Anda di halaman 1dari 37

HARTA

SEPENCARIAN

ProCIL Mac 2016


Bahagian Hal Ehwal Islam
Akademi Pengajian islam Kontemporari (ACIS)
UiTM Shah Alam
PENDAHULUAN
• Perkahwinan dianggap sebagai suatu
usahasama antara suami dan isteri.
• Walaupun perkahwinan putus di tengah
jalan, Islam sebagai agama yang adil
menetapkan hak-hak yang wajib ditunaikan
bagi mengimbangi kehidupan hamba-
hambanya.
• Hak-hak yang wajib ditunaikan selepas
penceraian ialah seperti harta sepencarian,
nafkah iddah isteri, muta’ah, nafkah anak-
anak, hak hadanah dan lain-lain
KEHORMATAN BEKERJA DAN
HAK MILIK DALAM ISLAM
• Islam menghormati pekerjaan yang dilakukan oleh
seseorang dan melarang keras pencerobohan hak-hak
kepunyaan orang lain dengan cara tidak sah seperti
menindas, merompak, mencuri, rasuah dan sebagainya.
Firman Allah S.W.T: Maksudnya :

‫اط ِل َوتُ ْدلُوا بِ َها ِإلَى ا ْل ُح َّك ِام لِتَْأ ُكلُوا فَ ِريقًا‬ ِ َ‫َواَل تَْأ ُكلُوا َأ ْم َوالَ ُك ْم بَ ْينَ ُك ْم ِبا ْلب‬
َ ‫س ِباِإْل ْث ِم َوَأ ْنتُ ْم تَ ْعلَ ُم‬
‫ون‬ ِ ‫ال النَّا‬ ِ ‫ِمنْ َأ ْم َو‬
"dan janganlah kamu makan harta sesamamu dengan jalan yang tidak halal, dan kamu bawa
perkaranya kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain
dengan cara tidak lurus, sedang kamu megetahui"al-Baqarah 2 : 188
TAKRIFAN HARTA
SEPENCARIAN
“Harta harta alih atau tak alih yang diperoleh
pasangan suami isteri sepanjang tempoh
perkahwinan yang sah, iaitu sumbangan
daripada suami dan isteri terhadap perolehan
harta itu, sama ada secara langsung ataupun
tidak langsung”
•Takrifan ini menunjukkan bahawa :
Harta yang diperolehi oleh suami isteri
SECARA BERSAMA sepanjang tempoh
perkahwinan. Ia bukan harta yang diperolehi oleh
isteri sahaja ataupun harta yang diperolehi oleh
suami sahaja.
sambungan...
TAKRIFAN HARTA SEPENCARIAN

•Dalam Jurnal Hukum mentakrifkan harta


sepencarian sebagai :
“harta yang diperolehi semasa suami dan
isteri itu hidup dalam berumahtangga
dan berusaha samada kedua-dua
pasangan itu bekerja dalam bidang
berlainan samada secara rasmi atau
tidak dan dibahagikan tugas atau tidak.”
sambungan...
TAKRIFAN HARTA SEPENCARIAN

Prof. Madya Dr. Siti Zalikhah Md. Nor mentakrifkan


harta sepencarian sebagai :

“Harta yang diperoleh secara usaha sama antara


kedua-dua suami isteri dalam masa perkahwinan.”
(Rujukan buku : "Pemilikan Harta Dan Perkahwinan“)

•Dua faktor utama yang mesti diberi perhatian :


Pertama, sumbangan kedua-dua pihak di dalam
mendapatkan harta yang berkaitan.
Kedua, harta berkenaan diperolehi dalam tempoh
perkahwinan, bukannya sebelum berkahwin atau setelah
berlaku perceraian.
sambungan...
TAKRIFAN HARTA SEPENCARIAN

 Walaubagaimanapun jika harta diperolehi sebelum


perkahwinan dan berlaku penambahan semasa
perkahwinan serta terdapat sumbangan dari pihak
suami atau isteri ia juga dianggap sebagai harta
sepencarian.

 Sumbangan boleh berlaku dalam tiga bentuk :


1. Pengumpulan harta atau modal.
2. Usaha ke arah menambah harta yang sedia ada.
3. Sumbangan lain seperti pandangan, nasihat dan
dorongan.
DALIL PENSYARIATAN
HARTA SEPENCARIAN
• Perkataan harta sepencarian tidak wujud dalam kamus Arab mahupun
dalam kitab fiqh Islam
• Tiada dalil khusus pensyariatan dalam al-Quran dan al-Sunnah.
• Ia merupakan ADAT MELAYU yang diberi pengiktirafan oleh undang-
undang Islam di Malaysia dan menjadi peraturan yang dikuatkuasakan.
• Menurut al-Sayuti : “Adat resam sesuatu bangsa atau kaum yang tidak
bertentangan dengan Islam boleh diterima pakai sebagai peraturan hidup
dan perundangan bagi sesebuah Negara”.  (Kitab : al-Asybah wa al-Nazair
fi al-Qawaid wa al-Furu’ , halaman 354).
• Di dalam kaedah fiqh dikenali dengan kaedah :
1. ‫العادة المحكمة‬,
Maksud : “adat mengambil tempat hukum”
2. G‫ه‬GGG‫لعملب‬GG‫جبا‬GG‫ ي‬G‫لناسحجه‬GG‫لا‬GG‫ستعما‬G‫ا‬,
Maksud : “amalan manusia menjadi pegangan (hujah) yang wajib diikuti”
3. ‫رطا‬GG‫لمشروط ش‬GG‫ا‬G‫رفا ك‬G‫روفع‬G‫لمع‬GG‫ا‬,
“sesuatu yang diterima mengikut adat seperti sesuatu yang dibuat
mengikut syarat”
sambungan...
Dalil Pensyariatan Harta Sepencarian

Dalil umum di dalam Al-Quran menyebut: 


‫س ْبَن‬ ‫ت‬ ‫اك‬
ْ ‫ا‬‫م‬َّ ِ ‫ص‬
‫م‬
‫يب‬ ِ ‫ن‬
َ ِ ‫اك تسبوا ۖ ولِلنِّس‬
‫اء‬ ْ ‫ا‬‫م‬َّ ِ ‫ص‬
‫م‬
‫يب‬ ِ ‫ل‬
‫ن‬
َ ِ
‫ا‬ ‫ج‬ ‫لر‬
ِّ ِ‫ل‬
ََ ٌ َ َ َُ َ ٌ َ
'Orang lelaki ada bahagian dari apa yang
mereka usahakan dan orang perempuan
pula ada bahagian dari apa yang mereka
usahakan'. (Surah An-Nisaa’ : 32)
Hak menuntut Harta Sepencarian terletak di
bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
BILA BOLEH DI TUNTUT ?

Berlaku Perceraian

• Berlaku Kematian

• Suami ingin berpoligami


DASAR KEDUDUKAN
HARTA SEPENCARIAN DALAM ISLAM
Antara dasar-dasarnya ialah :

1. DASAR PERDAMAIAN DAN KEREDHAAN.

Firman Allah SWT :

‫س‬ ‫ف‬
ُ ‫ن‬
ْ ‫اَأْل‬ ِ
‫ت‬ ‫ر‬ ِ
‫ض‬ ‫ُأح‬ ‫و‬ ۗ ‫ر‬ ‫ي‬ ‫خ‬ ‫ح‬ ‫ل‬
ْ ‫الص‬
ُّ ‫و‬ ۚ ‫ا‬ ‫ح‬ ‫ل‬
ْ ‫ص‬ ‫ا‬‫م‬ ‫ه‬ ‫ن‬‫ي‬ ‫ب‬ ‫ا‬ ‫ح‬ ِ
‫ل‬ ‫ص‬ ‫ي‬ ‫ن‬
ْ ‫َأ‬ ‫ا‬‫م‬ ِ
‫ه‬ ‫ي‬ ‫ل‬
َ ‫ع‬ ‫اح‬ ‫ن‬ ‫ج‬ ‫اَل‬َ‫ف‬
ُ َ ْ َ ٌ ْ َ ُ َ ً ُ َ ُ َ ْ َ َ ْ ُ َ ْ َ َ َ ُ
‫ُّح ۚ َوِإ ْن حُتْ ِسنُوا َوَتَّت ُقوا فَِإ َّن اللَّهَ َكا َن مِب َا َت ْع َملُو َن َخبِ ًريا‬
َّ ‫الش‬
Maksudnya : "maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat
perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana
perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat
bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat
semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam
pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka
sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu
lakukan."    al-Nisa' 4 : 128 
Sambungan...
DASAR KEDUDUKAN HARTA SEPENCARIAN DALAM ISLAM

2. SUAMI BERHAK MEMILIKI HARTA SEBAGAIMANA


ISTERI BERHAK MEMILIKI HARTA.
Harta yang diperolehi sebelum atau selepas perkahwinan, tidak
boleh dicantum melainkan dengan keredhaan dan persetujuan
suami-isteri.
Firman Allah SWT :

ۚ َ‫يب مِم َّا ا ْكتَ َسنْب‬


ٌ
ِ َ‫صيب مِم َّا ا ْكتَسبوا ۖ ولِلنِّس ِاء ن‬
‫ص‬ َ َ َ ُ ٌ
ِ َ‫ض ۚ لِ ِّلرج ِال ن‬
َ ٍ ‫ع‬
ْ ‫ب‬
َ ‫ى‬
ٰ ‫ل‬
َ ‫ع‬
َ ‫م‬
ْ ‫ك‬
ُ ‫ض‬
َ ‫ع‬
ْ ‫ب‬
َ
ِِ‫واَل َتتَمنَّوا ما فَضَّل اللَّه ب‬
‫ه‬ ُ َ َ َْ َ
‫يما‬ ِ‫ضلِ ِه ۗ ِإ َّن اللَّه َكا َن بِ ُكل شي ٍء عل‬
ْ ‫ف‬
َ ‫ن‬ ِ ‫واسَألُوا اللَّه‬
‫م‬
ً َ ْ َ ِّ َ ْ َ ْ َ
Maksudnya : "Janganlah kamu iri hati terhadap pemberian Allah
kepada sebahagian lebih banyak dari yang lain (tentang harta benda,
ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). Laki-laki beroleh
bahagian dari usahanya, dan orang-orang perempuan beroleh
bahagian pula dari usahanya, mintalah kepada Allah kurniaNya,
sesungguhnya Allah itu mengetahui segala sesuatu"
(al-Nisa' 4 : 32)
Sambungan...
DASAR KEDUDUKAN HARTA SEPENCARIAN DALAM ISLAM

3. Suami atau isteri berkuasa penuh di atas


hak kepunyaannya. Mana-mana pihak tidak
boleh mengambilnya tanpa keredhaan dari
satu pihak lagi.
4. Suami WAJIB memberi sebahagian daripada
hartanya kepada isteri sebagai maskahwin,
pakaian, nafkah dan menyediakan tempat
tinggal BERDASARKAN KEMAMPUAN suami
dari segi kaya, miskin atau sederhana
penghidupannya.
Sambungan...
DASAR KEDUDUKAN HARTA SEPENCARIAN DALAM ISLAM

4. Kepada isteri yang diceraikan, WAJIB ke atas bekas suami memberi :


1. Nafkah iddah
2. Upah Hadhanah
3. Tempat tinggal yang ia telah tinggal di masa perkahwinan selagi iddah masih ada
4. Memberi mut'ah mengikut keadaan suami secara berpatutan yang ditentukan oleh syarak.
5. Harta Sepencarian
6. Menyelesaikan Hutang

Firman Allah S.W.T :


ِ ِ ِ ‫َأس ِكنوه َّن ِمن حيث س َكْنتم ِمن وج ِد ُكم واَل تُض ُّار‬
َ َ‫ضِّي ُقوا َعلَْي ِه َّن ۚ َوِإ ْن ُك َّن ُأواَل ت مَح ْ ٍل فََأنْف ُقوا َعلَْي ِه َّن َحىَّت ٰ ي‬
‫ض ْع َن مَح ْلَ ُهن‬ َ ُ‫وه َّن لت‬
ُ َ َ ْ ْ ُ ْ ْ ُ َ ُ َْ ْ ُ ُ ْ
Maksudnya : Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani iddahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan
kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan
tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). al-Thalaq
65 : 6.

Firman Allah S.W.T :


ِ ِ ِ ِ
َ ‫َول ْل ُمطَلَّ َقات َمتَاعٌ بِالْ َم ْع ُروف ۖ َحقًّا َعلَى الْ ُمتَّق‬
‫ني‬
Maksudnya : "Dan bagi perempuan-perempuan yang telah diceraikan satu saguhati (mut'ah) dengan berpatutan
sebagai suatu hak ke atas orang-orang yang bertaqwa“ al-Baqarah 2 : 241

Firman Allah S.W.T :


‫اح َش ٍة ُمَبِّينَ ٍة‬
ِ ‫ض ما آَتيتُموه َّن ِإاَّل َأ ْن يْأتِني بَِف‬ ِ ُ‫واَل َتعضل‬
َ َ ُ ُ ْ َ ِ ‫وه َّن لتَ ْذ َهبُوا بَِب ْع‬
ُ ُ ْ َ
Maksudnya : "Dan janganlah kamu menyusahkan perempuan-perempuan itu, kerana hendak mengambil kembali
sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka terang melakukan perbuatan keji
"    al-Nisa' 4 : 19.
JENIS-JENIS HARTA
MILIK SUAMI ISTERI 

1. Harta Individu
2. Harta Perkongsian
3. Harta Pewarisan
Sambungan..
Jenis-Jenis Harta Milik Suami Isteri

1. Harta Individu :
Harta Individu ialah harta yang diperoleh secara sendirian
atau tanpa sebarang sumbangan dari suami atau isteri.
•Harta individu lazimnya diperolehi sebelum perkahwinan atau setelah
berkahwin seperti gaji, pemberian,hadiah dan harta yang dipusakai.
•Jika berlaku perceraian, harta jenis ini tetap menjadi HAK MUTLAK yang
memilikinya.
•Hukum Syarak menetapkan suami TIDAK ADA HAK ke atas HARTA
MUTLAK isteri. Contohnya harta isteri yang diperolehi melalui harta pusaka
daripada keluarganya dan seumpamanya.

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan al-Hakim yang bermaksud:


“Tidak halal bagi seseorang menuntut balik sesuatu pemberian atau barang
yang telah dihibahkannya kepada orang lain kecuali dia adalah ayah yang
mana ayah boleh menuntut balik ke atas pemberian yang diberikan kepada
anaknya.
Sambungan..
2. Harta perkongsian Jenis-Jenis Harta Milik Suami Isteri

iaitu harta yang dikongsi bersama antara suami dan isteri samaada :-
A) HARTA SYARIKAT ;
Contoh : suami dan isteri berpakat menubuhkan satu syarikat dengan nisbah modal yang jelas dari
kedua pihak seperti suami 1/2 dan isteri juga 1/2.
Bagi harta perkongsian jenis ini :
 Jika berlaku penceraian suami-isteri atau berlaku tuntutan dari mana-mana pihak, hak masing-
masing hendaklah dikembalikan mengikut bahagian masing-masing.
 Jika berlaku kematian, hak pasangan yang masih hidup hendaklah ditolak sebelum bahagian
pasangan yang meninggal dibahagikan secara faraidh kepada ahli-ahli warisnya.
B) HARTA SEPENCARIAN;
Contoh, suami dan isteri berpakat membina satu rumah dengan tanah dari isteri dan rumah dari biaya
suami
 Ia merupakan perkongsian usaha dan wang yang tidak ketara berbanding yang pertama tadi.
 Disyaratkan perlu dibuktikan sumbangan pasangan terhadap perolehan harta tersebut.

Kadar Sumbangan Harta Sepencarian boleh berlaku dalam 3 bentuk ;


i) Sumbangan lansung bersifat hakiki dalam pengumpulan harta atau modal

ii) Sumbangan berbentuk usaha ke arah penambahan harta yang sedia ada
iii) Sumbangan tidak lansung bersifat subjektif seperti memberi pandangan, nasihat dan
dorongan yang memberi kesan kepada kebahagiaan rumah tangga, ketenangan jiwa dan
minda pasangan yang memberi kesan kepada perolehan harta
 Sumbangan dinilai disepanjang tempoh perkahwinan.
Sambungan..
2. Harta Perkongsian

Hak perkongsian boleh dituntut semasa


berkahwin, setelah bercerai atau setelah
berlaku kematian.
Bahagian harta perkongsian (harta syarikat
& harta sepencarian) hendaklah dikeluarkan
terlebih dahulu sebelum difaraidkan harta
peninggalan si mati, sama seperti hutang.
Sambungan..
Jenis-Jenis Harta Milik Suami Isteri

3. Harta Perwarisan
Pemilikan melalui pewarisan suami-isteri
ketika berlaku kematian mana-mana
pasangan (suami atau isteri) dan dilakukan
secara pembahagian faraid.
Sambungan..
Jenis-Jenis Harta Milik Suami Isteri

ULASAN
• Harta-harta perseorangan yang dibeli sebelum
perkahwinan dan tidak diusahakan bersama sepanjang
tempoh perkahwinan bukan harta sepencarian.
• Tidak boleh menuntut hadiah yang telah diberi kepada
bekas isteri sebagai harta sepencarian.
Hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan al-Hakim yang bermaksud:

“Tidak halal bagi seseorang menuntut balik sesuatu pemberian atau barang yang telah dihibahkannya kepada orang
lain kecuali dia adalah ayah yang mana ayah boleh menuntut balik ke atas pemberian yang diberikan kepada
anaknya.
PERSOALAN ??
Bagaimana kedudukan seseorang isteri yang hanya
sebagai suri rumahtangga sepenuh masa, adakah ia
berpeluang menuntut harta sepencarian?
PERSOALAN ??
Bagaimana kedudukan seseorang isteri yang
hanya sebagai suri rumahtangga sepenuh
masa, adakah ia berpeluang menuntut harta
sepencarian?

Rujukan Kes :
• Kes Boto’ binti Taha lwn Jaafar bin Muhammad (1984, 1 Jurnal Hukum) :
Mahkamah memutuskan bahawa seorang isteri yang hanya bertugas
menolong suami BERHAK mendapat harta sepencarian. 
Yang Arif Hakim Saleh Abas (ketika itu) ketika memutuskan bahawa :
'Pihak menuntut (isteri) menemani pihak kena tuntut boleh dikira sebagai
usahanya bersama atau sumbangannya memperolehi pendapatan yang mana
telah menghasilkan harta itu. Memang betul bahawa pihak menuntut (isteri)
tidak mengambil bahagian langsung dalam perniagaan ikan dengan pihak
kena tuntut (suami) akan tetapi kesediaannya berdampingan dengan pihak
kena tuntut adalah menghasilkan ketenangan fikiran yang membolehkannya
berniaga dengan berkesan.
• Kes Masiran lwn. Azizah (2001) : Mahkamah telah membahagi harta yang
dituntut secara sama-rata antara plaintif dan defendan walaupun defendan
adalah suri rumah sepenuh masa kerana menilai sumbangan plaintif dalam
kerja-kerja rumah dan pengasuhan anak-anak. Hakim telah memetik Kitab
Majmu’ yang menjelaskan bahawa tugas tersebut bukanlah tugas seorang
isteri.
sambungan...
ULASAN PENGHAKIMAN
Walaupun kedua-dua kes tersebut tidak menunjukkan
sumbangan secara langsung kerana isteri tidak
mengeluarkan modal dan tenaga untuk menghasilkan
harta bersama tidak bermakna sumbangan secara tidak
langsung tidak diambil kira.
Bersesuaian dengan kehendak syarak tugas
menguruskan rumah tangga, memasak, menjaga anak
bukan menjadi tanggungjawab isteri.
Tidak wajar pihak isteri sehari suntuk menghabiskan
masa dan tenaganya dengan kerja-kerja rumah tetapi
tidak mendapat sebarang ganjaran.
Isteri sebenarnya telah menyumbang secara tidak
langsung kepada perolehan harta itu yang sedikit
sebanyak meringankan tanggungan pihak suami.
SUMBANGAN BERBENTUK TENAGA DAN WANG
Rujukan Kes :
Kes Haji Abdul Rahim lwn. Isngaton.
 Isteri yang telah diceraikan menuntut harta sepencarian di atas
rumah di Selangor. Suami datang dari Indonesia berdagang, bekerja
menebang hutan keadaannya miskin. Dia berkahwin dengan isteri
seorang balu kaya yang kematian suami, meninggalkan kebun dan
tanah termasuk sawah.
 Di dalam perkongsian hidup suami isteri, suami telah banyak
membeli harta dan kebun atas namanya sendiri. Isteri mendakwa dia
ada menyumbang wang untuk membeli tanah yang menjadi tapak
tanah rumah. Selain dari itu isteri juga telah menanggung
sebahagian besar perbelanjaan rumahtangga mereka.
 Oleh itu, Jemaah Ulang Bicara Syariah Selangor telah menolak
rayuan perayu (suami) dan mengekalkan perintah Mahkamah Kadi
Besar iaitu pihak isteri mendapat SEPARUH daripada harta
sepencarian berasaskan kepada sumbangan yang dicurahkan dalam
bentuk tenaga dan wang ringgit.
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
TENTANG HARTA SEPENCARIAN
TEKS ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR 2003
• Seksyen 122(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 memperuntukan bahawa mahkamah
mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk
memerintah supaya aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama dibahagikan antara mereka
atau supaya aset yang diperoleh pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan
antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan dibahagikan antara pihak-pihak itu.

• Seksyen 122(2) merujuk kepada faktor-faktor yang diambilkira oleh mahkamah dalam permbahagian harta
sepencarian tersebut.

Antara perkara yang ambilkira oleh mahkamah adalah:


1. “Takat sumbangan yang dibuat tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi
memperoleh aset itu;
2. Apa-apa yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;
3. Keperluan anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu, jika ada.
Seksyen 122(2), mahkamah juga boleh memerintahkan supaya aset itu dijual dan hasil jualan dibahagikan sama rata
antara kedua pihak sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 122(3).

 Manakala seksyen 122(4), mahkamah dengan kuasa yang ada boleh membahagikan aset itu atau hasil jualan
mengikut apa-apa kadar yang difikirkan munasabah, tetapi walau bagaimanapun, pihak yang memperoleh aset itu
dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.
HARTA PERKAHWINAN YANG
TIDAK DAPAT DIBEZAKAN
HARTA MUSHA' ialah harta yang bercampur antara suami dan isteri semasa
perkahwinan sehingga tidak dapat ditentukan bahagian atau hak masing-masing
apabila berlaku perceraian.
KAEDAH PENYELESAIAN :
Perlu ditentukan melalui sulh (perdamaian). Sekiranya antara suami dan isteri tidak
bersetuju dengan sulh maka kata-kata pemilik harta tersebut diterima dengan sumpahnya.
Menurut mazhab Shafie :
Jika kedua-duanya bertelingakah mengaku memiliki harta itu, kedua-duanya perlu
bersumpah dan harta itu dibahagikan kepada dua bahagian.

Rujukan : Bughyah al-Mustarsyidin fi Talkhish Fatawa


Ba’dh al-A’immah al-Muta’akhkhirin
‫بغية المسترشدين في تلخيص فتاوى بعض األئمة المتأخرين‬
Sambungan....
HARTA PERKAHWINAN YANG TIDAK DAPAT DIBEZAKAN

