Anda di halaman 1dari 20

POLA-POLA PADA UKIRAN

MELAYU

Penjelmaan sesuatu pola atau ragamhias dalam


karya seni ukiran tidak dapat dipisahkan kerana
beberapa perkara seperti :

pilihan motif
teknik penyusunan

Kedua-dua perkara tersebut terikat pula kepada


faktor-faktor lain yang bersangkutan seperti
adat resam dan kepercayaan, nilai dan norma
hidup, keindahan, fungsi dan lain-lain lagi.
Pola dan motif juga mempunyai hubungan yang
begitu rapat.Motif dalam seni ukiran adalah
dimaksudkan suatu perhiasan yang diukir dalam
2 atau 3 dimensi, kemudian ia disusun, digubah
untuk dijadikan pola atau corak tertentu.

Corak hias yang digunakan sering atau biasanya


mengandungi nilai pemikiran falsafah
tertentu.Oleh itu dalam pemilihan sesuatu motif
itu, para pengkarya bukan sahaja perlu
mempunyai kemahiran untuk mengukir tetapi
perlu memahami makna-makna motif yang
dipilih.
Dalam seni ukiran Melayu, terdapat pelbagai
teknik bagaimana sesuatu ukiran tersebut
digubah.Ia bergantung kepada kebijaksanaan,
kreativiti dan kemahiran yang dimiliki oleh
pengukir

3 POLA UTAMA ATAU PENTING

Pola Bujang

Juga dikenali sebagai pola putu.

Motifnya mengambil pola bebas atau berdiri


sendiri, tidak terikat, berkait atau bersambungsambung.

Kebiasaannya pola bujang mengambil unsurunsur dari kuntum bunga, putik buah, bulan,
bintang, matahari dan juga unsur-unsur makhluk
hidup.

Pemilihan bunga atau tumbuhan sering dipilih


berdasarkan hubungan rapat
pengukir dengan
alam sekeliling.

Tumbuh-tumbuhan itu dipilih berkemungkinan


kerana mudah didapati di sekitar kediaman
pengukir atau
tumbuh-tumbuhan tersebut mempunyai
keistimewaan- keistimewaan tertentu, misalnya
diguna sebagai bahan untuk membuat ubat atau
sebagai bahan makanan untuk dibuat ulam.

Contoh-contoh yang disukai adalah seperti


tampuk manggis, bunga cengkih, bunga lawang,
teratai, matahari, melati dan sebagainya.
Unsur-unsur kosmos atau makhluk hidup pula
yang dipilih adalah seperti bulan, ayam, itik,
badak dan burung-burung.

POLA PEMIDANG
Dikenali juga sebagai pola bingkai.
-Menggunakan unsur-unsur yang sederhana.
-Pergerakannya tidak banyak berbelit-belit dan
melingkar.
-Mempunyai pemidang dan bingkai (penting).
-Ukiran-ukiran seperti ini banyak ditemui di
Negeri Sembilan.

Menggunakan motif seperti itik pulang petang,


badak mudik dan setampuk
manggis.
-Pola pemidang atau bingkai ini banyak ditemui
pada perkakas rumah seperti
tepak sirih, dulang dan almari.
-Di bangunan-bangunan pula, terdapat pada
bahagian paha tangga, bendul dan
cucuran atap.

POLA LENGKAP
Dikenali juga sebagai pola induk.
Menggabungkan semua unsur dalam satu
bentuk ukiran yang lengkap.
Untuk pola ini sering menggunakan motif
tumbuh-tumbuhan kerana sifatnya yang lembut
dan mudah disusun.

Bentuk pola ini merangkumi seluruh pohon atau


tumbuhan yang dipilih, bermula dari akarnya
dan terus ke batang, dahan, daun, bunga, putik
dan sulurnya.
Sistem penyusunannya melingkar-lingkar,
bersilat, bergulung-gulung dan berawan larat.
Penyusunannya terpulang kepada kreativiti
pengukir

UNSUR-UNSUR

Penjelmaan sesuatu gaya dalam sesuatu ukiran


Seni Melayu dipengaruhi oleh beberapa faktor
seperti adat resam, kepercayaan agama, alam
persekitaran, iklim dan topografi.
Pemilihan unsur perlu dibuat supaya
bersesuaian dengan kehendak perseorangan dan
juga kehendak masyarakat supaya ia tidak
bercanggah dengan peraturan dan adat resam
Melayu.

UNSUR MAKHLUK HIDUP

Pada umumnya unsur makhluk hidup tidak


banyak digunakan kerana agama Islam tidak
menggalakkan ciptaan ragamhias yang
berasaskan makhluk hidup.
Walau bagaimanapun, saki-baki daripada
warisan kayu ukiran lama menampakkan ciriciri dari unsur makhluk hidup seperti motif
ayam berlaga, itik pulang petang, badak mudik
dan sebagainya

Dalam pemilihan unsur-unsur terdapat di


persekitaran dan mempunyai hubungan dengan
orang-orang Melayu itu sendiri (haiwan
peliharaan, sifat-sifat yang ada pada haiwan
yang ditiru).

UNSUR KOSMOS

Unsur kosmos atau ruang angkasa


dipersembahkan melalui gambaran matahari,
bulan, bintang, awan berarak, gunung-ganang,
bukit-bukau dll.

Sebagaimana motif matahari dan bintang sering


dipasang pada bahagian atau muka tebar layar,
manakala unsur awan berarak sering terdapat
pada ukiran-ukiran yang mengambil pola
lengkap.
Unsur-unsur ini juga sering dicantumkan dengan
unsur-unsur tumbuhan dan kaligrafi.

UNSUR GEOMETRI

Unsur geometri atau tumpal dikatakan ada hubungan


dengan pengaruh pra sejarah.Ukiran yang berunsurkan
geometri ini dapat dikesan dalam seni ukiran Melayu
yang mengambil pola-pola seperti bentuk bersegi atau
dikenali juga sebagai pola tumpal.

Kaki dan bentuk perubahannya disusun berderet-deret


dan kadangkala perubahan itu dicantumkan dengan
sulur tumbuhan.Satu lagi unsur geometri yang dikira
sebagai warisan pra sejarah ialah pilin berganda
(bentuk huruf S yang disusun berderet-deret).
Ukiran-ukiran geometri ini juga sering didapati pada
alat-alat seperti tembikar, barangan tembaga dan alatalat ragamhias yang dipakai di dalam rumah.

UNSUR KALIGRAFI

Unsur kaligrafi dalam seni ukiran Melayu


bermula setelah orang-orang Melayu menerima
pengaruh Islam.Unsur ini mengambil contoh
huruf Arab, ayat al-Quran dan tulisan Jawi.
Unsur kaligrafi sering terdapat pada bangunanbangunan masjid, surau dan rumah-rumah
kediaman rasmi orang-orang yang
berkemampuan

UNSUR TUMBUH-TUMBUHAN
Dalam seni ukiran Melayu lebih banyak
tertumpu kepada pengambilan unsur-unsur
tumbuhan.Biasanya tumbuhan menjalar dan
pohon-pohon berbunga menjadi pilihan utama.
Unsur-unsur tumbuhan sangat sesuai dibentuk
dan digayakan ukirannya mengikut
kebijaksanaan pengukir.
Unsur tumbuhan yang sering menjadi sumber
ilham kepada pengukir Melayu ialah seperti
jenis kekacang, labu, ketumbit, ketamburi, kerak
nasi, peria, bunga cengkih dll.

Anda mungkin juga menyukai