Anda di halaman 1dari 5

Latihan Tatabahasa 1 Set I

1. Hati Ani ___________menunggu keputusan peperiksaannya. A.mendebarkan B.debarkan C.berdebaran D.berdebar

2. Pertumbuhan padi di kawasan Kerian__________semata-mata kepada hujan. A.menggantung B.bergantung C.menggantungkan D.tergantung

3. Kami tidak__________sesiapa. A.memusuhi B.permusuhi C.bermusuh D.bermusuhan

4. Pakaian orang tua __________dan rambut panjang tidak berbela. A.berlindungan B.berkurung C.berselekoh D.berselekeh

5. Pinggan yang sudah dibilas itu__________di tempat pinggan. A.ditangkupkan B.disangkutkan C.dicucikan D.diguling

6. Ayah membeli empat___________dawai untuk memagari kebun-kebun sayur. A.gelung B.keping C.rawan D.kerat

7. Setiap hari bapa membeli tiga____________akhbar. A.karangan B.buku C.buah D.naskhah

8. Ahmad membeli dua__________tebu kepada adiknya. A.potong B.ruas C.pucuk D.batang

9. Mesyuarat itu mula menjadi hangat bila___________di antara Ali dan Ramu berlaku. A.mulut gatal B.pembasuh mulut C.perang mulut D.jaga mulut

10. __________Puan Salmah yang berharga dua ribu ringgit itu telah dicuri semalam. A.Barang emas B.Buah tangan C.Bunga wang D.Wang pokok

11. Si Ali itu suka__________di hadapan tuannya dia baik dengan kita tetapi di belakang tuannya dia masam pula. A.bertentang muka B.memberi muka C.bermasam muka D.bermuka-muka

12. Mereka tidak dapat menentukan__________rancangan itu akan mendatangkan keuntungan. A.setelah B.supaya C.sama ada D.bila

13. Muthu memakai kelambu_________dia tidak digigit nyamuk. A.supaya B.kerana C.oleh D.sejak

14. Dia tidak kembali lagi__________dia berpindah dari sini. A.hingga B.apabila C.sejak D.sementara

15.Minah berasa__________apabila permohonannya ke universiti ditolak. A.hempas B.hampa C.hempar D.hambur

16. Panah itu mengenai sasarannya kerana pemanahitu___________. A.gagah B.mahir C.lancar D.perkasa

17.Walaupun dia sudah bersedih, dia masih__________menghadapi peperiksaan itu. A.gentar B.pakar C.lemah D.bodoh

18. Pada musim kemarau, daun-daun pokok getah akan__________. A.gugur B.jatuh C.timpa D.luruh

19. Encik Lim___________untuk membiayai pelajara anaknya di seberang laut. A.bantu-membantu B.berlumba-lumba C.lintang-pukang D.berhempas pulas

20. Pak Abu pndai membuat kerja___________barang-barang tembaga.

A.susun-menyusun B.kira-mengira

C.ukir-mengukir D.tembak-menembak

Latihan Tatabahasa 2 Set I


1. Bukan semua orang yang suka menceburkan diri dalam bidang__________. A.pengusaha B.mengusahakan C.perusahaan D.usahawan 2. Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung telah__________Pingat Hang Tuah kepada budak yang paling berani itu. A.menganugerahkan B.dianugerahkan C.menganugerahi D.penganugerahan

3. Guru besar itu berkata,"Berikan alasan-alasan yang munasabah untuk_______kebenaran awak." A.buktikan B.terbukti C.berbukti D.membuktikan

4. Setiap pagi kami__________surat khabar daripada Pak Abu. A.menyuruh B.melanjut C.menawan D.melanggan

5. Siti ___________oleh ibunya kerana gagal dalam peperiksaan akhir tahun. A.dimarahkan B.digerami C.dimarahi D.dikasihi

6. Di tepi jalan itu terdapat dua__________pasir. A.kumpulan B.puak C.timbun D.butir

7. Emak membeli se_________anggur di pasar malam. A.gugus B.biji C.longgok D.timbun

8. Se________rumah kedai baru telah didirikan di tanah yang luas itu. A.buah B.bentuk C.kumpulan D.deret

9. Akhirnya Cikgu Hamid telah_________bagaimana hendak menyelesaikan masalah matematik itu. A.membuka tembelang B.memberi jalan C.memberi muka D.membuat helah

10. Rahim tidak digemari oleh kawan-kawannya kerana dia sangat suka________dengan mereka. A.mengangkat muka B.berbahasa pasar C.berbahasa kesat D.berbahasa ibunda

11. ________Samad apabila mendapati burung yang di dalam sangkarnya telah terlepas keluar. A.Tanda mata B.Air mata C.Buka mata D.Putih mata

12. Rahim tidak sihat_________dia gemuk. A.selagi B.meskipun C.lagipun D.kecuali

13. Abang massuk ke bilik__________berbaring di atas katil. A.lalu B.dan C.sambil D.supaya

14. Petani membuat empangan_________menahan air dari masuk ke sawahnya. A.kerana B.agar C.untuk D.lalu

15. Kami sungguh ________setelah mendengar cerita orang tua itu. A.azab B.nestapa C.radang D.sanjung

16. Isi buah mangga itu sungguh_________. A.lapuk B.reput C.rangup D.lunak

17. Dewan itu________dengan gelak ketawa para penonton. A.gamat B.sunyi C.penuh sesak D.padat

18. Orang-orang di pasar malam itu_________apabila pergaduhan itu berlaku. A.kacau B.mirip C.gempar D.riuh

19. Penghijrahan anak muda ke bandar menyebabkan kawasan pertanian di kampung menjadi ________. A.bukit bukau B.rumput-rumpai C.hutan rimba D.semak samun

20. Penyokong bola sepak Kedah_________kegembiraan apabila pasukan mereka berjaya ke pertandingan akhir Piala Malaysia. A.menjerit-jerit B.melonjak-lonjak C.menampar-nampar D.bertolak-tolakan

Anda mungkin juga menyukai