Anda di halaman 1dari 37

SMK Jalan 4, Bandar

Baru Bangi
Folio Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 1

Anyaman

Nama: Mohamad Izham Bin Mahyat

Kelas: 1 Wibawa
Subjek: Pendidikan Seni Visual
Tajuk: Anyaman
Guru: Puan Nor Adelinawati Bt Mohd
Adenan
Sekolah: SMK Jalan Empat, Bandar Baru
Bangi

Isi Kandungan
Bil Isi Kandungan M/S
1.0 Penghargaan 2
2.0 Pengenalan 3
2.1 Definisi Anyaman
2.2 Sejarah dan Perkembangan
2.3 Tokoh Anyaman
2.4 Bahan Anyaman
2.5 Jenis-jenis Anyaman
2.6 Falsafah Objek dan Karya Seni
2.7 Seni Anyaman Dimensi Baru
3.0 Anyaman Daun Pandan Dan Daun Mengkuang 11
3.1 Pengenalan
3.2 Memproses Bahan
3.3 Peralatan Anyaman
3.4 Proses Anyaman
3.5 Jenis-jenis Kelarai
3.6 Rupa Bentuk Tikar
3.7 Kemasan dan Persembahan
3.8 Penjagaan dan Pemeliharaan
4.0 Anyaman Buluh 40
4.1 Ciri-ciri Kelarai Buluh
4.2 Bahan, Alat, dan Proses Anyaman
4.3 Jenis-jenis Kelarai Buluh
4.4 Kemasan dan Persembahan
4.5 Pemeliharaan dan Penjagaan

1.0 Penghargaan
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Ilahi di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, folio yang
telah saya usahakan selama ini yang bertajuk ‘Anyaman’ telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah
dianugerahkan oleh-Nya. Folio ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus
subjek.

Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, Puan Nor Adelinawati Bt Mohd Adenan yang banyak membantu, membimbing
dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjek
saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan
senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini
disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing.
Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk
memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya
dijalankan dan dibentangkan.
2.0 Pengenalan
Seni anyaman sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakat
di nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja menganyam
membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak menghairankan kerana
tumbuh-tumbuhan tropika banyak yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Keseluruhannya,
kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak berbeza, cuma bergantung kepada jenis
tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman. Antara tumbuh-tumbuhan yang paling banyak
digunakan dalam seni anyaman ialah buluh, mengkuang, rotan, ribu-ribu dan lidi. Perbezaan ciri
tumbuh-tumbuhan ini menghasilkan pelbagai bentuk dan barangan seni anyaman.

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat


Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada
tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-
tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa
bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.

2.1 Definisi Anyaman


Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk
dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini
biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Anyaman ialah proses menjalin atau menjaring-jaringkan helaian atau jaluran bahan menjadi
satu rumpuan yang kuat dan boleh digunakan dengan mengikut disiplin tertentu.

2.2 Sejarah dan Perkembangan


Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan
Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada
masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan
daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman.
Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada
zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman
digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon
bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat
kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing,
Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti
anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka,
Sarawak dan Sabah.

2.3 Tokoh Anyaman


1) Puan Aminah binti Ali

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu
tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf
anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau
memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium
Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.

Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman:

i. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas
ii Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau
iii Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek
iv. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah.
v. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga
2.4 Bahan Anyaman
Jenis bahan yang banyak digunakan untuk penghasilan barangan kraf tangan anyaman di
Malaysia ialah daun pandan, daun mengkuang, buluh, dan rotan. Pelbagai jenis bahan boleh
digunakan untuk membuat anyaman. Antara bahan yang popular ialah:

 Daun pandan
 Daun mengkuang
 Buluh
 Rotan
 Lidi kelapa
 Bertam
 Paku-pakis
 Ribu-ribu
Contoh:- i) Kelarai (Daun pandan) ii) Tikar (Mengkuang) iii) Kipas (Buluh)

iv) Tudung saji (Rotan) v) Bekas roran (Rotan) vi) Bekas telur (Lidi kelapa)
vii) Nyiru (Bertam) ix) Bekas serba guna (Paku-pakis ribu-ribu)

2.5 Jenis-jenis Anyaman


Jenis Anyaman Bahan Hasil anyaman

Anyaman Daun mengkuang Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
Mengkuang

Anyaman Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan dinding,


pandan

Anyaman Buluh Jenis-jenis buluh Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
yang sesuai

Anyaman Rotan Rotan yang telah Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-
diproses lain

Anyaman Lidi Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekas telor.

Anyaman ribu- Paku pakis ribu- Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas
ribu ribu. seba guna dan lain-lain.
2.6 Falsafah obejk dan karya seni tersebut dihasilkan
Budaya sesuatu bangsa bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resamnya
tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangannya.
 Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita sebagai mengisi masa
lapang.
 Hasil anyaman adalah untuk kegunaan sendiri atau hadiah.
 Kemahiran menguasai seni anyaman menunjukkan seseorang wanita itu mempunyai sifat
kewanitaan yang sempurna.
 Anyaman boleh dihasilkan sendiri tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang besar.
 Hasil anyaman mudah disimpan dan dibawa kemana-mana kerana bersifat lembut dan
boleh digulung.
 Dapat memperlihatkan kreativiti dengan penghasilan pelbagai kelarai.
 Menghargai unsur alam semulajadi dengan penggunaan bahan danmotif.
2.7 Seni Anyaman Dimensi Baru
Seni anyaman mengkuang/pandan telah berubah mengikut peredaran masa dalam memenuhi
citarasa masyarakat. Bidang kraf anyaman bukan sahaja tertumpu kepada proses pembuatan
tradisional seperti tikar dan bakul malah hasil anyaman telah diubah dan digubah mengikut
kehendak masa kini seperti pengadang ruang,terendak lampu, hiasan dinding dan sebagainya.

3.0 Anyaman Daun Pandan


dan Daun Mengkuang
3.1 Pengenalan
Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan
yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam pandan
dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada
anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis
yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh
yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih
besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun
begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman
pandan.

Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah, lebih
halus hasil kerjanya. Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai hiasan yang
tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri fungsional. Tikar mengkuang
yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur
atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak
dicelupkan warna, berlainan daripada tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu
dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak dan berwarna-
warni.

3.2 Memproses Bahan


Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di bahagian
umbi pokok. Tujuh atau lapan helai daun muda di keliling umbut pokok tidak ditetak tetapi
ditinggalkan untuk tuaian seterusnya serta untuk memastikan pokok itu terus hidup dan
mengeluarkan daun-daun baru. Menetak daun dilakukan dengan berhati-hati kerana pandan
dan mengkuang berduri-duri, sedangkan tanah dikeliling perdunya lazimnya berair dan
licin atau mudah perlus. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya
untuk membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu
hampir sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil
hingga layu.

Kadangkala daun-daun itu tidak dilayur tetapi dijemur hingga benar-benar kering dan layu.
Tujuannya ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya.
Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada tulang belakang dan sayap mengkuang
dibuang dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari dan jari telunjuk. Apabila duri
belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua. Belahan itu
kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang dipanggil
jangka. Belahan-belahan yang siap dijangka dikumpulkan dan diikat sebesar betis dengan
jarak kira-kira satu kaki dari satu ikatan ke satu ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik
atau dipukul dengan alu supaya lembut dan mudah dilurut.

Melurut melembutkan belah dan melicinkan permukaannya. Belah yang sudah dilurut
dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua atau tiga
hari. Dalam tempoh itu, air rendaman digantikan sekurang-kurangnya dua kali supaya
bilah-bilah itu tidak lebam dan berbau busuk.
Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga
bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih. Seterusnya,
bilah itu bolehlah diwarnakan jika mahu. Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakan
dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan celup pewarna selama beberapa
minit. Dahulu, cuma tiga warna yang popular iaitu merah, hijau dan kuning kerana bahan
celup warna-warna tersebut mudah diperolehi. Warna merah daripada pokok kesumba,
hijau daripada daun bemban, dan kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan
celup pelbagai warna dijual dengan meluas. Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga
kering, bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut.

 Bahan Anyaman
1. Daun Pandan

 Pohon rimbunan rendah, daunnya lebat, dan rendang.


 Bentuk daun kecil, lembut, berkilat dan berduri tajam.
 Buahnya wangi dan berwarna pinang masak.
 Sesuai digunakan untuk membuat tikar yang bermutu tinggi.
 Hasil anyaman pandan halus dan lembut tetapi tidak tahan lama.
 Banyak terdapat di Terengganu, Pahang, dan Kelantan.
 Membiak di kawasan pantai yang berpaya.

