Anda di halaman 1dari 11

Kesihatan Diri dan Kecergasan

GKK1043

Definisi Kesihatan dan Kesejahteraan Diri



Konsep Kesihatan Menyeluruh

•Kesihatan boleh didefinisikan sebagai keadaan kesejahteraan optimum yang


menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup

•Kesihatan optimum boleh ditakrifkan sebagai kesihatan daripada semua


aspek iaitu dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, rohani dan persekitaran
Kesihatan Fizikal

 Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai tahap kecergasan


yang optimum dan berupaya melakukan aktiviti harian dengan baik dan efektif

 Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai ketahanan yang


kuat terhadap sebarang penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan dan fungsi
tubuh badan
Kesihatan Mental

 Merujuk kepada tahap keupayaan intelektual seseorang

 Individu yang mencapai tahap kesihatan mental yang baik berupaya


untuk belajar dan berfikir secara rasional
Kesihatan Sosial

 Merupakan keupayaan individu untuk memenuhi hubungan interpersonal

 Individu yang mencapai tahap kesihatan sosial berupaya untuk


mengadaptasi situasi-situasi sosial yang dihadapinya dalam kehidupan
seharian
Kesihatan Emosi

 Merujuk kepada keupayaan individu untuk mengawal emosi sendiri

 Individu yang dapat mengawal emosinya dengan baik berupaya


menghadapi dan mengatasi pelbagai cabaran hidup dengan tabah
dan tenang
Kesihatan Rohani

 Merujuk kepada aspek-aspek kerohanian seperti kepercayaan dan agama,


falsafah hidup dan keyakinan diri

 Individu yang mencapai tahap kesihatan rohani sentiasa berpegang teguh


terhadap ajaran agama dan mengamalkan prinsip-prinsip hidup yang positif
Kesihatan Persekitaran

 Melibatkan keupayaan individu untuk memainkan peranan dengan baik


dalam usaha memelihara dan mempertingkatkan keadaan persekitaran
alam

 Individu tersebut mempunyai apresiasi yang baik terhadap


persekitaran luaran
Kesejahteraan Diri

 Kesejahteraan merupakan proses aktif yang seseorang itu menyedari


batasan peribadi dan membuat pilihan secara sedar untuk mendapat lebih
kebebasan daripada kekangan terhadap kepuasannya untuk berjaya.

 Sebagai komponen positif kesihatan yang optimum


Kesimpulan
o Hubungan antara kesihatan diri dan kesejahteraan diri adalah saling berkait
rapat
o Individu yang benar-benar sihat bukan sahaja bebas daripada penyakit
malah dia juga sihat dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, rohani dan
persekitaran
o Semasa seseorang individu itu mencapai tahap kesihatan menyeluruh maka
seterusnya dia akan mencapai kesejahteraan hidup
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai