Anda di halaman 1dari 137

PENSYARAH :

PN. ZARINA BINTI ABU BAKAR






Mengenal Kraf Tradisional

Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai
perusahaan atau kerja-kerja
berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-
kerja tangan serta
memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang
diwarisi turun temurun
mengikut kaum masing-masing.


Definisi Kraf

"Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran
artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan
atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses
yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya
kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa
keluaran ertinya apa-apa barang, walau
bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai
rekabentuk batik pada atau di mana-mana
bahagiannya.



Makna Kraf Tradisional

Kraf Tradisional bermaksud satu aktiviti yang
memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan
yang diperturunkan daari satu generasi ke satu
generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran,
tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri
dan lain-lain lagi.


Kraf Tradisional terdiri daripada:
Batik
Ukiran
Tenunan
Anyaman
Tembikar
Tekat
Wau ( layang-layang)
Gasing
Perhiasan diri
JENIS KRAF TRADISIONAL
.
SENI UKIRAN KAYU

Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni
pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam
masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan
memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi
identiti ukiran Melayu tradisi.
Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan
kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu,
memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat
dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.


JENIS KRAF TRADISIONAL
.
SENI UKIRAN KAYU

Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni
pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam
masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan
memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi
identiti ukiran Melayu tradisi.
Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan
kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu,
memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat
dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.


Sejarah Ukiran Kayu

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang
terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak
terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah
Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah
ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-
orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa
terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan
rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu
memainkan peranan penting dalam memperkembang dan
menghidupkan suasana seni ukiran.


Hingga kini peninggalan istana-istana lama
memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran
yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di
Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang
Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional
terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan. Di
negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah
adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun.
Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh
dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa
dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah
berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-
rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri
Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni
ukir di negara ini telah didatangi dari selatan negeri Thailand
iaitu Patani.





a.Ukiran Tebuk Tembus

Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk
dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-
bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk
tidak silat dan ukiran tebuk silat.



Jenis-jenis Ukiran Kayu
b. Ukiran Bunga Timbul
Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang
disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar
masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu
serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran
tebuk.
c) Ukiran Arca

Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris,
kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya.
Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus
dan kecil.




d. Larik
Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir
kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-
gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering
terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-
tiang rumah dan sebagainya.


POLA CORAK
-Corak yang dipilih mengikut kesesuaian fungsi ukiran
-Tiga jenis pola iaitu Pola Bujang, Pola Pemidang dan Pola
lengkap.







PERALATAN
1. Peralatan tradisional
2. Peralatan moden

Jenis Peralatan
1. Pahat -menebuk, membentuk corak atau membuang bahagian
yang tak diperlukan
2. Ketam kayu- melicin dan meratakan permukaan kayu
3. Cetar- membentuk asas kayu secara kasar
4. Tukul kayu- mengetuk pahat dalam proses mengukir
5. Gergaji kecil- memotong bahagian kayu yang tidak diperlukan
6. Kikir Pari- meratakan corak yang dilukis
7. Daun mempelas atau kertas pasir- melicinkan permukaan corak
yang telah diukir
8. Gergaji berhalang- memotong dan membentuk bahagian
lengkung pada ukiran
9. Pisau wali- mengukir corak yang dikehendaki
10. Gergaji kecil(jigsaw)- memotong mengikut lengkung yang
dikehendaki
11. Mesin gerudi- Menebuk lubang
12. Sesiku- mendapatkan ketepatan sudut
13. Pengapit- memegang atau mengapit kayu.


BAHAN
1. Kayu yang jenis halus dan liat uratnya.
2. Kayu yang tua dan kering.
3. Jenis kayu ialah kayu cengal, sena, merbau, nyatoh dan
jelutong.

PEWARNA
1. Kunyit, mirathon,kiwi, syelek, dan bahan kimia yang terdapat
di pasaran.

GAM
- Untuk melekatkan papan dan kayu yang disambung.

PROSES MENGUKIR
1. Penyediaan kayu.
2. Mengukir.


Tokoh Seni Ukir -Wan Su Othman

Beliau dilahirkan pada tahun 1899 di Pengakalan Kubu, Tumpat, Kelantan
merupakan tokoh seni ukir terkenal di Besut, Terengganu. Mewarisi bakat seni
datuk saudaranya Nik Wan Ali, tukang ukir di Istana Patani. Sejak kanak-kanak lagi,
bakat sebagai pengukir telah menyerlah pada diri beliau. Ketika berusia 12 tahun,
beliau telah melukis dan mengukir watak-watak dalam wayang kulit Melayu. Hasil
ukiran utama Wan Su ialah pintu utama Muzium Negara, pintu utama dan Dewan
Santapan Istana Sultan Pahang di Pekan, Dewan Santapan Istana Sultan
Selangor, Rumah Sri Tanjung Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Istana
Badariah, Kuala Terengganu, Panca Persada Bersiram Tebal, Istana Maziah, Kuala
Terengganu, Logo Hijrah, dan Logo Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Wan Su pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Adiguru Kraf dalam bidang seni ukir
kayu pada tahun 1985 oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Tokoh
Budaya ASEAN di Brunei Darussalam pada tahun 1993. Beliau telah memberi
tunjuk ajar dan melatih generasi muda dalam bidang seni ukir di galerinya iaitu
Galeri Wan Su di Besut, Terengganu. Pada tahun 1997, beliau merupakan
penerima Anugerah Seniman Negara yang ketiga.


ANYAMAN

Definisi

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan
daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun
yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan
yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan,
mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya
mudah dikeringkan dan lembut.


Tokoh Anyaman Pandan dan Mengkuang

Puan Aminah binti Ali

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari
Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan
kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah
merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh
Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau
memenangi tempat pertama dalam pertandingan
Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara.
Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli
kraftangan anyaman.



Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih
dikagumi dan digemari sehingga hari ini. Kegiatan seni
anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh
dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di
mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan
kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke
hari ini.
Sejarah dan Perkembangan

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai
pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman
adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis
seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah
menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan
daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal
digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti
Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi
menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus
(1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman
digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar
Raja yang diperbuat daripada pohon bemban.


Proses Membuat Tikar Mengkuang
1. Memilih dan memotong daun mengkuang mentah.
Panjang daun yang dikerat bergantung kepada saiz tikar
yang ingin dibuat. Biasanya ianya dipotong dalam ukuran 3
kaki sehingga 8 kaki.
2. Selepas dipotong, duri tengah daun mengkuang tadi akan
dibuang dengan menggunakan pisau kecil. Daun-daun yang
dikerat berdasar anggaran tadi akan dikerat sekata sekali lagi
berdasarkan saiz sebenar ukuran tikar yang akan dibuat

3. Kedua-dua belah duri tepi dibuang, daun mengkuang akan
dibelah bergantung kepada saiz bilah yang ingin
dihasilkan.Selepas itu,bilah-bilah mengkuang atau
mengkuang yang telah dikecilkan saiznya akan direbus untuk
membuang klorofil.






4. Mengkuang yang telah dinyah klorofil akan direndam
ke dalam air selama 2 malam.Setelah direndam, bilah-
bilah mengkuang akan dijemur sehingga kering selama
satu atau dua hari. Bergantung kepada warna yang ingin
dihasikan,bilah-bilah mengkuang sekali lagi akan
direndam di dalam cecair pewarna untuk menghasilkan
bilah-bilah yang pelbagai warna.




5. