Anda di halaman 1dari 3

HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya Aidilfitri merupakan peristiwa atau lebih dikenali sebagai perayaan yang
disambut oleh umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Namun
begitu, kita akan lebih memfokuskan sambutan perayaan ini di Malaysia. Secara
ringkasnya, perayaan ini disambut selepas bulan Ramadhan bagi menandakan
kejayaan umat Islam berpuasa(menahan nafsu) selama sebulan. Mari kita mengkaji
dengan lebih dekat lagi tentang perayaan ini.

Info Ibadah Puasa

Islam(Allah) telah memerintahkan ibadah puasa bagi umat Islam. Menurut Islam, puasa
adalah menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan
puasa, bermula terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Islam juga telah memberi
garis panduan kepada penganutnya tentang rukun dan syarat sah berpuasa. Selain itu,
jika anda mengkaji tentang ibadah berpuasa, ia lebih bertujuan untuk melatih nafsu dari
melakukan perkara-perkara tertentu. Jika seseorang itu dapat memenuhi syarat dan
rukun berpuasa dengan betul(tidak melakukan perkara yang membatalkan dan yang
tidak memakruhkan atau perkara yang mengundang dosa), puasa seperti inilah yang
diingini dan di terima Allah sebagai puasa yang sebenar-benar puasa serta inilah yang
dikatakan kejayaan sebenar ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Persediaan & Perlaksanaannya


Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum
perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai.
Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan
perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di
televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank,
sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga
seminggu sempena Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat
kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri
bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai
Balik Kampung.

Persediaan untuk perayaan ini kebiasaannya dibuat di dalam bulan Ramadhan.


Pelbagai jenis dan bentuk persediaan yang dilakukan. Antaranya ;
1. Dari segi perhiasan:
• Kebersihan dan keceriaan rumah.
• Perhiasan diri seperti ’Baju Raya’.
• Memasang pelita dan sebagainya.

2. Dari segi makanan:


• Membuat biskut raya.
• Makanan utama seperti:
Ketupat
Lemang
Rendang
 Dodol
Dan sebagainya

3. Dari segi permainan:


• Bunga api
• Mercun
• Meriam buluh(telah diharamkan)

4. Dari segi kekeluargaan:


Kebiasaannya, semua perantau akan pulang ke kampung, perayaan ini selalunya
disambut bersama keluarga.
5. Dari segi diri:
Inilah sebenarnya yang disuruh oleh Islam iaitu persediaan dalaman(rohani) bagi setiap
umat Islam. Perlaksanaan sebenar perayaan ini adalah bagi mengugurkan dosa-dosa
yang telah dilakukan(bertaubat), saling bermaafan, dan bersedia menghadapi cabaran
yang menguji tahap keimanan seseorang. Ini kerana syaitan dan iblis dirantai di bulan
Ramadhan, maka ini adalah peluang seseorang itu melatih nafsunya dan meningkatkan
tahap keimanan tanpa gangguan, seterusnya bersedia bagi menghadapi hari dimana
syaitan dan iblis dilepaskan semula(pada Syawal).

6. Lain-lain persediaan:
• Kewangan (terutamanya duit raya)

Amalan Lazim

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan
ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya
Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya
Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara
mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian
mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan
bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya
adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali
persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada
Allah.

Anda mungkin juga menyukai