Anda di halaman 1dari 4

TIPS & PANDUAN - PENULISAN PENDAHULUAN KARANGAN

MENGGUNAKAN TEKNIK ARCA + PENANDA WACANA


TIPS & PANDUAN PENULISAN PENDAHULUAN YANG MANTAP

Contoh 1:
Amalan menabung perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak awal
lagi.  Nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperoleh dengan amalan
menabung ini.

Analisis soalan:-

Tema/Isu                                :  Amalan menabung  (AR)


Contoh                                   :  Contoh bank; Maybank, Tabung Haji, Bank
Simpanan
                                                     Nasional  (AC)
Tugasan/arahan soalan       :  Kebaikan menabung  (AA)

TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN


TEKNIK ARCA
PW: Penanda Wacana
AR:  Ayat Rangsangan berdasarkan tema (AR-PU/Pernyataan Umum;AR-
T/Tanya)
AC:  Ayat Contoh ( merujuk contoh tema) 
AA:  Ayat Arah dikaitkan dengan arahan/tugasan soalan
PW: penanda wacana/perbahasa (PB)/kata-kata hikmat(KH)

       [AR-PU] Dalam meniti arus pemodenan, amalan menabung merupakan


amalan mulia yang perlu dipupuk sejak kecil lagi.  [AR-PU] Persis mutiara
kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya(PB), sewajarnyalah ibu bapa
dalam menerapkan amalan menabung kepada anak-anak mereka sejak kecil
lagi.  [AC] Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membuka akaun simpanan
anak-anak di mana-mana institusi kewangan seperti Bank Simpanan Nasional,
Tabung Haji dan Maybank. [AR-T] Persoalannya kini, apakah kebaikan
menabung kepada individu?  [AA] Oleh hal yang demikian, kebaikan amalan
menabung yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas secara terperinci
untuk kepentingan bersama.

CONTOH 2:

Kes kemalangan jalan raya sering meningkat terutama pada musim perayaan.
Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengurangkan
kemalangan jalan raya di negara kita.

Analisis soalan   :
Tama/Isu              :   kemalangan jalan raya semakin meningkat(AR)
Contoh                 :   ketika sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau cuti
umum (AC-
                                    merujuk tema)
Arahan/Tugasan    :   usaha-usaha mengurangkan kemalangan jalan raya(AA)

PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA

      (PW)Memang tidak dapat dinafikan, (AR)kes kemalangan jalan raya di


negara kita semakin meningkat saban tahun.  (AR)Saban hari kita dapat
membaca berita tentang kemalangan yang bukan sahaja mengakibatkan
kecederaan malahan kehilangan nyawa.  (AC)Sebagai contoh, ketika cuti Hari
Raya, Tahun Baru Cina atau hari-hari kelepasan umum yang lain , jumlah
kemalangan turut meningkat apabila warga kota berpusu-pusu pulang ke
kampung halaman masing-masing. .(AR)Bilangan kenderaan yang bertambah
di jalan raya umpama cendawan tumbuh selepas hujan turut menjadi punca
peningkatan kes kemalangan di negara kita. (AR-T)Persoalannya, haruskah
kita hanya berpeluk tubuh melihat peningkatan kes kemalangan ini tanpa
berbuat apa-apa?.  (AA)Jelaslah bahawa, usaha-usaha yang drastik perlu
diambil oleh pelbagai pihak untuk membendung masalah ini daripada terus
bereleluasa.

Contoh 3:

Anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk


'Langkah-langkah yang Paling Berkesan untuk Mengamalkan Gaya Hidup
Sihat", sempena Hari Kesihatan Sedunia di sekolah anda.  Tulis teks syarahan
anda selengkapnya.

Analisis soalan:
Tema         :    amalan gaya hidup sihat (AR)
Contoh     :    kebaikan - meningkatkan kesihatan, menghindari diri daripada
mudah
                       dijangkiti penyakit dan menjalani kehidupan dengan
berkualiti(AC)
Arahan/tugasan:  langkah-langkah berkesan untuk mengamalkan gaya hidup
sihat(AA)

PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA

      (PW)Pada era globalisasi kini, (AR)amalan hidup sihat sangat penting


untuk dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita. (AR)  Hal
ini demikian kerana, amalan gaya hidup sihat memberi berbagai-bagai faedah
dalam kehidupan kita.(AC)  Contohnya, tahap kesihatan akan meningkat dan
menghindari diri daripada mudah dijangkiti penyakit-penyakit berbahaya
(AR) seperti cogan kata, mencegah lebih baik daripada mengubati.
(AR)Apabila kesihatan terjamin, seseorang itu akan dapat menjalani
kehidupan seharian dengan lebih berkualiti.  (AA-T)  Persoalannya, apakah
langkah-langkah yang berkesan untuk mengamalkan gaya hidup sihat ini?
Tepuk dada tanya selera.
Tips untuk pelajar menengah rendah: 
             pendahuluan tidak perlu terlalu panjang:
             Formula :  Pendahuluan =  ( PW) + (AR) + (AC) + (AA - U/T)  +
Peribahasa(Jika 
             ada)

         
Latihan kendiri'

Berdasarkan soalan-soalan yang diberikan, buat analisis soalan dan tulis


perenggan pendahuluan yang baik dengan menggunakan teknik ARCA 

a)   Saban tahun, negara kita menghadapi masalah jerebu yang serius


sehingga menjejaskan tahap kesihatan dan keselamatan masyarakat.
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu
diambil oleh masyarakat dalam menghadapi masalah jerebu ini.

b)   Gejala berlumba motosikal secara haram dalam kalangan remaja di negara


kita semakin berleluasa.  Tulis sebuah rencana tentang punca-punca gejala ini
untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.

c)    Baru-baru ini telah tersebar video tentang gejala buli dalam kalangan
pelajar sekolah.  Masalah ini semakin serius dan membimbangkan pelbagai
pihak.  Kemukakan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu diambil
oleh pelbagai pihak untuk mengatasi gejala buli ini.

Selamat mencuba!!!!!

Posted by Cikgu Kalsom at Ahad, Jun 30, 2013 14 ulasan: 


E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

TIPS & PANDUAN - KARANGAN FORMAT SYARAHAN

TIPS DAN PANDUAN


1.      Karangan jenis syarahan atau dikenali juga sebagai pidato merupakan 
         karangan berformat.

2.      Format yang perlu diikuti apabila menulis karangan jenis ini ialah:
         a)    Kata alu-aluan kepada para hadirin.  Kata-kata ini mestilah 
                mengikut mengikut pangkat seperti Yang Mulia, Yang Berhormat, 
                Yang Berbahagia, Yang Dihormati, dan lain-lain.
         b)    Kata-kata penghadapan diselang-seli antara satu atau dua 
                perenggan.  Antara kata-kata penghadapan yang biasa digunakan 
                ialah:
                -   Hadirin yang dihormati,
                -   Hadirin dan hadirat sekalian.
                -   Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
                -   Saudara-saudari yang dikasihi sekalian dll.
                Penulisannya betul-betul di sebelah kiri dan selepas dilangkau 
                satu baris daripada isi sebelumnya.
         -      Format penulisan karangan mesti dipatuhi untuk mengelakkan 
                markah ditolak.

3.      Kandungan syarahan terbahati kepada tiga;


         a)   Pendahuluan - berisi kata alu-aluan, menyatakan tajuk
         b)   Isi  -   memuatkan perkara-perkara penting yang hendak 
               disampaikan berdasarkan tajuk.
               Isi diselang-selikan dengan kata-kata penghadapan 
          c)   Penutup - memuatkan kesimpulan, ucapan maaf dan terima kasih

4.      Dalam peperiksaan, karangan jenis ini lazimnya dikemukakan dalam 


         bentuk pertandingan.  Oleh itu, anda perlu memberikan kata-kata 
         pujian kepada hakim yang mengadilinya, seperti;
         -   Tuan Hakim yang adil lagi bijaksana, barisan hakim yang arif lagi 
         bijaksana atau yang sama maksud dengannya.'

5.      Untuk menulis syarahan yang bermutu, isi yang dikemukakan mestilah 


         bernas, tepat dan jelas.

6.      Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami.  Anda juga boleh 
         menyelitkan jenaka yang sopan, kata-kata kiasan , peribahasa, 
         pepatah, dan cogan kata.

7.      Di bahagian akhir karangan sebelum ucapan - sekian, terima kasih, anda 
         boleh menyelitkan pantun yang bersesuaian sebagai penutup.

Anda mungkin juga menyukai