Anda di halaman 1dari 21

1.

0 SENARAI KANDUNGAN

Bilangan Butiran Muka surat


1 Kandungan

2 Abstrak

3 Penghargaan

4 Pengenalan

5 Objektif kajian

6 Kaedah Kajian

7 Dapatan kajian dan Perbincangan

8 Rumusan dan Kesimpulan

9 Rujukan

10 Lampiran
TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT TAMAN PARIT BAKAR GEMILANG
MENGENAI PERLAKSANAAN HUKUMAN QISAS

ABSTRAK

Islam diturunkan bagi menjaga kemaslahatan manusia. Oleh itu berbagai cara dan
kaedah yang diwahyukan oleh Allah adalah bertujuan memelihara kepentingan manusia.
Antaranya ialah hukuman diyat dan qisas. Hukuman ini telah ditentukan bagi kesalahan apa
yang telah dilakuakan dan kadar hukumannya berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-
hadis nabi s.a.w. Namun, prinsip ini juga terdapat di dalam undang-undang ciptaan. Ianya
dicipta bagi menjamin keselamatan dan keadilan kepada manusia. Undang-undang ini
bukanlah seperti undang-undang ciptaan yang lain yang mana mempunyai aktanya sendiri.
Dengan melaksanakan hukuman qisas dapat mencegah dan menghalang orang yang
bercadang untuk melakukan jenayah daripada meneruskan niat buruknya. Jika mereka
mengetahui bahawa hukuman yang akan diterimanya adalah berat, menyamai dengan jenayah
yang dilakukan sudah tentu dia akan berfikir dua tiga kali dan akhirnya akan membatalkan
niat buruknya itu. Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji konsep qisas secara umum dengan
menggunakan kaedah dokumentasi menerusi carian internet dan kitab-kitab feqah yang telah
diterjemahkan serta tulisan-tulisan oleh ahli feqah yang terdapat di Malaysia. Penemuan
utama kajian yang diperoleh oleh pengkaji adalah mengenai konsep qisas yang meluputi
pengertian, dalil pensyariatan, syarat, hukum dan hikmah qisas menurut pandangan Islam.
Pengkaji juga telah mengedarkan borang kaji selidik kepada penduduk Taman Parit Bakar
Gemilang bagi mengukur tahap kefahaman masyarakat mengenai hukuman qisas. Pengkaji
mendapati rata-rata masyarakat memahami hukuman qisas secara umum. Mereka
berpendapat sudah tiba masanya hukuman qisas dilaksanakan di Malaysia. Oleh itu, semua
pihak mestilah bersatu padu bagi memastikan perkara ini dapat direalisasikan.
PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirabbil ‘alamin syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan
rahmatNya, pengkaji masih diberi kesihatan yang baik untuk menyiapkan kerja kursus
syariah ini dengan jayanya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W. dan para sahabat r.a serta para tabi’in yang telah menegakkan kebenaran serta
memperjuangkan panji- panji Islam di bumi Allah S.W.T.

Pertama sekali, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua Smka
Maahad Muar iaitu Ustaz Mokhtar Bin Ashari dan jutaan terima kasih juga kepada Penolong
Kanan Tingkatan Enam, Ustaz Ahmad Nor Azmi Bin Ishak yang banyak memberi sokongan
kepada pengkaji dan juga rakan-rakan seperjuangan.

Selanjutnya, berbanyak terima kasih pengkaji ucapkan kepada guru pembimbing


pengkaji iaitu, Ustaz Naseh Bin Ahmad yang merupakan guru syariah pengkaji yang banyak
membantu pengkaji bagi menyiapkan kerja kursus ini. Beliau telah bersusah payah serta
bertungkus lumus dengan jayanya membantu pengkaji untuk menyelesaikan kerja kursus ini.
Ribuan terima juga diucapkan kepada pihak sekolah yang telah memberi kemudahan untuk
saya menyiapkan kerja kursus syariah ini.

Seterusnya, ribuan terima kasih ditujukan khas kepada kedua ibu dan bapa pengkaji
iaitu Mohd Rozi Bin Mohd Nor dan Siti Nor Binti Mupit kerana telah banyak membantu
pengkaji terutama dari segi kewangan dan bantuan pengangkutan sepanjang pengkaji
melaksanakan tugasan ini. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kedua-duanya.

Akhir sekali, pengkaji juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan
rakan seperjuangan pengkaji yang sanggup meluangkan sedikit masa serta memberi tunjuk
ajar kepada pengkaji dan juga saling bertukar pendapat antara satu sama lain bagi
menyiapkan tugasan ini walaupun sibuk dengan tugasan masing-masin
1.0 PENGENALAN

Adapun jenayah yang melibatkan jiwa seperti membunuh ataupun ke atas anggota
tubuh badan seperti mencederakan, melukai atau memotong sesuatu anggota di mana ianya
dilakukan dengan niat yang sengaja, maka hukuman yang dikenakan terhadap jenayah jenis
ini ialah qisas. Hukuman qisas merupakan hukuman asal bagi jenayah tersebut. Namun
begitu, sekiranya hukuman qisas tidak dapat dilaksanakan atas sebab tertentu, maka hukuman
ganti akan dijalankan iaitu penjenayah akan dikenakan hukuman diat ataupun ta’zir.