Menurut Hanafi perlunya pembuktian pemilikan. Jika


tiada bukti maka perlu dilihat apa yang disaksikan
dengan nyata mengikut kesesuaian barang antara milik
lelaki dan perempuan. (contoh barang pertukangan
milik suami, mesin jahit milik isteri dan seumpamanya)
Jika barangan berbentuk perabot, peralatan dapur yang
sukar dibuktikan, golongan Hanafi berbeza pendapat :
1. Menurut Imam Abu Yusuf :
Barang-barang tersebut adalah hak isteri kerana
lazimnya barang itu disediakan untuk isteri.
2.Menurut Imam Abu Hanifah dan Muhammad
Hassan al Shaybani
Suami lebih berhak ke atas barang tersebut kerana
segala perbelanjaan di bawah tanggungannya.
Rujukan : Bughyah al-Mustarsyidin
KADAR PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN
1. Kriteria pembahagian
 Diambilkira melalui daya usaha secara bersama oleh pihak suami dan
isteri dan hendaklah dalam tempoh perkahwinan.
2. Kadar Pembahagian Berdasarkan Kes-Kes Yang Telah
Diputuskan Mahkamah
 Kadarnya tidak tetap. Ini kerana pihak mahkamah mengambil kira
beberapa aspek sebelum menentukan kadarnya.
 Berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan kadangkala isteri mendapat
bahagian ⅓, atau ½ dan kadangkala tidak mendapat apa-apa bahagian.
Begitu juga bahagian untuk suami akan ditentukan ½, ⅔ atau ⅓. 
3. Cara Pembahagian Harta Sepencarian 
 Melalui pertimbangan budibicara dan kebijaksanaan hakim-hakim
dalam menanggapi asas sumbangan yang dicurahkan oleh pihak isteri
dan suami .
HARTA SEPENCARIAN
UNTUK YANG BERPOLIGAMI 
 Apabila seseorang memohon untuk poligami pihak lelaki
atau perempuan boleh memohon untuk isytihar harta
sepencarian.
 Tujuan untuk elak pertikaian dikemudian hari antara pihak
tertentu. (samaada isteri pertama, kedua, ketiga, keempat,
mertua dan lain-lain)
 Umumnya, mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan
beberapa perkara berikut:
1. Harta yang diperolehi itu dalam atau semasa perkahwinan.
2. Takat sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak
dalam bentuk wang, harta, kerja, nasihat, dorongan dan
sumbangan lain yang dapat menambah harta atau modal.
DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN
• Deklarasi atau Perjanjian Harta Sepencarian ialah perjanjian antara suami
dengan isteri bagi menyerahkan sebahagian atau semua harta yang di atas
nama suami kepada isterinya. 
Deklarasi ini biasanya dibuat semasa pasangan sedang bahagia dan tidak
ada masalah rumah tangga.
• Sebagai contoh, suami bersetuju menyerahkan hakmilik rumah sebanyak
50% kepada isterinya melalui Deklarasi Harta Sepencarian.
• Sekiranya suami-isteri tidak membuat Deklarasi Harta Sepencarian, dan
apabila berlaku kematian, penceraian dan berpoligami, maka permintaan
harta sepencarian oleh isteri terpaksa melalui tuntutan di Mahkamah. 

• Tuntutan itu belum tentu berjaya. Sekiranya berjaya, suami atau bekas
suami belum tentu mematuhi keputusan Mahkamah.

• Buatlah Perjanjian Harta Sepencarian sebelum suami menikah lagi,


bercerai atau meninggal dunia.
PIHAK YANG LAYAK MENUNTUT 
HARTA SEPENCARIAN SELEPAS KEMATIAN
 Tuntutan Janda kepada si Mati :
Contoh Kes Hujah Lijah binti Jamal lwn Fatimah bt Mat Diah,
([1950] Malayan Law Journal 63) pada tahun 1950, Hujah Lijah
merupakan seorang janda kepada Hj. Che Mis bin Samat telah
menuntut ½ bahagian daripada tanah yang didaftarkan di atas
nama suaminya yang telah meninggal dunia. Beliau telah
membuktikan semasa perkahwinannya, dia mempunyai sebidang
tanah hasil daripada harta pusaka keluarganya, sedangkan
suaminya tidak memiliki apa-apa. Kedua-duanya telah bekerja di
atas tanah isteri itu dan hasil daripada tanah tersebut, mereka
dapat membeli tanah lain. Setelah berpuas hati, Hakim
memutuskan bahawa plaintif berhak mendapat ½ bahagian
daripada tanah-tanah peninggalan si mati.
 Pasangan yang masih hidup 
Tuntutan harta sepencarian perlu difailkan terlebih dahulu oleh
suami atau isteri yang masih hidup. Apabila individu itu
meninggal dunia selepas permohonan dibuat tetapi belum sempat
keputusan dikeluarkan, maka ia boleh diteruskan oleh waris-
warisnya.   
Sambungan....
Pihak Yang Layak Menuntut  Harta Sepencarian Selepas Kematian

Persoalan...??
Adakah waris seperti anak, ibu atau bapa
kepada isteri itu boleh membuat tuntutan harta
sepencarian sekiranya tiada tuntutan yang
dibuat oleh isteri sebelum dia meninggal
dunia???? 
Jawapan : Mahkamah Syariah mempunyai
bidang kuasa membicarakan tuntutan tersebut
sekiranya terdapat bukti yang cukup. 
(lihat dalam kes Bukhari bin Mohd Noor v. Aisyah binti Ismail
([2006] 21 Jurnal Hukum (1) 26). t Ismail. 
Sambungan....
Pihak Yang Layak Menuntut  Harta Sepencarian Selepas Kematian

Jika kedua-dua pasangan telah mati


tanpa adanya tuntutan harta sepencarian
yang dibuat, waris boleh memfailkan
tuntutan, NAMUN kecenderungan
mahkamah menolak kes itu adalah
tinggi.
BILA TUNTUTAN 
HARTA SEPENCARIAN SELEPAS
KEMATIAN BOLEH DILAKUKAN??

Tuntutan harta sepencarian mesti dibuat


sebelum pembahagian harta pusaka dan
selepas ditunaikan perbelanjaan
pengkebumian jenazah serta melunaskan
hutang si mati.
KESIMPULAN
 Harta sepencarian antara suami dan isteri adalah penting dan perlu diselesaikan secara adil dan saksama terutama apabila berlaku
perceraian.
 Harta sepencarian merupakan hak suami dan isteri selama mana terdapat sumbangan ke atas harta yang diperolehi.
 Khidmat seseorang isteri di dalam rumah patut diberi pertimbangan sewajarnya dan diberi nilaian yang patut oleh suami.
 Kedua-dua pihak suami isteri, masing-masing ada peranan dan usaha bagi memperolehi harta, hendaklah diberi hak masing-masing.
Dalam menentukan kadar bahagiannya terserlah kepada pertimbangan hakim apabila berlaku pertengkaran dan perselisihan.
 Adat juga diambil kira sebagai kaedah syariah dalam menentukan hak masing-masing.
 Tuntutan ke atas harta sepencarian boleh dibuat pada bila-bila masa.
 Tuntutan harta sepencarian tidak menafikan hak-hak lain seperti mut'ah, upah hadanah dan nafkah iddah yang juga wajib
disempurnakan.
RUJUKAN
 Al-Quran al-Karim
 Al- Hadith
 Bughyah al-Mustarsyidin fi Talkhish Fatawa Ba’dh al-A’immah al-Muta’akhkhirin,
‫بغية المسترشدين في تلخيص فتاوى بعض األئمة المتأخرين‬
al-‘Allamah Sayyid ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin Husain bin ‘Umar Ba ‘Alawi al-Hadhrami
(1250- 1320)
 Al-Suyuti Jalaluddin Abd al-Rahman b. Abu Bakr. 1998 al-Ashbah wa al-Nazair.
 Mahmood Zuhdi Abdul Majid & Raihanah Azhari. 1989. Undang-undang Keluarga Islam Konsep
dan Pelaksanaannya di Malaysia. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
 Prof. Madya Dr. Mat Saad Abd. Rahman. 1993. Undang-Undang Keluarga Islam Aturan
Perkahwinan Suatu Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa. Hizbi Sdn Bhd Shah Alam.
 Amalan Pembahagian Harta Sepencarian Di Malaysia: Satu Sorotan Literatur, Mohd Norhusairi
Mat Hussin, Raihanah Abdullah , Journal of Shariah Law Research, Volume 1, Issue 1
 “Harta Sepencarian Menurut Pandangan Islam,” Kertas kerja Seminar Faraid Kebangsaan, Bangi.
Abdul Monir Yaacob (2006).
 “Harta Sepencarian”, dalam Manual Undang-Undang Keluarga Islam, ed. Abdul Monir Yaacob dan
Siti Shamsiah Mohd Supi. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, 415437
 Jurnal Hukum Bil. 63 (1981) 1 (2)
 Laman Web Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. www.jksm.gov.my
 www.kamarsyariah.blogspot.my

Anda mungkin juga menyukai