2. Daun Mengkuang

 Pohon tinggi dan kurang bercabang.


 Bentuk daun panjang dan pohonnya besar.
 Daunnya kasar dan keras tetapi duri tidak setajam daun pandan.
 Sesuai digunakan untuk membuat tikar yang besar.
 Hasil anyaman mengkuang lebih kasar dan keras tetapi tahan lama.
 Banyak terdapat di Perlis, Kedah, Perak, dan Melaka.
 Hidup liar di kawasan air tawar dan kawasan padi jauh dari laut.
 Masa dan Cara Pengambilan Daun
1. Daun pandan atau mengkuang boleh diambil apabila tumbuhan tersebut berusia
sekurang-kurangnya dua tahun.
2. Pengambilan daun seterusnya hanya dilakukan sekali dalam setiap bulan.
3. Masa yang sesuai untuk mengambil daun ialah waktu pagi atau petang.
4. Pada musim tengkujuh, daun tidak sesuai diambil kerana daun lambat kering apabila
diproses dan kelihatan berbintik hitam.
5. Daun yang diambil akan dipotong di bahagian pangkal pohon sehelai demi sehelai.
 Teknik Memproses Daun
1. Daun-daun yang diambil dari pohon akan disusun berlapis-lapis antara tiga hingga lima
helai lalu dipotong di pangkal dan di hujungnya.
2. Duri empulur yang terdapat di kiri dan di kanan daun serta pembuluh atau tengah daun
hendaklah dibuang.
3. Daun kemudian dilayur di atas bara api sehingga berwarna kekuningan untuk
melembutkannya.
4. Gunakan jangka untuk memotong dan membentuk helaian daun mengikut lebar yang
dikehendaki.
5. Daun dianginkan selama satu jam.
6. Daun kemudian dilurut dengan pelurut supaya lembut dan tidak tergulung.
7. Daun ditongkolkan dan direndam didalam tempayan berisi air selama dua hari dua malam
untuk melunturkan warna asal daun yang hijau itu.
8. Air perlu ditukar dua kali sehari.
9. Tongkol daun akhirnya dibuka dan dicuci serta dijemur sehingga kering dan berwarna
putih pasir.
10. Untuk mendapat warna, daun yang kering tadi direbus dengan warna pencelup sehingga
bertukar kepada warna yang diingini.
 Proses Penyediaan Daun
Proses penyediaan daun bermula dengan;
1. Pemilihan dan pemotongan daun
 Daun dipilih tidak terlalu tua atau muda (berusia lebih kurang dua tahun)
 Daun dipotong di bahagian pangkalnya sehelai demi sehelai.
 Waktu sesuai mengambil daun ialah pada waktu pagi atau petang bagi mengelakkan
daun cepat layu.
 Daun yang telah diambil, disusun berlapis antara tiga hingga lima helai dan dipotong
di bahagian pangkal dan hujung daun.
 Kemudian duri di bahagian tulang belakang(mempulur) daun dibuang.

2. Melayur daun

Daun dilayur diatas bara api sehingga kekuning-kuningan.

 Bertujuan supaya daun menjadi lebih lembut bagi memudahkan proses


menjangka dan tahan lebih lama.
3. Menjangka daun

 Proses membelah daun mengkuang menjadi bilah-bilah kecil dengan menggunakan alat
`jangka`.
 Daun diletakkan di atas peha yang telah dialas dan jangka bermata tajam dicucuk pada daun dan
ditarik perlahan-lahan.
 Saiz bilah ditentukan melalui penggunaan jangka. Sekiranya bilah yang bersaiz kecil
dikehendaki, jangka yang yang jarak mata yang rapat digunakan.
 Melalui proses menjangka ini juga, duri yang terdapat di bahagian kiri dan kanan daun akan
dibuang.

4. Melurut

 Daun yang telah dijangka dibiarkan lebih kurang satu jam supaya kering.
 Kemudian bilah daun dilurut menggunakan alat pelurut.
 Dilakukan berulang kali supaya bilah daun menjadi lembut dan tidak bergulung
5. Merendam

 Selepas melurut, bilah-bilah daun diikat atau ditongkolkan untuk direndam di dalam tempayan yang
mengandungi air biasa selama dua hari dua malam.
 Air mesti ditukar sebanyak dua kali sehari.
 Tujuan direndam untuk melunturkan warna asalnya (hijau).
 Selepas cukup tempoh direndam, ikatan tongkol ini dibuka untuk dicuci dan dijemur.

