Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Kata Iddah dalam bahasa arab diambil dari kata al-Adad dan al-Ihshayang berarti Bilangan. 'Iddah pada pengertian ialah membilang atau menghitung. Maksud 'Iddah pada Syara' pula ialah seseorang wanita yang telah diceraikan oleh suaminya ataupun yang kematian suaminya, maka wanita tersebut dilarang dari berkahwin dengan lelaki lain untuk tempoh beberapa waktu sehinggalah tempoh waktu itu berakhir. Dengan cara ini dapatlah dipastikan kesucian wanita tersebut, sama ada ia mengandung ataupun tidak. Telah sabit pensyariatan iddah dengan beberapa ayat Al-Quran dan banyak hadis Rasulullah s.a.w serta ijma ulama telah bersepakat di atas pensyariatannya. Hukum menunggu bagi bekas istri yang telah dicerai oleh suaminya atau suaminya meninggal dunia itu adalah wajib dan lama waktunya ditetapkan oleh agama sesuai dengan keadaan bekas suami yang mencerai atau bekas istri yang dicerai.

Iddah antara lain dapat memastikan rahim wanita bersih dari benih suami, mengenang kebaikan dan keindahan hidup bersama suami, menzahirkan kesedihan atas pemergiannya, memelihara kehormatannya serta mengelakkan fitnah. Wanita ialah makhluk tuhan yang dianugerahkan dengan roh dan jasad. Dalam keadaan yang sangat sukar selepas kematian suami, wanita memerlukan masa untuk membiasakan dirinya dengan kehidupan baru yang pastinya jauh berbeza dengan kehidupan semasa suaminya masih hidup. Terdapat beberapa jenis iddah iaitu kematian suami dan bercerai talak.

HUKUM BAGI WANITA YANG BER'IDDAH


1. Haram meminang atau melamar wanita yang masih berada dalam 'iddah sama ada 'iddah talak yang boleh dirujuk atau 'iddah kematian suami. Bagi wanita yang berada dalam i'ddah yang boleh dirujuk pada hukumnya ia masih menjadi isteri orang.

2. Haram berkahwin dengan wanita yang masih berada dalam 'iddah, ini kerana hubungan dan ikatan perkahwinan itu masih belum putus sepenuhnya kerana waktu dan tempoh 'iddah belum berakhir. Sekiranya perkahwinan itu dilangsungkan juga, maka perkahwinan itu tidak sah dan terbatal. Demikian juga halnya dengan wanita yang berkahwin itu sedangkan ia masih menjadi isteri orang, maka wajib dipisahkan dari suami barunya itu.

Kewajipan ber'iddah bagi setiap wanita telah disyariatkan oleh agama bagi memelihara air mani suami supaya tidak bercampur dengan air mani lelaki lain demi menjaga nasab dan keturunannya. Setelah tempoh 'iddah berakhir, maka harus bagi sesiapa sahaja untuk mengahwini wanita tersebut.

3. Haram keluar rumah bagi wanita yang sedang ber'iddah. Bagi wanita yang kematian suami tidak dibolehkan keluar pada waktu malam kecuali pada perkara-perkara yang darurat tetapi tidak mengapa jika ia keluar pada waktu siang bagi menguruskan keperluannya kerana ia perlu keluar untuk mencari nafkah dirinya ataupun nafkah untuk tanggungannya jika mempunyai anak-anak.

4. Suami juga tidak boleh menghalau atau membenarkan isterinya keluar dari rumah selagi tempoh 'iddah belum berakhir. Tempat tinggal bagi wanita yang ber'iddah adalah di rumah suaminya sendiri dan ia tidak boleh keluar tanpa keizinan dari suaminya. Firman Allah, 'Wahai Nabi, apabila kamu (atau umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah pada masa mereka dapat memulakan 'iddahnya. Dan hitunglah masa 'iddah itu (dengan betul) serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai 'iddahnya) dan janganlah pula dibenarkan mereka keluar (dari rumah) kecuali mereka melakukan perbuatan keji yang nyata'. (At-Talak : 1)

http://doaharian.blogspot.com/2005/12/definisi-iddah.html http://newrupa.blogspot.com/2011/02/pengertian-iddah.html http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6725.0

Anda mungkin juga menyukai