Anda di halaman 1dari 24

FALSAFAH SENI UKIRAN MELAYU

Seni estetika Melayu dilihat daripada


keindahan yang dipaparkan, penonjolan
motif dan penyusunannya sebagai pola
dan corak tertentu.
Penggunaan motif yang berasaskan
tumbuh-tumbuhan merupakan yang
paling popular terutamanya sebagai
pulangan terhadap alam sekitar sehingga
kelihatan harmoni dan mempunyai
kesatuan sifat, rupa dan bentuk.

Dari aspek keindahan, seni ukir Melayu boleh diukir


melalui sifat ukiran itu sendiri.Antaranya :
Dari satu punca kelihatan tumbuh dan keluar secara
perlahan.
Hujung menunduk tidak menegak atau melentik
jauh ke luar ruang.
Keseimbangan antara rupa dan ruang, antara ruang
kiri dan kanan dan antara
ruang atan atau bawah.
Kesederhanaan tiada unsur rupa berlebihan dan
terkawal sifatnya.
Pergerakan sosial gerak kusut dan berbalas
lentiknya.

Etika

Seni Ukir Melayu


Berdasarkan sifat estetika seni ukir Melayu
dapatlah dirumuskan beberapa manifestasi
sifat Melayu khasnya dan budayanya secara
umum.
Antara nilai yang dapat dilihat ialah :
Nilai Kepercayaan
Seni ukir Melayu secara tidak langsung
memperlihatkan nilai kepercayaannya, iaitu
alam semesta keseluruhannya berpunca dari
Tuhan Yang Satu dan diciptakan oleh Tuhan
dengan kawalan kuasaNya (dari satu punca).

Nilai Sosial
Pergaulan antara manusia tidak terbatas
kepada Tuhan tetapi juga sesama
manusia.Kehidupan manusia Melayu
yang ditonjolkan dalam seni ukir jelas
memperlihatkan beberapa sifat seperti
tidak menyombong dan tidak meninggi
diri.Ini dapat dilihat daripada lentikan
sebelah hujung ukiran yang selalunya
menunduk sifatnya.

Aspek Kesederhanaan
Meliputi dalam segala hal di dunia yang
bersifat sederhana, iaitu dari pemilihan
motif yang tidak berlebihan dan seimbang
di antara ruang.
Sifat Kelembutan dan Kesantunan
Dapat dilihat melalui pergerakan visual /
bentuk ukiran tersebut. Sifat Suka
Membalas Budi
Dapat dilihat melalui arah punca, walau ke
mana ia bergerak ia akan kembali ke
tempat asalnya

CIRI-CIRI ISLAM DALAM SENI


UKIRAN MELAYU

Bagi bentuk bermotifkan makhluk bernyawa


diharuskan dalam keadaan abstrak- tidak cukup
sifat, menepati syariat, tidak meruntun nafsu,
tidak dijadikan subjek utama, tidak dimuliakan,
tidak dianggap Tuhan atau unsur-unsur
penyembahan.
Bagi bentuk bermotifkan flora dan alam
semulajadi dibenarkan selagi tidak
menyebabkan seniman berasa angkuh, sombong
atau bangga diri.Tiada niat untuk mencabar
ciptaan Tuhan, berkreatif adalah digalakkan
daripada meniru alam bulat-bulat.

Bagi corak geometri dan benda


dibenarkan dan digalakkan.
Bagi petikan ayat-ayat al-Quran,
hadis atau kata-kata hikmat
disunatkan dan mendapat pahala.

PEMELIHARAAN DAN
PEMULIHARAAN
Di

antara langkah-langkah yang


diambil ialah :
a)Pihak kerajaan seharusnya
sanggup untuk membiayai segala
aktiviti seni ukir itu sendiri.
Menerapkan satu sukatan pelajaran
dalam sistem pendidikan seperti
subjek Pendidikan Seni Seni Ukir
Melayu di peringkat IPTA / IPTS

Pihak

Swasta dari aspek sumbangan


dalam bentuk kewangan untuk
mengembalikan kegemilangan Seni Ukir
Melayu.Cth.nya pihak perhotelan dan
pelancongan patut menerapkan unsur seni
ukir dalam bangunan.Mereka patut
menggunakan barangan berukir di dalam
bangunan mereka kerana ia akan menjadi
tumpuan para pelancong.Oleh itu seni ukir
dapat memperindahkan lagi bangunan
tersebut. Mereka juga dapat meletakkan
ukiran-ukiran di tempat-tempat tertentu.

Petronas + Shell + Telekom


melibatkan diri dalam menggiatkan
seni ukir.
d) Secara perseorangan atau
individu- rumah kediaman, walaupun
kosnya agak tinggi.

Institut

Pemeliharaan Khazanah
Seni Warisan Melayu
Punca seni warisan Melayu hilang
adalah kerana tidak ada institusi
yang khas atau khusus bagi
memelihara seni ukiran.
Pendokumentasian dilihat lebih
bernilai dari artifak.

Persepsi

tentang seni ukiran perlulah


diubah.Ukiran agak diketepikan
kerana orang menganggap ukiran itu
hanyalah sebagai satu hiasan
semata-mata dan ia akan tenggelam.
Ukiran sebenarnya bukanlah hiasan
semata-mata, tetapi dalam ukiran
terdapat sejarah, budaya dsb.

Dua

orang pengukir telah berganding


bahu, iaitu Nik Rasidi Nik Nordin dan
Haizan Nordin telah menubuhkan
satu Institusi Pusat Sumber Kandis
dengan tujuan untuk dijadikan pusat
rujukan bagi pengukir atau
pengkaji.Orang Melayu kaya dengan
tokoh pengukir tetapi tiada usaha
pendokumentasian.

