Anda di halaman 1dari 5

Peraturan Berbahasa

Jenis-jenis Peraturan Bahasa


   Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ialah penggunaan
bahasa berpadukan peraturan-peraturan tertentu.
 Maknanya apabila seseorang penutur mematuhi peraturan-peraturan yang
tertentu itu secara tidak langsung dia telah mangamalkan santun bahasa.
   

Peraturan berbahasa dibahagikan kepada tiga jenis

Peraturan linguistik
 menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa seperti sebutan,
intonasi dan nahu.
 sangat dipentingkan dalam hal kepenggunaan bahasa yang bersangkutan
dengan urusan rasmi
 menjaga kelancaran dan kesempurnaan sesuatu urusan yang
bergantung sepenuhnya terhadap kejelasan mesej atau idea yang mahu
disampaikan.
  memastikan hadirin yang terlibat dengan urusan saling memahami jurang
komunikasi yang berlaku disebabkan perbezaan dialek atau keragaman bahasa.

Peraturan sosiolinguistik
 menitikberatkan hubungan atau interaksi sosial dalam konteks komunikasi
lisan (antara pembicara dengan pendengar) dan komunikasi tulisan (antara penulis
dengan pembaca).
 penggunaan kata sapaan yang betul ketika berkomunikasi dalam sesuatu
keadaan.
  contoh: penggunaan kata sapaan yang melibatkan kata ganti nama diri
sendiri dan orang lain, panggilan hormat yang telah ditetapkan mengikut sistem
panggilan dalam masyarakat seperti “tuan” dan “puan” (semasa urusan rasmi).
  kata panggilan yang melibatkan sistem kekeluargaan yang betul sebagai
tanda hormat.
  contoh: “pak cik” dan “mak cik”

Peraturan pragmatik
 mencapai matlamat dan tujuan interaksi secara sopan dan berkesan.
   setiap urusan memerlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya
sesuatu tujuan tercapai dan dalam waktu yang sama kesantunan terpelihara tanpa
menyinggung hati orang lain.
 pemilihan kata sesuatu ungkapan atau wacana yang selari dengan tujuan
pembicara.
 contoh: wacana berbentuk pemaparan, penghujahan, pembujukan, dan
penceritaan.
   Perkara yang harus diambil kira dalam pertuturan:

·Bercakap perkara yang penting dahulu


·Menilai pekara yang hendak dikomunikasika sebelum bercakap (bukan semua yang
mahu kita bicarakan adalah mustahak untuk disampaikan).
·Tidak mencelah percakapan orang lain.
· Tidak mengulangi perkara yang sama berulang kali.
· Tidak memuji secara berlebihan.

Jarak sosial
·   Jarak sosial adalah keadaan di mana seseorang atau masyarakat yang berbeza
tingkat peradabannya dengan orang lain atau masyarakat lain meskipun pada
dasarnyaberada dalam zaan atau masa yang sama.
·  Sarjana barat seperti Pitirin A. Sorikin menyatakan pelapisan sosial merupakan
perbezaan penduduk atau masyarakat ke dalam kelas-kelas secara hiraki.
·  Dari sudut yang lain, jarak sosial dinyatakan sebagai perbezaan kelompok-kelompok
masyarakat secara horizontal berdasarkan jarak peradabannya.
·   Dalam peraturan berbahasa pula jarak sosial ialah satu pemisahan sosial yang
benar-benar wujud di antara individu dengan individu, individu dengan kelompok
atau kelompok dengan kelompok

Konteks percakapan
  Menurut Brown dan Yule (1983), menganalisis wacana semestinya
menggunakan pendekatan pragmatik untuk memahami pemakaian bahasa.
 Misalnya, penganalisis wacana haruslah mempertimbangkan konteks tempat
terdapatnya bahagian sebuah wacana serta perlu mengetahui siapa penutur dan
pendengarnya, waktu dan tempat ujaran itu.
 Dalam setiap interaksi verbal selalunya terdapat beberapa faktor yang
mengambil peranan dalam sesuatu peristiwa itu, misalnya penutur, pokok
percakapan, tempat bicara dan lain-lain.
  a.    Penutur dan pendengar
Ø  Penutur dan pendengar yang terlibat dalam peristiwa percakapan disebut peserta.
Ø  Berkaitan dengan peserta, yang perlu diperhatikan adalah latar belakang sosial,
budaya dan lain-lain.
Ø  Mengetahui latar belakang peserta pada suatu situasi akan memudahkan untuk
menginterpretasikan apa yang hendak dituturkan penuturnya
b.    Topik pembicaraan
Ø  Dengan mengetahui topik pembicaraan, pendengar akan sangat mudah memahami
isi wacana, sebab topik pembicaraan yang berbeza akan menghasilkan betuk
wacana yang berbeza pula.
Ø  Penutur dan pendengar menangkap dan memahami makna wacana berdasarkan
topik yang sedang dibicarakan 
c.    Latar peristiwa
Ø  Faktor lain yang mempengaruhi konteks percakapan adalah latar peristiwa.
Ø  Latar peristiwa mungkin merupakan tempat, keadaan psikologi penutur dan
pendengar, atau semua hal yang melatari terjadinya peristiwa percakapan.
d.    Penghubung
Ø  Penghubung adalah medium yang digunakan untuk menyampaikan perihal
percakapan.
Ø  Untuk menyampaikan maklumat, seorang penutur dapat menggunakan penghubung
dengan bahasa lisan atau tulisan.
Ø  Ujaran secara lisan dapat pula dibezakan menjadi ragam resmi dan tidak resmi.
e.    Laras bahasa
Ø  Laras bahasa yang digunakan juga amat berkaitan dengan konteks percakapan.
Ø  Penutur dan pendengar harus dapat memilih laras bahasa yang sesuai berdasarkan
situasi dan keadaan serta dapat menjiwai perasaan tentang perkara yang dituturkan.
f.     Bentuk pesanan dan maklumat
Ø  Pesanan dan maklumat yang hendak disampaikan haruslah tepat, kerana bentuk
pesan dan maklumat bersifat fundamental.
Ø  Pesanan dan maklumat mungkin tidak sampai kepada pendengar
Ø  Contohnya, jika pendengarnya bersifat umum dan terdiri daripada pelbagai lapisan
masyarakat maka bentuk pesanan dan maklumat harus juga bersifat umum.
g.    Peristiwa percakapan
Ø  Peristiwa percakapan ialah peristiwa yang mewadahi kegiatan percakapan.
Ø  Peristiwa percakapan tersebut dapat menentukan bentuk dan isi wacana yang akan
dihasilkan.
Ø  Contohnya wacana yang dipersiapkan untuk pidato pasti berbeza bentuk dan isinya
dengan wacana untuk seminar.

Tujuan dan Matlamat


  Tujuan dapat dikaitkan dengan bentuk wacana, iaitu sama
ada wacana informatif, wacana khas seperti majlis perasmian, majlis
perpisahan atau hiburan.
 Tujuan dan matlamat peraturan percakapan juga berkait rapat
dengan latar belakang khalayak seperti ciri-ciri demografi iaitu bangsa
atau etnik, agama, budaya, usia, jantina, pendidikan dan kedudukan
sosioekonomi.
 Tujuan percakapan perlu selari dengan kekhususan topik yang
dibicarakan, seperti bidang ilmiah, bidang industri, bidang pemasaran
dan lain-lain.
 Tujuan juga harus bertepatan dengan suasana keadaan seperti
tempat berlangsungnya komunikasi, tempoh atau jangka masa,
kemudahan yang ada dan kesediaan khalayak.
 Dalam percakapan , kita harus bercakap tentang perkara
penting dahulu.
 Perkara yang penting itu mungkin mendatangkan kesan yang
mendalam kepada seseorang.
Giliran bercakap
 Masyarakat Melayu amat mementingkan giliran bercakap.
 Masyarakat Melayu akan mendahulukan orang-orang tua semasa dalam
perbualan.
 Orang-orang muda hendaklah bercakap selepas orang-orang tua selesai
bercakap.
   Berikut adalah beberapa contoh pola penggiliran dengan cara pertanyaan:

·         “Menurut pandangan kamu bagaimana?”


·         “Mungkin anda ada yang memiliki gagasan lain?”
·         “Saya yakin saudara-saudara ada pendapat yang lebih baik.”
·         “Bagaimana menurut pendapat anda.”

    Berikut adalah aturan giliran bercakap mengikut adab dan tatatertib:

   Dalam keluarga:
·         Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman, kebiasaanya datuk dan nenek
·         Ibu dan bapa
·         Kakak atau abang yang lebih besar
·         Pihak yang paling kecil, khususnya adik.

    Di sekolah:
·         Pengetua atau Guru Besar
·         Penolong kanan sekolah
·         Ketua unit atau jabatan
·         Para pesyarah atau guru
·         Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah

·         Para pelajar

Memulakan dan mengakhiri percakapan


  Masyarakat Melayu mementingkan percakapan yang santun.
   Bagi masyarakat Melayu, percakapan yang santun dimulai
dengan “Assalamualaikum”
   Bagi masyarakat yang bukan beragama Islam, biasanya akan
memulakan percakapan dengan “salam sejahtera”, “selamat pagi”,
“hello, apa khabar” dan memberikan kata hormat kepada hadirin,
orang-orang yang berpengaruh dan orang yang lebih tua.

Contohnya, mengakhiri percakapan dengan ucapan terima kasih.


       “Terima kasihlah kerana sudi datang”
Contohnya,mengakhiri percakapan dengan permohonan maaf.
     “Minta maaflah jika kedatangan kami kali ini mengganggu
saudara
Pemilihan Kata
 Pemilihan kata dan tatacara berbahasa harus sesuai dengan
unsur-unsur budaya yang ada dalam sesuatu masyarakat untuk kita
berkomunikasi.
 Pemilihan diksi beserta wacana yang sesuai perlu dalam
kesantunan berbahasa. Pemilihan unsur bahasa tersebut berbeza
sesuai dengan tujuan dan matlamat orang yang sedang
berkomunikasi.

Contoh:
-Pemilihan kata menerusi penceritaan memerlukan ayat yang menarik, kata yang puitis,
dan bahasa yang santun agar pembaca terpesona dan berminat untuk mendengar.
-Pemilihan kata dalam wacana lisan pula lebih cenderung kepada kata-kata pujian
seperti “anda hebat”, “penyampaian tuan memukau hadirin” dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai