Anda di halaman 1dari 1

ENAM faedah komprehensif yang boleh dinikmati oleh individu, keluarga dan masyarakat hasil

daripada amalan gaya hidup sihat dan sejahtera.

1.Peningkatan Kecekapan Kardiovaskular atau Jantung dan Saluran Darah

1.1 membolehkan oksigen sampai ke badan dan mengeluarkan bahan buangan daripada sel.
1.2 mengekalkan sepanjang umur hidup seseorang
1.3 membolehkan individu untuk berfungsi dengan tekanan yang minimum.

2. Peningkatan Tonus (Tone), Kekuatan, Fleksibiliti dan Ketahanan Otot

2.1 memberikan bentuk pada badan serta keupayaan untuk anggota badan bergerak dan
bertindak untuk
menjalankan aktiviti harian.
2.2 menyokong aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan kualiti hidup individu.
2.3 membuat pilihan yang baik dalam kehidupan serta menikmati fleksibiliti dan ketahanan terhadap
tekanan dan
keletihan.
2.4 melindungi badan daripada kecederaan akibat regangan dan terseliuh.
2.5 menyokong pergerakan badan, memberi ketangkasan dan kekuatan serta melindungi tubuh
daripada kecederaan.

3. Peningkatan Kawalan Kendiri, Kecekapan Kendiri dan Harga Diri

3.1 Orang yang mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap kesihatan dilihat mempamerkan
harga diri yang lebih
tinggi dan mereka berasa gembira tentang diri mereka.
3.2 Perasaan kebaikan dan keyakinan diri seperti itu boleh memberi impak positif terhadap perkara
lain dalam
kehidupan seseorang dan juga orang lain di sekelilingnya.

4. Peningkatan Pengurusan Tekanan dan Pandangan dalam Kehidupan

4.1 mempunyai pandangan positif terhadap kehidupan dan dapat mengawal tekanan dan
mengubah persepsi yang
membawa kepada tekanan yang tidak perlu.
4.2 mempunyai potensi untuk pulih dengan cepat daripada peristiwa yang penuh tekanan
4.3 mampu berfikir dengan jelas mengenai pilihan untuk menghadapi tekanan.
4.4 bersedia untuk menghadapi cabaran dan rintangan
4.5 melihat perkara itu sebagai peluang dan pengalaman untuk perkembangan diri.

5. Peningkatan Hubungan Interpersonal

5.1 Faktor dalaman 'rasa baik' adalah ramuan penting bagi seseorang untuk berusaha
memaksimumkan daya tarikan
sosialnya.

6. Penurunan Kes Kematian dan Morbiditi Akibat Penyakit

6.1 melindungi badan kita daripada penyakit berjangkit.


6.2 pengurangan bagi tahap tekanan dan rehat yang mencukupi, tabiat pemakanan yang baik
6.3 senaman meningkatkan kecergasan kardiovaskular dan fungsi badan yang optimum yang boleh
melambatkan
permulaan serangan penyakit kronik.
6.4 melindungi tubuh daripada kematian awal
6.5 menggalakkan pemulihan sepenuhnya dengan cepat daripada penyakit.

Anda mungkin juga menyukai