Anda di halaman 1dari 12

DEFINISI KESIHATAN

Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap


individu. Kesihatan merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak
mengalami sebarang masalah seperti ada penyakit kencing manis dan
mudah diserang penyakit berjangkit lain. ada pelbagai langkah yang boeh
diamalkan oleh seseorang untuk memiliki tahap kesihatan yang baik.

Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada
kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan
peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan Negara.
Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan
kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat,
sergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit.berlandaskan
keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa
kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan sosial yang
sihat, berfungsi,cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit
yang boleh memudaratkan insan.
Tabiat pengambilan makanan sememangnya penting terhadap tubuh
manusia, terutama apabila ia bakal memberi kesan kepada kesihatan.
Justeru, sangat diutamakan kepada individu mengetahui jenis makanan
diambil sesuai dengan keperluan badan, terutama bagi yang gemar
mengambil makanan seperti sayuran, bijirin dan buah-buahan berikutan
lebih mengemari makanan tinggi dengan gula, garam dan
berminyak. Disebabkan corak pemakanan sedemikian, seakan-akan lumrah
pada masa kini apabila timbul pelbagai masalah kesihatan yang selalunya
berpunca daripada pengambilan gula secara berlebihan dan tinggi dengan
lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan seseorang itu mudah diserang
diabetes, darah tinggi serta lemah jantung.
Sebenarnya pengambilan makanan mengandungi tinggi lemak serta gula
bukan sahaja boleh menyumbang kepada masalah kegemukan dan
menyebabkan obesiti, malah faktor gabungan kedua-duanya mengundang
kedatangan penyakit kencing manis atau diabetes. Diabetes berlaku apabila
insulin yang di hasilkan tubuh kurang daripada jumlah gula dalam darah,
menyebabkan jumlah gula digunakan tidak dapat di serap serta di gunakan
sebaik-baiknya oleh tubuh. Dengan kewujudan penyakit diabetes,
kebiasaan pengidapnya turut mempunyai risiko lebih tinggi untuk
mendapat pelbagai penyakit sampingan . Justeru itu pengambilan makanan
seimbang amatlah penting seperti yang di tunjukan dalam sistem piramid
makanan.
Sudah pasti semua sudah sedia maklum tentang keperluan nutrisi
makanan dalam sistem piramid.adalah sangat penting untuk tubuh
badan.Dengan gaya hidup moden yang serba pantas hari ini, golongan
yang bekerja mudah mengabaikan diet dan sajian tetap. Pengantungan
yang tinggi pada makanan segera selalu mengakibatkan pengambilan
lemak tepu, kolestrol, gula ringkas dan sodium yang tinggi. Mereka tidak
mengambil hidangan yang secukupnya pasti akan kekeurangan nutrient
penting yang diperlukan tubuh badan mereka. Pengambilan susu dan
produk susu yang mencukupi sejak peringkat awal usia dan seterusnya
disepanjang hayat dapat membantu menjadikan tulang lebih kuat dan
melindunginya penyakit seperti osteoporosis( tulang rapuh dan lemah)
pada usia lanjut. Kandungan kalsium dan fosforus yang tinggi dalam susu
dan produk susu juga memberi manfaat kepada pertumbuhan dan
pemeliharaan gigi yang sihat. Setiap makanan yang kita pilih haruslah
seimbang dengan keperluan harian kita agar badan sentiasa sihat dan tidak
lesu. Sentiasalah peka dengan setiap perubahan tubuh badan sendiri agar
tidak mengabaikan kesihatan diri.

Pilihlah aktiviti menyeronokkan dan mampu mengekalkan kesihatan
badan seperti berjalan pantas,berenang atau berbasikal secara
berkumpulan, kerana senaman yang dilakukan secara teratur dan
berterusan membantu mengembalikan paras gula ke julat normal selain
bantuan pemakanan yang membantu sistem dalam tubuh. Aspek
pemakanan amat penting dalam menjamin kesihatan yang baik. Seseorang
harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam
kehidupannya. Diet yang seimbang memastikan tubuh badan seseorang
memilikii
semua zat-zat yang diperlukan oleh seseorang itu. Jadi, pemakanan yang
sebegini
memberikan tahap kesihatan yang baik.

Selain itu, seseorang harus mengamalkan aktiviti senaman yang
tetap. Tindakan melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu
menyebabkan tubuh badan seseorang berfungsi dengan baik kerana
semua toksik telah dikeuarkan menerusi peluh. Rasa tekanan atau stres
turut berupaya dihilangkan menerusi senaman yang dilakuan itu. Oleh itu,
untuk memperoleh kesihatan yang baik kita harus melakukan senaman
yang konsisten.

Seseorang itu juga harus memiliki waktu tidur yang cukup terutama
apabila umur mereka semakin meningkat. Tidur yang cukup ini memastikan
badan seseorang menerima rehat yang secukupnya selepas penat bekerja
terutama di pejabat. Keadaan ini turut memberikan seseorang itu tenaga
untuk meneruskan aktivitinya pada esok hari. Maka, waktu tidur yang
secukupnya memberi ruang kepada seseorang itu untuk terus memiliki
kesihatan yang baik. Malahan, pemeriksaan kesihatan yang dibuat
sepanjang tahun boleh memberi satu
perspektif yang baik tentang tahap kesihatan seseorang itu. Pemeriksaan
yang
kerap ini menyebabkan seseorang itu mengetahui keadaan kesihatan
badan mereka
dan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan mereka dalam
keadaan
yang seimbang. Sesungguhnya, pemeriksaan kesihatan yang kerap akan
memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
Kesimpulannya kesihatan amat penting dalam menjalani kehidupan
seharian. Jika tubuh tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik, nescaya
segala kegiatan atau aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Oleh itu bagi menjamin kesejahteraan dalam kesihatan, kita tidak perlu
mengejar kekayaan dan mengabaikan aktiviti yang berfaedah seperti
bersukan dalam kegiatan seharian.
Berdasarkan Badan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan
ialah satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu
itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi zikal,
mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas dari penyakit
atau tidak berdaya. Menurut Kamus Dewan, kesihatan adalah
berhubung dengan sihat, kesegaran, kebaikan keadaan badan
dan lain-lain.
Berdasarkan Badan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan
ialah satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu
itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi zikal,
mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas dari penyakit
atau tidak berdaya. Menurut Kamus Dewan, kesihatan adalah
berhubung dengan sihat, kesegaran, kebaikan keadaan badan
dan lain-lain. (*Sumber : Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, 2011

Definisi Kesihatan
Menurut WHO, kesihatan adalah keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal,
mental, rohani dan sosial. Kesihatan fizikal merangkumi tujuh aspek iaitu:
i. sihat dan sempurna tubuh badan
ii. keadaan dalam dan persekitaran rumah yang bersih dan teratur
iii. keadaan alam sekeliling yang tidak menjejaskan hidupan
iv. tempat tinggal yang sempurna
v. pemakanan yang seimbang
vi. bekalan air yang bersih
vii udara yang bersih

Kesihatan mental dan rohani merangkumi empat bidang utama iaitu:
i. daya pemikiran dan sikap yang positif
ii. dapat menyesuaikan diri dengan keluarga, rakan sebaya dan masyarakat
iii. ada perasasn kasih dan sayang
iv. ada rasa penerimaan, penghargaan dan bersyukur

Kesihatan sosial pula adalah perhubungan yang baik dengan ahli keluarga, rakan
sebaya, jiran dan juga masyarakat setempat

Pada asalnya, konsep 'kesihatan' bermakna dalam keadaan sihat dan selamat, bebas
daripada kecederaan, kecacatan dan penyakit. Kini konsep kesihatan mencakupi aspek yang
lebih luas. Pada tahun 1948, dalam Persidangan Kesihatan Sedunia kali pertama anjuran
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesemua 54 orang wakil negara sebulat suara
menerima usul bahawa 'kesihatan' bermakna sihat daripada aspek fizikal, mental dan sosial,
dan bukan sekadar terbebas daripada penyakit, kecacatan dan kecederaan sahaja.

Mengikut definisi ini, ketiga-tiga komponen mental, fizikal dan sosial adalah bersepadu dan
saling betindak antara satu sama lain. Sebarang perubahan (baik atau buruk) yang berlaku
pada salah satu komponon itu tentu akan menganggu dua komponen lain. Ekoran daripada
definisi tersebut, kini terdapat dua lagi komponen yang dikenalpasti penting dalam
kesihatan, iaitu komponen emosi dan rohani.Hoyman (1962) menakrifkan 'kesihatan'
sebagai 'keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang sempurna, produktif dan kreatif.
Ini ditunjukkan dalam satu hierarki yang bermula dengan kesihatan optimum dan berakhir
dengan kematian (kesihatan sifar).
Bila ditanya apa yang dimaksudkan dengan sihat?, mungkin ramai yang akan menjawab
jawapannya ialah tidak sakit. Tidak salah mentafsirkan sihat sebagai tidak sakit kerana
sihat dalam bahasa inggeris healthy.(1) memberi maksud tidak sakit. Sihat juga bermaksud
; berada dalam keadaan sihat dan mampu melawan penyakit (Healthy :having good
health:well and able to resisit disease.)(2) Walaubagaimanapun ianya bukanlah satu
jawapan yang dapat mengambarkan maksud kesihatan yang menyeluruh. Mengikut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia maksud kesihatan yang lebih menyeluruh (holistic) ialah
suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan social yang mencukupi , dan bukan hanya
ketiadaan penyakit atau kelemahan.


Fator-faktor yang mempengaruhi kesihatan

Baka atau keturunan (genetik)
Persekitaran Fizikal
Persekitaran Biologi
Persekitaran Sosial
Gaya Hidup
DI CATAT OLEH GROUP TMK DI 9: 48 P
Kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, dan
bukan semata-mata ketiadaan penyakit dan cacat cedera sahaja (WHO). Ia adalah kualiti
hidup yang melibatkan sosial, emosi mental, spiritual dan kecergasan biologikal individu
hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran (Dubos R., 1968). Kesihatan berkait
rapat kepada siapa kita sebagai individu, bagaimana kita memberi maklum balas terhadap
orang lain, persekitaran dan cabaran-cabaran kehidupan seharian.

1. Kesihatan Fizikal

Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai ketahanan terhadap sebarang
penyakit yang boleh menjejaskan fungsi tubuh. Organ tubuhnya pula dapat berfungsi dengan
baik. Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai tahap kecergasan yang
optimum dan berupaya melakukan aktiviti seharian dengan baik dan berkesan. Deria tubunya
pula mempunyai ketajaman untuk berfungsi dengan baik.

2. Kesihatan Sosial

Kesihatan sosial secara kebiasaannya merujuk kepada keupayaan individu untuk memenuhi
hubungan interpersonal. Ini bermakna beliau dapat berinteraksi dengan individu lain,
keluarga dan masyarakat dengan baik. Di samping itu juga, individu yang mencapai tahap
kesihatan sosial berupaya untuk mengadaptasi situasi-situasi sosial yang dialaminya dalam
kehidupan seharian.

3. Kesihatan Mental

Kesihatan mental merujuk kepada tahap keupayaan intelektual seseorang. Individu yang
mencapai tahap kesihatan mental yang baik berupaya untuk belajar dan berfikir secara
rasional.
- See more at: http://www.zairedin.com/2009/10/definisi-
kesihatan.html#sthash.nTlhqpMp.dpuf
4. Kesihatan Emosi

Kesihatan emosi melibatkan keupayaan individu untuk mengawal emosinya. Individu yang
mempunyai tahap kesihatan emosi yang baik berupaya menangani dan menghadapi pelbagai
tekanan hidup seharian dengan tenang dan bersahaja.

5. Kesihatan Persekitaran

Individu yang mencapai tahap kesihatan persekitaran mempunyai apresiasi yang baik
terhadap persekitaran luaran. Beliau berupaya untuk memainkan peranan yang baik dan
berkesan demi melindungi serta mempertingkatkan keadaan persekitaran.

6. Kesihatan Rohani

Kesihatan rohani biasanya dikaitkan dengan aspek-aspek kerohanian seperti falsafah hidup,
kepercayaan dan keyakinan diri. Individu yang mencapai tahap kesihatan rohani ini
mempunyai kesedaran dan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip hidup yang positif. Individu
yang benar-benar sihat bukan sahaja bebas daripada penyakit atau cacat cedera malah beliau
juga sihat dari segi fizikal, sosial, mental, emosi, persekitaran dan rohani. Inilah yang
dikatakan konsep kesihatan menyeluruh. Apabila individu telah mencapai tahap kesihatan
menyeluruh maka ia seterusnya akan mencapai kesejahteraan hidup.
- See more at: http://www.zairedin.com/2009/10/definisi-
kesihatan.html#sthash.nTlhqpMp.dpuf

Cuba kita lihat apa yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini? Apabila sakit menjelma,
baru kita tercari-cari ubatnya. Kita baru mengerti apa makna kesihatan, dan mencuba untuk
mengawal penyakit tersebut. Walhal, ubatnya adalah sebelum kita mendapat penyakit lagi.
Benarlah ungkapan, "kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, seperti mahkota yang
berada di atas kepala orang yang sihat, dan hanya dapat dilihat oleh orang yang
sakit."Dalam dunia kesihatan, pilihan gaya hidup akan menentukan ke mana umat manusia
akan melangkah. Aspek ini berperanan dalam menentukan status kesihatan berbanding
dengan perkembangan teknologi perubatan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO), di antara ciri-ciri negara maju terletak kepada fungsi hospitalnya. Hospital yang lebih
berorientasikan kepada pencegahan dan promosi kesihatan. Sejurus merenung apa yang
berlaku dalam negara kita di mana hospital atau klinik lebih menfokuskan kepada
penyembuhan penyakit bukannya pencegahan penyakit. Aktiviti promosi kesihatan hanyalah
picisan dalam dunia kesihatan. Ia jelas nampak ketidakseimbangan berlaku antara program
promosi pemeliharaan kesihatan dan mengubati pesakit. Kelompongan inilah menyebabkan
masyarakat kita tidak dididik dan diperkasakan dengan maklumat untuk memilih aktiviti dan
cara hidup berkesan untuk menjaga kesihatan agar tidak mudah mendapat penyakit.
Perlu juga disedari bahawa lebih mudah kita mencegah penyakit berbanding kita
mengubatinya. Apatah lagi jika penyakit itu bertambah kronik. Begitu juga lebih mudah jika
mengubati penyakit itu sekarang daripada membiarkannya berlarutan dan semakin parah.
Tambahan pula, kos perubatan pada masa kini terlalu tinggi. Maka semakin mahallah nilai
kesihatan itu walaupun ia tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Oleh itu, manusia yang
bijak dan peka dengan persoalan sebegini, perlu sedar dan mengubahnya . Ia perlu
diperbaiki pada saat ini juga dan tidak boleh ditunda serta ditangguh. Betapa ironinya,
apabila ada sesetengah orang yang sanggup mengorbankan kesihatan dan hidup dalam
tekanan, semata-mata memburu kekayaan dunia. Akhirnya, meninggal dunia pada usia
muda akibat tekanan hidup, persaingan dan juga pekerjaan.
Oleh itu, mengenang amanat junjungan besar kita iaitu ingat sihat sebelum datang sakit',
manfaat kesihatan yang kita miliki pada hari ini perlu dijaga dan dipelihara. Kadangkala,
sebagai manusia biasa, kita seringkali lupa akan kesihatan. Kesihatan adalah seperti
matahari yang hadir dalam kehidupan kita pada setiap hari tetapi tidak disedari
kemanfaatannya sehingga ia sudah tiada. Maka, jalanilah kehidupan kita pada hari ini
dengan gaya hidup yang sihat, amalan pemakanan yang seimbang serta mengubah cara
hidup yang salah dan sebati dalam kehidupan kita agar kesihatan itu terus terpelihara dan
terjamin.
Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi.
Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri
perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk
mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di
Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15
buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim
River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat
Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan.
Pada tahun 1880, Hospital Taiping iaitu antara hospital tertua di negara ini dibina dan dikenali
sebagai Hospital Yeng Wah. Hospital Taiping turut mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama
dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh
penciptanya Prof. W.C Roentgen. Selain penubuhan hospital, tren penyakit berjangkit seperti malaria
dan beri-beri, yang kerap berlaku mendorong kepada penubuhan Institut Penyelidikan Perubatan
(IMR) pada tahun 1900. Kewujudan IMR adalah bertujuan untuk membuat kajian mengenai penyebab
penyakit berjangkit ini dan kaedah untuk mengawal jangkitan terutama penyakit tropika.

Bukan itu sahaja, kebimbangan kemungkinan merebaknya penyakit ekoran daripada kekurangan zat
makanan, penyakit cacar dan penyakit anjing gila juga mengukuhkan keperluan IMR ditubuhkan di
negara ini. Bermula dari itu, kerja-kerja penyelidikan dan perkhidmatan rancak dijalankan dan pada
tahun 1928, Bahagian Entomologi dan Badan Penasihat Malaria ditubuhkan. Menyusul selepas itu,
diwujudkan pula Bahagian Pemakanan dan Biokimia, Bakteria serta Patologi.
Sejarah perkhidmatan kesihatan turut dicatatkan di Sarawak. Ia bermula ketika era Raja Brooke di
mana hospital dibina khusus untuk merawat pegawai-pegawai berbangsa Eropah dan keluarga
mereka. Gadis-gadis tempatan juga dilatih menjadi jururawat dan bidan di Kuching. Semasa zaman
kolonial, perkhidmatan di negeri tersebut telah menfokuskan kepada rawatan perubatan di kawasan
bandar. Dalam pada itu, perkhidmatan kesihatan di Sabah ditubuhkan oleh North Borneo Chartered
Company yang memerintah negeri itu dari tahun 1881 hingga 1942.


Sejarah perkhidmatan kesihatan juga diwarnai dengan kewujudan perkhidmatan pergigian di Malaya
dengan tertubuhnya klinik pergigian kerajaan yang pertama pada tahun 1929 di Jalan Silang ( dahulu
dikenali sebagai Jalan Tun Tan Siew Sin), Kuala Lumpur. Untuk memastikan rakyat menikmati
perkhidmatan pergigian yang lebih baik, Kolej Latihan Jururawat Pergigian telah ditubuhkan pada
tahun 1949 di Pulau Pinang untuk melatih jururawat, teknologi pergigian dan pembantu pembedahan
pergigian. Manakala Kolej Kejuruwaratan yang pertama ditubuhkan ialah Kolej Kejururawatan Pulau
Pinang iaitu pada tahun 1947 dan diikuti dengan pembukaan asrama jururawat iaitu pada 16 Julai
1956 oleh Sir Donald Mc Gilivray K.C.M.G, M.B.E. Dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kejururawat
Pulau Pinang. Kolej ini telah dimulakan dangan kurikulum baru iaitu Latihan Asas, Latihan Pos Basik
iaitu Kursus Paediatrik, Kursus Kebidanan, Kursus Perawatan Rapi, Kursus Koronari dan Kursus
Perioperatif.
Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta merupakan Institusi kedua yang diwujudkan di Semenanjung
Malaysiauntuk melatih para Pembantu Perubatan demi untuk memenuhi keperluan perkhidmatan dan
kesihatan di Malaysia secara amnya. Kolej Pembantu Perubatan yang lain terletak di Seremban,
Kuching, dan Alor Star. Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta secara rasminya telah beroperasi pada
1 Januari 1992 dengan kehadiran 6 orang tenaga pengajar. Pada 13 Januari 1992, Kolej ini telah
memulakan latihan asas Pembantu Perubatan dengan kehadiran 50 peserta. Walau bagaimanapun
sejarah kolej ini bermula lebih awal, iaitu pada tahun 1956 dengan menyediakan latihan untuk
Penolong Jururawat. Seterusnya ia digunakan untuk melatih Pembantu Hospital Rendah pada tahun
1970. Pada tahun 1992, Bahagian Perancangan Tenaga Manusia dan Latihan telah membuat
keputusan untuk menjadikan kolej ini sebagai sebuah latihan Pembantu Perubatan yang memberi
latihan mengikut kurikulum baru Pembantu Perubatan yang bertaraf diploma.

Dalam Rancangan Malaysia ke 7, kerajaan telah meluluskan pembinaan lima Kolej Sains Kesihatan
Bersekutu (KSKB) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Kolej-kolej tersebut adalah Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru, dan Ulu Kinta. KSKB
menyediakan latihan daripada 6 disiplin iaitu Kejururawatan, Radiografi dan Radioterapi, Fisioterapi,
Jurupulih Carakerja, Pembantu Farmasi dan Kesihatan Persekitaran. Objektif KSKB ialah
mengadakan Program Latihan Akademik Sains Kesihatan peringkat separa profesional sesuai
dengan keperluan guna tenaga manusia, terutama dalam bidang Sains Kesihatan dan menanam
sikap positif serta membentuk sahsiah murni, berinovasi serta sentiasa bersedia menghadapi
persaingan globalisasi dunia kerjaya bidang Sains Kesihatan.

Selepas merdeka, tumpuan kerajaan adalah lebih kepada mempertingkatkan sosio-ekonomi
penduduk luar bandar. Ketika mencapai kemerdekaan iaitu pada tahun 1957, negara mempunyai
sebanyak 65 buah hospital. Sejak negara mendapat kemerdekaan, Kementerian menunjukkan
prestasi cemerlang dalam penjagaan kesihatan rakyat Malaysia. Dalam tempoh 20 tahun merdeka
(1957 - 1977), perkembangan penjagaan kesihatan negara memberi tumpuan utama kepada proses
pembangunan dan menaik taraf perkhidmatan kesihatan sedia ada. Ketika inilah Pusat Kesihatan
Besar, Pusat Kesihatan Kecil, Rumah Bidan dan Klinik mula dibina.
Perkembangan Perkhidmatan Farmasi mula berkembang dengan pembentukan Makmal Ubat dan
Stor di Petaling Jaya pada tahun 1964. Selaras dengan perkembangan farmaseutikal yang pesat,
maka Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) telah ditubuhkan pada tahun 1974 bagi menyampaikan
perkhidmatan farmasi yang lebih menyeluruh kepada rakyat Malaysia. Di bawah BPF, ditubuhkan
Makmal Kawalan Kimia Ubat Kebangsaan (MKKUK), sebuah institut yang bertanggungjawab
menjalankan ujian untuk produk farmaseutikal. MKKUK ditukar nama kepada Biro Pengawalan
Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) pada tahun 1992 selaras dengan perkembangan fungsinya
sebagai agensi regulatori farmaseutikal dan sebagai sekretariat kepada Pihak Berkuasa Kawalan
Dadah (PBKD).

Kementerian Kesihatan juga turut memainkan peranan dalam pemulihan isu-isu sosial serta
pembangunan masyarakat, maka Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditempatkan di bawah
Kementerian Kesihatan dalam dua tempoh yang berasingan iaitu dari tahun 1956 hingga 1957 dan
1960 hingga 1962. Semasa tempoh pergabungan tersebut, Kementerian dikenali sebagai
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat dengan menteri pertamanya ialah B. Dato' V.T.
Sambanthan (1957 - 1959). Namun bermula dari tahun 1963 Kementerian ditukarkan semula kepada
nama asal iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menteri ke empat iaitu Y.B. Dato' Abdul
Rahman Talib (1962 - 1964) yang mana nama tersebut terus kekal sehingga sekarang.

Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus berkembang dengan bertambahnya fasiliti-fasiliti
kesihatan pada setiap tahun. Kementerian juga menjadi rujukan dari negara-negara jiran dalam
pelbagai teknologi serta kaedah perubatan seperti bidang perubatan Kardiologi dan Geriatrik. Kini
fokus Kementerian Kesihatan menjadi lebih luas terutamanya dalam menyediakan kemudahan
kesihatan yang saksama, mudah diperolehi dan berkualiti. Perkembangan ini selaras dengan
perubahan corak kesihatan persekitaran, pembangunan teknologi kesihatan globalisasi dan
liberalisasi mengikut corak perubahan penyakit, kesihatan persekitaran dan perkembangan teknologi
di peringkat dunia.
Konsep sehat dan kesehatan merupakan dua hal yang hampir sama tapi berbeda. Konsep sehat
menurut Parkins (1938) adalah suatu keadaan seimbang yang dinamis antara bentuk dan fungsi
tubuh dan berbagai faktor yang berusaha mempengaruhinya. Sementara menurut White (1977),
sehat adalah suatu keadaan di mana seseorang pada waktu diperiksa tidak mempunyai keluhan
ataupun tidak terdapat tanda-tanda suatu penyakit dan kelainan.
Organisasi Kesehatan Dunia (WHO) pun mengembangkan defenisi tentang sehat. Pada sebuah
publikasi WHO tahun 1957, konsep sehat didefenisikan sebagai suatu keadaan dan kualitas dari organ
tubuh yang berfungsi secara wajar dengan segala faktor keturunan dan lingkungan yang dimiliki.
Sementara konsep WHO tahun 1974, menyebutkan Sehat adalah keadaan sempurna dari fisik,
mental, sosial, tidak hanya bebas dari penyakit atau kelemahan. Sementara Majelis Ulama Indonesia
(MUI) dalam musyawarah Nasional Ulama tahun 1983 merumuskan kesehatan sebagai ketahanan
jasmaniah, ruhaniyah dan sosial yang dimiliki manusia sebagai karunia Allah yang wajib disyukuri
dengan mengamalkan tuntunan-Nya, dan memelihara serta mengembangkannya.
Sejarah Perkembangan Kesehatan
Setelah Perang Dunia II, perhatian masyarakat mengenai kesehatan jiwa semakin bertambah.
Kesehatan mental bukan suatu hal yang baru bagi peradaban manusia. Pepatah Yunani tentang mens
sana in confore sano merupakan satu indikasi bahwa masyarakat di zaman sebelum masehi pun
sudah memperhatikan betapa pentingnya aspek kesehatan mental.
Yang tercatat dalam sejarah ilmu, khususnya di bidang kesehatan mental, kita dapat memahami
bahwa gangguan mental itu telah terjadi sejak awal peradaban manusia dan sekaligus telah ada
upaya-upaya mengatasinya sejalan dengan peradaban. Untuk lebih lanjutnya, berikut dikemukakan
secara singkat tentang sejarah perkembangan kesehatan mental.
Sejarah Perkembangan Kesehatan
Seperti juga psikologi yang mempelajari hidup kejiwaan manusia, dan memiliki usia sejak adanya
manusia di dunia, maka masalah kesehatan jiwa itupun telah ada sejak beribu-ribu tahun yang lalu
dalam bentuk pengetahuan yang sederhana.
Beratus-ratus tahun yang lalu orang menduga bahwa penyebab penyakit mental adalah syaitan-
syaitan, roh-roh jahat dan dosa-dosa. Oleh karena itu para penderita penyakit mental dimasukkan
dalam penjara-penjara di bawah tanah atau dihukum dan diikat erat-erat dengan rantai besi yang
berat dan kuat. Namun, lambat laun ada usaha-usaha kemanusiaan yang mengadakan perbaikan
dalam menanggulangi orang-orang yang terganggu mentalnya ini. Philippe Pinel di Perancis dan
William Tuke dari Inggris adalah salah satu contoh orang yang berjasa dalam mengatasi dan
menanggulangi orang-orang yang terkena penyakit mental. Masa-masa Pinel dan Tuke ini selanjutnya
dikenal dengan masa pra ilmiah karena hanya usaha dan praksis yang mereka lakukan tanpa adanya
teori-teori yang dikemukakan.[1]
Masa selanjutnya adalah masa ilmiah, dimana tidak hanya praksis yang dilakukan tetapi berbagai
teori mengenai kesehatan mental dikemukakan. Masa ini berkembang seiring dengan berkembangnya
ilmu pengetahuan alam di Eropa.
Dorothea Dix merupakan seorang pionir wanita dalam usaha-usaha kemanusiaan berasal dari
Amerika. Ia berusaha menyembuhkan dan memelihara para penderita penyakit mental dan orang-
orang gila. Sangat banyak jasanya dalam memperluas dan memperbaiki kondisi dari 32 rumah sakit
jiwa di seluruh negara Amerika bahkan sampai ke Eropa. Atas jasa-jasa besarnya inilah Dix dapat
disebut sebagai tokoh besar pada abad ke-19.
Tokoh lain yang banyak pula memberikan jasanya pada ranah kesehatan mental adalah Clifford
Whittingham Beers (1876-1943). Beers pernah sakit mental dan dirawat selama dua tahun dalam
beberapa rumah sakit jiwa. Ia mengalami sendiri betapa kejam dan kerasnya perlakuan serta cara
penyembuhan atau pengobatan dalam asylum-asylum tersebut. Sering ia didera dengan pukulan-
pukulan dan jotosan-jotosan, dan menerima hinaan-hinaan yang menyakitkan hati dari perawat-
perawat yang kejam. Dan banyak lagi perlakuan-perlakuan kejam yang tidak berperi kemanusiaan
dialaminya dalam rumah sakit jiwa tersebut. Setelah dirawat selama dua tahun, beruntung Beers bisa
sembuh.
Di dalam bukunya A Mind That Found Itself, Beers tidak hanya melontarkan tuduhan-tuduhan
terhadap tindakan-tindakan kejam dan tidak berperi kemanusiaan dalam asylum-asylum tadi, tapi
juga menyarankan program-program perbaikan yang definitif pada cara pemeliharaan dan cara
penyembuhannya. Pengalaman pribadinya itu meyakinkan Beers bahwa penyakit mental itu dapat
dicegah dan pada banyak peristiwa dapat disembuhkan pula. Oleh keyakinan ini ia kemudian
menyusun satu program nasional, yang berisikan:
1. Perbaikan dalam metode pemeliharaan dan penyembuhan para penderita mental.
2. Kampanye memberikan informasi-informasi agar orang mau bersikap lebih inteligen dan lebih
human atau berperikemanusiaan terhadap para penderita penyakit emosi dan mental.
3. Memperbanyak riset untuk menyelidiki sebab-musabab timbulnya penyakit mental dan
mengembangkan terapi penyembuhannya.
4. Memperbesar usaha-usaha edukatif dan penerangan guna mencegah timbulnya penyakit mental
dan gangguan-gangguan emosi.
William James dan Adolf Meyer, para psikolog besar, sangat terkesan oleh uraian Beers tersebut.
Maka akhirnya Adolf Meyer-lah yang menyarankan agar Mental Hygiene dipopulerkan sebagai satu
gerakan kemanusiaan yang baru. Dan pada tahun 1908 terbentuklah organisasi Connectitude Society
for Mental Hygiene. Lalu pada tahun 1909 berdirilah The National Committee for Mental Hygiene,
dimana Beers sendiri duduk di dalamnya hingga akhir hayatnya.

Anda mungkin juga menyukai