Anda di halaman 1dari 20

Seni Ukiran Melayu :

Keris
Definisi
Ukiran satu hasil yang terbentuk dari kesan mengukir
dengan menggunakan alat-alat tertentu seperti
pisau, pahat atau benda-benda tajam pada sesuatu
permukaan lalu menghasilkan satu lukisan atau
gambaran sama ada ia berbentuk cengkung,
cembung, tenggelam atau timbul.
(Mohammad Nazzri Bin Ahmad, 2002)

Menurut Kamus Dewan, ukir diertikan


sebagai lukisan yang dibuat dengan cara
memahat, menggores, menoreh dan lainlain pada bahagian-bahagian tertentu
manakala ukiran pula ialah sesuatu yang
telah siap diukir.
Sesuatu ukiran itu dibezakan berdasarkan
bahan yang digunakan sama ada kayu,
logam, kulit, gading, batu dan sebagainya.

Ukiran terhasil melalui teknik


perluakan pada bahan yang diukir
manakala lukisan pula terhasil
daripada penambahan bahan.

Sejarah
Seni Ukiran Melayu merupakan satu bentuk seni yang
tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat
Melayu. Seni ukiran adalah sebahagian daripada hasil
kraftangan yang wujud seiring dengan reka bentuk seni
rupa yang lain. Seni ukiran mula berkembang pada
zaman Megalitik atau Zaman Kebudayaan Batu Hidup.
Pada masa itu masyarakat telah mengukir pada batu
hidup yang dijadikan tugu dan mempunyai nilai
spiritual. Seni ukiran terus berkembang sehinggalah
masyarakat Melayu tradisi menganggap ia sebagai
suatu kemestian
dalam kehidupan. Kemasukan
pengaruh Hindu-Buddha dan Islam telah banyak
mempengaruhi perkembangan seni ukiran Melayu.

Keris telah menjadi sejenis senjata


pendek warisan Melayu sejati
semenjak 700 tahun dahulu.
Lambang kesempurnaan dan barang
pusaka yang mempunyai magis.
Keris adalah senjata kebangsaan di
sekitar Kepulauan Melayu seperti
Indonesia, Filipina Selatan dan Brunei.

Teknik

Sebilah keris dihasilkan dengan


penuh ketelitian.
Dikatakan lebih bernilai jika
diperbuat daripada bahan-bahan
berharga seperti emas, tembaga dan
perak dan dihiasi dengan batu
permata.
Lazimnya dibuat daripada besi
campuran dengan galian tadi.

Hasil campuran galian ini akan menghasilkan


pamur-pamur yang indah.
Dipercayai corak itu merupakan pecahan
daripada lima corak utama iaitu :
Biji beras tertumpah (wos utoh) yang
melambangkan kemewahan, bunga buah
pala(sekar pala) yang melambangkan
kemanusiaan, bunga berdiri(sekar ngadeg) yang
melambangkan keadilan, daun kelapa kering
tersusun(blaraq ngirid) yang melambangkan
kepimpinan dan bunga temu(sekar temu) yang
melambangkan kasih berbalas.
Mewakili lima pendekar

Estetika

Keindahan seni ukiran keris dapat dinilai


melalui kehalusan bentuk yang terpancar
dalam aspek kesempurnaan corak, motif
atau hiasan yang digunakan. Ciri
keindahan ini boleh di lihat dari tiga sudut
utama iaitu pada sudut kesesuaian,
kehalusan dan keasliannya. Dalam seni
ukiran keris nilai kesesuaian dilihat dari
aspek kepadanan, keserasian dan
kesesuaian ukiran tersebut dengan
kecantikan dan fungsinya.

Mta keris bersifat organik dan dihasilkan


mengikut tradisi dan kepaercayaan.
Pembuat kers mengakui sesetengah
keris dibuat setelah meeka
memperolehi bayangan terlebih
dahulu.
Menurut Syed Ahmad Jamal, Mata keris
merupakan campuran besi dari bumi
dengan tahi bintang dari langit

Hulu keris

Bentuk matanya bermula lebar di


pangkal dan menjadi tirus dihujung. Ia
memudahkan menembusi tubuh yang
ditikam.
Terdapat keris yang berlok dan ada juga
yang tidak.
Keris yang berlok banyak digelar keris
Sempena manakala yang kurang
loknya dipanggil keris Sepukal.

Etika

Di zaman penganur Hindu kebanyakan hulu keris


berbentuk dewa-dewi Hindu.Namun semenjak
kemasukan Islam ciri-ciri rekabentuknya mula
mengalami sedikit perubahan.
Dalam penghasilan seni ukiran keris yang berlunaskan
Islam ia haruslah berdasarkan prinsip-prinsip yang telah
ditetapkan. Bagi motif makhluk bernyawa diharuskan
dalam keadaan abstrak, tidak cukup sifat tidak
meruntun nafsu dan menepati syariat. Selain itu keris
yang dihasilkan itu tidak boleh dimuliakan dan
disembah.
Kehadiran Islam telah memperkenalkan kaligrafi,
Arabes, geometri, kosmos dan flora dalam penghasilan
seni ukiran Melayu.

Dari aspek etika penggunaan keris


ia ditentukan oleh bilangan loknya.
9 lok- ketua atau raja
7 lok permaisuri
5 lok putera raja
3 lok - panglima.

Fungsi
Fungsi Keris :

Keris bukan sekadar untuk senjata ia melambangkan kekuasaan,


kebesaran dan keagongan. Ia merupaka pelengkap dalam
busana Melayu tradisi.
Fungsi Ukiran :

Ukiran juga boleh memainkan peranan sebagai alat


keselamatan. Ini dapat dilihat dengan fungsi hulu keris dan
sarungnya.

Dari segi corak, pemilihan corak atau reka bentuk yang sesuai
digandingkan bersama dengan fungsinya. Misalnya bentuk
kepala ayam pada hulu keris yang dikenali sebagai ayam patah
tengkuknya atau kepala burung yang dikenali sebagai hulu
pekaka dianggap indah dan tepat kerana kesesuaian dengan
fungsinya. Sarung hulu keris seharusnya mempunyai bentuk
yang sesuai dengan penahan genggaman semasa digunakan.

Huli keris dibentuk di antara 70 hingga 80 puluh darjah daripada


paras matanya.

Lazimnya dibuat daripada kayu


tetapai ada daripada gading, gigi
gajah, sumbu badak dan tanduk.

Simbolisme

Selain itu pemilihan corak yang indah juga


memaparkan pemikiran dan simbolisma
serta sesuai dengan nilai norma
masyarakat penciptanya. Misalnya corak
pekaka yang terdapat pada hulu keris,
mencerminkan sistem kepercayaan orang
Melayu bahawa keris yang diukir sebegini
rupa akan membawa tuah, dan motif
tersebut melambang keperkasaan dan
ketangkasan.

Penutup

Keris merupakan khazanah bangsa


yang memperlihatkan ciri yang unik.
Namun bergitu sengatan keris kini
dilihat sudah semakin hilang bisanya.
Sebagai bangasa yang sayangkan
warisannya, keris harus terus
dipelihara.

Besi bukan sebarang besi,


Itulah nama besi Khersani,
Besi yang asal diturun Allah,
Setahon Bugis berenang,
Riak ditikam mati juga,
Setahon musoh berjalan,
Bekas ditikam mati juga.

(..petikan Hikayat Malim Dewa)

Bibliografi:

Abdul Halim Nasir. 1986. Ukiran Kayu Melayu Tradisi.


Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Karsam. 1999. Seni Ukiran Jepara Indonesia: Kajian Ciri dan
Motif.
Kuala Lumpur. Akademi Pengajian Melayu.
Mohammad Nazzri bin Ahmad, 2002. Pemikiran Melayu Dalam Seni
Ukiran Melayu: Tumpuan Kepada Tiga Generasi Pengukir. Kuala
Lumpur. Akademi Pengajian Melayu.
Mustaffa Mohamad. 1987. Perkembangan Seni Ukir.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Mohd Yatim. 1986. Simbolisma Dalam Kesenian Islam :
Rujukan Kepada Nisan Kurun Ke-15 Di Semenanjung. Kuala
Lumpur. Muzium Negara
Othman Mohd Yatim,2000. Mengukir Kegemilangan Lalu: Biografi
Wan Su Othman. Kementerian Kebudayaan kesenian dan
Pelancongan.
Syed Ahmad Jamal. 1992. Rupa dan Jiwa.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai