Anda di halaman 1dari 35

SEMINAR KERIS NUSANTARA

SENI UKIRAN MELAYU: KERIS


Oleh : Mohammad Nazzri Ahmad
DEWAN KULIAH TANJUNG
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
13- 14 NOVEMBER 2008

Seni Ukiran Melayu :


KERIS
Definisi
Ukiran satu hasil yang terbentuk dari kesan mengukir
dengan menggunakan alat-alat tertentu seperti pisau,
pahat atau benda-benda tajam pada sesuatu permukaan
lalu menghasilkan satu lukisan atau gambaran sama ada
ia berbentuk cengkung, cembung, tenggelam atau timbul.
(Mohammad Nazzri Bin Ahmad, 2002)

Menurut Kamus Dewan, ukir diertikan


sebagai lukisan yang dibuat dengan
cara memahat, menggores, menoreh
dan lain- lain pada bahagian-bahagian
tertentu manakala ukiran pula ialah
sesuatu yang telah siap diukir.
Sesuatu ukiran itu dibezakan
berdasarkan bahan yang digunakan
sama ada kayu, logam, kulit, gading,
batu dan sebagainya.

Ukiran terhasil melalui teknik


perluakan pada bahan yang diukir
manakala lukisan pula terhasil
daripada penambahan bahan.

Definisi Keris
Menurut Griffith William (1937),
keris dicipta pada abad ke 14 di
mana ia menjadi senjata kerajaan
Majapahit. Menurutnya keris
berasal dari mata lembing.

G.B Gardner (1936) pula brpendapat


berasal dari Majapahit. Ia mulanya
diperbuat daripada sengat ikan pari
dgn dibungkus pangkalnya.
G.C Wolley (1947) menentang dan
mengatakan ia adalah senjata asli
dan tidak ditiru dari mana-mana
senjata.

Menurut Kamus Dewan :


Sejenis sennjata yang bermata dua yang
tajam ( bilah berlekuk-lekuk dan lurus)
Berpendapat :
Keris adalah sejenis senjata yang
diperbuat daripada kayu dan logam yang
diciptakan oleh orang Melayu. Ia
mempunyai hulu dan mata yang
ditiruskan pada bahagian hujungnya.
Keris mempunyai bahagian berikut :

Mata keris

SEJARAH

Seni Ukiran Melayu merupakan satu bentuk seni yang


tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat
Melayu. Seni ukiran adalah sebahagian daripada hasil
kraftangan yang wujud seiring dengan reka bentuk seni
rupa yang lain.
Seni ukiran mula berkembang pada zaman Megalitik
atau Zaman Kebudayaan Batu Hidup. Pada masa itu
masyarakat telah mengukir pada batu hidup yang
dijadikan tugu dan mempunyai nilai spiritual.
Seni ukiran terus berkembang sehinggalah masyarakat
Melayu tradisi menganggap ia sebagai suatu kemestian
dalam kehidupan. Kemasukan pengaruh Hindu-Buddha
dan Islam telah banyak mempengaruhi perkembangan
seni ukiran Melayu.

Keris telah menjadi sejenis senjata


pendek warisan Melayu sejati
semenjak 700 tahun dahulu.
Lambang kesempurnaan dan barang
pusaka yang mempunyai magis.
Keris adalah senjata kebangsaan di
sekitar Kepulauan Melayu seperti
Indonesia, Filipina Selatan dan
Brunei.

Oleh kerana keadaan geografi


Kepulauan Melayu yang terpisahkeris mengalami perkembangan
yang berbeza, meliputi bentuk,
nama dan fungsinya.

TEKNIK

Seorang pembuat keris mahir- Pandai


Besi.
Sebilah keris dihasilkan dengan penuh
ketelitian.
Dikatakan lebih bernilai jika diperbuat
daripada bahan-bahan berharga seperti
emas, tembaga dan perak dan dihiasi
dengan batu permata.
Lazimnya dibuat daripada besi
campuran dengan galian tadi.

Hasil campuran galian ini akan menghasilkan


pamur-pamur yang indah.
Dipercayai corak itu merupakan pecahan
daripada lima corak utama iaitu :
Biji beras tertumpah (wos utoh) yang
melambangkan kemewahan, bunga buah
pala(sekar pala) yang melambangkan
kemanusiaan, bunga berdiri(sekar ngadeg) yang
melambangkan keadilan, daun kelapa kering
tersusun(blaraq ngirid) yang melambangkan
kepimpinan dan bunga temu(sekar temu) yang
melambangkan kasih berbalas.
Mewakili lima pendekar

Teknik membuat mata keris

Menemp
a

Mengikir

Membuat
Puting

Menyepu
h

Pamur

Membuat Belalai
Gajah

Hasilan Besi

ESTETIK
A
Keindahan seni ukiran keris dapat dinilai

melalui kehalusan bentuk yang terpancar


dalam aspek kesempurnaan corak, motif
atau hiasan yang digunakan.
Ciri keindahan ini boleh di lihat dari tiga
sudut utama iaitu pada sudut
kesesuaian, kehalusan dan keasliannya.
Dalam seni ukiran keris nilai kesesuaian
dilihat dari aspek kepadanan, keserasian
dan kesesuaian ukiran tersebut dengan
kecantikan dan fungsinya.

Mata keris bersifat organik dan


dihasilkan mengikut tradisi dan
kepercayaan. Pembuat keris mengakui
sesetengah keris dibuat setelah mereka
memperolehi bayangan terlebih
dahulu.
Menurut Syed Ahmad Jamal, Mata keris
merupakan campuran besi dari bumi
dengan tahi bintang dari langit

Hulu Keris Tajong pada asalnya merupakan


ukiran gambaran dewa Hindu Siva. Yang
disesuaikan dengan perwatakan dalam
wayang kulit. Ia mempunyai bentuk kepala
yang sederhana serta agak leper dengan
hidung yang panjang, serta tangan dan
kaki yang jelas kelihatan pada bahagian
badannya.Matanya yang terjojol dan
giginya yang menyeringai mirip imej dari
India.

Bentuk mata sebilah keris bermula lebar


di pangkal dan menjadi tirus dihujung.
Selain cantik sifat yang sedemikian ia
memudahkan menembusi tubuh yang
ditikam.
Terdapat keris yang berlok dan ada juga
yang tidak.
Keris yang berlok banyak digelar keris
Sempena manakala yang kurang loknya
dipanggil keris Sepukal.

ETIKA

Di zaman penganut Hindu kebanyakan hulu keris


berbentuk dewa-dewi Hindu.Namun semenjak
kemasukan Islam ciri-ciri reka bentuknya mula
mengalami sedikit perubahan.
Dalam penghasilan seni ukiran keris yang berlunaskan
Islam ia haruslah berdasarkan prinsip-prinsip yang telah
ditetapkan. Bagi motif makhluk bernyawa diharuskan
dalam keadaan abstrak, tidak cukup sifat tidak
meruntun nafsu dan menepati syariat. Selain itu keris
yang dihasilkan itu tidak boleh dimuliakan dan
disembah.
Kehadiran Islam telah memperkenalkan kaligrafi,
Arabes, geometri, kosmos dan flora dalam penghasilan
seni ukiran Melayu.

Dari aspek etika penggunaan keris


ia ditentukan oleh bilangan loknya.
9 lok- ketua atau raja
7 lok permaisuri
5 lok putera raja
3 lok - panglima.

FUNGSI
Fungsi Keris :
Keris bukan sekadar untuk senjata ia dianggap penjagia
semangat pemiliknya, dan melambangkan kekuasaan,
kebesaran dan keagongan. Ia merupakan pelengkap
dalam busana Melayu tradisi.
Fungsi Ukiran :
Ukiran juga boleh memainkan peranan sebagai alat
keselamatan. Ini dapat dilihat dengan fungsi hulu keris
dan sarungnya.
Dari segi corak, pemilihan corak atau reka bentuk yang
sesuai digandingkan bersama dengan fungsinya.
Misalnya bentuk kepala ayam pada hulu keris yang
dikenali sebagai ayam patah tengkuknya atau kepala
burung yang dikenali sebagai hulu pekaka dianggap
indah dan tepat kerana kesesuaian dengan fungsinya.
Sarung hulu keris seharusnya mempunyai bentuk yang
sesuai dengan penahan genggaman semasa digunakan.

Hulu keris dibentuk di antara 70


hingga 80 puluh darjah daripada
paras matanya.
Lazimnya dibuat daripada kayu
tetapai ada daripada gading, gigi
gajah, sumbu badak dan tanduk.

Sebagai pelengkap busana Melayu.

SIMBOLISM
E
Selain itu pemilihan corak yang indah juga
memaparkan pemikiran dan simbolisma
serta sesuai dengan nilai norma
masyarakat penciptanya.
Misalnya corak pekaka yang terdapat
pada hulu keris, mencerminkan sistem
kepercayaan orang Melayu bahawa keris
yang diukir sebegini rupa akan membawa
tuah, dan motif tersebut melambang
keperkasaan dan ketangkasan.

Bentuk mata keris yang berlok


melambangkan hubungan rapat
orang Melayu dengan air (laut dan
Sungai). Ia melambangkan
gelombang laut yang mengalir.

Keris yang diukir dengan ayat Al-Quran; 3 Qul.


Melambangkan Nilai norma Sesuai dgn masyarakat

PENUTU
P
Keris merupakan khazanah bangsa yang

memperlihatkan ciri yang unik.


Ukiran yang diletakkan bukan sekadar
hiasan tetapi memainkan peranan yang
tersendiri.
Namun bergitu sengatan keris kini
dilihat sudah semakin hilang bisanya.
Sebagai bangsa yang sayangkan
warisannya, keris harus terus dipelihara
dan difahami akan simbolnya.

Besi bukan sebarang besi,


Itulah nama besi Khersani,
Besi yang asal diturun Allah,
Setahon Bugis berenang,
Riak ditikam mati juga,
Setahon musoh berjalan,
Bekas ditikam mati juga.
(..petikan Hikayat Malim Dewa)

BIBLIOGRAF
I

Abdul Halim Nasir. 1986. Ukiran Kayu Melayu Tradisi. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hanizah Jonoh.1997. Senjata-senjata Di Zaman Kesultanan Melayu Johor. Yayasan
Warisan Johor.

Karsam. 1999. Seni Ukiran Jepara Indonesia: Kajian Ciri dan Motif. Kuala
Lumpur. Akademi Pengajian Melayu.

Mohammad Nazzri bin Ahmad, 2002. Pemikiran Melayu Dalam Seni Ukiran
Melayu: Tumpuan Kepada Tiga Generasi Pengukir. Kuala Lumpur. Akademi
Pengajian Melayu.

Mustaffa Mohamad. 1987. Perkembangan Seni Ukir. Kuala Lumpur. Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Othman Mohd Yatim. 1986. Simbolisma Dalam Kesenian Islam : Rujukan


Kepada Nisan Kurun Ke-15 Di Semenanjung. Kuala Lumpur. Muzium Negara

Othman Mohd Yatim,2000. Mengukir Kegemilangan Lalu: Biografi Wan Su


Othman. Kementerian Kebudayaan kesenian dan Pelancongan.

Syed Ahmad Jamal. 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai