Anda di halaman 1dari 40

HARI RAYA AIDILFITRI

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila

Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab

Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa

ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat. Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan,

maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari

Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."

Kedatangan Hari Raya akan disambut dan

diraikan oleh umat Islam seluruh dunia, tidak terkecuali oleh umat Islam di negara ini. Apa yang menjadi tradisi umat Islam apabila menyambut Hari Raya ialah membuat bermacam-macam persiapan yang berbentuk material seperti membuat pakaian baru, juadah dan barangan rumah. Itulah yang dititikberatkan sehingga menyebabkan kesibukan apabila menjelang malam Hari Raya sehingga kita lupa perkara yang lebih afdhal dilakukan ketika meraikan malam Hari Raya itu.

Pertama :

Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Sesungguhnya laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya. Dan takbir itu ialah merupakan ibadah.

KEDUA Menurut Syeikh Qulyubi di dalam Kitab Hasyiah telah menyebutkan bahawa menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama Sembahyang Sunat Tasbih hukumnya adalah sunat.

KETIGA Pada pagi Hari Raya pula, sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri dan bukan mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri..

KEEMPAT Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.

KELIMA Sunat memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :"Dari Anas ia berkata : Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan berkata Murajja' bin Raja' telah diceritakan kepada Ubaidullah ia berkata : Telah menceritakan Anas dari Nabi s.a.w. : Dan Baginda memakan tamar itu dalam bilangan ganjil". (HR Bukhari)

KEENAM Menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, bahkan ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain, sebagaimana hadis yang maksudnya : "Dari Al-Baraa' ia berkata : Aku mendengar Nabi s.a.w. berkhutbah, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang".

KETUJUH Sunat doamendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain seperti mengucapkan yang maksudnya : Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak. Maksud daripada kalimah tahniah yang berbentuk doa yang diucapkan itu membawa maknasemoga diterima puasa dan amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan.

Sebagaimana kelazimannya yang diamalkan oleh orang-orang kita, bagi memeriahkan suasana Hari Raya ialah ziarah-menziarahi, kunjungmengunjungi antara satu sama lain khususnya keluarga dan tidak dilupakan jiran tetangga dan sahabat handai, menghulurkan tangan memohon kemaafan demi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama Islam.

Tapi apa yang perlu kita ingat ialah jangan

sampai dalam kegembiraan itu kita lupa peringatan agama kita supaya perkara baik itu dijaga dan jangan dicemari oleh perkara-perkara yang tidak elok dan berdosa yang bertentangan dengan hukum syarak seperti bersalaman dengan bukan muhrim, pesta tari-menari dan menjamu dengan benda-benda haram seperti arak dan sebagainya. Orang Islam bukan demikian cara sambutannya kerana perbuatan sedemikian tidak memberi berkat tetapi sebaliknya mendatangkan bala dan laknat Allah s.w.t.

Amalan ziarah-menziarahi

sememangnya dituntut oleh agama. Bukan sekadar menziarahi kaum keluarga atau sanak-saudara bahkan jiran-jiran terdekat hatta individu yang tidak pernah dikenali sebelum ini.

Tujuan kunjung-mengunjung

adalah untuk merapatkan silaturahim dan saling bermaafan. Bukan bertujuan untuk mendapatkan duit raya, memperaga baju raya paling cantik, mahal ataupun melihat setiap hiasan atau susun-atur rumah yang kita kunjungi.

Islam memperincikan beberapa

syarat atau adab yang perlu diamalkan ketika seseorang Muslim berhasrat untuk menziarah jiran atau sanak saudara, bukan sahaja pada hari raya malah ketika hari-hari biasa.

Adab-adab tersebut diperincikan

bermula daripada sebelum berziarah, semasa menziarah, selepas menziarah dan perkaraperkara yang perlu dihindarkan ketika berziarah.

Memilih masa yang sesuai


Memakai pakaian yang sopan

dan menutup aurat Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah

Adab-adab sebelum berziarah:

P/s: Masa yang sesuai dikira berdasarkan keselesaan pihak yang anda kunjungi, bukan keselesaan pihak anda. Sebagai contoh, kunjungan ke rumah seseorang tanpa perkhabaran terlebih dahulu, melebihi pukul 10 malam kerana masa tersebut dikira sebagai masa rehat, bukanlah masa yang sesuai. Jalan terbaik, khabarkan terlebih dahulu kepada tuan rumah mengenai kunjungan anda.

Adab-adab sebelum berziarah:

*Memberi salam dan bersalaman


*Meminta izin untuk masuk *Memendekkan tempoh ziarah

*Mengawal pandangan
*Merendahkan suara

Adab semasa menziarah:

P/s: Memendekkan tempoh ziarah

bermaksud tidak bersenang-senang di rumah tersebut untuk jangka masa yang lama.

Seseorang dikira sebagai tetamu hanya di

dalam tempoh tiga hari ziarah. Walaupun begitu, anda perlu peka dengan keadaan dan situasi tuan rumah, agar kunjungan anda tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka.

Adab semasa menziarah:

Mengawal pandangan pula termasuklah

mata anda tidak meliar atau merayaurayau ke segenap ceruk rumah meneliti setiap hiasan atau susun atur kelengkapan rumah yang anda kunjungi.

Adab semasa menziarah:

* Meminta izin apabila hendak

beredar * Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar

Adab selepas menziarah:

* Enggan memberi salam

* Masa yang tidak bersesuaian


* Mengaibkan tuan rumah * Mengumpat

Perkara yang perlu dihindarkan semasa menziarah

Satu perkara yang perlu diingat adalah memberi salam kepada tuan rumah turut mempunyai syarat yang tertentu.
Jika pintu rumah terbuka, jangan berdiri di

depan muka pintu dan memberi salam. Anda perlu berdiri agak jauh dari muka pintu, anggaran tidak dapat melihat isi rumah termasuk tuan rumah, bimbang terdedah aurat tuan rumah atau apa-apa sahaja yang mungkin tidak mahu diperlihatkan oleh tuan rumah.

Mungkin nampak mudah dan agak

remeh namun jika tidak diberi perhatian, kunjungan anda mungkin boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan. Salam Aidilfitiri dan ziarahlah dengan hati yang suci.

Panduan ketika berhari raya

Hormati tuan rumah

Apabila tiba di rumah yang dikunjungi, elakkan daripada terus ke meja hidangan. Sebaiknya, cari tuan rumah terlebih dulu atau jika tidak ada, mungkin mereka sibuk di dapur atau melayan tetamu lain. Ajar anak untuk bersalaman dengan tetamu berdekatan ketika itu. Kemudian duduk dengan sopan. Sementara menunggu tuan rumah keluar, ambil kesempatan berbual-bual mesra dengan tetamu yang ada

Jaga adab ketika makan


Menunjukkan budi bahasa yang baik ketika makan sangat penting. Elakkan daripada berebut. Jika perlu, beratur mengikut giliran. Ambil makanan ketika dipelawa tuan rumah. Mengambil makanan dengan kadar sederhana juga menunjukkan adab yang baik. Mengelak daripada mengambil makanan berlebihan sehingga kelihatan berlonggok di pinggan satu cara yang amat baik. Habiskan makanan diambil dan elakkan pembaziran. Untuk ibu bapa, pastikan mereka menyuapkan anak makan dan minum bagi mengelak tertumpah. Jangan biarkan anak mengambil sendiri makanan dikhuatiri peralatan digunakan pecah. Ketika inilah ibu bapa boleh mendidik anak-anak supaya bersopan ketika makan.

Berdisiplin dan menjaga adab ketika Kehadiran anak bersama ibu bapa memang sukar beraya dikawal, sehingga ada yang berlari-lari keluar masuk ke rumah, masuk ke bawah meja, naik ke atas meja

makan, masuk ke bilik tuan rumah yang kebetulan mungkin tidak berkunci, masuk ke dapur, menangis atau tertumpah air di lantai dan pelbagai lagi kerenah semula jadi mereka. Di sinilah peranan ibu bapa untuk mengajar anak dengan sifat yang baik. Biasanya anak kecil akan mudah bosan jika terlalu lama beraya, justeru jangan terlalu lama beraya untuk kenalan biasa melainkan saudara terdekat atau kenalan rapat. Ini memastikan anda boleh menggunakan ruang rumahnya seperti menidurkan dan memandikan anak tanpa masalah.

Jangan mata duitan

Anak-anak juga perlu diingatkan jangan hanya berhari raya di rumah orang kaya saja. Tujuan asal berziarah pada hari raya adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama Islam. Oleh itu, jangan dipinggirkan mereka yang miskin dan kurang berkemampuan untuk memberi duit raya. Didik anak agar tidak terlalu menjadi mata duitan dengan membeza-bezakan pemberian duit raya. Selepas balik daripada beraya, sepatutnya anda mengajar anak supaya bersyukur dengan pemberian itu. Katakan kepada mereka, walau macam mana miskin dan daif sekalipun tuan rumah, mereka tetap gembira menerima kunjungan kanak-kanak pada hari raya.

Duit raya sedekah

Duit raya yang dihulur mungkin suatu 'paksaan' bersedekah. Sebenarnya syarat bersedekah ialah mesti diberi dengan ikhlas sekadar termampu. Ada ibu bapa yang memberi duit raya kerana orang lain memberikan duit raya kepada anak mereka. Jika tidak dibalas takut berkecil hati, lantas memberi kerana terpaksa atau menutup malu. Pemberian sedekah begini tentu kurang daripada segi keikhlasannya. Ada juga yang berniat untuk menunjuk-nunjuk ketika memberi duit raya kepada kanak-kanak. Niat perlu diperbetulkan. Seeloknya duit dimasukkan di dalam sampul agar jumlah wang yang diberi tidak dapat dilihat orang lain.

Kawal suara ketika berbual

Keseronokan berbual terutama bertemu rakan juga ada kalanya membuatkan kita tidak sedar mengeluarkan suara yang kuat. Kadangkadang, ia boleh mengganggu orang lain. Lebih parah, andai perbualan itu berkisar kepada umpatan atau perkara yang boleh menyakitkan hati tuan rumah atau orang lain. Keseronokan berbual mengenai perkembangan politik tanah air ada kalanya agak sensitif apabila terdapat orang politik pihak lawan yang hadir ketika itu. Sebaiknya sebagai tetamu, kita seharusnya mengawal suara dan berbual pada perkara yang dirasakan boleh dikongsi bersama tanpa menimbulkan sensitiviti.

Memelihara pandangan

Sebagai tetamu, sebaiknya elakkan memandang ke sana ke sini. Sekali sekala itu wajar. Cuma, pandanglah perkara perlu saja seperti memandang wajah tetamu yang datang dengan pandangan ikhlas bersama senyuman. Memandang tetamu yang lain berkali-kali sambil berbisik dengan rakan sebelah juga perlu dielakkan. Ini mungkin menimbulkan rasa tidak selesa pada orang yang berkenaan. Lebih teruk jika membabitkan umpatan kepada orang lain.

Hadkan masa

Kadang-kadang keseronokan bertemu kawan lama membuatkan kita tidak sedar sudah lama berada di sana. Kunjungan yang sepatutnya berlangsung dalam 20 hingga 30 minit akhirnya sehingga tiga jam. Rasanya, tempoh itu terlalu lama. Ini mungkin menimbulkan rasa tidak senang atau tidak selesa kepada tuan rumah. Lebih malang andai ruangan rumah atau kerusi tetamu yang disediakan begitu terhad. Kehadiran kita yang begitu lama dalam majlis itu menghalang orang lain duduk. Tuan rumah mungkin merasa tidak selesa apabila terpaksa berulang kali melayan kita dengan perbualan atau layanan yang sewajarnya diberikan kepada tetamu baru.

Bilangan kehadiran yang sederhana


Membawa ahli keluarga dan rakan ke satu majlis rumah terbuka memang seronok. Namun, kedatangan rombongan yang ramai mungkin akan menjadi satu kesulitan kepada tuan rumah apatah lagi kehadiran kita di majlis itu tidak diberitahu lebih awal. Manalah tahu jumlah makanan disediakan ala kadar saja. Hal sekecil ini wajar diambil perhatian untuk mengelak masalah kepada tuan rumah. Siapa tahu, disebabkan kehadiran yang ramai, tuan rumah boleh bergaduh suami isteri disebabkan suasana kelam kabut.

Layan kanak-kanak
Bagi ibu bapa, luangkan sedikit masa untuk melayan kanak-kanak yang bertandang ke rumah. Tidak perlu menunggu 'rumah terbuka' baru hendak melayan mereka. Pamerkan kemesraan dan sifat kasih sayang kepada anak-anak yang datang. Jika anda melayan anak orang lain dengan baik, pastinya anak anda juga akan dilayan dengan baik oleh orang lain.

Anda mungkin juga menyukai