Keindahan ukiran Melayu


Terdapat

3 jenis rasa yang


mempengaruhi masyarakat Melayu
dalam menilai keindahan sesuatu
bentuk seni itu :
Rasa Kehalusan
Rasa Kesesuaian
Rasa Keaslian

NILAI KEINDAHAN DALAM SENI UKIRAN MELAYU


Kamus Dewan memberi pengertian keindahan
sebagai kecantikan, keelokan atau perihal yang
menerangkan tentang sesuatu yang
indah.Perkataan indah itu sendiri dimengertikan
sebagai sesuatu yang cantik, bagus, benar, elok
atau molek.
Menurut Sidi Gazalba dalam bukunya Pandangan
Islam Tentang Kesenian menyatakan bahawa
teori-teori keindahan yang dikemukakan oleh ahliahli falsafah sejak dulu lagi dapat dibahagikan
kepada teori-teori lama yang bersifat metafizikal
dan teori moden yang bersifat psikologikal

Rasa Kehalusan
Apabila kita menilai keindahan sesuatu objek kita
sering dihubungkaitkan dengan
kehalusan.Misalnya menilai gerak geri dan
sebagainya.Dalam masyarakat Melayu, maksud
kehalusan itu berbagai-bagai.
Dari segi bentuk, halus menggambarkan tidak
besar atau kasar.Sifat yang lembut dan licin,
nyaring, merdu dan mersik adalah merupakan
sifat-sifat kehalusan.
Dari segi pekerjaan, kehalusan merupakan kerja
yang amat teliti yang dapat menghasilkan
sesuatu yang baik dan bernilai.

Setiap karya seni mempunyai bentuk yang tersendiri yang


berlainan antara satu sama lain dan sekaligus dapat
membezakan antara satu karya dengan karya yang lain.
Di dalam karya seni ia dapat dilihat dari 2 sudut, iaitu :
1) Bentuk yang nyata - rupa dan bentuk
- warna
- garisan
- rupa
- dimensi
2) Bentuk yang tidak nyata

Faktor dalaman yang mempengaruhi penciptaan sesuatu


karya seperti penggunaan
simbol, daya kepekaan, pencipta dan nilai moral serta
kepercayaan yang dianuti.

Kesempurnaan corak juga dihasilkan bila


garis-garis yang diciptakan adalah sempurna,
iaitu tepat dan rupa bentuk menepati bentuk
objektif yang ingin diciptakan.Misalnya untuk
mengukir kepala ayam pada tongkat, garisgaris yang lengkap harus dihasilkan untuk
membentuk muncung jambul, balung dan
mata.Sesungguhnya setiap motif bunga yang
kembang haruslah memperlihatkan bahagianbahagian tangkainya, kelopak, sari-sari bunga
dll.

Bentuknya yang kemas dan strukturnya


tersusun dengan bersih, rapi serta lengkap
penciptaannya.Unsur-unsur yang nyata
terdapat dalam satu-satu karya yang tidak
nyata seperti idea, pengalaman dan emosi
tidak dapat menjamin sesuatu karya
seandainya kompenan-kompenan itu tidak
dipilih, disusun atau diatur dengan rapi
sebelum di lahirkan dalam bentuk
konkrit.Kemasnya sesuatu penciptaan bentuk
karya itu bergantung kepada 3 unsur penting,
iaitu unsur yang nyata, unsur yang tidak nyata
dan daya kreativiti pencipta membentuk dan
menyusun bahan-bahan tersebut.

Rasa Kesesuaian
Konsep kesesuaian yang digunakan
sebagai salah satu pengukur
keindahan membawa maksud
kepadanan, berpatutan, serasi atau
secocok.
Dalam satu-satu karya seni ukir, unsur
kesesuaian ini akan wujud dalam
bentuk karya yang terangkum di
dalamnya corak, motif, warna dll.

Dari

segi corak, keindahan karya akan


terpancar bila corak atau reka bentuk yang
dihasilkan itu bersesuaian dengan
fungsinya.Misalnya bentuk kepala ayam pada
hulu keris yang dikenali sebagai ayam patah
tengkuknya atau kepala burung yang dikenali
sebagai hulu pekaka dianggap indah kerana
kesesuaian dengan fungsinya.Sarung hulu
keris seharusnya mempunyai bentuk yang
sesuai dengan penahan genggaman semasa
digunakan.

Motif yang indah misalnya untuk objek dinding


yang besar seperti dinding rumah, motif awan
larat yang berkembang besar amatlah sesuai
digunakan.Selain daripada corak dan motif, dari
aspek kesesuaian dan pilihan warna juga adalah
penting.Minat pada kegunaan warna yang tidak
garang adalah sesuai dengan sifat orang Melayu
yang digalakkan oleh Islam, iaitu bersederhana.
Tataletak ukiran tersebut :
Ayam Berlaga :
- di bawah anak tangga rumah,
ia membawa pengertian tidak sukaberlaga
atau bergaduh.

Rasa Keaslian
Walaupun keaslian pada hakikatnya
didefinisikan sebagai sesuatu yang tulen
dan yang jati, tetapi dalam penciptaan
karya seni, keaslian yang dimaksudkan
bukanlah bermaksud tidak wujudnya
pengaruh-pengaruh luar tetapi yang
dipentingkan ialah keaslian idea pencipta
berkonsepkan sesuatu yang baru dari
model yang diambil sehingga melakukan
karya yang baru dan asli, dibantu dengan
penggayaan atau pengurangan yang
terdapat pada objek.

SELAMAT

MENJAWAB

Anda mungkin juga menyukai