Anda di halaman 1dari 5

Kajian Tindakan Sekolah

LAPORAN KA
JN TINDAKAN
Cik Normaria Binti Che Hussin
Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab
Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA

KATA PINJAMAN BAHASA ARAB MENGGUNAKAN EJAAN JAWI

MELALUI KAEDAH LATIH TUBI

Abstrak

Kajian ini ini adalah hasil pemerhatian kepada kelemahan murid dalam mengeja Kata Pinjaman

Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi. Penggunaan kata pinjaman bahasa arab ini memang

agak sukar untuk dieja dan difahami kerana murid agak lemah dalam penggunaan sistem ejaan

jawi . Murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid pemulihan jawi dari

kelas 3 Puteri 4, Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru. Tinjauan awal untuk

mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran

kemahiran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis latihan yang dibuat oleh murid serta

jawapan ujian PKSR bulan Mac 2009 berhubung dengan kemahiran itu. Berdasarkan

pemerhatian dan analisis tersebut murid didapati belum menguasai kemahiran mengeja kata

pinjaman bahasa arab menggunakan ejaan jawi.. Langkah awal guru perlu mengajar murid

dengan menggunakan kaedah latih tubi iaitu:


LAPORAN KA
J IAN TINDAKAN
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran lalu

Saya mengajarkan mata pelajaran Pendidikan Islam (Pemulihan Jawi) 3 Puteri 4. Saya dapati

ramai daripada mereka kurang mahir dalam mengeja kata pinjaman bahasa arab menggunakan

sistem ejaan jawi. Pengajaran dan pembelajaran melalui penerangan guru melalui buku aktiviti

jawi sahaja kurang berkesan kerana murid tidak boleh menguasai kemahiran mengeja sistem

ejaan jawi. Keputusan ujian PKSR bulan Mac merosot dan didapati bahawa murid tidak dapat

menjawab soalan tentang tajuk ini dengan tepat. Kesan daripada kelemahan mereka, saya

membuat keputusan untuk cuba melakukan sesuatu supaya dapat memberi kefahaman kepada

mereka tentang penggunaan kata pinjaman bahasa arab tersebut, seterusnya mengurangkan

kelemahan mereka dalam menggunakan sistem ejaan jawi.

2. Fokus Kajian
Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab soalan di dalam kelas dan
markah ujian bulan Mac yang rendah kerana

a.Murid kurang mahir tentang cara untuk menggunakan sistem ejaan jawi
menyebabkan mereka sukar untuk mengeja perkataan jawi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

b.Murid masih tidak mengenali huruf-huruf jawi dan sukar untuk mengeja satu
persatu huruf-huruf tersebut sekiranya bersambung dengan huruf lain.
Masalah ini berlaku di kalangan murid kerana sikap murid yang malas untuk membuat
latihan dan tidak mengulangkaji pelajaran yang lepas. Sekiranya masalah ini tidak ditangani,
murid akan terus tidak memahami sistem ini lalu menyebabkan mereka akan
menghadapi masalah untuk mengeja perkataan jawi yang lebih sukar dan panjang.

LAPORAN KA
J
IAN TINDAKAN
3. OBJEKTIF KAJIAN
i. OBJEKTIF AM

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam penggunaan sistem ejaan jawi

dengan menggunakan persembahanpowerpoint yang mudah, ringkas dan menarik. Oleh itu,

murid akan dapat memahami dengan lebih baik penggunaan sistem tersebut.

ii. OBJEKTIF KHUSUS

Objektif khusus kajian ini adalah supaya :


• Murid dapat memahami cara menggunakan sistem ejaan jawi.
• Murid dapat menjawab soalan yang diberikan.
• Murid dapat mengurangkan kesilapan dalam menjawab soalan peperikaan.
• Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid.

4.KUMPULAN SASARAN
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN / PROPORSAL KAJIAN TINDAKAN

1. TAJUK MENGATASI MASALAH MURID 5 MARIKH DALAM


MENGINGAT NOMBOR 1-100 DALAM BAHASA ARAB.
2. PENYELIDIK EN. MIOR SYAZRIL BIN MOHAMED SAPAWI
3. NAMA SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SURIA, JOHOR BAHRU.
4. LATAR BELAKANG - Sewaktu mengajar mata pelajaran bahasa Arab Tahun 5 Marikh,
KAJIAN / REFLEKSI saya sering meminta murid menyebut nombor ketika saya menulis
PENGAJARAN DAN tarikh di papan tulis. Saya dapati murid kelas ini kurang mengingati
PEMBELAJARAN LALU tentang bilangan nombor dalam bahasa Arab seperti kelas-kelas
yang lain. Apabila diajukan soalan, mereka sering terdiam dan
berfikir tentang nombor dalam bahasa Arab yang perlu mereka
sebutkan.

- Apabila melihat situasi seperti ini saya merasa bersalah dan perlu
memperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri. Sehubungan
itu, saya telah membuat keputusan untuk memperbaiki kelemahan
diri serta mempertingkatkan pembelajaran murid-murid saya
melalui kajian ini.
5. ISU KEPRIHATINAN / Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh
FOKUS KAJIAN pelajar saya, saya akan fokuskan kajian ini kepada masalah murid
mengingat nombor dalam bahasa Arab. Kajian ini adalah penting
bagi murid-murid 5 Marikh kerana mereka telah mempelajari
tentang nombor dari 1-100 sejak dari tahun 1 lagi hingga tahun 3.
Apabila mereka sudah memasuki tahun 5 sekarang, sepatutnya
masalah itu telah lama dapat diatasi.
6. OBJEKTIF UMUM Murid mahir dalam mengingat dan menyebut nombor-nombor
KAJIAN dalam bahasa Arab.
7. OBJEKTIF KHAS 1. Membantu murid menguasai nombor dalam bahasa Arab.
KAJIAN
2. Membantu murid menguasai kemahiran mendengar, menyebut,
membaca dan menulis nombor dalam bahasa Arab.

3. Melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas


ketika guru mengaitkan tajuk pelajaran dengan nombor (seperti
tarikh, muka surat dan sebagainya).
8. KUMPULAN Kajian ini melibatkan 39 orang murid Tahun 5 Marikh yang terdiri
SASARAN daripada 19 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan.
9. TINDAKAN YANG 1. Menyediakan carta / banting tentang nombor bahasa Arab dalam
DICADANGKAN kelas dan persekitaran sekolah.
(METHOD)
2. Murid menghafal hanya 21 perkataan nombor bahasa Arab yang
boleh diubah suai untuk mengira 1-100.

3. Memulakan setiap pengajaran dengan aktiviti menyebut nombor


oleh setiap murid selama 3-5 minit sebagai set induksi.

4. Melakukan aktiviti menukar nama murid kepada nombor dalam


bahasa Arab dan guru memanggil murid dengan nombor dan
bukannya nama.

5. Menulis muka surat dalam perkataan bahasa arab di buku tulis.

6. Melakukan aktiviti-aktiviti matematik dalam bahasa arab.


(contoh : penambahan dan penolakan mudah)

7. Kuiz bahasa Arab yang berkaitan dengan nombor.


10. JADUAL MAC – APRIL 2009
PELAKSANAAN KAJIAN
11. JUMLAH Carta / Banting =RM 60.00
PERUNTUKAN YANG
DIPOHON

Anda mungkin juga menyukai