Anda di halaman 1dari 7

SOALAN UNTUK TUJUAN ULANGKAJI SAHAJA.

BAHAGIAN A (SOALAN OBJEKTIF)



1. Proses pengamatan penting kepada murid kerana
(A) membantu menyelesaikan masalah harian
(B) dapat berinteraksi dengan rakan sebaya dengan lebih mudah.
(C) dapat membina sesuatu konsep dalam pembelajaran kanak-kanak.
(D) Latihan pergerakan otot menjadi asas kepada pembelajaran harian.

2. Bunyi berikut adalah bunyi yang paling nyaring.
(A) Jeritan bayi
(B) Kicauan burung
(C) Bunyi serin bomba
(D) Bunyi wisel ketika pemain menjaringkan gol.

3. Kaedah paling tua digunakan untuk manusia bagi mengajar bacaan kepada kanak-kanak ialah;
(A) Kaedah fonik
(B) Kaedah abjad
(C) Kaedah suku kata
(D) Kaedah pandang sebut.

4. Mengikut kaedah abjad sebelum diajarkan membaca perkataan, murid
mestilah melalui proses asas
(A) Mengeja suku kata
(B) Mengeja perkataan
(C) Mencantum suku kata
(D) Menyebut dan menghafal huruf a hingga z

5. Kaedah abjad memberi penekanan supaya murid dapat
(A) membunyikan suku kata
(B) mengeja terus sesuatu perkataan
(C) mengenal nama-nama huruf dan bunyinya.
(D) membunyikan perkataan berdasarkan gambar.


6. Kaedah pandang dan sebut memerlukan
(A) guru memperkenalkan kesemua 26 huruf abjad.
(B) latihan pengecaman dan menulis huruf yang diajar.
(C) ingatan (memori) foto dan menyebut kembali perkataan tersebut.
(D) Murid menghafal supaya dapat mengenal
huruf abjad a hingga z.

7. Kaedah ini menekankan makna dalam bacaan.Melalui kaedah ini perbendaharaan kata imbasan
diperkenalkan dahulu sebelum diperkenalkan bunyi kepada murid. Pernyataan di atas merujuk kepada;
(A) Kaedah fonik
(B) Kaedah abjad
(C) Kaedah pandang sebut
(D) Kaedah ayat dan cerita

8. Pergerakan tangan di udara, air dan di atas pasir bertujuan:
(A) Membolehkan murid menulis degan pantas
(B) Menguatkan otot-otot tangan murid sebelum diajar asas menulis.
(C) Memudahkan murid memegang pensel dan dapat menulis dengan cantik.
(D) Membolehkan murid mewarna gambar-gambar yang diberikan dengan teratur.


9. Berikut adalah contoh-contoh aktiviti pramenulis yang sesuai dilaksanakan KECUALI
(A) Latihan menggosokkan tangan.
(B) Latihan menggerakkan jari di atas pasir
(C) Latihan menyambung titik-titik, huruf atau nombor di atas kertas.
(D) Latihan membentuk garis-garis mendatar, menegak dan bulatan serentak dengan kordinasi tangan
dan mata.


10. Murid perlu diajar mengenal huruf kecil dan huruf besar kerana:
(A) Memudahkan mereka menyalin huruf yang diberikan oleh guru.
(B) Memudahkan murid-murid membezakan huruf kecil dan huruf besar
(C) Memudahkan murid-murid membuat latihan yang diberikan oleh guru.
(D) Memudahkan mereka menyebut abjad dengan pantas apabila guru menunjukkan melalui kad
imbasan.

11. Antara berikut manakah aktiviti peringkat penulisan mekanis?
I. Latihan menulis huruf di atas garis tiga
II. Latihan menulis secara bebas di atas kertas kosong.
III. Latihan menulis huruf besar di atas kertas berkotak,garis empat dan garis satu
IV. Latihan menulis huruf dengan menggerakkan jari di atas meja, dinding dan di atas buku

(A) I dan ii.
(B) I dan iii.
(C) I, ii dan iii.
(D) I, ii dan iv.


12. Aktiviti penyerapan pemulihan membaca dan menulis boleh dilaksanakan dalam pendidikan
jasmani. Apakah tujuan guru mengaplikasikan kemahiran kemahiran itu semasa sesi pengajaran?
(A) Mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru.
(B) Menimbulkan suasana yang menyeronokkan dalam pembelajaran.
(C) Meningkatkan kemahiran kordinasi tangan, mata dan kognitif murid murid
(D) Memberi latihan yang berterusan dalam menguasai kedua-dua kemahiran tersebut.

13. Dalam mata pelajaran muzik, guru boleh menggunakan gabungan muzik dan
pergerakan kreatif. Apakah tujuan guru muzik menggunakan gabungan
muzik dan pergerakan kreatif?
(A) Menghilangkan perasan malu.
(B) Meningkatkan daya ingatan murid.
(C) Membolehkan murid-murid mengekspresi diri mereka.
(D) Menimbulkan suasana yang menyeronokkan dalam pembelajaran.

