Anda di halaman 1dari 15

MENJAGA AIR MUKA ORANG

LAIN DAN BERSIKAP TERBUKA


BOLEH MEWUJUDKAN
KOMUNIKASI YANG BERKESAN.
DISEDIAKAN OLEH : GHUGANESWARI A/P THANGARAJOO
KELAS : MUZIK B
KURSUS : GPMK1012
PENSYARAH : EN MOHAMMAD NIZAM BIN HAMID
PENJAGAAN AIR MUKA SEBAGAI ASAS
KESANTUNAN

  Muka dalam masyarakat Malaysia merujuk kepada wajah, rupa dan


memawa maruah seseorang.
 Penjagaan muka ialah menjaga mimik muka sewaktu bertutur demi
menjaga perasaan orang yang mendengar di samping memelihara
maruah diri sendiri.
  Muka juga dikaitkan dengan maruah diri kerana yang tersirat di hati
tersurat di wajah.
Penjagaan Air Muka Diri Sendiri
(Penjagaan Maruah Diri Sendiri)

• Menjaga maruah diri semasa


berkomunikasi dengan orang lain
dengan tidak melakukan perbuatan
yang memalukan diri serta
menggunakan cara yang sopan santun.
 Menggunakan perkataan atau ayat yang tidak
mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri
semasa bertutur .
 Contoh:  Mimi tidak menggunakan bahasa yang
kesat dan kasar semasa bertutur kerana dia
mengetahui bahawa perkataan-perkataan
tersebut memalukan diri sendiri.
Bertutur dengan lemah lembut, halus, tidak meninggikan
suara semasa bercakap untuk menjaga muka sendiri
(maruah diri).
Contoh: Mina selalu menggunakan nada suara yang
rendah dan lembut semasa bertutur dengan orang lain
supaya  orang lain selesa mendengar. Hal ini secara
tidak langsungnya akan menjaga muka Mina  kerana dia
bersopan santun.
 Tidakbercakap bohong kerana hal ini boleh menjejaskan
kepercayaan orang lain terhadap kita.
 Contoh: Kim seorang yang tidak  suka bercakap bohong
dan dia selalu berkomunikasi dengan orang lain secara
jujur dan iklhas. Dengan ini, Kim telah memperoleh
kepercayaan ramai kawannya. Rakan-rakan selalu memuji
personaliti Kim dan mereka suka bergaul dengannya.
Secara tidak langsung, muka (maruah) Kim dapat dijaga.
Bersifat merendah diri dan tidak sombong semasa manjalankan
perbualan dengan orang lain supaya tidak dibenci oleh orang lain.
 Contoh: Abu disukai oleh rakan-rakannya kerana dia tidak
bersikap sombong  semasa dipuji oleh orang lain walaupun dia
 selalu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Sebaliknya, dia bersikap rendah diri. Sikap merendah diri dapat
membantunya untuk menjaga muka (maruah) Abu kerana rakan-
rakan suka bergaul dengannya.
Penjagaan Air Muka Orang Lain

• Selain menjaga maruah diri, kita juga


haruslah menjaga maruah orang lain semasa
berkomunikasi dengan orang lain supaya hati
orang lain tidak tersinggung dan mereka
boleh merasai diri mereka dihormati.
Mengelakkan diri daripada menghina dan
merendah-rendahkan peribadi seseorang untuk
menghormati orang lain.
Contoh: Tina selalu menjaga hati orang lain dan di
tidak akan menghina atau merendah-rendahkan
peribadi orang lain kerana dia tahu perbuatan ini
akan menjatuhkan maruah orang lain.
 Menolak permintaan daripada orang lain secara bersopan
santun.
 Contoh:  Ali meminta pertolongan daripada Salim untuk
mengajarnya Matematik tetapi Salim sedang sibuk
membantu ibunya menjaga adik di rumah. Oleh itu, Salim
meminta maaf daripada Ali dan menyatakan sebab-sebab
tidak dapat memberi bantuan dengan jujur kepada Ali dan
dia  menolak permintaan secara bersopan santun.
 Memanggil seseorang itu dengan gelaran yang sesuai dan
tepat.
 Contoh: Mary dan Siti telah berjumpa dengan Cikgu Lily di
pasar raya. Mary memanggil “Mak Cik” kepada gurunya
manakala Siti menggelar gurunya  sebagai “Cikgu”. Siti telah
menggunakan gelaran yang betul iaitu “Cikgu”. Hal ini
menunjukkan Siti pandai menjaga muka gurunya. Manakala
Mary telah menggunakan gelaran yang salah iaitu “Mak
Cik”.Hal ini menunjukkan Mary tidak menghormati gurunya
dan tidak pandai menjaga muka gurunya.
 Kitaharuslah bertegur sapa dengan orang yang
dikenali supaya  mereka berasa diri mereka dihormati.
 Contoh: Rahayu akan bertegur sapa dengan jiran-
jirannya terutamanya jiran yang  lebih tua daripadanya
pada setiap pagi sebagai tanda penghormatan kepada
mereka. Tindakan  ini akan  menggembirakan jiran-
jirannya walaupun ia merupakan tindakan yang kecil. 
gaya pengurusan konflik juga berbeza

BUDAYA KONTEKS RENDAH

• Dibentuk berasaskan keperluan dan matlamat individu


• Dikawal oleh peraturan individu
• Identiti individu kerana individu adalah unik
• Komunikasi berlaku secara terus tanpa berselindung
• Pentingakan ketegasan individu
• Makna adalah pada perkataan bukan pada individu
• Lebih mementingkan hak peribadi
BUDAYA KONTEKS TINGGI

• Berasaskan keperluan dan matlamat kumpulan


• Tindakan dikawal oleh norma kumpulan
• Cara komunikasi tidak terus dan ada unsur berselindung
• Mementingakan empati
• Makna bergantung kepada situasi dan diri individu
• Lebih mementingkan kumpulan
SEKIAN

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai