Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2014 TAJUK MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN SIMULASI WATAK

OLEH: ZALIADI BIN MOHAMAD GURU MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 SK KAMPUNG TUNKU

1. Tajuk Mempertingkatkan penguasaan sebutan dan penbendaharaan kata Bahasa Melayu menggunakan simulasi watak

2. Nama Penyelidik Zaliadi bin Mohamad

3. Alamat Sekolah SK KampungTunku

4. Latar Belakang Kajian Penggunaan bahasa Melayu masih lemah terutamanya di kalangan pelajar Bandar dari segi pembendaharaan kata dan sebutan. Kegagalan menguasai kedua-dua aspek ini perlu ditangani demi menyahut cabaran untuk melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dan versatile.

5. Masalah / Fokus Kajian

Pelajar sering menghadapi masalah apabila berkomunikasi dalam bahasa Melayu kerana mereka lemah dalam menyebut perkataan dengan betul dan pembendaharaan kata yang terbatas serta dipengaruhi oleh bahasa pasar dalam pertuturan seharian. Kajian ini memfokuskan kepada permasalahan pelajar terutamanya pelajar Tahun 4 Melati di sekolah ini.

6. Rasional Kajian Rasional kajian ini dijalankan kerana pelajar sering gagal didalam ujian bulanan serta kurang penguasaan dalam bahasa Melayu semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P).

7. Objektif Kajian Untuk meningkatkan penbendaharaan kata, serta dapat menguasai kemahiran menyebut dan membaca perkataan di dalam bahasa Melayu di kalangan pelajar.

8. Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran ialah seramai 24 orang yang terdiri daripada murid tahun 4 Melati.

9. Perlaksanaan Kajian 9.1 Pemerhatian Daripada pemerhatian didapati pelajar sering bermasalah menyebut perkataan dan mempunyai penbendaharaan kata yang terhad semasa berinteraksi dengan guru di dalam kelas. Pelajar juga sukar menghakis pengaruh bahasa pasar dalam sebutan bahasa Melayu mereka.

9.2 Tindak balas Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Pelajar sering kali menghadapi kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang dan menghadapi masalah membuat ayat pertuturan.

9.3 UjianPencapaian Di dalam ujian oral yang dijalankan pelajar tidak dapat menyebut perkataan dan berinteraksi dengan baik semasa sesi soal jawab dijalankan.

9.4 Perancangan

Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat dengan menggunakan keadah SimulasiWatak.

9.5 Tindakan Pelajar disediakan sampul yang mempunyai kad bergambar mengandungi watak yang akan dilakonkan oleh mereka. Sebelum watak tersebut dilakonkan, pelajar akan diminta untuk mencari maklumat berkenaan watak tersebut. Sebagai contoh, pelajar mendapat kad bergambar doktor.Mereka perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak tersebut seperti pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya (apa sahaja) dalam sumbangsaran. Pelajar tersebut akan berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah diperolehi. Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa.

9.6 Pemerhatian Daripada pemerhatian, para pelajar kelihatan lebih semangat, berminat dan memberi respon yang memberangsangkan di dalam bilik darjah.Ini kerana mereka secara sukarela dan bersedia menyertai aktiviti tersebut.

9.7 Refleksi Kaedah ini banyak membantu pelajar untuk menambahkan penbendaharaan kata dan meningkatkan keyakinan mereka dalam komunikasi kerana telah dapat mengatasi masalah penyebutan.

10. Kesimpulan Melalui kajian ini diharapkan banyak dapat membantu pelajar-pelajar untuk bertutur dengan lancar dan memahami apa yang disebut.

Anda mungkin juga menyukai