perempuan itu berkahwin terumatanya dengan lelaki yang telah menyebabkannya mengandung dan perkahwinan itu adalah sah.Tetapi andaikata dia berkahwin dengan selain dari lelaki yang menyebabkannya mengandung ,maka tidak dibenarkan bersetubuh kecuali setelah melahirkan anak. Berikut adalah penjelasnnya. Ulama bersepakat bahawa perempuan yang diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suami maka perempuan itu haram berkahwin selagi beada didalam tempoh iddah.Tetapi mereka berbeza pandangan berkenaan perempuan yang berzina , adakah diwajibkan untuk menunggu sehingga tamat tempoh iddah sebelum berkahwin ataupun dibenarkan berkahwin terus tanpa menunggu tamat tempoh iddah. Pandangan ulama didalam bab ini . 1) MAZHAB HANAFIAH - Abu Hanifah, Muhammad Bin hasan dan Abu Yusuf berpandangan bahawa perempuan yang mengandung disebabkan zina dibenarkan berkahwin tetapi tidak dibenarkan bersetubuh melainkan selepas perempuan itu melahirkan anak.(al-muhalla) 2)MAZHAB SYAFIYYAH - Imam asy-Syafie berpandangan perempuan yang berzina dibenarkan untuk berkahwin dan terus bersetubuh dengan suaminya kerana hubungan zina tidak menyebabkan pertalian keturunan.(majmu al-fatawa) 3)MAZHAB MILIK DAN AHMAD - Imam malik dan Ahmad berpendapat diharamkan bagi perempuan yang mengandung anak luar nikah untuk berkahwin kecuali setelah melahirkan anak(al-muhalla & majmu al-fatawa) 4)sebahagian Pendapat dari Ahmad dan Malik melarang perempuan yang berzina untuk berkahwin melainkan setelah menunggu sekali haid (istibra) bagi memastikannya tidak mengandung(Majmu al-Fatawa) 5)Imam Zufar , al-Qadi Abu Yala dan sebahagian riwayat dari Ahmad dan Malik mewajibkan perempuan yang berzina menunggu sehingga tiga kali haid sebelum dibenarkan berkahwin(alMuhalla & Majmu al-Fatawa) Ulama yang mengharamkan perempuan yang mengandung anak luar nikah daripada berkahwin berpegang dengan ayat al-Quran

Dan perempuan yang mengandung maka tempoh iddahnya adalah sehingga melahirkan anak(At-Thalaq : 4) Maka perempuan yang mengandung tidak dibenarkan berkahwin melainkan setelah melahirkan anak. Bagi Ulama yang membenarkan perempuan yang mengandung anak luar nikah untuk berkahwin pula menyatakan bahawa ayat ini berkenaan dengan perempuan mengandung yang diceraikan oleh suaminya bukannya perempuan yang mengandung disebabkan zina.Disebabkan itu Allah menyebutkan didalam ayat 6 Surah yang sama Berikanlah mereka rumah kediaman sebagaimana yang kamu diami mengikut kemampuan kamu Terdapat khabar dari Umar yang membenarkan perempuan yang mengandung anak luar nikah untuk berkahwin. Daripada Abu Yazid sesungguhnya Siba bin Harith dengan anak perempuan Mauhib Binti Rabah sedangkan dia mempunyai anak perempuan dengan suami yang terdahulu.Begitu juga Siba mempunyai anak lelaki dengan isterinya yang terdahulu.Maka kedua-dua anak mereka berzina sehangga mengandung.Mereka dibawa kepada Umar Al-Khattab untuk diputuskan hukuman , maka Omar menjalankan hukuman hudud dan mengarahkan mereka untuk berkahwin tetapi lelaki itu enggan berkahwin.(Al-Muhalla). Bagi mereka yang berkahwin dengan perempuan yang mengandungkan anak luar nikah , sedangkan dia bukan merupakan bapa kepada anak yang dikandungkan perempuan itu , tidak dibenarkan bersetubuh dengan perempuan itu melainkan setelah perempuan itu melahirkan anak.Sebaliknya jika perempuan itu tidak mengandung , dibenarkan untuk berkahwin dengannya dan bersetubuh dengannya setelah kedatangan haid sekali (setelah dipastikan bahawa perempuan itu tidak mengandung).Ini merupakan sebagaimana disebutkan didalam hadith Daripada Ruwaifi Bin Tsabit , Rasulullah bersabda Tidak dihalalkan kepada seseorang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat menyiramkan airnya dikebun orang lain (bersetubuh dengan perempuan yang mengandungkan anak orang lain) , bersetubuh dengan perempuan tawanan perang melainkan setelah dipastikan perempuan itu tidak mengandungkan anak orang lain dan menjual harta rampasan perang melainkan setelah dibahagikan(kepada sesama tentera) (Riwayat Abu daud , Ahmad , al-Baihaqi , Ibn Atsir [Jami' al-usul]). Adalah tidak tepat untuk dikatakan bahawa tujuan utama diwajibkan perempuan yang bercerai menunggu sehingga tamat tempoh iddah sebelum berkahwin dengan orang lain adalah untuk memastikan rahimnya suci dari mengandungkan anak orang lain kerana beberapa alasan. 1)tempoh sekali haid(istibra) sudah memadai untuk memastikan bahawa perempuan itu telah suci dari mengandungkan anak orang lain

2)Tempoh iddah yang berbeza-beza bagi perempuan yang diceraikan (3 quru) dan kematian suaminya (4 bulan 10 hari) menunjukkan bahawa iddah dijalankan kerana mengikut perintah Allah bukannya kerana tujan utama lain. 3)Ibn Abbas , Uthman dan Ibn Umar berpandangan bahawa setelah khulu(perempuan membayar sejumlah pampasan dan meminta supaya suaminya menceraikannya )perempuan itu hanya perlu menunggu tempoh istibra sahaja sebelum berkahwin dengan orang lain(majmu alfatawa)(Hadith Abu Daud dan At-Tirmidzi) Maka iddah ini hannya diwajibkan untuk perempuan yang bercerai setelah berkahwin sahaja.Bukannya untuk perempuan yang berzina dan tawanan perang.

KESIMPULAN Walaupun terdapat khilaf dan ulama lebih cenderung menghalang perkahwinan tersebut maka di MALAYSIA urufnya ialah membenarkan mereka berkahwin kerana menjaga aib juga adalah perkara yang mustahak. Wallahu alam.

Anda mungkin juga menyukai