Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU, 16100

KOTA BHARU, KELANTAN

Nama : NITHES A/L ANATHAN


No. K/P : 020402-01-1529
Angka Giliran : 2021082310324
Kod : GPPP 1092
Nama Kursus : PENGHANTAR PENGAJIAN PENDIDIKAN
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : PENDIDIKAN KHAS
Nama Pensyarah : ENCIK MUHAMAD DIN BIN HARON
Tugasan : Tugasan 1: Penulisan (Individu)
Tarikh Hantar : 21/3/2022

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

_____________________________________

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

NAMA : NITHES A/L ANATHAN ANGKA GILIRAN : 2021082310324


KOD : GPPP 1092 NAMA KURSUS : PENGHANTAR
PENGAJIAN PENDIDIKAN
PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD DIN BIN
HARON
TARIKH HANTAR : 21 MAC 2022 TARIKH TERIMA DIISI OLEH PENSYARAH:

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Nithes Tarikh : 21 MAC 2022

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

2
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar : Nithes Tarikh : 21 MAC 2022

Halaman Perakuan

“Saya akui bahawa penulisan laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

TANDATANGAN : Nithes

NAMA PELAJAR : NITHES A/L ANATHAN


TARIKH : 21 MAC 2022

3
ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

1. Pendahuluan .............................................................................................................. 6
2. Soalan (a)................................................................................................................... 6
2.1. Analisis Aspek-Aspek Aspirasi Pendidikan Negara ................................... 6-7
2.2. Hala Tuju Pendidikan Negara ................................................................... 7-8
2.3. Sahsiah dan Kompetensi Guru ................................................................. 8-9
2.4. Peranan Permuafakatan Komuniti Dalam Memperkasa
Sistem Pendidikan Negara............................................................................ 9
3. Soalan (b)................................................................................................................... 6
3.1. Profesion Keguruan ................................................................................... 10
3.2. Langkah-Langkah Memartabatkan Profesion Keguruan ........................ 10-11
4. Kesimpulan .............................................................................................................. 11
5. Rujukan ............................................................................................................... 12-13

4
PENGHARGAAN

Segala puji bagi Tuhan semesta alam. Bersyukur terhadap tuhan kerana dengan izin
dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan kerja kursus GPPP
1092:Penghantar Pengajian Pendidikan ini dalam kekangan masa dan pengisian waktu yang
cukup mencabar sebagai bakal guru.

Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Insitut Pendidikan
Guru Kampus Kota Bharu kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk
menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi
memudahkan saya medapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah khasnya Pensyarah
Akademik Kursus GPPP 1092:Penghantar Pengajian Pendidikan, Encik Muhamad Din Bin
Haron yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami
dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada puan kerana memberi
kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.Tidak lupa juga
kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang
ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin
tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperi rakan-rakan yang lain.
Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
bertungkus lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu
saya menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih diucapkan juga kepada semua warga IPG
Kampus Kota Bharu dalam setiap bantuan dan sokongan secara langsung dan tidak
langsung. Semoga kita semua sama-sama tiba ke destinasi gurunya.

5
1.0 PENGENALAN

Pendidikan ialah satu proses atau aktiviti yang dilaksanakan untuk memperkembang
fizikal, intelek, social, dan emosi seseorang individu (Mok Song Sang, 2009). Menurut kamus
dewan edisi keempat (2005) aspirasi boleh diertikan sebagai cita-cita, hasrat atau harapan
untuk mencapai yang sesuatu. Dalam konteks pendidikan di Malaysia elemen aspirasi ini ialah
diketengahkan oleh para ilmuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berdaya saing pada
peringkat global. Bukan itu sahaja, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 yang telah dirangka untuk mencapai lima aspirasi bagi sistem pendidikan
negara secara keseluruhannya merangkumi aspek akses, kualiti, ekuiti, perpaduan,dan
kecekapan. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2019).

2.1 ANALISIS TENTANG ASPEK-ASPEK ASPIRASI PENDIDIKAN NEGARA

Aspek pertama ialah akses. Dalam konteks ini, akses berfokuskan kepada 100
peratus enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga
menengah menjelang tahun 2020. Selaras dengan prinsip pendemokrasian pendidikan iaitu
untuk pendidikan untuk semua, setiap kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira latar belakang
sosioekonomi dan kelompok etnik mempunyai hak untuk mendapat akses yang sama kepada
pendidikan berkualiti bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing (Md Nasir,
Ibrahim & Idrus, 2022). Situasi ini amat sinonim dengan slogan “Pendidikan Untuk Semua“
yang merupakan selaras dengan Falsafah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
memastikan semua pelajar dapat mengakses pendidikan tanpa sebarang diskriminasi. Aspek
kedua pula ialah kualiti. Daripada aspirasi ini, kerajaan ingin menerapkan negara berada
dalam kelompok satu pertiga teratas dalam petaksiran antarabangsa dalam tempoh 15 tahun
yang akan datang. Semua kanak-kanak yang menuntut pendidikan diberikan peluang
mendapat pendidkan cemerlang selaras dengan keunikan sistem pendidikan di Malaysia.
Sebagai tamsil kerajaan Malaysia telah memastikan pelajar sekolah menengah melibatkan
diri dalam peperiksan antarabangsa seperti TIMSS dan PISA yang menguji bacaan Matematik
dan Sains bagi meningkatkan mutu atau kualiti sektor pendidikan negara. Aspirasi yang ketiga
ialah perpaduan. Dalam konteks ini pula, sistem pendidikan di negara kita menekankan dua
elemen asas iaitu perkongsian pengalaman dan nilai seperti kanak-kanak untuk menghargai
kepelbagaian yang sedia ada. Umum mengetahui bahawa, dalam proses menjadi kanak-
kanak hingga remaja seseorang individu itu menghabiskan lebih satu perempat daripada

6
masa mereka di sekolah. Apabila berlaku interaksi atau dalam erti kata lain komunikasi
bersama murid lain yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan
etnik, murid ini akan belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Aspirasi yang
keempat pula ialah ekuiti. Dalam konteks ini, sistem pendidikan yang sangat berkesan
memastikan pendidikan berkualiti untuk setiap kanak-kanak, tanpa mengira lokasi geografi,
jantina atau status sosioekonomi. Kementerian juga menyasarkan untuk mengurangkan lagi
jurang pencapaian antara pelajar bandar dan luar bandar, tahap sosioekonomi dan
pencapaian antara jantina kepada 50% menjelang 2020. Merapatkan jurang sosioeknomi dan
antara bandar dengan luar bandar dijangka akan memberi impak terhadap jurang pencapaian
antara negeri dan jenis sekolah. Aspirasi yang terakhir ialah kecekapan. Aspirasi ini
berteraskan kepada sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan
sedia ada. Keberhasilan murid merupakan indikator kepada kecekapan dalam pengurusan
sistem pendidikan. Dalam perspektif ini, sistem pendidikan telah menerima peruntukan yang
tinggi daripada bajet tahunan, namun peningkatan keberkesanan murid masih tidak sepadan
dengan sumber yang telah disalurkam ke dalam sistem.

2.2 HALA TUJU PENDIDIKAN

Menurut kamus dewan edisi keempat (2005) hala tuju boleh didefinisikan sebagai
sesuatu yang ingin dicapai dan dilaksanakan oleh seseorang secara khusus. Secara
keseluruhanya, hala tuju pendidikan negara sememangnya ingin melahirkan warganegara
yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Dalam konteks ini, bermula dari prasekolah hinggalah ke menara gading
elemen kokurikulum dan kurikulum amat dititikberatkan oleh pendidik kepada pelajar.
Buktinya adalah pengiraan markah merit adalah wajib kepada pelajar yang ingin memasuki
IPTA yang tersohor. Bukan itu sahaja, hala tuju sisitem pendidikan negara kita juga
bermatlamatkan kepada pengukuhan perpaduan. Hal ini demikian kerana, sekolah
merupakan satu institusi yang membolehkan pelajar berada di bawah satu bumbung tanpa
mengira agama, latar belakang dan sosiekonomi. Walaupun, terdapat sekolah vernakular
sehingga hari ini namun sisem pendidikan negara kita berjaya untuk mengukuhkan perpaduan
kaum di negara ini. Dengan mengetahkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan dalam
sistem pendidikan negara, membolehkan pelajar dapat berkomunikasi dan berinteraksi antara
satu sama lain melalui bahasa utama ini di sekolah. Tambahan pula, di sekolah juga terdapat
penggunaan kurikulum dan sukatan pelajaran yang seragam membolehkan semua pelajar
dapat mengakses pendidikan tanpa sebarang diskriminasi. Pendek kata, hala tuju pendidikan
di negara kita ialah untuk melahiran warganegara yang seimbang dari segi rohani dan jasmani

7
dan yang kedua pula ialah bagi mengukuhkan semangan permuafakatan antara satu sama
lain sejak kecil lagi.

