Anda di halaman 1dari 7

UNIT 1: PENGENALAN BAHASA VISUAL-FALSAFAH,PENGARUH DAN LATAR BELAKANG DALAM PELBAGAI BUDAYA

Berikan pendapat anda tentang kepentingan falsafah seni dalam penghasilan karya-karya seni.

Pengertian falsafah berasal daripada bahasa Yunani iaitu Philos bermaksud kecantikan terhadap sesuatu, manakala Sophia bermaksud kebijaksanaan atau pengetahuan.Oleh itu, Philosophia bermaksud mencintai akan kebijaksanaan.Istilah ini digunakan dalam abad ke-7 sebelum masihi oleh ahli falsafah Yunani yang bernama Phytogoras.Plato juga merupakan orang yang terawal memberikan takrif dengan lebih khusus.Plato menegaskan falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya iaitu perkara sebenar yang menjadi asas dan inti pati pembentukkan sesuatu benda atau perkara. Falsafah adalah merupakan bidang yang sangat meluas dan ia merupakan satu bidang yang mencabar intelektual pemikiran manusia.Ia merupakan satu usaha pembentukan daya pemikiran dan ilmu antara objektif dan subjektif.Segala pemikiran dan cabang falsafah ini adalah bersumberkan ilmu pengetahuan dan untuk mencapainya kita haruslah bersedia untuk menguasai ilmu pemikiran itu.Bidang ini berperanan mencari jawapan samada jawapan itu tidak memadai atau jawapan yang benar-benar berdasarkan bukti yang kukuh. Terdapat empat mazhab yang dikatakan penting dalam kehidupan manusia. Antaranya ialah Idealism, Realism, Pragmatism, Eksistensionalism. Idealism dan realism dikategorikan sebagai falsafah traditional kerana mempunyai pandangan yang sama iaitu matlamat adalah tetap dan dibentuk oleh kuasa autoriti. Manakala Pragmatism dan Eksistensionalism pula dikategorikan kepada falsafah moden kerana kedua-duanya mempunyai pandangan dimana cara dan matlamat adalah pada dimensi yang sama. Konsep idealism mengatakan bahawa jiwa adalah penting dalam kehidupan dan alam sejagat ini bukanlah kebendaan. Manakala konsep realism pula mengatakan alam kebendaan dan fizikal adalah reality, apa jua yang diluar dalam fizikal (fikiran) tidak dianggap sebagai reality. Seterusnya konsep pragmatism

mengatakan spekulasi mengenai reality adalah aktiviti yang tidak berguna manakal pengalaman manusia itu adalah lebih berguna. Dan akhir sekali adalah konsep eksistensionalism mengatakan bahawa manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri untuk menetapkan matlamat dan membuat keputusan yang bebas dari norma-norma kehidupan.

Aristotle (384-322 SM) SM)

Plato (427- 347 SM)

Hasilkan satu esei mengenai falsafah Melayu tradisi berdasarkan seni ukiran kayu Melayu Tradisi. Bincangkan mengenai pendapat mana-mana tokoh ukiran kayu serta pilih 2 jenis ukiran tersebut untuk dianalisa.

Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat melayu sejak turun temurun lagi.Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identity ukiran melayu tradisi.Menghasilkan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu,memproses kayu,memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.

Bukti kemahiran ini dapat di lihat di bahagian-bahagian rumah seperti tangga, ambang, pintu, dinding, tiang, batu nisan, daun pintu, tingkap, kukur, bangau, jebak, burung, katil, meja dan dulang.

Pada zaman kedatangan islam ,gaya geometri yang bermotifkan alam tumbuhan dan ayat-ayat suci al-Quran telah dihasilkan.Bentuk figura dan lembaga bernyawa beransur ansur lenyap kerana ukiran lambing seperti ini tidak dibenarkan dalam islam.Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsure-unsur alam sekitar dan cara hidup masyarakat.Pengukir banyak dipengaruhi oleh adat resam,agama ,kepercayaan,iklim,geografi dan persekitarannya.Motif-motif biasanya mengambil bunga atau daun yang sesuai digunakan dalam berbagai-bagai jenis ukiran kerana melambangkan keindahan alam semula jadi.Negeri-negeri yang menghasilkan ukiran kayu yang cantik ialah Kelantan , Terengganu , Melaka dan Negeri Sembilan.Antara bangunan lama berukiran kayu yang masih dapat dilihat pada hari ini ialah: Istana Kenangan di Bukit Chandan,Kuala Kangsar,Perak. Istana Balai Besar,Kedah Istana Sri Menanti,Negeri Sembilan Masjid Kampung Keling,Melaka Rumah-rumah kayu di Perlis,Melaka dan Johor kajian,motif ukiran kayu tradisional berlandaskan ajaran

Mengikut

kesufian.Masyarakat melayu tidak melihat ala mini dari sudut kebendaan semata

mata ,tetapi dari sudut yang lebih luas.Bunga bungaan dan tumbuhan yang pelbagai warna dan rupa itu mempunyai fungsi yang jauh lebih besar daripada keindahan semula jadinya.Seni ukiran kayu termasuk dalam seni mukaddas, iaitu seni yang mengandungi maksud simbolik selain maksud zahirnya.

Kebanyakkan motif bunga yang berbentuk bulat melambangkan alam semesta atau alam yang melingkumi Bumi.Orang-orang melayu mempercayai bahawa alam terbahagi kepada alam nyata dan alam ghaib.

JENIS-JENIS MOTIF Dalam masyarakat tradisional Melayu pelbagai unsur dijadikan motif dalam seni ukiran. Unsur tersebut adalah seperti berikut:

UNSUR BENDA BERNYAWA Unsur bernyawa merujuk kepada rupa binatang seperti ayam, burung, itik dan sebagainya. Contoh unsur bernyawa pada ukiran tradisional yang dihasilkan oleh pengukir zaman pra-Islam. Namun rupa bentuk tidak mengambarkan bentuk objek yang sebenarnya tetapi hanya berbentuk lambang. CONTOH UNSUR BENDA BERNYAWA A. Motif itik pulang petang B. Motif badak mudik C. Motif unduk-unduk atau kuda-kuda laut D. Motif lebah bergantung E. Motif kepala cicak F. Motif ayam berlaga G. Motif kumbang dan kipas

UNSUR KOSMIK Unsur kosmik atau air space elements dalam bahasa Inggeris merujuk kepada unsur yang ada kaitannya dengan alam semesta. Biasanya digambarkan melalui motif matahari, bulan, bintang, awan ukiran seperti ini biasanya ditemui pada tebar layar rumah.

UNSUR GEOMETRI Unsur geometri merujuk kepada corak yang berasaskan rupa geometri atau kombinasi rangka geometri dengan unsur lain.

UNSUR KALIGRAFI Unsur ini berdasarkan huruf-huruf Arab atau tulisan Jawi

UNSUR FLORA Tumbuhan menjalar dipilih sebagai motif. Kebiasaannya sulur pautnya yang lembut danmenjalar mudah diubah bentuk mengikut cita rasa pengukir.

TOKOH-TOKOH Antara tokoh-tokoh dalam seni ukiran tradisional Melayu adalah seperti berikut : Encik Latiff bin Long

Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau adalah seorang pengukir ukiran kayu yang mahir. Mewarisi bakat ayahnya yang berasal daripada keluarga yang mempunyai enam keturunan tukang kayu yang handal. Bapa Latiff juga terkenal dengan seorang pengukir. Ukirannya masih tersimpan di istana Raja Besut yang terdapat di muzium negeri Terengganu. Latiff telah menerima pengajaran ukiran kayu dari bapanya sejak berumur lima tahun. Beliau pernah memenangi pertandingan Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah. Pada tahun 1971 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Ukiran Kayu Jenis silat dalam Pameran Ukiran Kayu berlangsung di Balai Seni Lukis Negara. Kini Latiff Long adalah pengusaha Ukiran yang terkenal dan membuka bengkelnya di Pasir tumbuh Kelantan dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.

Ukiran Tebuk Tembus Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudu gergaji ( gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak.Terdapat dua jenis ukiran ini,iaitu tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar , lambur,dinding,pintu,perabot dan mimbar

masjid.Bentuk bunga ukir ialah awan larat,siling,kaligrafi dan simetri.Bagi ukiran tebuk silat,bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung bahagian yang timbul dan tenggelem serta papan

tebuk di sobek.Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat,silang dan simetri.

Ukiran Bunga Timbul Bentuk ini dibuat dengan cara ukiran tidak menembusi bahagian belakang.Bunga timbul boleh dihasilkan sama ada secara bersilat atau tidak.Bentuk-bentuk seperti ini tidak ditembusi cahaya dan tidak dapat berfungsi sebagai alat pengaliran udara tradisional.Ukiran yang mempunyai bentuk timbul biasanya terdapat pada panel hiasan, perabot,mimbar masjid,hulu senjata dan sebagainya.

Bibliografi
Katheleen Chee (2001) Siri Rujukan Pendidikan Seni Visual,tingkatan 2(1st Edition) penerbitan pelangi sdn bhd Katheleen Chee (2001) Fokus indigo SPM Pendidikan Seni(1st Edition) penerbitan pelangi sdn bhd Ismail Said Ahmad Saifudin Abdullah Spesis-spesis kayu dalam seni ukiran melayu,(cetakan pertama 2001), (cetakan kedua 2005) penerbit Universiti Teknologi Malaysia Ukiran kayu dari http://senivisual1.blogspot.com/2009/11/ukiran-kayu.html Modul Pembelajaran PPG

Anda mungkin juga menyukai