Anda di halaman 1dari 1

ADAB MENJADI TETAMU

 Jika kita dijemput ke rumah seseorang, maka kita sahajalah yang patut pergi tanpa
membawa orang lain melainkan setelah mendapat persetujuan dari orang yang
menjemput.

 Nabi s.a.w tidak pernah menghampakan harapan orang yang menjemputnya untuk makan
di rumah mereka.

 Betulkan niat kita apabila menjadi seorang tetamu iaitu semata-mata untuk mencari
keredhaan Allah.

 Semasa berada di rumah yang menjemput kita sebaik-baiknya janganlah masuk ke dalam
rumahnya sehinggalah kita disuruh berbuat demikian.

 Apabila masuk ke rumahnya, duduklah ke arah yang menuju ke luar rumah bukan ke arah
dapur atau ke bilik mereka.

 Mata kita janganlah terlalu liar memandang ke seluruh kawasan rumahnya dan mulut kita
janganlah terlalu ramah menanyakan soalan-soalan yang tidak sepatutnya. Jangan sekali-
kali menyusahkan tuan rumah.

 Apabila hidangan diletakkan, biarlah ianya diletakkan di mana-mana yang dikehendaki


oleh tuan rumah dan tidak perlu bagi kita mengubahkannya ke tempat lain kecuali jika
tuan rumah meminta kita berbuat demikian.

 Makanlah setelah tuan rumah memulakannya atau dia menjemput kita berbuat demikian.

 Sama ada makanan yang dihidangkan itu sedap atau tidak, maka sebaik-baiknya
hendaklah kita zahirkan sesuatu yang boleh menyenangkan tuan rumah.

 Makanlah rnakanan yang berdekatan dengan kita tetapi jika makanan yang dihidangkan
itu berjenis jenis, maka tidak ada salahnya kita mengambil dari mana-mana arah.

 Janganlah menampakkan yang kita terlalu lapar atau gelojoh dengan berebut-rebut
sehingga memalukan. Sebaliknya makanlah dengan tertib dan perlahan-lahan.

 Jika di rumah orang miskin maka zahirkan rasa syukur dan jangan komen apa-apa pun.
Sebaliknya jika di rumah orang kaya maka janganlah seperti pelanduk masuk kampung.

 Apabila makanan dihidangkan maka makanlah dengan tertib dan bacalah doa-doa waktu
makan dan doa sebagai tetamu

 Setelah selesai keperluan kita sebagai tetamu maka hendaklah segera mengundurkan diri
kerana memberi kerehatan kepada tuan rumah. Jangan sekali-kali menyusahkan tuan
rumah.

 Jika kita menjadi tetamu kepada orang alim, maka lebih banyak mendengar nasihat dan
mendapatkan ilmu darinya, sebaik-baiknya bawalah hadiah untuknya.

Anda mungkin juga menyukai