3.3 Peralatan Anyaman


1) Parang untuk memotong daun dari pokoknya dan menetak bahagian pangkal dan hujung
daun.

2) Pisau untuk membuang empulur dan duri daun.


3) Jangka

4) Pelurut daripada buluh untuk melembutkan daun.

5) Penyisip daripada buluh yang digunakan untuk menyisip helaian daun semasa
menganyam.

Menganyam
1. Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak
hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun
di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang
berbentuk kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk
meneruskan anyaman tudung saji.
Anyaman Pandan Menganyam Tudung Saji

2. Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar


mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan
peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan.
Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam
ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai
serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai
pucuk rebung.

Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu,
motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga
atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur,
bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur
tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang,
manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti siput,
kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga kelarai dengan bentuk-
bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan, belalang
cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.

Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar mengiri,
kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utama
yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan.
Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah
dicelupkan dua warna yang bertentangan atau berkontras. Misalnya, kuning dan hijau,
merah dan ungu, atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai
tanah atau latar corak. Bilah-bilah berwarna yang dianyam tindih-menindih dan
berselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan.

Anyaman Mengkuang Menganyam Tikar


Bakul Pandan Tudung Saji

3.4 Proses Anyaman


Proses anyaman mempunyai lima peringkat;

1. Lagang
1) Lagang merupakan `tulang` kepada sesuatu penciptaan dan rupabentuk anyaman.
2) Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagangan yang dibuat.
3) Tiap-tiap satu bilah mengkuang dibentuk seperti `V` di bahagian tengah iaitu tempat
sesuatu anyaman bermula.

2. Anyam
1. Membuat badan tikar, kelarai atau bucu pada anyaman tersebut.
3. Anyaman melibatkan tiga proses;
1. Anyaman kelarai
2. Anyaman biasa
3. Anyaman sulam
4. Dimulai dari asas melagang hingga selesai dan sampai kebahagian tepi. Ketika ini
anyaman tikar dalam bentuk empat persegi.
5. Untuk mendapatkan berbagai warna dan corak,anyaman jenis sulaman digunakan
3. Pepeh
1. Proses terakhir untuk membuat tepi tikar, juga disebut sebagai anyaman tepi atau
anyaman mati
 Dikenali juga sebagai `anyaman mati` pada tepi tikar sebagai mengakhiri kerja anyaman.
 Boleh juga dianyam berasingan sebagai tepi dan kemudian dijahit pada barangan yang
dikehendaki.
 Jenis-jenis anyaman tepi adalah seperti;
1.Tepi betul
2.Tepi susut
3.Tepi sepit ketam
4.Tepi gigi yu
5.Tepi pulas
6.Tepi tulang belut

4. Sisip
1. Hujung lebihan daun direncongkan dan disisip supaya daun tidak mudah terburai.
2. Proses ini memerlukan alat `penyisip` bagi merenggangkan bahagian anyaman bagi
memudahkan lebihan bilah daun yang direncungkan (tajamkan) masuk.
3. Tujuannya untuk mengelakkan anyaman terburai.
5. Kerat
1. Membuang baki bilah daun supaya hasil anyaman menjadi lebih kemas dan menarik.
2. Lebihan atau baki bilah daun anyaman dipotong menggunakan pisau.
3.5 Jenis-jenis Kelarai
1. UNSUR DAN PRINSIP SENI
1. Kelarai atau corak dalam proses anyaman tertumpu kepada gubahan bentuk yang dijalin
untuk menghasilkan sesuatu gaya atau ragam hias yang menarik sebagai motif utama.
2. Pembentukan kelarai dilakukan serentak semasa proses anyaman.
3. Anyaman kelarai biasanya dirancang terlebih dahulu bagi mewujudkan pelbagai jenis
kelarai.
4. Dua warna yang kontras digunakan untuk mendapatkan hasil yang menarik.
5. Kebiasaannya kelarai didasarkan dari unsur-unsur alam semulajadi seperti unsur-unsur
tumbuhan dan binatang tetapi ada juga kelarai yang dihubungkaitkan dengan nama
orang.