14. Pergerakan motor kasar kanak-kanak melibatkan pergerakan seluruh anggota
ketika
(A) tidur
(B) menulis
(C) membaca
(D) merangkak


15. Seorang murid menghadapi masalah menyebut fonem/m/ seperti ayat di bawah: Mereka makan
mangga muda masa emak mandi Pelajar tersebut mempunyai masalah dalam kategori?

(A) Lakonan
(B) Main peranan
(C) Pemintal lidah
(D) Pasangan minimal

16. Guru diajar membina bahan pengajaran supaya guru dapat menjalankan
aktiviti mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan bahan-bahan berikut:
I. Kad imbasan
II. Gambar yang dilukis
III. Menggunakan tanah liat
IV. Lirik lagu yang dinyanyikan.

(A) I dan ii.
(B) Ii dan iii.
(C) I,ii dan iii.
(D) I,iii dan iv.




17. Boneka yang dikendalikan oleh seseorang menggunakan tali dari atas pentas dalam pengajaran dan
pembelajaran guru adalah
(A) Boneka tali
(B) Boneka kotak
(C) Boneka sarung
(D) Boneka tongkat



18. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang pengajaran secara individu.
(A) Murid-muri belajar mengikut .kemampuan mereka sendiri.
(B) Guru boleh menyediakan pengajaran berdasarkan keperluan murid.
(C) Guru boleh merancang satu set jadual khusus dan modul bersesuaian.
(D) Murid bolsh berkongsi idea dan member sumbangan untuk menyelesaikan tugasan yang
diberikan.

Semasa pengajaran di dalam kelas, murid-murid didedahkan dengan teknik mengeja perkataan dan
suku kata mengikut melodi dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan.

19. Penyataan di atas menjelaskan supaya murid-murid
(A) Boleh bertutur dengan lancar.
(B) mengecam bunyi huruf dengan betul.
(C) Boleh menyanyi dengan intonasi yang baik.
(D) Mudah mengingat dan menghafal perkataan dan suku kata.


20. Antara perkara berikut, yang manakah tidak perlu ada semasa pameran bahan?
(A) Pernyataan.
(B) Susunan yang menarik.
(C) Kerusi untuk pengunjung.
(D) Petugas untuk penerangan.


SOALAN UNTUK TUJUAN ULANGKAJI SAHAJA.

BAHAGIAN B (SOALAN STRUKTUR)


1. (a) (i) Huraikan secara ringkas definisi kaedah fonetik. [ 2 markah ]
Bidang bahasa yang mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat
Mengkaji bunyi dari segi:
a) Sifat bunyi itu /b) Cara pengeluarannya /
c) Aspek pendengaran.
Tumpuan hanya pada bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur (bunyi-bunyi bahasa)
sementara bunyi bukan bunyi bahasa seperti dehem, siulan dsb tidak dikaji.



( ii) Senaraikan tiga aktiviti yang sesuai dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
melalui kaedah fonetik. [ 6 markah ]

i=Membatang suku kata dan perkataan.
Contoh :
bu + ku = buku /bu + bu = bubu /bu + lu = bulu
ii=Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya sukakhirnya perkataan.
contoh
b (beh), a (ah) =ba /t (te), u (uh) = tu
ba + tu = batu
iii= Latihan membaca frasa dan ayat
Contoh -Ini baju saya / Baju saya cantik / Baju saya bewarna biru


(b) (i) Nyatakan dua kebaikan dan dua kelemahan kaedah fonetik dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. [ 8 markah ]
kebaikan
-Huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi oleh murid.
-Penggunaan asosiasi dapat mempercepatkan proses mengingat.
-Murid dapat mengurangkan beban memori.
-Terdapat huruf-huruf tertentu yang lebih mudah boleh diperkenalkan dahulu

Keburukan
1.Murid-murid lembap tidak sesuai belajar mengikut kaedah ini.
2.Sesuai untuk murid-murid yang pandai.
3.Persiapan awal oleh murid perlu dilakukan sebelum aktiviti membaca.
4.Murid hendaklah mengetahui bunyi dan bentuk huruf terlebih dahulu.
5.Kaedah ini lebih sesuai digunakan kepada murid yang telah mahir menyebut dan mengingat
bunyi huruf yang telah diajarkan.

2. (a) Senaraikan dengan empat aktiviti asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid dalam
memperkenalkan proses pratulisan. [ 8 markah ]

i. melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan,, dan depan ke belakang.
ii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.
iii. Menyambungkan titik-titik atas kertas.
iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan bawah
ke atas.
v. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam.
vi. Melukis garis condong
vii. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan
viii.Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan
dalam bentuk huruf-huruf tersebut.
(b) Jelaskan empat tingkah laku yang dijadikan petunjuk oleh guru bagi mengesan murid-murid yang
menghadapi masalah dalam tulisan. [ 8 markah ]

i. menggenggam pensel
ii. cara memegang pensel yang salah
iii. kedudukan badan yang canggung semasa menulis
iv. mengelak latihan menulis seperti menggunakan taktik melengah-lengah
v. hasil tulisan tidak banyak berbanding umur, keupayaan membaca, dan
keupayaan bertutur
vi. terlalu kerap memadam
vii. kerap merujuk kepada carta huruf untuk menyemak bentuk huruf
viii. keliru dengan arah, misalnya tulisan cermin atau menulis terbalik, dan
ix. lemah dalam menggunakan ruang, misalnya huruf atau perkataan terlalu rapat atau
berjauhan.

3. (a) Penggunaan power point dalam bengkel pembinaan bahasa untuk kelas pemulihan adalah
digalakkan kerana mendatangkan banyak kebaikan. Jelaskan empat kebaikan tersebut. [ 8 markah ]

-Mudah digunakan
-Menarik dan terkawal
-Murid memberi tumpuan yang lebih
-Penggunaannya boleh dipelbagaikan.

(b) Cadangkan empat aktiviti utama dalam bengkel pembinaa bahasa bahan pemulihan dengan
menggunakan power point. [ 8 markah ]

-Latihan huruf dengan bunyi murid boleh menyebut secara
nyanyian memudahkan untuk mengingat.
-Memaparkan huruf abjad satu demi satu dan boleh menghilangkan
huruf untuk menguji ingatan
-Latihan suku kata boleh dilaksanakan ( ba/ bi/ be/bo) (sa/ si/ se/ so)
( cara terbaik untuk kelas pemulihan
-Mengajar secara berlagu menggunakan power point kepada kanak kanak dengan memasukkan
suku kata yang sesuai.

4. (a) Kaedah abjad adalah salah satu kaedah pengajaran mengenal huruf dan membaca. Tuliskan
langkah-langkah yang dapat dijalankan dalam pengajaran kaedah tersebut. [ 8 markah ]

-Guru memperkenalkan kesemua 26 huruf abjad
-Murid diajar nama huruf dengan teratur, bermula dari a hingga z
-Latihan pengecaman dan menulis uruf diajar oleh guru.
-Murid diajar secara hafalan supaya mereka mengenal huruf a
hingga z
-Murid diajar mengenal huruf kecil dan diikuti huruf besar.
-Latihan menulis huruf kecil dan huruf besar serta padanan hurufhuruf
tersebut.
-Perkataan yang bermula dengan huruf vokal diperkenalkan seprti , ibu, ekor dan dikuti dengan
perkatan yang bermula dengan huruf konsonan seperti bata, batu, baju.
-Memperkenalkan perkaitan antara bunyi huruf dan perkataan.
-Aktiviti berfokus kepada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan mengeja perkataan.

(pilih 4 sahaja)

(b) Senaraikan kumpulan bunyi yang boleh dirakam dalam membantu untuk menyebut huruf-huruf
abjad. [ 8 markah ]
-Bunyi semula jadi seperti desiran ombak, air terjun, angin
-Bunyi haiwan seperti ular, anjing, burung hantu, kambing dll. (Ssssss)
-Bunyi mekanikal seperti bunyi kenderaan-kereta, motorsikal, penggorek batu dll.(Terr....
-Bunyi situasi contoh seseorang yang terkena air panas aaaaaaa.... panasnya.

5. (a) Apakah tujuan membuat dokumentasi bahan-bahan seminar dan pameran ? [ 10 markah ]
-Sebagai bahan bukti penggunaan pelbagai bahan pengajaran.
-Hasil kerja amali ini dijadikan bahan rujukan.
-Memberi sumbangan idea kepada guru untuk lebih kreatif.
-Maklumat dan cara membina bahan-bahan dapat dijelaskan.
-Memudahkan guru-guru menghasilkan bahan yang lebih baik dan sesuai.
-Boleh digunakan untuk pameran dan seminar apabila diperlukan.
( Pilih lima cadangan jawapan

(b) Apakah objektif mengadakan pameran dalam bilik darjah dan senaraikan bahan-bahan pengajaran
yang boleh dipamerkan. [ 6 markah ]


-Objektif memberi pendedahan kepada guru untuk melihat lebih dekat bahan yang boleh
digunakan semasa pengajaran.
-Bahan-bahan
-Kad imbasan
-Rakaman bunyi huruf
-Gambar dan huruf-huruf
-Bahan boneka
-Buku-buku berkaitan pemulihan
-Rakamn bunyi-bunyi digital
-Permainan bahasa berkaitan huruf
( Pilih empat cadangan jawapan )