Anda di halaman 1dari 5

10 Persiapan Menghadapi Ramadhan al-Mubarak

1.

Berdoalah agar Allah SWT. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam
keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima dalam bulan ini, baik
puasa, solat, tilawah, dan zikir.

2.

2. Bersyukurlah dan memuji Allah atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam
kitab Adzkar-nya berkata, Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan
untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan
keagunganNya.Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan
kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal
afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

3.

Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah SAW selalu memberikan khabar gembira kepada
para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan.Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh
berkat. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan
menutup pintu-pintu neraka. (HR. Ahmad).Salafussoleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat
gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena
bulan itu bulan penuh kebaikan dan rahmat.

4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin daripada bulan Ramadhan. Ramadhan
sangat singkat. Justeru isilah setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri dan mendekatkan diri
kepada Allah seperti tadarus Al-Quran, zikir, solat sunat, bersedeqah, menjamu orang berbuka puasa, solat terawih dan solat
malam.
5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan
membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan.
Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka. [Q.S. Muhamad (47): 21]
6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah dalam bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan
dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima
oleh Allah.Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui, [Q.S. Al-Anbiyaa(21): 7]
7. Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar daripada segala
dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat.
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. [Q.S. An-Nur (24): 31]
8. Siapkan jiwa dan ruh kita dengan bacaan yang mendukung proses tazkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas
tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa sehingga secara mental kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan pada bulan
Ramadhan.
9. Hiasilah rumah dan diri. Marilah kita menghiasi rumah kita agar nampak kegembiraan kita menyambut Ramadhan seperti
menggantung banner Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak dan lampu warna- warni. Hiasilah diri dengan pakaian yang baik
dan wangian yang segar ketika beribadah kepada Allah contohnya seperti ketika menunaikan solat terawih. Berbelanjalah sedikit
untuk kegembiraan kita menjelang Ramadhan.
10.

Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih.

Kepada Allah, dengan taubat nashuha

Kepada Rasulullah SAW, dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya.

Kepada orang tua, isteri-isteri, anak-anak, dan sahabat-sahabat serta kaum kerabat, dengan mengeratkan hubungan
silaturrahim

Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik
adalah paling bermanfaat bagi orang lain.

Persiapan Rohani penting kepada kita semua, untuk


melaksanakan segala ibadah yang ada dalam Bulan Ramadhan ini
perlu mempunyai keikhlasan hati dan tidak mengeluh kesah
kerana tidak dapat menikmati makanan pada siang hari dan tidak
merunggut kelaparan ketika berpuasa.
1.

Ilmu tentang ibadah-ibadah yang terdapat dalam Bulan


Ramadhan kena dipelajari oleh kita semua, kefahaman tentang
ibadah Bulan Ramadhan ini akan menyebabkan kita mudah
melaksanakannya tanpa menghadapi masalah.
2.

Fizikal penting dalam melaksanakan ibadah puasa, sebab


orang sakit dalam bulan puasa tidak dapat melaksanakan ibadah
puasa dan ia terlepas dari segala hikmah yang terdapat dalam
bulan puasa. Badan sihat juga mudah untuk melaksanakan
ibadah Solat Tarawih, mudah untuk membaca Al-Quran dan
sebagainya.
3.

Ekonomi juga penting dalam bulan puasa. Orang yang


berkemampuan perbanyakkanlah sedekah kepada orang yang
tidak berkemampuan. Kerana ganjaran pahalanya sangat besar.
Memiliki ekonomi juga dapat membuatkan seseorang itu mudah
ke masjid untuk melaksanakan ibadah Bulan Ramadhan.
4.

Pengertian puasa
menahan diri dari makan, minum, hawa nafsu, dan hal-hal lain yang dapat
membatalkan puasa sejak terbit matahari / fajar / subuh hingga matahari
terbenam / maghrib dengan berniat terlebih dahulu sebelumnya.

Lafaz niat sehari:


Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.


Lafaz lengkap:

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana
Allah Taala.
Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah
Taala.
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada
malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah
puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam
Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab,
seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi
memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah
diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada
puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat
sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah
Taala.

Waktu Berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk
waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar
shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada manamana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

SYARAT WAJIB PUASA


1. Islam
2 Aqil(Berakal)
3. Baliqh
4. Mampu
5. Menetap
SYARAT SAH PUASA
Islam
Berakal
Suci dari haid dan nifas sepanjang hari
Dilaksanakan pada waktunya.
(Sedangkan "niat", menurut Syafi'iyah, dimasukkan ke rukun puasa).
HAL-HAL YANG MEMBATALKAN PUASA
1 .Makan atau Minum dengan Sengaja
2. Melakukan Jima(hubungan suami istri pada siang hari di bulan ramadhan)
3. Mengeluarkan air mani dengan cara onani atau masturbasi, mencium, memeluk, merangkul, menghayal
dan lain-lainnya, serta memandang segala sesuatu yang dapat menggugah nafsu syahwat.

4. Keluar darah haidh dan nifas


5.Muntah disengaja, tetapi jika muntah tanpa disengaja

Doa Berbuka Puasa

Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai
dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan
Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan

Firman Allah S.W.T: Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke


atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang
sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 183)}}
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya
yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasai dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah,
yang bermaksud:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang
penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya.
Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup
segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan

Anda mungkin juga menyukai