 Kelarai ialah corak atau motif berbentuk daun pada anyaman.


 Anyaman yang tidak berkelarai dinamakan anyaman biasa atau anyaman ghadas.
 Biasanya, hanya dua jenis warna berkontra digunakan.
 Terdapat beberapa kategori kelarai. Antaranya:
- Kelarai berasaskan flora
- Kelarai berasaskan fauna
- Kelarai berasaskan rupa geometri
- Kelarai berasaskan rupa abstrak
- Kelarai berasaskan nama pereka dan tempat

1. a) Kelarai Yang Berunsurkan Tumbuh-Tumbuhan


1. Kelarai Bunga Api Anyaman yang pecah seakan-akan bunga api. Dikenali juga sebagai
Kelarai Tok Anggor Paka,Trg.
2. Kelarai Bunga Cempaka Kelarai yang menyerupai bunga cempaka.Gelarannya diberi
oleh Hjh.Semek ketika dianyam oleh Cik Asiah dari Kg.Tepoh,Trg.

1. b) Kelarai Yang Berunsurkan Tumbuh-Tumbuhan


1. Kelarai Bunga Melor Cantuman dari bunga Ator yang menghiasi kelopak bunga melor.

2. Kelarai Bunga Kelabutan Didapati dari Kg.Benoni,Sabah. Menurut Dayang Aisah


bt.Awang Husin,kelarai ini berasal dari Brunei.
2. a) Kelarai Yang Berunsurkan Abstrak
1. Kelarai Berakar Menurut Hjh.Semek,kelarai ini seakan-akan Kelarai Jari Kedidi tetapi
ia lebih kecil.Justeru itu ia kelihatan seperti akar-akar pohon.

2. Kelarai Beras Patah Rupa bentuknya ringkas dengan susunan berbentuk `V`.Warna
putih berlatar belakangkan hitam memberi gambaran seperti biji-biji beras
bertaburan.Corak ini sering digunakan untuk tikar berukuran besar.

2. b) Kelarai Yang Berunsurkan Abstrak


1. Kelarai Mata Berkait Menyerupai Kelarai Tapak Harimau tetapi lebih rapat.Setiap mata
yang dianyam bertemu, sebab itu digelar mata berkait.
2. Kelarai Pecah Lapan Dikelilingi dengan corak yang seakanakan bunga kelopak
lapan.Jangkauanya sebanyak tujuh helai daun mengkuang. Tidak sesuai untuk anyaman
tikar kecil kerana jangkauan panjang membuat tikar tidak tahan lama.

3. a) Kelarai Yang Berunsurkan Haiwan


1. Kelarai Buntut Siput Anyaman yang rapat dan kemas. Sesuai untuk tikar besar dan kecil.
Menurut Hjh.Semek,kelarai ini berasal dari Kemaman,Trg.
2. Kelarai Jari Kedidi Sempena bekas tapak jari kedidi yang dijumpai oleh Hjh.Semek dan
rakan-rakannya ketika mengayam di tepi pantai.

3. b) Kelarai Yang Berunsurkan Haiwan


1. Kelarai Kepala Gajah Diilhamkan dari corak kain yang menutupi kepala gajah
tunggangan raja-raja.

2. Kelarai Anak Ikan Anyaman ini juga dikenali sebagai Belalang cucuk di Paka, Trg.
4. a) Kelarai Yang Berunsurkan Nama Manusia
1. Kelarai Cik Kedah Bersila Dikenali juga sebagai Bunga dalam Kelarai

2. Kelarai Cik Kedah Ketapang Kelarai ini berasal dari Ulu Marang dalam bentuk
tikar.Tetapi terdapat sedikit perubahan ketika Hjh.Semek dan Hjh.Minah cuba
mencontohinya.

4. b) Kelarai Yang Berunsurkan Nama Manusia


1. Kelarai Mak Mek Kelarai hasil ciptaan Hjh.Semek yang mengubahsuai sejenis kelarai
yang berasal dari Ulu Marang,Trg. Rakan-rakannya mencontohi gubahannya itu dan
menggelarkan Mak Mek sempena namanya.
2. Kelarai Cik Kedah Berakar Juga digelar Permaidani di Paka,Trg kerana seperti
permaidani.

Contoh:-
3.6 Rupa Bentuk Tikar
1. Bahagian tikar.
2. Corak tepi tikar.

3. Corak tikar ialah susunan warna secara berselang-seli pada sesuatu anyaman biasa
atau ghadas tanpa kelarai. Contoh:-
4. Fungsi dan kegunaan pelbagai jenis tikar.
a) Tikar biasa
- luas dan lebar
- sebagai hamparan tempat duduk atau tidur
b) Tikar sembahyang
- halus dan kecil, sesuai digunakan untuk orang Islam bersembahyang
- juga dinamakan tikar sejadah
c) Tikar nikah
- alas tempat duduk pengantin lelaki dalam upacara akad nikah
- tidak banyak dibuat kini, hamparan permaidani atau tilam khas telah mengambil
tempatnya
d) Tikar parudan
- kecil
- tempat menadah isi kelapa diparut dari kukur kelapa
e) Tikar jemuran
- luas, lebar, dan kasar
- digunakan khas untuk menjemur padi

3.7 Kemasan Persembahan


 Anyaman sama tegang dan rapi
 Ketelitian pemati
 Ketepatan bentuk
 Keratan tepi tikar rapi dan kemas
 Penyambung daun kemas, kukuh, dan tersembunyi
 Corak tersusun
 Kombinasi warna penarik

3.8 Penjagaan dan Pemeliharaan


 Tikar perlu digulung, jangan dilipat
 Elakkan tikar daripada terdedah kepada cahaya matahari dan hujan
CORAK ANYAMAN TIKAR
Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau
ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang-seli hingga
meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran
dan susunan yang berlainan. Terdapat 11 corak yang dianyam iaitu:
 Corak Tapak Catur – seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil cantuman warna
cerah dan gelap
 Corak Mata Bilis – menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam satu mata
sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah.
 Corak Beras Patah – menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata
diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan beras
patah.
 Corak Palembang – berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang dianyam
dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih.
 Corak Bugis – berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan
putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan
serong.
 Corak Muar – berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah dan
biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak
digunakan adalah campuran merah dan biru.
 Corak Selang-seli – penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata
sama banyak dan selari.
 Corak Berdiri – kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi
untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar.
 Corak Serong – corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini
serta amat digemari oleh para penganyam.
 Corak Ketapang Gilir Kacang – seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat.
Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap.
 Corak Malaysia – corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru

4.0 Anyaman Buluh


4.1 Ciri-ciri Kelarai Buluh
1. Kelarai buluh sejenis anyaman yang biasa terdapat di Semenanjung Malaysia,
terutamanya di negeri Kedah dan Perlis.
2. Pada zaman dahulu, kelarai dijadikan sebagai dinding rumah, masjid, dan istana.
3. Kini, kelarai lebih popular sebagai alat hiasan rumah, restoran, hotel, dan sebagainya.

4.2 Bahan, Alat, dan Proses Anyaman


1. Bahan
- Buluh askar
- Buluh betung
- Buluh minyak
- Buluh lemang
- Buluh kasap dan sebagainya
2. Alat
- Mesin pemotong buah
- Alat pembelah buah
- Gerudi kecil
- Pelurut
- ‘Bodkin’
- Pisau raut
- Pembaris
- Gunting
3. Proses Anyaman
a) Buluh yang cukup tua dipilih dan dipotong.
b) Buluh direbus bersama campuran soda untuk mengeluarkan kandungan gulanya
supaya tidak mudah reput.
c) Buluh diasap sehingga kering, kemudian dibelah dan diraut menjadi bilah-bilah.
d) Jika hendak diwarnakan, bilah-bilah dicelup dengan menggunakan pewarna.
e) Teknik sisipan digunakan untuk mengayam, berpandukan corak kelarai yang
dikehendaki.

4.3 Jenis-jenis Kelarai Buluh


Terdapat beberapa jenis kelarai buluh, iaitu motif yang berasaskan flora, fauna, rupa abstrak,
nama tempat, dan nama pereka. Contoh:-
4.4 Kemasan dan Persembahan
- Kekerapan dan kerapatan anyaman
- Permukaan licin dan kemas
- Susunan motif lengkap dan teratur
- Tepi atau bingkai kukuh dan rapi
4.5 Pemeliharaan dan Penjagaan
- Pengawetan dengan pewarna atau syelek
- Dibersihkan selalu

Anda mungkin juga menyukai