2.3 SAHSIAH DAN KOMPETENSI GURU

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) sahsiah boleh didefinisikan sebagai
personaliti, keperibadian atau peribadi. “Guru perlu memiliki jiwa pendidik” (Zarizi Abdul
Rahman, 2019). Itulah salah satu sahsiah guru yang dititikberatkan oleh semua pihak dalam
melahirkan guru yang berdaya saing pada peringkat global. Kecemerlangan sahsiah seorang
guru merangkumi aspek seperti kecemerlangan peribadi, kecemerlangan hasil kerja,
kecemerlangan komunikasi, kecemerlangan potensi dan kecemerlangan pengetahuan serta
kemahiran. Dengan adanya sahsiah yang unggul pada seorang guru seperti akauntabiliti,
integriti, maka guru itu pasti akan mendidik pelajar ke arah pembentukan diri insaniah yang
kukuh. Dalam konteks ini juga, apabila seorang guru mempunyai sahsiah diri yang baik seperti
amanah dalam menjalankan tugas, jujur, tepat pada waktu maka hasil kerja beliau akan lebih
berkualiti dan cemerlang. Implikasinya, sahsiah guru ini akan dijadikan teladan oleh anak-
anak yang belajar dengan cikgu itu sendiri. Bak kata peribahasa kalau guru makan berdiri,
maka murid makan berlari. Secara amnya, kompetensi guru boleh dibahagikan kepada 4
aspek iaitu yang pertama adalah kompetensi pedagogik. Dalam kompetensi pedagogik ini
meliputi pemahaman guru terhadap peserta didik, perancangan dan pelaksanaan
pembelajaran, evaluasi hasil belajar, dan pengembangan peserta didik untuk
mengaktualisasikan berbagai potensi yang dimilikinya (Sutriyano, 2020). Dalam kompetensi
kedua pula, kompetensi keperibadian merupakan kebolehan seseorang untuk mencerminkan
keunggulan diri yang mantap, arif, berwibawa, dan berakhlak muhlia. Kompetensi ini penting
kepada seorang guru kerana dengan adanya indikator ini mereka mampu bertindak dengan
konsisten yang bersesuaian dengan hukum norma manusia. Kompentensi yang ketiga pula
ialah kompetensi sosial yang mengutamakan guru perlu mempunyai komunikasi yang sangat
berkesan kepada semua pihak terutamanya dengan murid, bersama tenaga pengajar yang
lain, dengan ibu bapa pelajar, dan termasuk juga masyarakat sekelilingnya. Kompetensi
keempat yang perlu dimiliki oleh seorang guru ialah kompetensi profesional. Dalam aspek ini
pula, seorang guru perlu mengamalkan sikap profesionalisme dalam menjalankan tugas
masing-masing dengan menguasai pelbagai keilmuan bukan sahaja dalam bidang akademik
bahkan dalam semua bidang. Dengan ini, guru-guru tidak akan seperti katak di bawah
tempurung. Sikap profesionalisme guru juga sering dikaitakan dengan keperibadian matang
dalam mengendalikan anak muridnya berdasarkan kepada potensi masing-masing.

8
2.4 PERANAN PERMUAFAKATAN KOMUNITI DALAM MEMPERKASA PENDIDIKAN
NEGARA

Konsep permuafakatan merupakan satu bentuk kerjasama yang melibatkan sekurang-


kurangnya dua pihak untuk mencapai satu matlamat yang dikongsi bersama (Friend & Cook,
2007). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) perkataan “permuafakatan” telah
ditakrifkan sebagai persepakatan dan perpaduan yang dijalin oleh suatu komuniti disesebuah
tempat. Dalam konteks ini, koleberasi antara pihak sekolah dengan komuniti agak penting
kerana berlaku perkongsian ilmu dan pengetahuan tentang cara membentuk sahsiah murid
oleh pihak sekolah kepada ibu bapa pelajar. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam laporan
Berita Harian, menyatakan bahawa pembabitan ibu bapa dalam pembelajaran anak di dalam
dan luar sekolah berjaya menyatukan setiap pihak berkepentingan bagi memberi tumpuan
kepada modal insan penentu masa depan negara. Sebagai contoh pihak sekolah
menganjurkan Hari Gotong-Royong, PIBG, Hari Keluarga bersama dengan masyarakat
sekeliling. Melalui aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong ini juga, pihak sekolah lebih
senang untuk mendekati setiap ibu bapa, supaya ibu bapa juga mampu mengenali guru-guru
sekolah dan mampu menceritakan kebimbangan serta hasrat mereka mengenai pencapaian
akademik anak-anak mereka kepada tenaga pengajar (Lee, 2016). Maka, dengan cara ini kita
dapat membentuk sahsiah pelajar yang unggul sekaligus dapat merealisasikan hasrat
pendidikan negara. Bukan itu sahaja, bagi memperkasa pendidikan negara komuniti
khususnya masyarakat setempat boleh menghulurkan bantuan kewangan kepada sekolah-
sekolah yang ditempatkan di Kawasan pedalaman dan di luar bandar. Hal ini demikian kerana
lazimnya sekolah seperti itu tidak akan mempunyai kemudahan infrastruktur yang terdapat di
sekolah-sekolah kawasan bandar. Bantuan dana ini akan meningkatkan kemudahan
infrastruktur bagi sekolah yang terdapat di kawasan pedalaman dan luar bandar. Dengan
adanya kemudahan infrastruktur di sekolah-sekolah seperti itu maka penyampaian dan
pembelajaran di kelas akan jadi lebih efisien serta dapat berjaya memperkasakan pendidikan
negara.

9
3.0 PROFESION PERGURUAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), profesion boleh didefinisikan sebagai
satu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang
tinggi dan latihan khusus. Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara
beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat
dan negara (Roslan Suraji, 2014). Profesion perguruan pula membawa maksud satu profesion
yang bermatlamatkan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia faham tentang
peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, dan masyarakat. Profesion guru
ibarat lilin membakar diri untuk menerangi orang lain.

3.1 LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN

Antara langkah memartabtakan profesion perguruan ialah memantapkan latihan


perguruan. Kriteria pemilihan guru wajar merangkumi maklumat bakal guru berasaskan data
penilaian taksiran sahsiah, bakat kecerdasan dan pencapaian akademik dalam peperiksaan
awam. (Sazlina Nor Azmi, 2012). Sejak tahun 2004, kerajaan telah memperketat persyaratan
rekrutmen guru untuk memastikan calon yang memenuhi syarat bergabung dengan profesion
guru. KPM telah memperkenalkan M-test untuk menguji sikap guru masa depan dan
keterampilan analitis untuk mengambil KPLI. Tindakan ini amat penting demi melahirkan guru
yang berdaya saing pada peringkat global dan mampu mengharumkan nama negara pada
peringkat antarabangsa. Kerajaan juga telah memperkenalkan Program Diploma Pendidikan
serta program IPG untuk menghasilkan guru yang lebih berkualiti dan menetapkan IPK.
Sebagai contoh, pengeluaran guru daripada Institusi Pendidikan Guru pernah memenangi
Teacher Global Award. Tambahan pula, menaiktaraf maktab perguruan terus ditingkatkan
untuk mempersiapkan guru dengan segala keterampilan yang benar-benar memenuhi
kecemerlangan pendidikannya. Pihak kerajaan juga telah memantapakan latihan perguruan
dengan membaiki sistem latihan perguruan dari segi kurikulum dan ko-kurikulum.

Langkah yang kedua pula ialah menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru.
Melalui strategi menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan penempatan guru
mengikut opsyen dan keperluan, maka mutu kerja guru akan meningkat (Ziham, 2008). Dalam
konteks ini, penyediaan kuarters baharu kepada mana-mana guru yang berkhidmat di luar
bandar dan di kawasan pedalaman akan membakar semangat mereka untuk mengajar anak-
anak dengan lebih bersungguh-sungguh. Bagi meningkatkan keberhasilan dan keberkesanan
penyampaian pengajaran dan pembelajaran di kelas haruslah pihak kerajaan perlu
menaiktaraf dan memulih kelas bagi meningkatkan keselasaan pelajar di sekolah.

10
Langkah yang ketiga bagi memartabatkan profesion perguruan di negara ini ialah
mendedahkan guru pelatih dan setiap guru kepada asas pembelajara digital. Dalam konteks
ini, e-learning atau E-pembelajaran merupakan pendekatan yang dirancang dengan baik,
tetapi dapat membantu pelajar untuk belajar secara efektif dan pada masa yang sama dapat
menjadikan guru sebagai pembelajar online yang efektif. Bukan itu sahaja, Aplikasi Web 2.0
yang digunakan dalam pendidikan mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (Fariza Khalid, 2016). Maka, guru perlu
mengetahui cara penggunaan aplikasi Web ini dan boleh mengajarkan kepada murid-murid
demi meningkatkan kualiti pengajaran. Situasi ini jelas menggambarkan guru sebagai
pencetus minda kepada murid-muridnya.

4.0 KESIMPULAN

Deduksinya, tanpa pendidikan, tanpa guru; tanpa guru, tanpa pendidikan di muka bumi
ini. Sistem pendidikan di negara kita akan menghadapi kecemerlangan jika setiap guru
bermuafakat dan kerah tenaga untuk memajukan sektor pendidikan negara ini. Dengan
mengetengahkan 5 aspirasi utama sektor pendidikan negara kita akan mampu mendapat aura
yang luar biasa dalam tempoh 10 tahun yang akan datang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Dengan ini, sistem pendidikan negara kita akan setaraf dengan
negara maju seperti Korea Selatan dan Singapura, dalam tempoh tahun 2030. Hal ini
demikian kerana "Seorang guru itu adalah orang yang menyentuh masa depan". Dengan
adanya kepakaran dan kemahiran pada seorang guru, mereka mampu mentransformasikan
sektor negara yang amat signifikan untuk pembangunan negara yang mapan. Akhir kata,
“Guru Tonggak Aspirasi Kehidupan “.

(1900 Patah Perkataan)

11
5.0 RUJUKAN

Aspirasi. (2005). In Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fariza Khalid. (2016, Januari 2). Penggunaan aplikasi web 2.0 dalam pendidikan abad ke-21.

(PDF) Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Pendidikan Abad Ke-21 (researchgate.net)

Friend, M., & Cook, L. (2007). Interaction: Collaboration skills for school professionals. (5
thed.). Boston, Allyn and Bacon.

Hala Tuju (2005). In Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019, Mac 5). Falsafah Pendidikan kebangsaaan.

KPM - Falsafah Pendidikan Kebangsaan (moe.gov.my)

Mok Soon Sang. (2009). Pendidikan di Malaysia. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Profesion. (2005). In Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.

https://prpm.dbp.gov.my/Search?k=profesion

Permuafakatan. (2005). In Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sahsiah (2005). In Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.

https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sahsiah

Suraji, R. (2014, Oktober 15). Definisi dan konsep keguruan. Blogspot.


http://roslansuraji.blogspot.com/2014/10/definisi-dan-konsep-keguruan-profesion.html

Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim, & Anida Idrus (2022). Aspirasi dan hala tuju pendidikan
Penghantar pengajian pendidikan (pp 94). Local Publications (M) Sdn. Bhd

12
Sazlina Nor Azmi. (2012, September 1). Memartabatkan profesion perguruan. Blogspot.
http://arigatousensei.blogspot.com/p/isu-4-memartabatkan-profesion-perguruan.html

Sing Kiat Lee. (2016, December 5). IPG - Contoh Assignment GPP 1082 Pengantar Pengajian
Profesional.

IPG - Contoh Assignment GPP 1082 Pengantar Pengajian Profesional. (Hak Cipta
Terpelihara) | Sing Kiat Lee - Academia.edu

Ziham. (2008, Desember 23). Usaha untuk memartabatkan profesion perguruan. Blogspot.
http://misifakta.blogspot.com/2008/12/usaha-untuk-mempertingkatkan-martabat.html

Zarizi Abdul Rahman. (2019, Mei 19). Guru Pembimbing Generasi Muda. Sinar Harian
Guru pembimbing generasi muda (sinarharian.com.my)

13

Anda mungkin juga menyukai