Dari segi bahasa, qisas bermaksud seseorang yang melakukan jenayah tertentu akan
diikuti dengan hukuman qisas yang sama seperti yang telah dilakukan terhadap mangsanya.
Dari segi istilah pula, qisas bermaksud suatu pembalasan yang dijauhkan dan dikenakan ke
atas penjenayah sama seperti tindakan jenayah yang dilakukannya terhadap mangsa.
Contohnya, mencederakan orang hukuman qisasnya dengan mencedera juga.

Dalam mengkaji hukuman qisas, pengelasan pembunuhan itulah perkara yang paling
penting, iaitu samaada ianya suatu jenayah yang memaksa campur tangan pihak kerajaan
dengan cara hukuman atau ia adalah suatu kesalahan awam atau kesalahan tort yang yang
menyediakan penyelesaian untuk mangsa-mangsa si pesalah yang yang memintanya. Dalam
undang-undang Islam, tempat yang diberi kepada kehendak indivdu-individu dalam konteks
qisas membezakan cara perundangan moden. Kerana nampaknya di bawah undang-undang
Islam, pembunuhan pada pokoknya merupakan kesalahan awam yang perlu diselesaikan
mengikut kehendak si mangsa atau saudara-maranya dan bukan satu jenayah dalam erti kata
yang ketat. Demikianlah fahaman kita mengenainya apabila membaca teks-teks perundangan
Islam. Tetapi satu kajian yang rapi mungkin akan membawa kepada satu kesimpulan yang
agak berlainan.

Kajian dijalankan bertujuan untuk memahami dan menjelaskan konsep qisas menurut
perspektif Islam. Hal ini bertujuan untuk memahami secara terperinci mengenai konsep qisas.
Selain itu, kajian ini dijalankan juga untuk mengkaji tahap kefahaman masyarakat Malaysia
khususnya di Taman Parit Bakar Gemilang mengenai hukuman qisas.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep hukuman qisas yang menurut
perundangan Islam. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kefahaman penduduk
Taman Parit Bakar Gemilang mengenai hukuman qisas.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah dokumentasi untuk mengetahui
segala maklumat yang berkaitan dengan tajuk. Bahan-bahan yang diperoleh melaui bahan-
bahan bertulis seperti buku risalah dan majalah. Melalui kitab-kitab feqah yang ada juga
pengkaji dapat menjalankan kajian dengan lebih terperinci, kemas dan teratur mengenai tajuk
kajian yang dijalankan. Selain itu, pengkaji juga menggunakan teknologi yang terkini iaitu
melalui internet. Pengkaji berpeluang memperoleh lebih banyak maklumat tambahan untuk
mengetahui mengenai qisas dengan kemudahan yang semakin canggih ini. Oleh itu, pengkaji
dapat menjimatkan masa dengan melayari internet untuk mendapatkan bahan-bahan kajian
secukupnya. Selain itu, pengkaji juga telah menggunakan kaedah kaji selidik terhadap
penduduk Taman Parit Bakar Gemilang. Melalui kaedah ini pengkaji telah dapat mengetahui
tahap kefahaman penduduk Taman Parit Bakar Gemilang. Kemudian data telah diolah dalam
bentuk graf serta dianalisis.

4.0 PERBINCANGAN DAN HASIL KAJIAN

4.1 PENGERTIAN QISAS

Qisas mengikut pengertian bahasa ialah persamaan atau mengikut. Oleh itu, qisas
menurut pengertian bahasa tersebut ialah seseorang yang melakukan jenayah tertentu akan
diikuti dengan hukuman qisas sama seperti yang telah dilakukan terhadap mangsanya.
Qisas dari sudut bahasa bererti perturutan kesan dan ia digunakan dengan makna
pembalasan kerana orang yang menjalankan qisas akan menurut kesan jenayah seseorang
penjenayah, lalu memperlakukannya sama seperti jenayahnya Ia juga bererti bersamaan.
Daripada pengertian ini pembalasan qisas dipakai menurut syarak. Ia adalah membalas
penjenayah sama seperti perbuatannya iaitu bunuh (Wahbah Zuhaili, 2004).

Menurut istilah syarak pula qisas adalah satu jenis hukuman yang termasuk dalam
kategori hudud, iaitu suatu hukuman yang telah ditetapkan syarak melalui nas-nas al-Quran
dan sunnah Rasulullah s.a.w bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak-hak anak Adam
atau hak individu seperti jenayah bunuh dan mencederakan anggota tubuh badan.

Qisas ialah kesamaan dan adil. Telah berkata Qurtubi di dalam kitabnya Jami’ al-
Ahkam al-Quran bahawa qisas diambil dari perkataan "qassa" yang memberi maksud
mengikut (Ahmad Fathi Bahansi, 1983).

Makna qisas ialah perumpaman pesalah disamakan dengan perbuatannya iaitu


membunuh dan disamakan perbuatan itu dengan hukumannya (Abdul Qadir Awdah.)

Hukuman Qisas, iaitu hukum bunuh balas bunuh yang disebabkan kematian
yang disengajakan. Termasuk juga dalam hukuman qisas ialah perbuatan melukakan
seseorang yang lain dengan sengaja (Ibn al-Kathir, 1998)

Kewajipan melakukan undang-undang qisas tidak boleh dipertikaikan lagi kerana


ianya telah ditetapkan syarak secara muktamad seperti mana wajibnya solat, puasa, zakat,
haji dan sebagainya. Ini berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan sunnah Rasulullah
s.a.w.
4.2. DALIL PENSYARIATAN QISAS

4.2.1 AL-QURAN

‫ ِد َواألُنثَى‬N ‫ ُد بِ ْال َع ْب‬N ‫ال ُح ِّر َو ْال َع ْب‬N


ْ Nِ‫صاصُ فِي ْالقَ ْتلَى ْالحُرُّ ب‬ َ ِ‫ب َعلَ ْي ُك ُم ْالق‬ ْ ُ‫يَا أَيُّهَا الَّ ِذينَ آ َمن‬
َ ِ‫وا ُكت‬
ٌ ِ‫كَ ت َْخف‬Nِ‫ا ٍن َذل‬N‫ ِه بِإِحْ َس‬Nْ‫ُوف َوأَدَاء إِلَي‬
‫ف ِّمن‬N‫ي‬ ِ ‫ال َم ْعر‬Nْ ِ‫ع ب‬ ٌ ‫ا‬Nَ‫ ْي ٌء فَاتِّب‬N‫ ِه َش‬N‫بِاألُنثَى فَ َم ْن ُعفِ َي لَهُ ِم ْن أَ ِخي‬
‫ك فَلَهُ َع َذابٌ أَلِي ٌم‬
َ ِ‫َّربِّ ُك ْم َو َرحْ َمةٌ فَ َم ِن ا ْعتَدَى بَ ْع َد َذل‬

Maksud: Wahai orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman


"Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang yang mati dibunuh, iaitu orang
merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan
perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya
(pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang
baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran
ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari
Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas
(untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah
al-Baqarah, 2: 178-182)

ِ ‫اص َحيَاةٌ يَاْ أُولِ ْي األَ ْلبَا‬


‫ب لَ َعلَّ ُك ْم تَتَّقُون‬ ِ ‫ص‬َ ِ‫َولَ ُك ْم فِي ْالق‬

Maksud: Dan dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu Wahai orang
yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. (179)

ِ َ ‫س َو ۡٱل َع ۡینَ بِ ۡٱل َع ۡی ِن َوٱأۡل َنفَ بِٱأۡل‬


ِّ‫نف َوٱأۡل ُ ُذنَ بِٱأۡل ُ ُذ ِن َوٱلس َِّّن بِٱل ِّسن‬ َ ‫َو َكت َۡبنَا َعلَ ۡی ِهمۡ فِیهَ ۤا أَ َّن ٱلنَّ ۡف‬
ِ ‫س بِٱلنَّ ۡف‬
‫صا ࣱۚص‬ َ ‫َو ۡٱل ُجر‬
َ ِ‫ُوح ق‬
Terjemahannya: “Dan Kami telah terhadap mereka di dalamnya (Taurat)
bahawasanya nyawa (dibalas) dengan tetapkan nyawa, mata dengan mata, hidung dengan
hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada qishashnya.” (surah
Al-Maidah, 5 :45)

Ayat di atas menjelaskan bahawa kehidupan masyarakat dijamin oleh hukuman


qisas. Oleh kerana jika qisas tidak dijalankan maka nyawa dan tubuh badan akan dicerobohi
tanpa balasan dan pembelaan yang kuat akan menindas yang lemah. Hidup dalam keadaan
huru-hara dan kucar-kacir kerana tidak ada undang-undang dan peraturan yang mengawal
keamanan dan ketenteraman. Oleh itu, untuk hidup dalam keadaan aman damai, maka
perlulah dijalankan hukuman qisas kerana ianya merupakan suatu hukuman yang adil dan
saksama.

Ayat di atas juga menerangkan bahawa matlamat dan keistimewaan syariat qisas
hanya dapat difahami dan diakui oleh mereka yang mempunyai akal fikiran yang waras.
Oleh itu Allah menunjukkan firman-Nya dengan perkataan ertinya “Wahai orang-orang yang
berakal”. Jadinya orang-orang yang tidak berakal atau yang tidak mempunyai akal yang
waras dan rasional tidak mahu menerima dan mengakui kebaikan undang-undang qisas.
Sebaliknya orang-orang yang seperti ini sanggup melemparkan tuduhan-tuduhan yang liar
terhadap syariat qisas seperti dituduhnya sebagai hukuman yang kejam dan tidak
berperikemanusiaan. Oleh itu tidaklah menghairankan jika ada golongan manusia termasuk
orang-orang Islam sendiri yang menolak perlaksanaan undang-undang qisas kerana akal
mereka sudah ditutupi dan diselubungi dengan idea-idea bertentangan dengan ajaran Islam
seperti golongan liberal yang menggunakan agama bagi memperjuangkan hak kebebasan
asasi manusia.

4.2.2 HADIS

َ ‫ع َْن َس َم َر ٍة أَ َّن َرسُو َل هللاِ قَا ِل( ِم ْن قَت ََل َع ْب ُدهُ قَت َْلنَاهُ َو َم ْن َج َد ْعنَاهُ َو َم ْن أَخَ صَّاهُ أَ َخ‬
)ُ‫ص ْينَاه‬

Maksud: Samurah menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa


yang membunuh hambanya, maka kami bunuh pula dia dan barang siapa yang memotong
hidung hambanya, maka kami potong pula hidungnya. (Al-Nasa’i)
‫ دَى ثَالث إِ َّما‬Nْ‫ا ُر إح‬NNَ‫ ٌل فَإِنَّهُ يَ ْخت‬N َ‫ل أَوْ خَ ب‬N ٍ N‫صيبُ بِقَ ْت‬ ِ ُ‫ي قَا َل( َم ْن أ‬ َّ ِ‫َاع ِّي أَ َّن النَّب‬
ِ ‫َع ِن ابي َش ِري َح ْال ُخز‬
‫ َد‬NNْ‫أَ ْن يَ ْقتَصَّ َوإِ َّما أَ ْن يَ ْعفُ َو َوإِ َّما أَ ْن يَأْ ُخ َذ ال ِّديَةَ فَإ ِ ْن أَ َرا َد الرَّابِ َعةَ فَ ُخ ُذوا َعلَى يَ ِديِّ ِه َو َم ِن اِ ْعتَدَى بَع‬
)‫َذلِكَ فَلَهُ َع َذابُ ألِي ُم‬

Maksud: Abu Syuraih al-Khuza'i, bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Barang siapa
yang tertimpa musibah pembunuhan atau pelukaan, maka sesungguhnya dia memilih salah
satu antara tiga perkara, iaitu: Adakalanya mengqisas (pelakunya), adakalanya memaafnya,
dan adakalanya mengambil diyat. Dan jika dia menghendaki yang keempat, maka
belenggulah kedua-dua tangannya (lakukanlah Qisas terhadapnya). Dan barang siapa yang
melampaui batas sesudah itu, maka baginya neraka Jahannam.” (Abu Dawud)

Dapat difahami daripada hadis di atas bahawa Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa
hukuman qisas wajib dilaksanakan bagi kepada pembunuh. Namun begitu, hukuman qisas
tidaklah kejam seperti hukuman sivil yang ada. Hal ini kerana terdapat juga bayaran diyat
yang dikenakan kepada penjenayah jika dimaafkan oleh waris si mangsa.

4.3. SYARAT WAJIB QISAS

Untuk menjatuhkan hukuman qisas terhadap pembunuhan sengaja mestilah memenuhi


syarat-syarat tertentu. Sekiranya syarat tersebut tidak dipenuhi, penjenayah hanya dikenakan
hukuman diyat atau ganti rugi sahaja kepada mangsa. Oleh itu, syarat wajib qisas terbahagi
kepada dua bahagian iaitu:

 Syarat terhadap pembunuhan.


 Syarat terhadap mangsa.

4.3.1 SYARAT TERHADAP PEMBUNUHAN

Syarat terhadap pembunuhan pula dapat dibahagikan kepada beberapa syarat.

 Membunuh dengan niat sengaja.


Seseorang tidak akan dikenakan hukuman qisas jika pembunuhan itu dilakukan secara
separa sengaja atau tidak sengaja.
 Pembunuhan orang yang waras.
Seseorang yang mempunyai penyakit mental ataupun gila yang telah disahkan oleh
pihak hospital tidak dikenakan hukuman qisas.
 Pembunuhan orang yang baligh.
Seseorang yang yang belum cukup umur yang hanya dapat membezakan mana baik
ataupun buruk [mumayiz] tidak dikenakan hukuman qisas.
 Membunuh dengan kerelaan sendiri.
Seseorang yang dipaksa oleh orang lain untuk melakukan pembunuhan tidak
dikenakan hukuman qisas

4.3.2. SYARAT TERHADAP MANGSA

Terhadap mangsa juga mempunyai beberapa syarat tertentu. Diantaranya ialah:

 Mangsa bukan dari kalangan orang yang ada hak terhadap pembunuh.
Syarat di atas memberi maksud bahawa hukuman qisas tidak akan terlaksana jika
mangsa itu mempunyai pertalian darah dengan pembunuh seperti ayah dan anak.
 Mangsa bukan milik pembunuh.
Syarat di atas menjelaskan mengenai hukuman qisas tidak akan dijalankan jika ianya
melibatkan hamba dan tuanya.
 Mangsa adalah terpelihara darahnya.
Syarat di atas menerangkan kepada kita bahawa hukuman qisas itu hanya terlaksana
kepada orang Islam sahaja.

4.4. HALANGAN PELAKSANAAN QISAS

Halangan terhadap pelaksanaan qisas terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

 Halangan bentuk umum.


 Halangan bentuk khusus.

4.4.1. HALANGAN BENTUK UMUM


Antara halangan umum daripada pelaksanaan hukuman qisas yang dilakukan dengan sengaja
oleh penjenayah ialah seperti berikut:

 Belum cukup umur.


Peringkat umur seperti kanak-kanak menjadi penghalang kepada perlaksanaan
hukuman qisas ke atasnya disebabkan belum mencapai tahap kematangan (baligh)
 Tidak waras.
Seseorang yang mempunyai penyakit mental terhalang untuk dilaksanakan hukuman
qisas ke atasnya
 Penjenayah atau pembunuh adalah bapa atau datuk, nenek atau emak terhadap
yang dibunuh.
 Penjenayah atau pembunuh lebih tinggi martabatnya berbanding mangsa
seperti hamba sahaya yang belum dilepaskan.

4.4.2. HALANGAN BENTUK KHUSUS

Antara halangan bentuk khusus terhadap penjenayah yang melakukan pembunuhan secara
sengaja adalah seperti berikut:

 Tidak ada persamaan anggota.


Halangan ini hanya melibatkan penjenayah yang mempunyai kecacatan pada anggota
tubuh badanya seperti kudung tangan atau kaki dan sebagainya.

4.5. JENIS JENAYAH QISAS

Antara jenis jenayah qisas ialah:

 Membunuh.
 Mencederakan dan memotong anggota manusia dengan sengaja

4.5.1. MEMBUNUH DENGAN SENGAJA

Membunuh dengan sengaja mengikut pengertian umum membawa maksud segala


perbuatan jahat dengan niat yang mana ekoran tindakannya itu menyebabkan kematian, sama
ada ia bertujuan untuk membunuh atau tidak asalkan dengan syarat pembunuhannya itu boleh
menyebabkan kematian. Ianya diertikan juga sebagai perbuatan menghilangkan nyawa
manusia dengan sengaja atau kematian seseorang disebabkan pembunuhan yang dilakukan
tanpa hak. Iaitu pembunuhan dengan niat dan benar-benar bertujuan membunuh serta alat
yang digunakan itu benar-benar boleh membunuh.

4.5.2 HUKUM MEMBUNUH DENGAN SENGAJA

Membunuh dengan sengaja adalah satu dosa besar dan jenayah. Lebih-lebih lagi
terhadap orang Islam. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 93

‫ َذابًا‬N‫ َّد لَ ۥهُ َع‬N‫ب ٱهَّلل ُ َعلَیۡ ِه َولَ َعنَهۥُ َوأَ َع‬ ۤ N‫ل ُم ۡؤ ِم ࣰن ا ُّمتَ َع ِّم ࣰدا فَ َج‬Nۡ Nُ‫َو َمن یَ ۡقت‬
ٰ ‫زَا ُؤهۥُ َجهَنَّ ُم‬N
ِ ‫ا َوغ‬NNَ‫خَـلِ ࣰدا فِیه‬
َ N ‫َض‬
‫َظیما‬
ِ ‫ع‬

Terjemahan: Dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan sengaja, maka
balasannya ialah neraka jahanam, kekal ianya di dalamnya, dan Allah murka kepadaNya, dan
melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa Yang besar.

Jenayah membunuh adalah dosa besar, syariat Islam telah menetapkan sesiapa yang
membunuh dengan sengaja mestilah didakwa dan setelah sabit jenayah itu, ianya dikenakan
hukuman qisas dengan bunuh balas.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 33:

‫ ِرف‬NN‫ق َو َمن قُتِ َل َم ۡظلُو ࣰم ا فَقَ ۡد َج َع ۡلنَا لِ َولِیِّ ِهۦ س ُۡلطَ ٰـ ࣰنا فَاَل ی ُۡس‬
ِّ ‫س ٱلَّتِی َح َّر َم ٱهَّلل ُ إِاَّل بِ ۡٱل َح‬ ۟ ُ‫َواَل ت َۡقتُل‬
َ ‫وا ٱلنَّ ۡف‬
‫فِّی ۡٱلقَ ۡتل إِنَّ ۥهُ َكانَ َمنصُو ࣰرا‬

(Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang diharamkan oleh Allah
membunuhnya kecuali Dengan alasan Yang benar dan sesiapa Yang dibunuh secara zalim,
maka Sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam
pada itu, janganlah dia melampau Dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia
adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

Dapat difahami daripada ayat di atas bahawa Allah s.w.t. melarang pembunuhan
dalam Islam dalam Islam dan perlu dihukum balas. Namun begitu, hukuman qisas mestilah
dilaksanakan mengikut ketetapan yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. agar tidak
tergolong dalam kalangan orang yang melampaui batas.

4.5.3. Rukun dan syarat bagi pembunuhan secara sengaja


Bagi menentukan jenayah itu dilakukan secara sengaja maka perlulah menepati
ketiga-tiga rukun berikut:

1.      Pembunuhan itu dilakukan ke atas manusia yang masih hidup.

Mangsa jenayah bunuh itu mestilah manusia yang masih hidup.  Oleh itu sekiranya
mangsa penjenayah itu bukan manusia seperti hukuman qisas kerana dia tidak dikira sebagai
pembunuh secara sengaja; walaupun boleh dianggap sebagai menzalimi binatang.  Begitu
juga sekiranya seseorang itu memotong sebarang anggota seseorang yang telah mati tidak
dianggap sebagai pembunuh, kerana kematian orang itu bukan hasil dari perbuatan orang
yang memotong mayat berkenaan. Oleh itu orang yang memotong sebarang anggota
seseorang yang telah mati tidak boleh dihukum qisas tetapi diwajibkan
hukuman takzir kerana menganiayai mayat.

2.      Kematian itu hasil dari perbuatan pembunuh

Perkara kedua yang menentukan pembunuhan itu dilakukan dengan sengaja ialah jika


kematian itu dari perbuatan pembunuh dan ianya dilakukan untuk membunuh.  Dengan ini
jika berlaku kematian seseorang itu bukan disebabkan oleh perbuatan orang seperti seorang
itu mati kerana dihempap pokok, ataupun perbuatan itu tidak sampai membawa maut, seperti
memukul dengan pensil, maka orang yang melakukan tindakan seperti itu tidak boleh
dianggap sebagai pembunuh secara sengaja.  Pembunuhan yang dilakukan oleh penjenayah
itu tidak disyaratkan dengan cara-cara yang tertentu.  Bahkan memadai samaada dengan cara
memukul, melukakan, memancung leher, membakar, menenggelamkan, meracun dan
sebagainya.  Begitu juga tidak menjadi syarat samaada perbuatan yang dilakukan oleh
pembunuh itu hanya sekali atau berulang-ulang kali asalkan perbuatan penjenayah itu
membawa maut.

3.      Adanya niat sengaja membunuh

  Ulamak mempunyai pendapat yang berbeza-beza dalam menentukan


samaada qasad atau niat sengaja itu sebagai rukun bagi jenayah bunuh secara sengaja.  Walau
bagaimanapun kebanyakan ulama berpendapat bahawa pembunuh itu mesti ada niat dengan
sengaja hendak membunuh mangsanya.  Jika penjenayah itu tidak ada niat untuk membunuh,
maka pembunuhan itu tidak dianggap sebagai sengaja membunuh, walaupun penjenayah
berkenaan ada niat sengaja untuk mencerobohi mangsanya.  Lantaran niat sengaja
menceroboh dengan tidak ada niat untuk membunuh tidak cukup untuk
membuktikan penceroboh itu melakukan pembunuhan secara sengaja.

Bagi pembunuhan sengaja iaitu dengan niat dan tujuan yang benar-benar membunuh
serta dengan menggunakan alat biasanya boleh membunuh dan mematikan manusia,
hukumannya mestilah dengan bunuh balas balik kecuali jika mendapat kemaafan daripada
ahli waris mangsa.

4.5.4. MEMBUNUH SEPARUH SENGAJA

Membunuh dengan separuh sengaja atau syibhul ‘amdi iaitu perbuatan yang dilakukan oleh
seseorang dengan sengaja namun sebenar niat hati kecilnya bukanlah dengan tujuan
membunuh. Contohnya seseorang memukul orang lain dengan alat yang kebiasaannya tidak
dapat membunuh tetapi sebaliknya dengan sebab pukulannya itu telah menyebabkan
kematian. Setiap kesalahan yang dilakukan dengan menganggap kelakuan tersebut tidak
membawa kepada mencederakan tetapi yang berlaku adalah sebaliknya dinamakan
pembunuhan separuh sengaja.

4.5.5. HUKUMAN MEMBUNUH SEPARUH SENGAJA

Sesiapa yang membunuh separuh sengaja yang sabit kesalahannya tidak wajib qisas namun
diwajibkan terhadap keluarga si pembunuh membayar diyat yang berat dan secara beransur-
ansur kepada waris yang terbunuh selama tiga tahun. Bayaran diyatnya adalah 100 ekor unta
dan dibayar mengikut ketetapan seperti berikut:

 30 ekor unta betina selama 3 tahun.


 30 unta betina selama 4 tahun.
 40 unta bunting.

4.5.6. MEMBUNUH DENGAN TIDAK SENGAJA

Ulama’ dan fuqaha’ membahagikan pembunuhan tidak sengaja kepada beberapa bahagian
tertentu yang lebih terperinci iaitu:

 Perbuatan sengaja namun bukan tujuan kepada mangsa.


Sebagai contohnya seorang pemburu ingin menembak tupai tetapi telah mengenai
rakanya yang berada berdekatan tupai itu.
 Perbuatan sengaja terhadap mangsa namun tersalah anggapan.
Misalnya seseorang itu telah menikam rakanya menggunakan pisau kerana
beranggapan orang itu ialah pencuri yang telah memasuki rumahnya.
 Akibat kecuaian menyebabkan mangsa terbunuh.
Tamsilnya, Abu lupa untuk menutup api dapur setelah memasak yang telah
menyebabkan Ali terkorban disebabkan terkena letupan gas yang kuat.

4.5.7. HUKUMAN MEMBUNUH TIDAK SENGAJA

Jumhur ulama’ berpendapat semua bentuk pembunuhan tidak sengaja tersebut tidak
wajib qisas tetapi dikenakan diyat. Iaitu diyat yang dikenakan adalah lebih ringan daripada
pembunuhan separuh sengaja. Diyat mesti dibayar oleh ahli waris pembunuh dengan cara
beransur-ansur selama tiga tahun. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’
ayat 92

‫َو َما َكانَ لِ ُم ۡؤ ِم ٍن أَن یَ ۡقتُ َل ُم ۡؤ ِمنًا إِاَّل َخطَ ࣰٔـ ۚا َو َمن قَتَ َل ُم ۡؤ ِمنًا خَ طَ ࣰٔـا فَت َۡح ِری ُر َرقَبَ ࣲة ُّم ۡؤ ِمنَة‬

Dan tidak bagi orang yang beriman untuk membunuh orang yang beriman kecuali kerana
kesalahan, dan barangsiapa yang membunuh orang yang beriman dengan tidak sengaja,
adalah membebaskan hamba

Dapat difahami daripada ayat di atas bahawa Allah s.w.t. melarang seseorang beriman
membunuh orang mukmin kecuali disebabkan kesalahan yang nyata seperti murtad. Oleh itu,
hukuman yang dikenakan kepada pembunuh berdasarkan ayat di atas ialah dengan
membebaskan seorang hamba sahaya daripada tuanya.

4.5.8. MENCEDERAKAN ATAU MEMOTONG TANGAN

Jenayah mencederakan orang lain ialah setiap perbuatan jahat dengan niat yang
dilakukan dengan cara memukul atau memotong yang tidak menyebabkan kematian namun ia
berdasarkan natijah atau hasil perbuatan itu. Sebagaimana qisas terhadap pembunuhan yang
dilakukan dengan sengaja dalam kes jenayah mencederakan dan memotong dengan
dikenakan qisas juga.Iaitu dengan dihukum qisas jenis yang sama contohnya tangan kiri
dengan tangan kiri dan kaki kiri dengan kaki kiri juga.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 45

ِّ ‫ٱأۡل ُ ُذ ِن َو‬NNِ‫نف َوٱأۡل ُ ُذنَ ب‬


‫ َّن‬N‫ٱلس‬ ِ َ ‫ٱأۡل‬NNِ‫فَ ب‬NN‫ٱل َع ۡی ِن َوٱأۡل َن‬N ِ َ ‫ا أَ َّن ٱلنَّ ۡف‬Nۤ Nَ‫ا َعلَ ۡی ِهمۡ فِیه‬NNَ‫َو َكت َۡبن‬
ۡ Nِ‫ٱلنَّ ۡفس َو ۡٱل َع ۡینَ ب‬NNِ‫س ب‬

‫ك هُ ُم‬ َ Nِ‫ َز َل ٱهَّلل ُ فَأ ُ ۟ولَ ٰۤـ ِٕٕى‬N ‫ا أَن‬Nۤ N‫ار ࣱة لَّ ۚۥهُ َو َمن لَّمۡ یَ ۡح ُكم بِ َم‬
َ َّ‫ق بِ ِهۦ فَه َُو َكف‬ َ ‫صا ࣱۚص فَ َمن ت‬
َ ‫َص َّد‬ َ ِ‫بِٱل ِّسنِّ َو ۡٱل ُجرُو َح ق‬
‫ٱلظَّ ٰـلِ ُمون‬

Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, Bahawa jiwa dibalas dengan
jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas
dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang).
Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ianya penebus dosa
baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka
mereka itulah orang-orang yang zalim.

4.5.9. JENIS JENAYAH MENCEDERAKAN DAN MEMOTONG

Fuqaha’ telah membahagikan jenis jenayah mencederakan orang lain kepada 5 bentuk yang
lebih khusus iaitu:

 Memotong mana-mana anggota.


 Menghilangkan mana-mana anggota.
 Melukakan bahagian muka dan kepala.
 Melukakan bahagian tubuh badan selain kepala dan muka.
 Melakukan kecederaan yang tidak disebut di atas.

4.6. SYARAT QISAS MENCEDERA DAN MEMOTONG

Kesalahan jenayah bentuk ini juga mestilah dengan mempunyai syarat tertentu iaitu:

 Anggota yang dipotong tidak kurang dengan anggota yang hendak diqisas.
 Kecederaan dan luka yang dilakukan oleh penjenayah terhadap mangsa dapat dinilai
dengan senang.

4.7. PENGGUGURAN QISAS

 Kematian penjenayah.
Hukuman qisas akan gugur dengan sendirinya jika pembunuh yang telah
disabitkan kesalahannya itu meninggal dunia. Oleh itu, orang yang sudah mati itu
tidak perlu dikenakan hukuman mati lagi. Setelah hukuman qisas itu digugurkan
daripada penjenayah yang telah mati, timbul persoalan sama ada wajib atau tidak
hukuman diyat diambil daripada harta pembunuh yang telah mati itu.

Imam Abu Hanifah dan Imam Malik berpendapat bahawa dengan kematian
pembunuh itu, gugurlah kedua-dua hukuman qisas dan diyat kerana hukuman yang
telah ditetapkan kepada penjenayah bunuh hanya qisas sahaja. Oleh itu tidak boleh
ditukarkan dengan hukuman diyat. Tidak ada perbezaan sama ada kematian
pembunuh itu disebabkan sakit atau dibunuh orang dan sama ada dibunuh dengan hak
seperti dihukum bunuh atau dibunuh tanpa hak.

Imam Shafie dan Ahmad pula berpendapat bahawa dengan kematian


pembunuh itu maka gugurlah hukuman qisas kepadanya. Akan tetapi diwajibkan
diyat dari harta peninggalannya, kerana menurut pendapat mereka, hukuman yang
wajib dalam kes bunuh ialah salah satu daripada hukuman qisas atau diyat. Jadi
apabila hukuman qisas telah digugurkan kerana kematian penjenayah, maka
diwajibkan hukuman yang satu lagi iaitu hukuman diyat sebagai gantinya.

 Pengampuanan.
Semua fuqaha’ sependapat bahawa jika pembunuh itu dimaafkan oleh wali al-
dam maka gugurlah hukuman qisas bunuh dari penjenayah tersebut, kerana hukuman
qisas bukanlah suatu perkara yang wajib dituntut oleh wali al-dam, malahan lebih
baik bagi wali al-dam jika mereka boleh memaafkan pejenayah berkenaan.
Menurut Imam Syafie dan Hanbali apabila wali al-dam telah memaafkan
penjenayah, ertinya dia telah menarik balik dari menuntut hukuman qisas atau diganti
dengan hukuman diyat. Orang yang tidak mahu menuntut qisas kerana dia telah
memaafkan dan orang yang meminta ditukar qisas kepada diyat juga kerana dia telah
memaafkan. Oleh itu pertukaran hukuman daripada qisas kepada diyat tidak perlu
persetujuan penjenayah.

Manakala Imam Malik dan Abu Hanifah berpendapat jika hukuman qisas
diganti dengan hukuman diyat ianya tidak dianggap sebagai suatu pengampunan,
tetapi dianggap sebagai sulh atau berdamai. Oleh sebab itulah jika tuntutan qisas itu
ditukar kepada tuntutan diyat maka perlu kepada persetujuan penjenayah untuk
membayar diyat.

 Perdamaian.
Semua ulamak sependapat bahawa perdamaian (sulh) yang dibuat antara wali
al-dam dengan penjenayah adalah dibenarkan dalam Islam. Persetujuan yang
dicapai antara kedua belah pihak untuk menukarkan hukuman qisas dengan hukuman
diyat sama ada dengan kadar yang lebih tinggi atau yang serupa atau yang lebih
rendah adalah sah dan diterima. Dengan perdamaian dan persetujuan kedua-dua belah
pihak maka hukuman qisas boleh digugurkan daripada penjenayah.

 Perwarisan qisas.

Satu lagi sebab yang boleh menggugurkan hukuman qisas ialah jika pembunuh itu
sendiri yang berhak menuntut hukuman qisas seperti anak dan bapa. Hukuman qisas bunuh
wajib dijatuhkan ke atas pembunuh jika ada tuntutan dari waris mangsa jenayah yang berhak.
Ertinya jika tidak ada tuntutan dari waris mangsa jenayah itu, maka gugurlah hukuman qisas.
Tiap-tiap undang-undang atau peraturan yang disyariatkan Allah kepada umat manusia
tidak didatangkan dengan sia-sia. Bahkan mempunyai kebaikan dan hikmah yang
kebanyakkannya tidak diketahui oleh kebanyakkan orang. Maka begitulah halnya dengan
undang-undang qisas yang diwajibkan kepada orang-orang yang beriman untuk
melaksanakannya, sama sekali tidak menyusahkan atau memudaratkan tetapi mempunyai
hikmah atau signifikasinya yang tersendiri.

4.8. HIKMAH HUKUMAN QISAS

-Untuk memberi keadilan kepada umat manusia

Qisas adalah satu hukuman yang paling adil dan saksama. Ini kerana hukuman qisas
menyamai dengan jenayah yang telah dilakukan, umpamanya seorang yang membunuh
dengan sengaja akan dikenakan hukuman bunuh. Adalah tidak adil sekiranya seorang anak
kehilangan bapanya yang dibunuh orang dengan kejam, tiba-tiba pembunuh berkenaan tidak
dijatuhkan hukuman bunuh.

-Mencegah dan menghalang orang yang bercadang untuk melakukan jenayah


daripada meneruskan niat buruknya

. Jika mereka mengetahui bahawa hukuman yang akan diterimanya adalah berat,
menyamai dengan jenayah yang dilakukan sudah tentu dia akan berfikir dua tiga kali dan
akhirnya akan membatalkan niat buruknya itu.

-Meredakan kemarahan dan dendam waris-waris mangsa jenayah bunuh

. Waris-waris seperti ibubapa atau anak-anak mangsa jenayah bunuh akan merasa
lega dan kurang marah jika pembunuh itu dihukum bunuh juga. Sebaliknya jika pembunuh
itu hanya dipenjara atau didenda maka waris tadi akan mencari jalan untuk membalas
dendam.
4.9. KEPENTINGAN HUKUMAN QISAS

Islam amat menjaga nyawa setiap umatnya. Setiap darah umat Islam haram untuk
ditumpahkan lebih-lebih lagi saudara sesama Islam. Apatah lagi jika insan yang menjadi
mangsa bunuh diperlakukan sedemikian tatkala sedang menjalankan tugas untuk
menyelamatkan nyawa orang lain. Pastinya hal itu memerlukan pembelaan sewajarnya tanpa
sebarang prejudis, lebih-lebih lagi jika wujud usaha melengahkan tuntutan pembelaan. Islam
menetapkan hukuman qisas bagi membendung pembunuhan jiwa manusia yang tidak
berdosa. Hukuman itu diperuntukkan bagi menegakkan keadilan dan mengurangkan bebanan
kesedihan ditanggung keluarga mangsa. Selain itu, hukuman qisas juga adalah satu hukuman
yang dapat menundukkan hati dan nafsu manusia serta menerbitkan perasaan takut dalam diri
untuk membunuh insan lain yang tidak berdosa. Dengan adanya pelaksanaan hukum qisas,
kejadian pembunuhan dapat dibendung. Oleh itu, tujuan maqasid syariah iaitu bagi menjaga
nyawa manusia tercapai seterusnya dapat menjaga kemaslahatan ummah serta menjadi
contoh tauladan yang baik bagi pengikut agama lain di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai