Anda di halaman 1dari 7

http://jonitasabin.blogspot.com/2017/11/mpu3313-kesihatan-dan-kesejahteraan.

html

MPU3313 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN


1.0       PENGENALAN

Berdasarkan perbincangan tugasan ini, pengamalan kesihatan dan kesejahteraan pada


seorang individu, keluarga dan komuniti dapat memberikan kebahagiaan, kesihatan dan
kemakmuran dalam kehidupan harian mereka.  Sebaliknya, kehidupan yang gembira sukar
dikecapi, begitu juga seseorang individu mungkin tidak dapat menikmati kemakmuran jika
tidak gembira atau kurang sihat.

Secara formal definisi bagi kesihatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO – World


Health Organization) adalah keadaan kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesejahteraan
sosial adalah lengkap, dan bukan hanya tanpa penyakit dan lemah. 

Dalam pengertian kesejahteraan pula, Edlin dan Golanty (2010) merumuskan


konsep kesejahteraan sebagai pendekatan yang proaktif dan pencegahan yang direka
bentuk untuk mencapai kesihatan fizikal serta fungsi sosial dan emosi yang optimum.  Ia
boleh dilihat sebagai komitmen dalam batasan dan potensi peribadi ke arah kesihatan yang
optimum, tanpa semata-mata memberi tumpuan pada ketiadaan penyakit sahaja.

Konsep kesihatan dan kesejahteraan merupakan komponen penting dalam kesejahteraan. 


Dimana untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan, ciri-ciri gaya hidup
yang sihat serta tanggungjawab peribadi perlulah dititikberatkan.   

Kita dapat lihat, beberapa ciri gaya hidup yang sihat dan sebagai garis panduan bagi
seseorang individu iaitu makan diet yang seimbang dan berkhasiat, kekal berat badan ideal,
seringkali bersenam, mampu menangani tekanan, mampu menangani emosi yang
berlebihan, rehat dan tidur mencukupi, kekalkan keseimbangan yang baik dalam pekerjaan
dan aktiviti sosial, beribadah berdasarkan kepercayaan masing-masing, elak merokok,
minum alkohol serta penyalahgunaan dadah, menjalani pemeriksaan saringan kesihatan
untuk mengesan lebih awal ancaman kesihatan, utamakan keselamatan diri, berusaha
meningkatkan diri secara berterusan, berfikiran yang optimistik dan positif dalam kehidupan
harian serta amalan yang aktif dalam persekitaran yang sihat.

Untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan seorang individu, terdapat
tiga sifat tanggungjawab dalam peribadi perlu dititikberatkan iaitu mengambil tindakan
mengekalkan kesihatan yang optimum, mengambil berat terhadap terhadap kesihatan dan
kebajikan orang lain serta kesedaran terhadap kesihatan dan membuat keputusan
mengenai kesihatan.

Secara menyeluruh, pengamalan gaya kehidupan yang sihat dan sejahtera memberi enam
manfaat yang komprehensif seperti peningkatan kecekapan kardiovaskular atau jantung dan
saluran darah, peningkatan tonus, kekuatan, fleksibiliti dan ketahanan otot, peningkatan
kawalan kendiri, kecekapan kendiri dan harga diri, peningkatan pengurusan tekanan dan
pandangan dalam kehidupan, peningkatan hubungan interpersonal serta penurunan kes
kematian dan morbiditi akibat penyakit dan lain-lain.

Kepentingan berdasarkan enam manfaat yang komprehensif dalam amalan hidup sihat dan
sejahtera iaitu kepentingan dalam pencegahan penyakit, kepentingan dalam keupayaan
anggota badan bergerak dan bertindak untuk menjalankan aktiviti harian, kepentingan dalam
keyakinan diri dan berperasaan baik, kepentingan dalam menghadapi cabaran dan
rintangan dalam kehidupan, kepentingan dalam perhubungan yang sihat dan kepentingan
dalam penjagaan pemakanan dan diet.
Secara ringkasnya, kesihatan merupakan keadaan kehidupan yang sihat sejahtera
berdasarkan keupayaan seseorang individu melaksanakan aktiviti harian mereka. 
Sebaliknya kesejahteraan pula merupakan proses aktif seseorang apabila menyedari  tahap
peribadi dan membuat pilihan secara sedar untuk memperolehi lebih kebebasan daripada
kekangan dalam mencapai kepuasan untuk berjaya.

2.0       ENAM FAEDAH KOMPREHENSIF HASIL DARIPADA AMALAN GAYA HIDUP


SIHAT DAN SEJAHTERA

2.1       Peningkatan Kecekapan Kardiovaskular atau Jantung dan Saluran Darah

Dalam tubuh kita, jantung memainkan peranan yang penting.  Dimana jantung berfungsi
mengepam darah untuk membolehkan oksigen sampai ke badan.  Apabila sistem
kardiovaskular atau sistem jantung adalah lebih baik, fungsi jantung akan berkekalan baik
dan dapat membantu dalam mencegah berlakunya penyakit kardiovaskular. 

Contohnya beriadah atau bersenam seperti berlari, bersukan, berjalan dan aerobik
merupakan amalan gaya hidup sihat dan sejahtera.  Apabila beriadah atau bersenam badan
akan mengeluarkan peluh.  Maka itu, toksin dalam badan juga akan turut keluar melalui
peluh.  Justeru itu, bagi memastikan tubuh badan menjadi cergas dan dapat membantu
dalam sistem peredaran darah, senaman berjadual secara teratur sangatlah diperlukan. 
Perlu diingatkan saluran darah yang tersekat boleh mengakibatkan strok.

2.2       Peningkatan Tonus, kekuatan, Fleksibiliti dan Ketahanan Otot

Amalan hidup yang sihat dan sejahtera dapat memberi ketahanan otot yang baik serta
keupayaan badan bergerak dalam menjalani aktiviti harian.  Contohnya peningkatan
kekuatan dan ketahanan otot yang baik, dapat menyokong pergerakan aktiviti ekonomi yang
dapat memberi kualiti kehidupan yang baik.  Kita boleh lihat juga, individu yang sihat dari
segi fizikal mempunyai kehidupan yang baik dan dapat menikmati fleksibilti serta kekuatan
dalam menangani tekanan dan kepenatan.  Oleh itu, dalam menjalani kehidupan harian
pergerakan badan yang tangkas dan kuat memerlukan tulang dan sendi yang baik.
  
2.3       Peningkatan Kawalan Kendiri, Kecekapan Kendiri dan Harga Diri

Seseorang individu yang mempunyai kawalan diri yang baik terhadap kesihatan mempunyai
harga diri yang lebih tinggi serta sentiasa berasa gembira dan mesra.  Contohnya ditempat
kerja.  Seorang pekerja yang mengamal hidup sihat dan sejahtera, sentiasa berfikiran baik
dan berkeyakinan diri seterusnya memberi impak pada persekitaran.  Konsep kendiri dan
harga diri merupakan sebahagian daripada kesihatan emosi.

2.4       Peningkatan Pengurusan Tekanan dan Pandangan dalam kehidupan

Seterusnya, amalan gaya hidup sihat juga dapat meningkatkan pengurusan tekanan dan
pandangan dalam kehidupan harian.  Semua orang mengalami stress atau tekanan.
Pelbagai punca yang boleh menyebabkan stress, antaranya masalah keluarga, kerja,
kewangan,dan sebagainya.  Tekanan atau stress yang berpanjangan boleh menimbulkan
rasa marah. Oleh itu, atasi masalah ini dengan mengawal tekanan dan kemarahan. 
Beberapa cara untuk mengurangkan marah berfikir secara positif, belajar bertenang,
wujudkan hobi, luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah, rehat dan tidur yang
cukup, cari teman untuk berkongsi atau meluahkan masalah.
  
Justeru itu, berpandangan positif yang tinggi dapat membantu menangani sebarang
masalah atau tekanan dengan mudahnya dan mampu mengubah persepsi yang memberi
tekanan yang tidak diperlukan.  Mereka berpotensi untuk pulih dengan cepat dan mampu
berfikir dengan lebih baik apabila berhadapan dengan tekanan, dan mempunyai keyakinan
diri serta bersedia berhadapan dengan cabaran dan rintangan yang merupakan satu
peluang dan pengalaman untuk perkembangan diri.

Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat
mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda.  Dengan bersikap
lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolisme juga dapat berjalan
dengan lebih lancar.  Berikutan dengan itu, pemikiran positif mampu memberi jalan
penyelesaian bagi permasalahan yang serius tanpa menghadapi tekanan yang berlebihan.
Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang-kala boleh mengakibatkan kepada
masalah mental ataupun masalah sosial.

2.5       Peningkatan Hubungan Interpersonal

Hubungan Interpersonal turut meningkat apabila gaya hidup sihat dan sejahtera diamalkan. 


Haruslah bersikap terbuka dan berfikiran positif agar sesuatu perhubungan berkembang
dengan baiknya.  Sikap terbuka memainkan peranan yang sangat besar pengaruhnya
dalam hubungan interpersonal.  Justeru itu, hubungan tidak akan berkembang sekiranya
kedua-dua orang atau lebih tidak saling bersikap terbuka di antara satu sama lain. 
Contohnya dalam sebuah hubungan persahabatan yang saling mempercayai dan saling
terbuka.  Mereka tidak segan untuk menceritakan masalah masing-masing yang pernah
dialami, walaupun bersifat peribadi kerana saling mempercayai.  Mereka tidak segan untuk
mengatakan apa yang tidak disukai secara terbuka.  Ini semua bertujuan agar hubungan
mereka dapat berjalan dengan baik.

Untuk meningkatkan hubungan interpersonal haruslah berani untuk berkomunikasi dengan


individu lain yang berbeza dari kita seperti umur yang berbeza, status yang berbeza atau
bangsa yang berbeza.  Malah bersikap sosial dan berkomunikasi dapat membantu
mewujudkan suasana positif dan menyumbang kepada kesejahteraan sosial.  Pertukaran
pendapat juga menjadikan perhubungan itu lebih terbuka dan ia juga menjadikan kita lebih
berpengetahuan.  Contohnya jika seseorang itu yakin akan kemampuannya dan jika ia
adalah seseorang yang tidak merasa rendah serta ia menyedari bahawa ia setaraf dengan
orang lain, maka seseorang individu itu tentu akan lebih mudah melakukan perhubungan
dengan orang lain.

 2.6       Penurunan Kes Kematian dan Morbiditi Akibat Penyakit

Tahap kecergasan fizikal adalah baik apabila seseorang individu mengamalkan gaya hidup
sihat dan sejahtera.  Ini kerana sistem imun berfungsi dengan baik.  Justeru itu, sistem imun
yang baik dapat melindungi badan daripada jangkitan penyakit.  Contohnya apabila di
kalangan masyarakat prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur yang mencukupi setiap
hari, tabiat pemakanan yang baik dan kurangkan tahap tekanan serta bersenam mengikut
jadual, ianya akan memberi fungsi badan yang optimum terhadap serangan penyakit.  Maka
itu, sistem imun yang baik dapat melindungi tubuh daripada berlakunya kematian awal dan
menggalakkan kesembuhan dengan cepat terhadap penyakit. 

Sebaliknya apabila di kalangan masyarakat mengabaikan masa rehat dan masa tidur
mereka.  Contohnya kekurangan tidur dan kualiti tidur yang tidak baik setiap malam, ini
boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti melemahkan sistem ketahanan
badan, masalah kulit, lemah daya ingatan, kurang tumpuan dan tekanan darah tinggi.  Bagi
seseorang individu untuk mendapatkan tidur yang cukup, tempoh tidur adalah diantara
enam hingga lapan jam.  Dalam tempoh masa tidur ini, tubuh kita akan membina sel-sel
baru dan proses metabolisme dapat dijalankan dengan lancar.  Apabila sistem ketahanan
badan kurang, ini boleh menyebabkan penyakit seterusnya berkemungkinan boleh
menyebabkan kematian. 
3.0       KEPENTINGAN ENAM FAEDAH KOMPREHENSIF GAYA HIDUP SIHAT DAN
SEJAHTERA TERHADAP INDIVIDU, KELUARGA DAN MASYARAKAT.

3.1       Kepentingan dalam pencegahan penyakit


           
Kita boleh lihat, faedah peningkatan kecekapan kardiovaskular dan saluran darah telah
memberi kepentingan dalam pencegahan penyakit terhadap individu, keluarga dan
masyarakat.  Sebenarnya pencegahan penyakit merupakan cara untuk menggalakkan
amalan hidup sihat dan sejahtera.  Dimana amalan gaya hidup yang sihat dapat
mengurangkan risiko kita daripada terdedah kepada penyakit seperti penyakit
kardiovaskular yang semakin mudah menyerang pada hari ini dan boleh menjadi pembunuh
utama.

Sebagai langkah pencegahan penyakit, pentingnya perubahan gaya hidup sihat dan
sejahtera yang merangkumi cara pemakanan yang sihat, memastikan persekitaran tempat
tinggal adalah bersih, melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, melakukan riadah,
mengatasi stress, tidak merokok dan memastikan mendapat rehat yang mencukupi.  Gaya
hidup sihat dan sejahtera telah banyak menyumbang dalam meningkatkan taraf kesihatan. 
Dengan itu, mengubah suai gaya hidup dan mengambil peranan yang lebih aktif untuk
mencegah penyakit telah menjadi dorongan bagi menjalani gaya hidup sihat..

Kepentingan dalam pencegahan penyakit telah memberi kebaikan dalam kehidupan harian
iaitu dari segi amalan kesihatan dan kesejahteraan.  Kesihatan merupakan sesuatu yang
amat bernilai, ianya boleh membantu menyelamatkan kehidupan dan nyawa seseorang. 
Amalan kehidupan yang sihat dapat mengurangkan risiko daripada terdedah kepada
penyakit yang semakin mudah menyerang pada masa ini.  Contohnya berhenti merokok
merupakan langkah mencegah penyakit.  Tabiat merokok boleh memberi risiko pada
seseorang untuk mendapat penyakit paru-paru, jantung dan lebih 40 jenis penyakit yang
boleh membawa maut.  Ini adalah kerana terdapat 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya
di dalam asap rokok. 

 3.2       Kepentingan dalam kecergasan fizikal

Sememangnya kekuatan dan ketahanan otot bergantung pada kecergasan fizikal yang
baik.  Aktiviti senaman amat penting untuk kecergasan fizikal.  Semasa bersenam
sebahagian besar organ dalam badan dan otot seseorang bergerak aktif dan menjadi kuat. 
Maka itu, otot yang baik penting dalam keupayaan anggota badan bergerak dan bertindak
untuk menjalankan aktiviti harian.  Ringkasnya, melalui senaman otot menjadi lebih kuat,
badan menjadi sihat dan otak menjadi cerdas.  Jika seseorang individu, sebuah keluarga
dan masyarakat mengamalkan aktiviti senaman, tidak mustahil kekuatan otot dan tahap
kesihatan akan meningkat.  Oleh itu, kesedaran tentang perlunya aktiviti senaman
hendaklah dipupuk.  Contohnya seorang pekerja yang mempunyai otot kuat, badan yang
sihat dan cergas akan melaksanakan pekerjaannya dengan cerdas dan bertenaga. 
Sebaliknya pekerja yang lemah lesu akan mengambil tempoh yang lama melaksanakan
sesuatu pekerjaan.

Tahukah apabila mengambil bahagian dalam program kercergasan, kualiti gaya hidup sihat
dan sejahtera akan meningkatkan.  Oleh itu, program senaman perlu diamalkan untuk
mencapai tahap kecergasan fizikal yang baik untuk menyokong pergerakan badan dalam
kehidupan harian.  Antara aktiviti yang biasa dijalankan adalah berenang, berlari, berbasikal,
senaman aerobik, berjalan pantas, permainan kasut roda serta beberapa latihan berat
badan akan menghasilkan kecergasan fizikal.  
  
Tahukah apabila mengambil bahagian dalam program kercergasan, kualiti gaya hidup sihat
dan sejahtera akan meningkatkan.  Oleh itu, program senaman perlu diamalkan untuk
mencapai tahap kecergasan fizikal yang baik untuk menyokong pergerakan badan dalam
kehidupan harian.  Antara aktiviti yang biasa dijalankan adalah berenang, berlari, berbasikal,
senaman aerobik, berjalan pantas, permainan kasut roda serta beberapa latihan berat
badan akan menghasilkan kecergasan fizikal.

3.3       Kepentingan dalam membentuk imej diri

Dalam faedah peningkatan kawalan kendiri, kecekapan kendiri dan harga diri adalah penting
dalam membentuk imej diri.  Dimana membentuk imej diri mestilah dimulakan dengan cara
kita membina rasa menghargai dan menyayangi diri sendiri, sebelum menyayangi dan
menghargai orang lain.  Bila kita mencintai apa yang dianugerahi maka apa jua yang ditemui
disekeliling akan menjadi cantik dan menggembirakan.   Penampilan imej diri merupakan
penentu utama kepada kelakuan seseorang dengan siapa kita akan berkawan dan
pemikiran kita.  Dimana gambaran tentang diri kita diwarnai oleh pengalaman kita, kejayaan
dan kegagalan kita, tanggapan kita terhadap diri kita dan reaksi orang lain terhadap diri kita. 
Untuk mengubah pemikiran, perasaan dan tindakan seseorang individu dalam kehidupan,
mestilah bermula dari perubahan imej kendiri individu tersebut berdasarkan amalan hidup
sihat dan sejahtera. 

Contohnya seorang kerani pentabiran, majikannya telah memberi arahan untuk


mengendalikan urusan perakaunan pejabat.  Sehubungan itu,  kerani pentadbiran tersebut
berasa amat sukar melaksanakan tugas tersebut kerana tidak mempunyai pengalaman dan
pengetahuan dalam bidang Perakaunan.  Walaubagaimanpun, kerani tersebut
melaksanakan juga arahan majikannya dengan cara belajar berdasarkan sumber rujukan
dan merujuk kepada mereka yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang
perakaunan sehinggalah selesai.  Justeru itu, kerani tersebut telah menampilkan satu imej
diri yang baik kerana dapat menangani masalah itu dengan mengubah pemikiran yang
sihat.  Maka itu, penampilan kerani tersebut menjadi tinggi di kaca mata majikannya.

Maka itu, apabila gaya hidup sihat dan sejahtera diamalkan cara pemikiran diri dapat
bertukar dari pandangan negatif kepada pandangan yang positif.  Ini kerana pemikiran
positif akan memperbaiki imej diri kita.  Kita jugalah yang menentukan kualiti hidup kita
berdasarkan imej diri kita sendiri.  Maknanya kita menentukan harga diri dan kita jugalah
yang menentukan sebanyak mana kegembiraan yang akan kita perolehi.

3.4       Kepentingan dalam kemahiran berfikir

Manfaat dari segi peningkatan pengurusan tekanan dan pandangan dalam kehidupan telah
memberi kepentingan dalam kemahiran berfikir.  Sesungguhnya, berfikir seumpama
bercakap kepada diri sendiri.  Oleh sebab itu, kita tidak boleh fokus lebih daripada dua
fikiran pada satu-satu masa, maka dengan itu perlulah ditegaskan sesuatu fikiran positif
dapat mengetepikan fikiran yang meresahkan atau tekanan dengan fikiran yang
menenangkan.   Maka itu, apabila kita mahir berfikir mengisi minda dengan fikiran yang
positif, maka lebih selesa kehidupan kita.

Contohnya seorang individu yang menghadapi tekanan yang menyebabkan dirinya sentiasa
resah.  Sekiranya individu tersebut tidak tahu menstabilkan atau kurangkan tekanan,
pengambilan atau penyalahgunaan dadah akan berlaku kerana beranggapan dadah
mempunyai fungsi yang agak luas dalam bidang perubatan.  Sebaliknya, sekiranya individu
menggunakan teknik berfikir secara positif ini dapat menyelesaikan tekanan yang dihadapi
secara baik.  Bagi mengurangkan tekanan seperti keresahan, kebimbangan dan
ketidakselesaan, mungkin individu boleh katakan kepada diri sendiri “ Bertenanglah. 
Janganlah saya terlalu mengikut emosi atau sensitive.  Tiada apa yang tidak boleh saya
lakukan.  Jika saya panik atau terlalu marah pun, perkara yang berlaku tetap akan berlaku
dan sudah pun berlalu.  Saya harus bertenang agar fikiran saya kembali jernih.  Dengan
cara itu, saya boleh berfikir secara tenang dan waras”.

Kemarahan merupakan salah satu tindak balas normal, jika berlarutan dan berpanjangan
akan merosakkan diri kita.  Terlalu marah boleh menyebabkan fikiran bercelaru, tidak
menentu serta tidak berupaya untuk memfokus kepada apa yang sedang dilaksanakan. 
Oleh itu, perasaan yang marah dapat dikurangkan dengan berfikir secara positif seperti
berkata pada diri “Kemarahan yang keterlaluan seperti ini tidak baik.  Ia hanya
mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.  Biarlah saya memilih reaksi
emosi yang lebih diterima dan tidak merosakkan diri saya”.
  
Terdapat satu lagi cara kaedah berfikir yang selalu digunakan bagi mengatasi tekanan
adalah dengan mencadangkan sesuatu ke dalam minda kita setiap malam sebelum tidur. 
Ungkapan yang dibuat seharusnya yang dapt mencetus serta mempertahankan motivasi
kita untuk meneruskan kehidupan sehari-hari.

3.5       Kepentingan kemahiran berkomunikasi

Kemahiran komunikasi biasanya berupaya bertutur atau menulis dengan jelas dan tepat,
berempati emosi orang lain, mahir menggunakan bahasa bukan lisan (body
language), cekap menjalinkan hubungan mesra dan mempunyai kemahiran memimpin.

Dalam kemahiran berkomunikasi, seseorang itu mampu membina hubungan yang baik di
dalam situasi-situasi seperti ketika penyampaian masalah tanpa keraguan atau helah bela
diri dan ketika perhubungan mesra sewaktu pertemuan.  Hubungan yang baik seperti ini
hanya dapat dicapai apabila perasaan empati kedua-dua pihak dapat dirasai.  Dengan
berperasaan empati ini, hubungan baik antara kedua pihak dapat terus dijalinkan dan
dikekalkan sepanjang proses komunikasi.

Kemahiran memberi perhatian juga merupakan kemahiran dalam berkomunikasi.  Di dalam


proses komunikasi, memberi perhatian biasanya merujuk kepada komunikasi bukan lisan,
walaupun ia juga diperlukan dalam komunikasi lisan.  Komunikasi bukan lisan boleh
dibahagikan kepada beberapa komponen iaitu gaya badan, gerak isyarat, kontak mata dan
juga nada suara.

Kemahiran mendengar juga perlu ada dalam kemahiran berkomunikasi.  Di dalam proses
komunikasi, kita harus mendengar setiap perkataan, demi menggelakkan timbulnya
pandangan prasangka.  Pendengar harus mengembangkan keupayaan mendengar semua
perkataan yang telah dikomunikasikan.  Ini bermakna mendengar perkataan, metafora,
nada, suara, tekanan bunyi atau loghat atau dialek termasuk air muka, gaya gerakan badan,
gerak isyarat dan kontak mata.  Mendengar dengan telinga ketiga ianya melibatkan
kemahiran berfikir dan membayangkan bagaimana orang lain merasa.

Sehubungan itu, dalam keperibadian diri ciri-ciri kemahiran komunikasi yang perlu ada
adalah seperti kebolehan menjalin hubungan mesra dengan orang lain, mempunyai
kestabilan dan kawalan emosi, bebas daripada gerak-geri yang ganjil, ambil berat
kesejahteraan orang lain, struktur sahsiah yang fleksibel, sabar, gaya dan suara menarik,
bersifat menerima (peka) dan bersimpati, bijaksana, toleransi, jujur, memahami dan mesra,
pengalaman hidup yang luas, ingin mempelajari teknik-teknik dan konsep baru, sikap
sederhana, integriti, menghormati, ingin tahu dan terbuka.  Maka itu, apabila seseorang itu
mahir berkomunikasi komunikasi juga turut berkesan.

3.6       Kepentingan dalam sistem imun


Sistem imun adalah penting dalam mencegah serangan penyakit seterusnya mengurangkan
kematian awal.  Oleh itu, pengambilan pola makanan seimbang merupakan suatu saranan
yang baik bagi memperolehi sistem imun yang kuat.  Makanan yang dimakan hendaklah
mengandungi zat yang secukupnya untuk mencegah seseorang daripada serangan
penyakit.  Seseorang yang tidak mengambil kira tentang pemakanan seimbang akan
terdedah kepada risiko serangan pelbagai penyakit.  Misalnya, pengambilan gula dan
kolestrol yang berlebihan akan memungkinkan seseorang diserang penyakit Diabetis dan
menimbulkan masalah kepada fungsi jantung.  Terdapat beberapa nutrien penting yang
membentuk makanan seimbang dan pengambilannya dalam kuantiti yang sesuai dengan
individu bersesuaian dengan jantina, usia, jadual aktiviti fizikal seharian dan sebagainya. 
Seterusnya, makanan seimbang haruslah memiliki kandungan zat yang meliputi karbohidrat,
protein, vitamin, mineral, lemak, serat dan air.

Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan
mereka terhindar daripada sebarang penyakit.  Keperluan asas seperti menggosok gigi,
mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan
hidup seharian.  Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah
mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci
tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung
lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. 
Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. 
Justeru itu, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang
sihat dan sejahtera dalam kalangan masyarakat.
  
4.0       KESIMPULAN

Pada kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat dan sejahtera amat penting kepada semua
lapisan masyarakat untuk menikmati tahap kesihatan yang baik serta optimum. Oleh itu,
gaya hidup sihat dan sejahtera hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan
semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat.  Kita semua perlulah
memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

Gaya hidup yang tidak sihat akan mendatangkan impak yang negatif kepada kesihatan kita. 
Oleh itu, kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan perlu ditingkatkan.  Dengan
ini, kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat mulai sekarang.  Amalan gaya hidup
sihat dapat membantu dalam mencegah jangkitan penyakit.

Seseorang yang mengamalkan gaya hidup yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri
sendiri dan juga persekitaraannya.  Dengan mengutamakan kebersihan, maka kita dapat
menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar.  Di samping itu, kita juga dapat hidup
dalam suasana yang sihat dan harmoni.  Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta
persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap
dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang.  Langkah-langkah ini
penting supaya setiap individu dapat mendisiplinkan diri, terutama dalam aspek pemakanan
dan penjagaan kebersihan. 

Anda mungkin juga menyukai