Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.

1. TAJUK KAJIAN.
Mempertingkatkan penguasaan sebutan dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu di
kalangan pelajar bukan Melayu Kelas Peralihan menggunakan simulasi watak (Role Play
Simulation).

2. NAMA PENYELIDIK.
Puan Sharifah Azma Binti Kamarudin.

3. NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH.


Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle,
5/13 Jalan Chantek ,46000
Petaling Jaya,Selangor.

4. REFLEKSI SITUASI/PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.


Pada bulan Januari 2018, 75% pelajar Kelas Peralihan dikenal pasti menghadapi masalah
dalam menyebut dan bertutur dengan betul dalam Bahasa Melayu, berdasarkan
pemerhatian yang telah dilakukan oleh penyelidik dan juga hasil temubual bersama 5
orang guru yang merupakan tenaga pengajar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Amalan Bahasa Melayu bagi kelas tersebut.

5. ISU KEPERHATINAN/FOKUS KAJIAN.

Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan membantu murid-murid bukan Melayu
dalam Kelas Peralihan yang menghadapi masalah penguasaan sebutan dan
perbendaharaan kata Bahasa Melayu, ke arah meningkatkan kemahiran perbendaharaan
kata, menguasai kemahiran menyebut dan berupaya membaca dan memahami perkataan
dengan betul dalam Bahasa Melayu. Guru pula bertindak sebagai fasilitator.

6. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid bukan Melayu Kelas Peralihan diharap
akan mencapai objetif berikut:
i) Objektif Umum.
Diharap dapat meningkatkan kemahiran perbendaharaan kata serta dapat
menguasai kemahiran menyebut dan membaca perkataan yang betul dalam
kalangan pelajar bukan melayu

1
ii) Objektif khusus:
a) Membantu pelajar membina ayat mudah dalam penulisan Bahasa Melayu.
b) Membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
c) Mengubah sikap dan persepsi pelajar dengan mengatakan Bahasa Melayu
merupakan mata pelajaran yang mudah difahami.
d) Membantu pelajar menjadi lebih cemerlang dalam pembelajaran pada masa
hadapan.
e) Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan
Melayu.

7. KUMPULAN SASARAN.
Kajian ini melibatkan 12 orang murid kelas Peralihan bukan Melayu yang terdiri daripada
8 orang pelajar Cina dan 4 orang pelajar India.

8. TINDAKAN YANG DICADANGKAN


i.) Tinjauan Masalah
Sewaktu penyelidik menyemak buku latihan murid-murid kelas Peralihan,
penyelidik berasa sungguh terkejut kerana mendapati penguasaan Bahasa Melayu
di kalangan pelajar bukan Melayu adalah sangat lemah. Perkataan Bahasa Melayu
yang digunakan dalam membuat latihan seperti membina ayat adalah terhad dan
sangat lemah. Begitu juga dalam sebutan perkataan dan perbendaharaan kata yang
terbatas serta dipengaruhi oleh dialek tempatan dalam pertuturan seharian.

Selain itu, murid-murid juga banyak melakukan kesilapan ejaan serta membina
ayat dalam keadaan tergantung. Apabila kami bertanya kepada murid-murid
tentang keadaan ini, jawapan yang mereka berikan mudah sahaja iaitu “kami tidak
minat…”, “terlalu banyak perkataan baru”… dan “susah untuk kami faham
maksudnya”.

Secara kesimpulannya, penyelidik mendapati faktor utama kegagalan murid-


murid kelas Peralihan ini menguasai sebutan dan perbendaharaan kata Bahasa
Melayu disebabkan mereka tidak minat untuk belajar mata pelajaran Bahasa
Melayu dan kurang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan
apabila berkomunikasi. Pelajar berbangsa Cina dan India lebih cenderung
menggunakan bahasa ibunda masing-masing apabila berbual dalam kalangan
2
mereka. Ini menyebabkan penguasaan sebutan dan perbendaharaan kata mereka
dalam Bahasa Melayu agak terbatas.

Selepas sebulan pengajaran dan pembelajaran berjalan, satu ujian pra


dilaksanakan dan didapati 4 orang masih lemah dan kurang keyakinan diri untuk
bertutur menggunakan Bahasa melayu dengan betul.

ii) Lima kali seminggu, kumpulan sasaran diberikan latihan membaca, menyebut
secara berulang-ulang, perbincangan sesama rakan sebaya dan membina ayat
bagi menggalakkan penguasaan dan pengukuhan penggunaan Bahasa Melayu di
kalangan murid. Proses ini akan diteruskan sehingga 4 minggu. Perkara ini
diharapkan dapat memberi keyakinan dan meningkatkan minat murid-murid
unutk menguasai Bahasa Melayu melebihi bahasa ibunda masing-masing
sewaktu belajar di sekolah atau di mana-mana sahaja.

iii) Ujian Post.


Data perubahan kemahiran lisan (membaca, menyebut ) dan kemahiran menulis
(membina ayat mudah).

9. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan


1 Ujian Pra 02 Februari 2018
2 Mengenal pasti masalah 15-19 Februari 2018
3 Menulis kertas cadangan 20-25 Februari 2018
4 Mengedarkan petikan soalan 21-23 Mac 2018
5 Menganalisis dapatan 1-20 April 2018
6 Menulis laporan 1-10 Mei 2018
7 Pembentangan Oktober 2018

10. Kos kajian (Tiada)

Bil Bahan Kos seunit Bil. unit Jumlah


1. Modul intervensi 2M RM 5.00 12 RM60.00
BM Peralihan
JUMLAH RM60

Anda mungkin juga menyukai