Anda di halaman 1dari 5

KESANTUNAN VERBAL Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.

Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan- rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada umum dan lain- lain lagi. Secara ringkasnya, konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan. Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan. Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa- apa yang ingin disampaikan. Kesantunan verbal bermaksud komunikasi secara lisan yang berlaku setiap hari. Hal ini kerana kita sentiasa berhubung dengan orang lain yang bertujuan untuk melahirkan pendapat atau perasaan kita. Dengan ini, kita berkongsi atau bertukar- tukar fikiran, idea, maklumat dan perasaan. Proses penyampaian maklumat yang berkesan akan

memudahkanpenyampaian dan penerimaan maklumat. Komunikasi akan menjadi lebih menarik dan berkesan apabila kesantunan verbal diamalkan dalam percakapan.Semasa menjawab telefon, kita menjawab setiap panggilan dengan ucapan selamat diikuti oleh nama organisasi, nama pejabat atau nama sendiri dengan nada suara yang ramah sebaik sahaja kita mengangkat gagang telefon. Selepas ungkapan hello, kita memulakan dengan membuat semakan untuk memastikan tempat yang dihubungi dan nama yang betul.Selain itu, kesantunan bahasa di kaunter adalah berlainan. Bahagian dihadapan kaunter adalah tempat di mana orang ramai berkumpul untuk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan. Justeru, petugas perlu mengukir senyuman dan ringankanlah mulut untuk bertanya dengan bahasa yang lebih bersantun. Ini kerana, imej sesebuah organisasi bermula dari pintu masuk dan seperti yang kita sendiri sedia maklum impresi pertama merupakan sesuatu aspek yang paling penting dalam menilai seseorang.Walaupun petugas di pondok pegawai dikendalikan syarikat swasta, bimbingan perlu dilaksanakan untuk pertuturan setiap pekerja menjadi lebih sopan dan diterapkan dengan bahasa yang bersantun apabila bertutur .Tuntasnya, kesantunan verbal melibatkan percakapan yang bersopan santun dan beradab agar perbincangan dijalankan dengan lebih lancer, lebih lebih lagi, perhubungan sillaturrahim juga dapat dieratkan lagi.

KESANTUNAN NON VERBAL Kesantunan berbahasa daripada segi non verbal pula merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat. Tidak kira sama ada melalui verbal atau non verbal, konsep kesantunan berbahasa itu perlu ada pada setiap insan di atas muka bumi ini. Konsep kesantunan berbahasa non verbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. Sebagai contoh, non verbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan buku. Justeru, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata juga memainkan peranan yang sama penting untuk melestarikan konsep kesantunan berbahasa itu.

KESANTUNAN LISAN

Konsep di atas menerangkan bahawa kesantunan berbahasa secara amnya merujuk kepada penggunaan bahasa baik dan elok iaitu apabila kita bercakap atau ber tutur dengan seseorang, kita hendaklah bercakap dengan menggunakan bahasa yang bersopan dan beradab. Contohnya, apabila kita hendak menegur seseorang kenalan kita, kita hendakalah menegur dia dengan memberi salam dan jangan menegur mereka dengan bahasa yang kasar. Hal ini kerana apabila kita bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar, ianya dapat mengambarkan bahawa kita adalah seseorang yang tidak pandai berbahasa. Perwatakan dan keperibadian seseorang dapat dilihat apabila diasedang bercakap dengan temannya atau individu yang lain. Apabila kita menggunakan perkataan yang beradab, lemah lembut dan bersopan santun, ianya dapat mencerminkan bahawanya kita merupakan orang yang menpunyai kesantunan berbahasa. Namun begitu, apabila kita menggunakan perkataan yang kasar, ianya dapat mengambarkan bahawa kita adalah orang yang tidak mempunyai kesantunan berbahasa.

Konsep kesantunan bahasa di atas merujuk kepada penggunaan kata gelaran dan kata sapaan untuk dipanggil. Sebagai, contohnya, apab ila kita berjumpa dengan orang mungkin hampir sebaya dengan kita, kita hendaklah memanggil dia dengan nama yang sesuai dengan umurnya seperti saudara atau saudari.Apabila kita berjumpa dengan orang yang lebih tua daripada kita hendaklah memanggil mereka pak cik kerana itulah nama yang sesuai bagi mereka.

KESANTUNAN PENULISAN Kita dapat mengatakan bahawa, secara umumnya, perkara mengenai kesantunan berbahasa ini melibatkan perilaku kita bertutur atau berkomunikasi secara lisan. Dalam berkomunikasi secara tulisan, peraturannya tidak sama dengan peraturan budi bahasa lisan. Perilaku dalam berkomunikasi secara lisan dengan mudah dapat dilihat dan didengar sertamerta. Ini bermakna ia dinilai dengan serta merta, dan dapat menimbulkan kesan yang serta-merta juga. Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap. Buruk budi bahasa kita, buruk pulalah kemungkinannya tindak balas yang kita terima. Apakah pula yang kita maksudkan dengan budi bahasa? Agak sukar kita mendefinisikan istilah budi bahasa ini dalam satu atau dua buah ayat. Oleh sebab itu, ada baiknya kita melihat tanda-tanda dalam pertuturan orang yang dikatakan berbudi bahasa. Ini bermaksud, apakah ciri-ciri budi bahasa yang dapat dilihat dalam pertuturan seseorang. Dengan perkataan-perkataan lain, apabila kita mendengar seseorang bertutur, berucap, berceramah dan bersyarah, ada ciri-ciri yang dapat kita lihat sebagai tanda-tanda budi bahasa tersebut. Bahasa menunjukkan bangsa. Perkataan bangsa di sini tidak bermakna kelompok etnik, tetapi adalah suatu unsur daripada perkataan kebangsawanan seseorang. Maksud

ungkapan ini adalah bahawa bahasa seseorang itu dapat menunjukkan dua tanda yang paling ketara. Pertama bahasa seseorang itu dapat menunjukkan sama ada dia itu adalah orang berpendidikan atau tidak, atau orang persuratan atau tidak. Kedua, budi seseorang itu menunjukkan bahawa dia mempunyai budi pekerti yang baik atau tidak, iaitu dia berkebangsawanan atau tidak. Ini dengan mudah dapat kita lihat dan pastikan apabila kita mendengar seseorang bertutur. Kita dapat menentukan bahawa dia bertutur seperti orang mempunyai pendidikan atau tidak. Kita juga dengan mudah dapat mempastikan sama ada seseorang itu mempunyai budaya halus atau tidak. Itulah yang ditunjukkan oleh bahasa yang kita gunakan, sama ada orang yang bertutur itu adalah seorang yang bangsawan, yakni orang yang berilmu dan berbudi, atau tidak. Orang demikian akan bertutur dengan bersopan santun, yakni berbudi bahasa.

Bahasa itu menunjukkan kebangsawanannya, iaitu: taraf sosialnya, taraf pendidikannya, dan taraf kehalusan budinya. Ini dapat ditakrifkan sebagai maksud di sebalik perkataan kebangsawanan itu sendiri. Adalah menjadi harapan kita, kita dapat menguasai dan menggunakan bahasa yang berbudi bahasa. Kita sering tidak memberi perhatian kepada budi bahasa apabila mengajarbahasa Melayu di sekolah. Walhal, kesempurnaan budi bahasa itu adalah sangat penting. Malah tahap menggunakan bahasa yang berbudi bahasa itu adalah yang menjadi matlamat mengapa kita menggunakan bahasa dalam komunikasi saban hari. Kita ingin mencapai tahap menggunakan bahasa yang canggih, iaitu tahap

kesempurnaan menggunakan bahasa yang berbudi. Ini dapat direalisasikan apabila kita dapat menggunakan bahasa pada tahap yang tinggi, iaitu tahap yang menunjukkan kebangsawanan atau kata lain yang menggambarkan keperibadian kita, tahap yang menunjukkan kebudayaan kita, dan tahap yang menunjukkan kecendekiawanan kita. Agak sukar kita mendefinisikan budi bahasa ini dalam satu atau dua buah ayat. Oleh sebab itu, ada baiknya kita lihat tanda-tanda dalam pertuturan orang yang dikatakan berbudi bahasa. Ini bermaksud, apakah ciri-ciri budi bahasa yang dapat dilihat dalam pertuturan seseorang. Dengan perkataan lain, apabila kita mendengar seseorang bertutur, berucap, berceramah dan bersyarah, apakah ciri-ciri yang dapat kita lihat yang dapat dikatakan tanda-tanda budi bahasa tersebut. Maksud ungkapan ini adalah bahawa bahasa seseorang itu dapat menunjukkan tanda yang paling ketara sama ada seseorang berbudi bahasa atau tidak. Ini dengan mudah dapat kita pastikan apabila kita mendengar seseorang bertutur. Kita dapat menentukan bahawa dia berbudi bahasa atau tidak. Kita dengan mudah dapat melihat sama ada seseorang itu berpendidikan tinggi atau tidak. Kita dapat menentukan sama ada seseorang itu mempunyai budaya halus atau tidak. Kita dapat menentukan sama ada seseorang itu adalah seorang persuratan atau tidak.

Anda mungkin juga menyukai