Anda di halaman 1dari 13

lOMoARcPSD|7194595

MPU3313

Kesihatan dan Kesejahteraan (Open University Malaysia)

StuDocu is not sponsored or endorsed by any college or university


Downloaded by JENNA JENNANI (jkvsjenn@gmail.com)
lOMoARcPSD|7194595

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE (FEL)

SEMESTER 1 / 2017

MPU 3313

KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL : yayahuu_88@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : KENINGAU

Downloaded by JENNA JENNANI (jkvsjenn@gmail.com)


lOMoARcPSD|7194595

Isi kandungan

BI PERKARA MUKA SURAT


L
1 1.0 pengenalan 1
2 2.0 Enam Manfaat dan Kepentingan Komprehensif
Hasil Daripada Amalan Gaya Hidup Sihat Dan 2
Sejahtera

2.1 Peningkatan Kecekapan Kardiovaskular Atau 3-4


Jantung Dan Salur Darah

2.2 Peningkatan Tonus (Tone), Kekuatan, Fleksibiliti 4-5


dan Ketahanan Otot

2.3 Peningkatan Kawalan Kendiri, Kecekapan Kendiri 5


dan Harga Diri

2.4 Peningkatan Pengurusan Tekanan dan Pandangan 6-7


dalam Kehidupan

2.5 Peningkatan Hubungan Interpersonal 7

2.6 Penurunan Kes Kematian dan Morbiditi Akibat 8


Penyakit

3 3.0 Kesimpulan 9
4 Apendiks 10
Rujukan

Downloaded by JENNA JENNANI (jkvsjenn@gmail.com)


lOMoARcPSD|7194595

MPU3313

1.0 Pengenalan

Mengamalkan gaya hidup sihat merupakan sikap yang sangat baik dan mampu memberikan
impak positif dalam kehidupan seharian kepada individu, keluarga dan masyarakat. Gaya hidup
boleh disifatkan sebagai tingkah laku yang diamalkan oleh seseorang individu dalam masyarakat.
Gaya hidup manusia berbeza-beza mengikut budaya masyarakat setempat sama ada d Bandar
atau di luar Bandar. Gaya hidup sihat merujuk kepada tabiat atau amalan yang boleh
meningkatkan tahap keishatan dan meninggalkan kebiasaan yang memudaratkan keishatan.

Amalan gaya hidup sihat mempunyai banyak manfaat kepada manusia. Kehidupan alaf baru
yang serba-serbi pantas menyebabkan manusia mengabaikan amalan gaya hidup sihat yang
komprehensif. Gaya hidup merangkumi pelbagai aspek sama ada dari senaman, pola pemakanan
dan kitaran tidur yang betul. Terdapat pelbagai manfaat yang boleh diperoleh sekiranya kita
mengamalkan gaya hidup sihat dengan kaedah yang betul.

Mengamalkan gaya hidup sihat akan menghasilkan tubuh badan yang sihat dari segi mental dan
fizikal. Badan yang sihat dan cergas akan menjadikan seseorang itu kuat dan tubuh badan
mampu melawan pelbagai penyakit. Selain itu, seseorang yang sihat akan dapat menjalani
kehidupan yang lebih bermakna kerana amalan ini dapat menghindarkan seseorang daripada
pelbagai gejala sosial dimana pengamal akan dapat memikirkan secara waras dan rasional
tentang akibat sekiranya terlibat dengan penyakit sosial.

Oleh itu, amalan gaya sihat sihat memberikan seseorang itu kehidupan yang lebih baik dan
secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti kehidupan seharian kepada individu tersebut.

Downloaded by JENNA JENNANI (jkvsjenn@gmail.com)


lOMoARcPSD|7194595

MPU3313

2.0 ENAM FAEDAH DAN KEPENTINGAN KOMPREHENSIF HASIL DARIPADA


AMALAN GAYA HIDUP SIHAT DAN SEJAHTERA

Mengamalkan gaya hidup sihat secara komprehensif mampu memberikan banyak manfaat
kepada setiap individu. Terdapat beberapa komponen yang terlibat dalam amalan gaya hidup
sihat seperti makanan yang seimbang, kebersihan diri, tidak menyalahgunakan bahan, bersenam
dan rehat yang cukup. Gaya hidup yang sihat hanya boleh dicapai sekiranya individu dan
masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Beberapa
manfaat mengamalkan gaya hidup sihat secara komprehensif adalah seperti dalam rajah 1

MANFAAT GAYA HIDUP SIHAT YANG KOMPREHENSIF

Peningkatan Kecekapan Peningkatan Tonus (Tone), Peningkatan Kawalan


Kardiovaskular Atau Kekuatan, Fleksibiliti dan Kendiri, Kecekapan
Jantung Dan Salur Darah Ketahanan Otot Kendiri dan Harga Diri

Peningkatan Pengurusan Peningkatan Hubungan Penurunan Kes Kematian


Tekanan dan Pandangan Interpersonal dan Morbiditi Akibat
dalam Kehidupan Penyakit

Rajah 1

Downloaded by JENNA JENNANI (jkvsjenn@gmail.com)


lOMoARcPSD|7194595

MPU3313

2.1 Peningkatan Kecekapan Kardiovaskular Atau Jantung Dan Salur Darah

Jantung adalah organ penting yang bertanggungjawab mengepam darah melalui sistem peredaran
darah bagi membolehkan oksigen masuk ke dalam badan dan membantu mengeluarkan bahan
buangan daripada sel. Sistem kardiovaskular yang lebih baik akan mengekalkan fungsi ini
dengan mudah sepanjang umur hidup seseorang dan membolehkan individu untuk berfungsi
dengan tekanan yang minimum.

Jantung yang sihat akan menjana dan mengekalakna tekanan darah dan mengalirkan darah ke
seluruh tubuh. Jumlah darah yang dialirkan adalah berbeza bergantung kepada kadar denyutan
jantung. Contohnya semasa bersukan, jumlah darah yang dialirkan adalah lebih banyak
berbanding semasa dalam keadaan berehat.

Banyak manfaat yang akan diperoleh oleh individu yang mengamalkan penjagaan jantung
dengan baik. Mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam secara konsisten, tabiat
pemakanan yang baik dan tidak merokok adalah kunci kepada usaha memastikan jantung
terpelihara daripada pelbagai penyakit.

Faktor pemakanan memainkan peranan penting untuk mengawal paras gula dalam darah
termasuklah paras kolesterol dan tekan darah serta berat badan yang berkaitan secara langsung
dengan risiko penyakit kardiovaskular. Masalah metabolik seperti kencing manis atau diabetis,
hipertensi, hiperkolesterolimia dan obesiti yang akhirnya mendedahkan jantung kepada pelbagai
penyakit berkait rapat dengan pemakanan yang tidak seimbang.

Melakukan senaman secara konsisten dapat mencegah seseorang daripada jantung tersumbat.
Peningkatan kecergasan kardiovaskular akan menjadikan tubuh badan seseorang lebih cergas dan
mudah melakukan sebarang pergerakan. Jumlah penghidap penyakit berkaitan jantung juga akan
berkurangan. Individu yang mengamalkan bersenam terhindar daripada kadar kolesterol yang
tinggi dalam darah. Secara tidak langsung bersenam juga mencegah seseorang daripada
kegemukan atau obesiti. Dengan itu, individu tersebut tidak perlu menjalani kehidupan yang sulit
seperti terpaksa mengikut jadual pengambilan ubat-ubatan dan terpaksa berulang kali melakukan
rawatan ke hospital.

Downloaded by JENNA JENNANI (jkvsjenn@gmail.com)


lOMoARcPSD|7194595

MPU3313

Terdapat beberapa kepentingan daripada manfaat peningkatan kecekapan kardiovaskular atau


jantung dan salur darah iaitu pengurangan kos rawatan, kualiti kerja yang lebih baik dan
mempunyai banyak masa untuk diri sendiri dan keluarga.

Penyakit yang berkaitan dengan jantung dan salur darah adalah salah satu penyakit yang
memerlukan kos rawatan yang tinggi. Apabila mengamalkan gaya hidup sihat dan kecekapan
kardiovaskular dan salur darah meningkat, maka individu tersebut telah terlepas dari
menanggung beban kos rawatan. Seseorang yang sihat tidak perlu bersusah payah datang ke
hospital untuk mendapatkan rawatan. Selain itu juga, individu yang sihat mampu melakukan
kerja dengan baik seterusnya individu tersebut akan memberi hasil kerja yang berkualiti. Prestasi
kerja yang meningkat secara tidak langsung akan meberikan keyakinan dan kesan positif kepada
individu tersebut. Jantung yang sihat dan terhindar daripada pelbagai penyakit kronik akan
menjadikan seseorang hidup lebih lama dan mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama
kelurga dan orang sekeliling. Oleh itu, peningkatan kecekapan kardiovaskular dan salur darah
memberikan banyak manfaat dan kepentingan dalam kehidupan seharian.

2.2 Peningkatan Tonus (Tone), Kekuatan, Fleksibiliti dan Ketahanan Otot

Bersenam adalah salah satu amalan gaya hidup sihat. Mengamalkan senaman yang konsisten
dengan cara yang betul memberi manfaat kepada peningkatan tonus, kekuatan, fleksibiliti dan
ketahanan otot. Kekuatan otot bermaksud tahap kekuatan otot untuk menampung sesuatu aksi
tertentu. Ketahanan otot pula ialah keupayaan kumpulan otot menampung sesuatu aksi tertentu.
Manakala fleksibiliti membawa maksud keupayaan untuk melentur dan bergerak dengan lembut
dan berupaya melakukan pergerakan dalam lingkungan yang penuh.

Otot yang baik mampu memberikan bentuk badan serta keupayaan untuk anggota badan
bergerak dan bertindak menjalankan aktiviti harian. Peningkatan kekuatan otot akan menyokong
aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan kualiti hidup seseorang. Individu yang sihat fizikal
lazimnya akan membuat pilihan yang baik dalam kehidupan. Dalam masa yang sama, individu
tersebut juga lebih menikmati fleksibiliti dan ketahanan terhadap tekanan dan keletihan. Tulang
dan sendi yang kuat mampu menyokong pergerakan badan, memberi ketangkasan dan kekuatan

Downloaded by JENNA JENNANI (jkvsjenn@gmail.com)


lOMoARcPSD|7194595

MPU3313

agar melindungi tubuh daripada kecederaan. Risiko kecederaan akibat regangan dan terseliuh
juga dapat dihindari sekiranya sistem Muskuloskeletal terbentuk dengan baik.

2.3 Peningkatan Kawalan Kendiri, Kecekapan Kendiri dan Harga Diri

Seseorang yang mempunyai kawalan terhadap kesihatan yang baik cenderung mempamerkan
harga diri yang lebih tinggi dan mereka berasa gembira tentang diri mereka. Seseorang yang
mempunyai harga diri yang tinggi akan sentiasa berasa dirinya baik terhadap sesuatu perkara
dalam kehidupan individu tersebut dan juga terhadap orang lain di sekelilingnya.

Orang yang mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap kesihatan dilihat
mempamerkan harga diri yang lebih tinggi dan mereka berasa gembira tentang
diri mereka. Seseorang yang mempunyai harga diri yang tinggi sentiasa berasa dirinya baik
Perasaan kebaikan dan keyakinan diri seperti itu boleh memberi impak positif
terhadap perkara lain dalam kehidupan seseorang dan juga orang lain di
sekelilingnya.

Seseorang yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat akan selalu berada dalam mood yang
tidak menentu dan pastinya sering mengganggu aktiviti atau pekerjaan yang hendak dilakukan.
Akhirnya hasil kerja yang diperolehi tidak berkualiti. Dengan menerapkan amalan gaya hidup
sihat dalam kehidupan juga akan mendorong seseorang berfikiran positif dan lebih berkeyakinan
sehingga dapat meningkatkan mood dan produktiviti kerja yang lebih berkualiti.

Mengamalkan gaya hidup sihat seperti rehat yang cukup, diet seimbang dan sebagainya
menjadikan seseorang berasa selesa melakukan aktiviti harian dan mampu tampil sihat dan
positif.

Downloaded by JENNA JENNANI (jkvsjenn@gmail.com)


lOMoARcPSD|7194595

MPU3313

2.4 Peningkatan Pengurusan Tekanan dan Pandangan dalam Kehidupan

Seseorang yang sihat adalah lebih berkemungkinan untuk mempunyai pandangan positif
terhadap kehidupan dan dapat mengawal tekanan dan mengubah persepsi yang membawa kepada
tekanan yang tidak perlu. Di samping itu, seseorang itu juga mempunyai potensi untuk pulih
dengan cepat daripada peristiwa yang penuh tekanan dan mampu berfikir dengan jelas mengenai
pilihan untuk menghadapi tekanan. Orang yang ada keyakinan diri biasanya lebih bersedia untuk
menghadapi cabaran dan rintangan dan melihat perkara itu sebagai peluang dan pengalaman
untuk perkembangan diri.

Mental yang sihat bermaksud keadaan seseorang individu boleh mencapai potensi diri, mampu
menghadapi tekanan biasa setiap hari, bekerja secara produktif dan memberi sumbangan kepada
masyarakat. Pekerja hendaklah berada dalam keadaan mental yang sihat untuk berfungsi dengan
baik. Persaingan global dan peningkatan fleksibiliti pasaran buruh mewujudkan lebih banyak
pekerjaan yang tidak menentu dan tiada jaminan. Hal ini menyebabkan tekanan disebabkan
pengurangan pekerja,kurangnya jaminan kerja, kewangan yang tidak stabil dan peningkatan
hutang.
Melakukan pelan pengurusan risiko dan mengukuhkan sokongan sosial di tempat kerja amat
penting.sokongan rakan sekerja boleh membantu mengurangkan tekanan, kebimbangan dan
kerisauan pekerja. Individu yang mengamalkan gaya hidup sihat perlu meningkatkan komunikasi
dan kemahiran menyelesaikan masalah, mahir mengendalikan rasa marah dan mengurus masa
dengan baik. Pengurusan tekanan yang baik akan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan
pekerja akan rasa lebih dihargai, budaya kerja lebih positif dan prestasi organisasi bertambah
baik kerana pekerja lebih produktif dan pelanggan dilayan lebih serta keperluan mereka dapat
dipenuhi.

Kepentingan mengamalkan gaya hidup yang sihat kepada peningkatan pengurusan tekanan dan
pandangan dalam kehidupan seseorang antaranya ialah meningkatkan kesihatan umum
seseorang. Bukan sahaja sihat tubuh badan malah sihat mental dan juga fizikal. Seterusnya
individu tersebut akan dapat mengambil pendekatan yang lebih positif kepada kehidupan. Selain
itu juga, individu tersebut mampu meningkatkan kecekapan kerja kerana dapat memberikan lebih

Downloaded by JENNA JENNANI (jkvsjenn@gmail.com)


lOMoARcPSD|7194595

MPU3313

banyak tumpuan pada tugas-tugas yang diarahkan. Hal yang paling penting ialah mampu
mengurus emosi diri dan baertindak balas secara positif terhadap sebarang perkara yang berlaku
di sekeliling.

2.5 Peningkatan Hubungan Interpersonal

Hubungan interpersonal yang baik memerlukan dinamik sosial yang kompleks termasuk pelbagai
jenis kesejahteraan fizikal dan psikologi yang terdapat dalam diri individu. Sentiasa bersikap
positif adalah salah satu cara untuk seseorang itu berusaha memaksimumkan daya tarikan
sosialnya.

Melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama keluarga atau rakan bukan sahaja
menyihatkan badan, malah hubungan antara keluarga dan rakan-rakan juga akan semakin erat.
Selain itu, ketika melakukan riadah di luar seperti berjoging, individu tersebut berpeluang
berjumpa dan berkenalan dengan rakan baru dan meluaskan lagi hubungan sesama manusia.
Hubungan interpersonal yang baik dengan orang sekeliling juga memberi manfaat lain
contohnya seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat akan menarik ramai orang kerana
orang sekeliling cenderung mempercayai dan memberi sokongan. Ketika kita mempercayai
orang lain dan menerima orang lain dengan sebaiknya, begitu juga yang akan dilakukan oleh
orang sekeliling kepada kita.

Kepentingan hubungan interpersonal antaranya ialah mengeratkan perhubungan apabila


keupayaan berkomunikasi secara berkesan secara lisan atau bukan lisan akan dapat
menggambarkan tahap hubungan antara individu. Segala maklumat, arahan dan pesanan yang
tepat dapat disampaikan dengan baik dan mudah difahami. Dalam aspek pengajaran dan
pembelajaran pula, pelajar berupaya mendapatkan pemahaman yang maksimum bergantung
kepada keupayaan pendidik menyampaikan pengajaran yang berkesan.

Downloaded by JENNA JENNANI (jkvsjenn@gmail.com)


lOMoARcPSD|7194595

MPU3313

2.6 Penurunan Kes Kematian dan Morbiditi Akibat Penyakit

Tahap kecergasan fizikal menyokong sistem imun badan agar berfungsi dengan baik dan
melindungi badan daripada pelbagai penyakit berjangkit. Dengan mengamalkan gaya hidup
sihat seperti rehat yang mencukupi, mengurus tekanan dengan baik, tabiat pemakanan yang sihat,
dan senaman yang meningkatkan kecergasan kardiovaskular dan fungsi badan yang optimum
akan mencegah seseorang daripada mendapat serangan penyakit kronik. Selain itu, mengamalkan
gaya hidup sihat juga membantu melindungi tubuh daripada kematian awal dan menggalakkan
pemulihan sepenuhnya dengan cepat daripada penyakit.

Menurut anggaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, satu pertiga daripada penyakit
kanser boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Orang ramai juga perlu
mengelakkan risiko menghidap penyakit kanser dengan cara tidak mengambil tembakau dalam
bentuk apa seklai pun, mengekalkan berat badan unggul sepanjang hayat dan melakukan
senaman fizikal selama 20 minit sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Perangkaan yang dibuat menunjukkan bahawa pesakit yang menghidap penyakit kronik akibat
tidak melakukan gaya hidup yang sihat semakin meningkat bilangannya diseluruh dunia
terutamanya di negara-negara membangun dan miskin yang jelasnya kurang pengetahuan tentang
penyakit kronik dan tidak mempunyai perkhidmatan perubatan yang mencukupi untuk
mendapatkan rawatan. Penularan penyakit kronik boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya
hidup yang sihat. Amalan gaya hidup yang sihat terbukti dapat mengurangkan risiko menghidapi
penyakit dan usaha serta kerjasama semua pihak bagi membendungnya juga amat diperlukan.

Beberapa kepentingan penurunan kes kematian akibat penyakit iaitu mengurangkan beban kos
rawatan, contohnya jika kita menghidap penyakit kronik sudah tentu rawatan terpaksa dibuat dan
memerlukan kos rawatan yang sangat tinggi. Bagi individu yang tidak berkemampuan, rawatan
yang sebaiknya tidak dapat dilakukan kerana kekurangan kos. Keluarga individu tersebut juga
akan terbeban akibat kos rawatan yang terpaksa ditanggung. hal ini turut menjejaskan majikan
sekiranya pekerja menghidapi penyakit kronik dan berlakunya kematian, majikan terpaksa
mencari pekerja baru dan melatih semula dari awal dimana hal ini menyebabkan terdapat
pembaziran masa dan tenaga.

Downloaded by JENNA JENNANI (jkvsjenn@gmail.com)


lOMoARcPSD|7194595

MPU3313

3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, mengamalkan gaya hidup sihat yang komprehensif memberikan banyak manfaat
dan kepentingan kepada individu, keluarga dan masyarakat. Individu yang optimis diyakini akan
mempengaruhi diri untuk membebaskan diri dari tekanan dan menghindarkan penyakit
berbahaya yang boleh menjejaskan kehidupan harian.

Hidup yang lebih teratur, tubuh yang cergas dan mental yang sihat memberikan kehidupan
seseorang lebih berharga. Kesihatan tubuh badan menjadikan seseorang mempunyai kesempatan
mencapai usia tua dengan tubuh yang sihat. Dengan mengamalkan pola hidup yang sihat seperti
tidur dengan nyenyak, bekerja secara berdisplin,berfikir secara sihat dan positif, keyakinan yang
tinggi dan komunikasi yang baik mampu menjadikan diri seseorang sentiasa sihat dan cergas
meneruskan kehidupan seharian.

Downloaded by JENNA JENNANI (jkvsjenn@gmail.com)


lOMoARcPSD|7194595

MPU3313

Apendiks

Rujukan

Mok Soon Sang, (2008). Pengurusan Bimbingan & Kaunseling. Puchong Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd

Mok Son Sang, (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran. Puchong
Selangor: Penerbitan Multimedia sdn. Bhd

Gross, R. (2001). Psychology The science of Mind and Behaviour. 4th ed. London: british Library
Cathaloguing in Publication Data

Gagne, R. M. (1985). The Learning and Theory of Instuction. 4th Ed. New York: holt, Rinehart &
Winston.

Rujukan internet

Komunikasi Interpersonal: definisi, tujuan dan faktor yang mempengaruhi Komunikasi Efektif

(online). http://jurnal-sdm.blogspot.my/2010/01/komunikasi-interpersonal-definisi.html

(Dirujuk pada 02 April 2017)

10

Downloaded by JENNA JENNANI (jkvsjenn@gmail.com)

Anda mungkin juga menyukai