Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih bermula sejak
zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di
mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu
masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak
panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba. Seni anyaman
dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh luar. Penggunaan tali, akar
dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah
menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh
meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir
pantai.
Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik
anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk
anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau
nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka
rupa bentuk yang digunakan sehari-harian.
Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-
satu anyaman waktu yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca
yang redup atau dingin, daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa meninggalkan
kesan-kesan pecah. Biasanya beberapa orang melakukan anyaman ini berkelompok di
halaman rumah atau beranda rumah pada waktu malam, petang atau waktu-waktu senggang
pada sebelah pagi (jika kelapangan, kerana waktu pagi biasanya dipenuhi dengan kerja-kerja
tertentu).
Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya
hingga kini ialah tikar. Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa
bentuk anyaman tiga dimensi.

DEFINISI
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat
Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan
daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.
Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan,
mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan dan lembut.
Anyaman merupakan seni kraf sejagat Melayu wujud sejak 300 ratus tahun yang
lampau. Hasil rimba seperti buluh, rotan, pandan, mengkuang dan ribu-ribuan menyumbang
kepada hasil rimba ini memaparkan barangan harian, hiasan dan hadiah.
Keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Melayu menghasilkan
kraftangan anyaman terserlah melalui penghasilan bakul, tikar, perabut, pengadang, bekas
serbaguna, dinding rumah dan barangan hadiah dan cenderamata.
Kepelbagaian penghasilan produk ini memaparkan keadaan sebenar keunikan seni
kraftangan Melayu yang dianggap seni kraf yang unik di rantau Asia.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN


Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar.
Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis
seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan
keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan
adalah bahan asas yang awal digunakan untuk
menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam
buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi
menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus
(1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman
digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil
‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus


aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat
kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun,
Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan
Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang
masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis,
Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang,
Melaka, Sarawak dan Sabah.

TOKOH ANYAMAN
 Puan Hajah Aminah Amat, melibatkan diri dalam bidang pembuatan kraf rombong
bermula p-ada usia 12 tahun. Ilmu membuat barangan kraf ini diperoleh daripada ibunya.
Pada mulanya beliau hanya memasarkan barangan rombong melalui orang tengah
berbangsa cina.Lama-kelamaan Puan Hajah Aminah membuat pasaran sendiri, melalui
perbadanan kemajuan kraf tangan Malaysia. Barangan rombong juga mula dipelbagaikan.
Bermula dari barangan mengisi pakaian, beliau mereka cipta membuat bunga telur, tempat
simpan barangan kemas dan sebagainya.
Sebagai memenuhi kehendak beliau, supaya hasil kraf tidak lupus, beliau
mengajar penduduk-penduduk setempat membuat anyaman rombong tanpa mengambil
sebarang yuran. Sehingga hari ini beliau berjaya melahirkan beberapa orang yang mahir
membuat barangan anyaman rombong. Selain daripada mengajar orang perseorangan, Puan
Hajah Aminah juga mengajar pelajar-pelajar sekolah sekitar negeri Melaka.
Dahulunya beliau hanya menghasilkan 4 hingga 10 biji rombong seminggu dan
kini beliau mampu menghasilkan 10 biji sehari kerana beliau telah berjaya menghasilkan
teknik pemprosesan bahan mentah dan menganyam yang lebih mudah.
Pendapatan yang hanya RM80.00 hingga RM100.00 sebulan berjaya
ditingkatkan kepada RM80.00 hingga RM100.00 dalam masa dua hari.
Kejayaan beliau mendidik penduduk tempatan dan juga penghasilan teknik, serta
peningkatan keluaran barangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melantik
beliau sebagai Adiguru Kraf pada tahun 1988.

 Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila TerengganuDarul Iman,
iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. PuanAminah merupakan
tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga KraftanganMalaysia. Pada tahun
1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandinganPertukangan tangan sezaman
anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masihaktif sebagai seorang ahli kraftangan
anyaman.Beliau sering menyertai pelbagai pameran seperti Pesta Pembangunan
Dungun,Pameran Kraf Tangan Maha,Pameran Kraf Tangan di University Malaya dan
pelbagai pameran anjuran PKKM.

 PUAN AMINAH BINTI ALI

 PUAN HAJAH AMINA


Tokoh-tokoh lain yang telah mencipta motif anyaman:
i. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas
ii Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau
iii Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek
iv. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah.
v. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga

JENIS-JENIS ANYAMAN
1. Anyaman Mengkuang Daun mengkuang
 Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
2. Anyaman pandan -Daun pandan duri
 Tikar sembahyang, hiasan dinding,
3. Anyaman Buluh - Jenis-jenis buluh yang sesuai
 Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
4. Anyaman Rotan - Rotan yang telah diproses
 Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain
5. Anyaman Lidi - Lidi kelapa
 Lekar, bekas buah, bekas telor.
6. Anyaman ribu-ribu - Paku pakis ribu-ribu.
 Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas serbaguna dan lain-lain.

PERALATAN ANYAMAN

#PARANG #PISAU UNTUK MEMBUANG


MEMPULUR DAUN
#PELURUT #PENYISIP

#JANGKA
Langkah membuat anyaman

1.Bilah daun diletakkan bersilang dan bertindih di antara satu sama lain.
2.Hujung bilah (A2) dilipat keliling
3.Bilah daun baru ditambah (C)
4.Bilah daun baru ditambah (D) dan sebahagiannya bertindih dengan bilah (A)
5.Bilah (B2) dilipat ke atas melalui sebelah belakang bilah (C1-C2)
6.Bilah (B1) pula dilipat ke atas
7.Bilah (A1) dilipat ke bawah
8.Bilah (B2) dilipat ke bawah
9.Dua bilah baru ditambah (E dan F)
10.Bilah (C2) dilipat mengelilingi bilah (E)
11.Bilah (A1) dilipat ke atas dan bilah (D1) ke bawah
Cara Membuat Anyaman dari Buluh

Anyaman bambu
memang tidak ada habisnya untuk dibuat sebagai kerajinan tangan yang
mempunyai nilai guna dan nila seni yang sangat tinggi. Berikut ini beberapa tips
untuk kamu yang ingin membuat anyaman dari bahan bambu.

1. Langkah pertama yang harus kamu lakukan adalah siapkan terlebih dahulu bahan
utamanya iaitu bambu. Pilihlah bambu yang sudah kuat dan jangan menggunakan
bambu yang terlalu tua. Karena akan sulit untuk dibentuk. Sedangkan jika kamu
menggunakan bambu yang muda juga tidak baik karena seratnya yang masih tajam.

2. Selanjutnya ketika memilih bambu, perhatikan ruas bambu. Pilihlah bambu yang
mempunyai ruas yang saling sejajar.Setelah bahan sudah siap, maka siapkanlah
alat-alat yang akan digunakan seperti gergaji, pisau, paku ukuran kecil, dan juga
parang.

3. Setelah semua bahan dan alat sudah siap, maka langkah awal yang harus kamu
lakukan adalah membelah bambu secara singkron dengan buku-bukunya. Pangkas
dengan rapi menggunakan parang atau bisa juga dengan menggunakan gergaji.

4. Setelah buluh terpotong rapih, keringkan bambu dibawah sinar matahari. Hal ini
dilakukan untuk menghilangkan kandungan air yang terdapat di dalam bambu.
Jemur selama beberapa hari sampai bambu benar-benar kering.
5. Setelah bambu kering, belah bambu menjadi 2 bagian. Belahlah bambu secara vertikal
sehingga kamu bisa mendapatkan lekukan bambu yang konkaf.

6. Setelah itu raut potongan bambu dengan menggunakan pisau.Selanjutnya kita


masuk dalam proses menganyam. Siapkan 2 helai potongan bambu, satu bambu
menghadap ke dading dan yang satunya lagi menghadap ke kulit.

7. Kemudian siapkan sumbu anyaman berupa satu helai potongan bambu yang
panjang. Sumbu satunya sebaiknya menggunakan ukuran zig-zag, hal ini akan lebih
mempermudah kamu dalam menganyam bambu.

8. Buatlah sebuah sudut anyaman dengan cara menyilangkan kembali anyaman loka
sebaliknya. Kemudian lipat itisan bambu agar sejajar dengan bagian sumbu bagian
tengah.

9. Untuk hitungan pada anyaman sebaiknya menggunakan hitungan 1-3-1. Hitungan


anyaman ini merupakan hitungan yang paling sederhana dalam membuat
anyaman bambu.

Cara Membuat Anyaman dari Kertas


# Banyak sekali manfaat yang bisa kamu dapatkan jika kamu bisa membuat anyaman
dari kertas. Salah satu manfaatnya adalah kamu bisa mengisi waktu luangmu dan kamu
juga bisa menghasilkan uang dari keahlian menganyam yang kamu miliki.
Sebelum membuat anyaman dari kertas, ada beberapa alat dan bahan yang harus kamu
persiapkan terlebih dahulu.

Alat dan Bahan


 Dua lembar kertas asturo atau manila yang berbeda warna sesuai dengan selera yang kamu
inginkan. Tujuan menggunakan kertas yang beda warna adalah agar pola yang ihasilkan
pada anyaman yang kamu buat terlihat lebih jelas.
 Gunting, berguna untuk memotong dan merapihkan sisa-sisa kertas yang kelihatannya
kurang rapih.
 Lembaran kertas, berguna untuk menempelkan atau memasang anyaman pada figura agar
bisa dijadikan sebagai hiasan dinding.
 Pensil, berguna untuk membuat sebuah pola yang akan digunakan pada bentuk anyaman
yang akan kamu buat.
 Pembaris, berguna untuk membuat sebuah pola garis agar tidak berantakan.
 Cutter atau silet, berguna untuk memotong lembaran kertas secara kecil dan rapih.

Langkah Langkah Membuat Anyaman dari Kertas

1. Langkah pertama yang harus kamu lakukan adalah dengan membuat pola terlebih
dahulu pada kertas yang akan kamu gunakan. Caranya buatlah garis-garis pada
kertas dengan menggunakan penggaris dan pensil. Buatlah jarak antar setiap garis
sebesar 1 – 1,5 cm. Sisakan jarak 2 cm untuk setiap bagian tepinya.

2. Jika telah selesai, langkah berikutnya adalah potong kertas dengan menggunakan
cutter atau silet mengikuti pola garis yang sudah kamu buat tadi.

3. Selanjutnya, ambil kertas yang kedua kemudian gunting secara memanjang dengan
jarak selebar 1 cm. Yang perlu kamu perhatikan adalah jarak antara kertas yang
pertama dengan kertas yang kedua harus sama.

4. Setelah pola dipotong, langkah berikutnya mulailah menganyam sesuai dengan motif
yang kamu inginkan. Jika masih pemula, kamu bisa membuat motif anyaman yang
sederhana dan tidak terlalu sulit.Jika sudah selesai menganyam, rapihkan ujung-
ujung kertas agar enak dilihat.

5. Langkah terakhir adalah berikan lem pada tepi kertas kemudian rekatkanlah. Hal
ini dilakukan agar anyaman semakin kuat dan tidak mudah terlepas.
BERITA:TIKAR TERPANJANG ORANG ULU PECAH ‘GUINNESS WORLD
RECORD’
KESIMPULAN
Tikar rotan memerlukan penjenamaan semula bagi mengiatkan lagi
aktiviti pembuatannya selain meningkatkan pendekatan yang perlu dilakukan oleh pihak
bertanggungjawab bagi meningkatkan sumber asli bagi bahan asas kraftangan.

Peningkatan mutu kraftangan dengan penggunaan teknologi kini dijangka akan


membantu dalam pengkomersialan hasil kraftangan selain memberi pulangan yang lumayan
kepada pengiatnya pada masa hadapan.

Sikap genarasi hari ini perlu diubah supaya timbulnya kesedaran betapa pentignya seni
warisan agar terus memberi sokonga supaya seni warisan ini tidak pupus ditelang zaman.

Semua pihak tidak harus memandang sebelah mata terhadap industri kraf tangan ini
dan lebih malang lagi terdapat segelintir masyarakat yang menganggap industri kraf tangan
seperti hidup segan mati tak mahu. Oleh itu , marilah sama-sama kita berganding bahu
menyedarkan masyarakat yang dibuai mimpi dalam arus pemodenan dunia pada hari ini.
Jelaslah bahawa kraf tangan merupakan inisiatif bagi menyelamatkan ekonomi negara dan sekali
gus akan tercapai hasrat Malaysia yang ingin menjadikan negara maju menjelang wawasan 2020.

Sekiranya terdapat kerjasama daripada semua pihak, kesenian kraf tangan yang
diwarisi daripada nenek moyang kita ini pasti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Peribahasa biar mati anak jangan mati adat seharusnya dijadikan prinsip hidup masyarakat agar
dapat menjayakan usaha yang suci murni ini bagi mengekalkan industri kraf tangan yang kita
warisi turun temurun.

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana telah
mengurniakan saya kesilatan dan petunjuk untuk menyiapkan folio ini dengan
sempurna.
Folio ini dapat saya laksanakan dengan sempurna.Hasil kerja ini adalah ataas
bantuan pelbagai pihak.Antara mereka termasuklah orang perseorang.Mereka yang
dimaksudkan ialah rakan sekelas saya yang membantu dalam menyiapkan tugas ini.

Dalam kesetempatan ini,saya juga ingin megucapkan jutaan terima kasih kepada
Puan Norfazida Binti Zulkifle,guru matapelajaran pendidikan seni visual kerana
banyak memberi penerangan tentang cara melakukan kerja kursus ini.Walaupun beliau
sibu,tetapi beliau sibuk,tetapi beliau tetap ada masa untuk bersama saya serta rakan-rakan
dalam memberi penerangan tentang folio ini.

Akhir sekali,saya berharap dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuhan daripada


folio ini.

….Sekian Terima Kasih ….

TAJUK: ANYAMAN

NAMA:TEJASHWARY
TINGKATAN:3 DUBAI

NAMA GURU:PUAN NORFAZIDA BINTI ZULKIFLE

Anda mungkin juga menyukai