Anda di halaman 1dari 42

Mengenal Kraf Tradisional

Anyaman,Ukiran & Wau


Mazlan Bin Abu Bakar Unit Pendidikan Seni IPG Kampus Raja Melewar

Kraftangan (handicraft) dikenali sebagai seni rakyat/industri desa/cottage industry

Pembuatan sesuatu kraftangan menggunakan satu sistem atau pertukangan atau teknologi tradisional. Teknologi menggunakan sumber tenaga manusia, bahan pembuatannya dari sumber alam sekitar tempatan, kemahiran teknologi secara warisan, kerja bertukang dibuat secara sambilan dan penghasilan alat-alatnya utk kegunaan masyarakat setempat
Kebolehan dan kemahiran tukang-tukang Melayu tradisional menghasilkan kraftangan telah berjaya menonjolkan falsafah estetik yang menarik

Prof. Mohd. Taib Osman dlm penulisan mengambil pandangan Prof. Koentjaranigrat berpendapat:

Seni kraftangan ialah budaya kebendaan yg menghasilkan barangan keperluan asas manusia spt: alat pekerjaan, senjata, bekas mengisi bahan, makanan & minuman, pakaian dan perhiasan, tempat perlindungan dan perumahan dan alat-alat pengangkutan
Mohd. Taib Osman, Masyarakat Melayu, Struktur, Organisasi dan Manifestasi Kuala Lumpur: DBP 1989 hlm. 204,

Sejarah Kewujudan Kraftangan Melayu tradisional

Sejarah perkembangan kraftangan Melayu bermula kira-kira 2000 hingga 1500 s.m. dengan terjumpanya artifak-artifak di Gua Cha di Kelantan dan di Bukit Tengku, Perlis. Pembuatan alat-alat keperluan dan perlindungan seperti rumah, pakaian dan alat-alat memasak (periuk belanga). Waktu itu sangat mungkin sekali mereka dapat bertenun dan membakar periuk. Bukti menunjukkan telah ada kepandaian bertukang dgn menggunakan bahan dari tanah.

Perubahan cara hidup masyarakat Melayu dari keadaan berpindah-pindah kepada hidup yang lebih mantap dan teratur di zaman Neolitik telah memberikan kesempatan kepada tukang-tukang memikirkan ttg keindahan alat yang dicipta
di zaman ini keperluan estetik melalui pembentukan motif awal berbentuk organik yang diilhamkan dari tumbuh-tumbuhan dan haiwan mula didapati pada permukaan kraf yang dihasilkan
Paul Wheatley, Impressions of The Malay Peninsula in Ancient Times, Singapore: Eastern University Press, hlm. 21.

Kepercayaan masyarakat Melayu tradisional mengenai kuasa-kuasa luar biasa yg mengawal kehidupan mereka menyebabkan acara pemujaan dilakukan dgn mengadakan acara tertentu. Ini termasuk memberikan persembahan yg diletakkan didalam bekas-bekas yang cantik yg dipenuhi dengan hiasan.
Asas-asas kepercayaan sedemikian adalah antara sebab menjadikan barangan kraftangan Melayu dipenuhi dengan ragamhias yg merupakan pancaran imej yang telah lama bertapak dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional

Sejarah Perkembangan ragamhias kraftangan Melayu tradisional


Melalui berbagai pengaruh (gaya & bentuk)

Rekabentuk Rekabentuk Rekabentuk Rekabentuk Rekabentuk Rekabentuk

neolitik dongson Chou Akhir Hindu/Buddha Islam Melayu

Siti Zainon Ismail, rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1986)

Ragamhias
Adalah hiasan luar sesuatu kraf yg di persembahkan melalui motif dan corak. Bahan asas, teknik penciptaan dan proses byk mempengaruhi gaya ragamhias Gaya geometri & Gaya organik Ada motif yang dipersembahkan dlm kedua-dua gaya contoh motif pucuk rebung yg terdapat seni anyaman, tenunan dlm gaya geometri manakala seni tekat, batik dibentuk dlm gaya organik

Ciri-Ciri Gaya Ragamhias Ragamhias Gaya Organik Bentuk yang lengkung, liuk-meliuk diwarnakan dgn kesegaran, keghairahan hidup dan penuh keyakinan
Herbert Read, The Meaning of Art (terjemahan Soedarsono S.P, Pengertian Seni Bahagian Dua Stri Asri, Yogyakarta 1973.

Ragamhias gaya geometri


Gaya geometri ujud lebih awal pra sejarah/primitif Perwujudannya masih berterusan

Dibagi kpd 3 kumpulan: - Gaya geometri asli - Gaya geometri alam(tumbuhan, binatang dan unsur alam lain - Gaya geometri gubahan

Motif Alam Gaya Geometrik Yg Terdapat di Permukaan Tembikar(Gambar A) Motif gaya Geometrik pada permukaan Gendang Loceng (Dong-Song) yang dijumpai di Klang 1964 (gambar 2)

Motif dan Corak Ragamhias Melayu


Pembentukan ragamhias (aesthetic design) penting sebagai bahan hiasan luar sesuatu kraf. Motif & corak ragamhias Melayu berasaskan unsur alam. Unsur alam dipilih, disaring dan dihalusi agar sesuai dgn konsep dan falsafah masa itu. Penggayaan unsur alam oleh seniman Melayu dilakukan dgn menyederhanakan bentuk-bentuk yg diambil tanpa mengenepikan intipatinya. Penggayaan telah mengenepikan sifat naturalistik objek yg diambil.

Unsur Awan telah menjadi awan larat Bukit dan gunung disatukan simbolnya menjadi motif pucuk rebung. Kehidupan seharian masyarakat Melayu terdedah dengan alam seperti hutan, lembah, paya, sungai dan laut. Ini menyebabkan mereka terbuka dengan unsur alam spt tumbuhan, binatang, unggas dan serangga.

Motif-Motif Utama Kraf tradisional Melayu


Awan Larat
Hasil ciptaan menarik lagi komplek. Menggambarkan ttg perasaan & fikiran org Melayu maksud awan larat berdasarkan susunan motif (bunga) yg diambil dari unsur alam tumbuhan, lengkap dgn umbi, sulur, ranting, putik dan bunga. Motif ini disusun dlm ruang tertentu. peranan gerak sulur menentukan pengertian awan larat. Sulur tersebut dipenuhi oleh daun, pucuk, putik atau diakhiri dgn bentuk bunga dan seharusnya berkeadaan melingkar, menjalar, menghulur dan berkeluk Siti Zainon Ismail, Awan Larat, Getaran Jalur & Warna (Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1985) hlm. 39.

Motif yang menjulur juga memperlihatkan kelembutan gerak yg dinamis. Dlm ukiran kayu motifnya saling melingkar, menyilang dan berkeluk disusun dgn penuh imbangan. Mengikut Latif Long memang terdpt penggunaan motif awan dlm ukiran awan larat. Motif ini sering menghiasi dinding rumah dan perahu.

Falsafah Keindahan Orang Melayu tentang Ukiran

Tumbuh Berpunca
- puncanya dari Allah zat Allah tidak dpt digambar dan difikirkan oleh akal manusia.

Punca Penuh Rahsia


- Rahsia bermaksud Zat Allah. Benih Alam. Alam yang indah dilihat dengan ilmu, iman maka barulah timbul rasa taqwa terhadap Allah

Tajam Tidak Menujam Lawan, Lilit Tidak Memaut Kawan


-

Menggambarkan sifat-sifat keindahan dan kehebatan.

Alam mewarisi kedua-dua sifat. Tetapi sifat indah lebih nyata dan sifat kehebatan itu tersembunyi. Bagi insan yang pengasih, tenang dan mencintai keindahan, sifat kehebatan akan terus terpendam dalam jiwanya.

Ukiran pada tiang dan kekuda Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan (Gambar 1) Panel Tebukan Tembus berasal dari Terengganu. Panel bermotif sulur dan daun (Gambar 2)

Pucuk Rebung
Bersumberkan pokok buluh. Yangmana falsafahnya bermula dari titik umbi menuju kpd sesuatu titik yg tajam tidak terbatas (melambangkan pohon buluh muda (rebung) yg dihubungkan dgn pepatah Melayu, belajar dari alif dan melentur dari rebung utk menyampaikan didikan dan amanat. Mengikut Wagner, di zaman Dong-son motif pucuk rebung dikenali sebagai simbol padi dan kesuburan Garis pucuk rebungnya membentuk pancaran suria yang berpaksi dari tengah.
Syed Ahmad Jamal, Rupa dan Jiwa (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 131.

Tongkat khutbah. Motif pucuk rebung. Berasal dari Besut Terengganu Meriam Tembaga, motif pucuk rebung. Kuala Kangsar, Perak

Pucuk Rebung
Mengikut Abdul Rahman Al-Ahmadi, motif pucuk rebung ada kaitannya dgn lanjutan manifestasi agama Hindu iaitu bentuk candi yg di abstraksikan Mungkin juga ada hubungan dengan bangunan candi Borobudur yg merupakan lambang suci agama Hindu. Semasa agama Hindu berkembang di alam Melayu, seniman Melayu telah mengambil ciriciri bentuk kepercayaan agama Hindu dan kemudian disesuaikan dengan faktor cuaca serta kehendak masyarakat setempat.

Motif pucuk rebung gaya geometrik menghiasi kepala songket (Gambar A) Motif Binatang, Ayam Jantan dan Merak gaya geometri (Gambar B)

Sulur Bayung
Digambarkan sebagai lentik yg ada kesamaan dengan hasil kesenian Melayu yg lain spt senibina, seni silat & seni tari. Bentuk sulur bayung boleh didpti pd penjuru bumbung masjid dan hujung atap rumah Melayu tradisional, pd perahu nelayan di Kelantan serta peralatan dapur seperti senduk.

Ia dikaitkan juga dgn istiadat diraja bentuk susun jari menjunjung duli seakan susun sirih. Bentuk kuncupnya digambarkan sebagai sulur bayung/sulur bakung.

Ukiran Sulur Bayung pada perahu Diraja Alor Setar, Kedah (Gambar 1) Reka bentuk Awan Larat yg dilukis menyerupai ukiran kayu yg mempunyai sifat gerak alunan ombak laut , Himpunan Muzium Negeri Kelantan (Gambar 2) Ukiran kayu cengal tebukan tembus sulur bayung bunga dala (gambar 3)

Sulur bayung menyerupai bentuk sulur/pucuk tumbuh-tumbuhan yg terdpt pada objek kesenian Melayu tradisional sesolah-olah tumbuh dari objek berkenaan. Gerak garisnya berpunca dari pangkal melalui dua bentuk yg berbalas gerak, berbalik ke dlm dan melentik keluar menggambarkan satu alunan yg hidup Ruang-ruang daun kelopak sulur bayung menyatakan manifestasi jiwa kreatif seniman Melayu yg mana jiwanya sentiasa merendah diri menggambarkan mereka tetap tunduk kepada kuasa yg Satu.

Anyaman
Daun pandan & mengkuang yg telah diproses dibubuh pencelup, dianyam utk dibuat barang pipih spt tikar biasa, tikar sembahyang, tikar pandak, kipas dan barang-barang bentuk 3 dimensi spt bakul, rombong, kembal, kampit & tudung saji (sangai) Kelarai pula tersusun mengikut kiraan hiasan menggunakan gandingan/saingan warna, terutama pd tikar & tudung saji, warna-warna yg garang.

Anyaman Gila Digunakan untuk tudung saji, rombong, ketumbu & kembal. Anyaman ini menghasilkan kesan 3 Dimensi. Satu lipatan anyaman gila diberi nama beras goreng (berbentuk beras/padi), apabila disusun enam dinamakan bunga tanjung atau bunga melor. Terdapat juga tikar dan kampit pandan yg berhias kerawang dan dilapik dgn kain berwarna

Perusahaan Anyaman Pandan/Mengkuang

Terdpt di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka & Selangor dll negeri di serata Semenanjung. Anyaman tikar yg halus terdpt di Terengganu iaitu di Paka dan Rusila juga di Melaka.

Tudung Saji Pandan, Asal Rusila, Terengganu (Gambar 1) Corak-corak Tikar Pandan, pucuk rebung, bunga gedung, sisik kelah, Asal Rusila, Terengganu, Himpunan Muzium Seni Asia (Gambar 2) Tudung Saji Pandan, Rusila (Gambar 3)

Nama-Nama Kelarai

Berasaskan tumbuhan iaitu bunga berembang, bunga cempaka, bunga cengkih, bunga cina, bunga durian, bunga gedung, bunga melur, bunga mempelas, bunga tanjung, cengkih beranak, pucuk jala, pucuk rebung, tampuk jantung, tampuk manggis, tampuk pinang berantai, bunga bintang, bunga serong, akar selusuh dan sebagainya

(a) Bunga pecah lapan (b) bunga berembang (c) bunga cina (d) bunga cempaka (e) bunga durian (f) bunga tanjung (g) bunga cengkeh (h) bunga cengkeh beranak (i) bunga mempelas (j) bunga melur (k) bunga ator

Motif berasaskan haiwan pula ialah anak ikan, buntut siput, jari kedidi, kepala gajah, kepala lalat, mata bilis, mata ketitir, mata punai, siku keluang, sisik kelah, tapak anjing, kapak harimau, ketam bawa anak, sayap lipas, siku keluang & siku keluang bunga. Nama-nama kelarai yang berasaskan manusia spt cik kedah berakar, cik kedah bersila, cik kedah ketapang & cek mek molek.

Kelarai Unsur Binatang Gaya Geometrik Dalam Anyaman Tikar (a) Kelarai Kepala Gajah (b) Kelarai Tapak Anjing (c) Kelarai Tapak Harimau

Kelarai Unsur Binatang Gaya Geometrik Dlm Anyaman (a) Kelarai Buntut Siput (b) Kelarai Mata Berkait (c) Kelarai Berhati (d) Kelarai Berkaki

Manakala kelarai yg dianyam dari buluh, pelupuh, bertam/rembia digunakan utk buat dinding rumah. Bahan yg digunakan dikerat, dibelah, diraut dan direndam dlm selut. Ada yg menggunakan cat supaya lebih tahan. Antara bangunan berdindingkan kelarai ialah Istana Kenangan di Bukit Candan, Kuala Kangsar, Masjid Kuala Dal, Kuala Kangsar dan rumah N0. 20 Jln Kota Lama, Sayung, Perak.

Anyaman Kelarai dari buluh, Istana Kenangan, Kuala Kangsar, 1926

WAU
Wau dibentuk berbagai rupa adalah satu dpd jenis layang-layang yg terindah dr segi reka bentuk, pertukangan, hiasan & penggunaan warna Sayap adalah bhagian terbesar pd wau berbentuk daun yg jadi asas wau. Ia juga seakan-akan bentuk pending/bentuk mata Beberapa jenis wau berasaskan bentuk burung spt wau burung, wau bayan, wau merak. Jenis-jenis wau lain ialah wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah & wau barat
Syed Ahmad Jamal,Rupa dan Jiwa, 1992 Dewan Bhasa dan Pustaka

Bahagian bawah wau bulan mempunyai bentuk bulan sabit diimbangi bentuk bahagian sayap dan tanduk dgn ukur banding yg teguh. Seniman Melayu menggunakan warna merah, hijau, kuning, hitam dan putih dengan kepekaan selera yg terkawal. Pengunaan warna pada wau seakan-akan kaca bersepuh. Bahagian tengah, di kiri kanan sayap wau dipanggil kijang emas, kijang kencana dibiarkan kosong utk beri nafas. Ini satu sifat yg terdpt pada karya-karya seni rupa Melayu tidak penuh sesak dgn corak dan warna.

WAU
Wau Bulan, Wau Kucing, Wau Payang

Corak yg digunakan pada wau berasaskan bunga-bunga spt bunga tikam seladang, bunga ulat bulu, bunga cempaka, bunga ribu-ribu, bunga keladi, bunga cermai. Corak-corak yg dibentuk menghasilkan kesan tiga dimensi, spt ukiran kaedah timbul silap. Wau dipamer & dipertandingkan dan ditatapi keindahan hiasannya. Wau dianggap barang seni disebabkan kehebatan ragamhiasnya yg terserlah. hilang disaput awan yg putih hilang disaput awan yg biru hilang disaput awan yg hijau hilang disaput si mega-mega
Hikayat Malim Dewa 1975. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., edisi baru, hlm. 49

renungan

Mengikut Bell, org yg menyukai seni adalah merupakan manusia yang memiliki emosi estetika yg sentiasa bertindak balas terhadap karya seni.

Anda mungkin juga menyukai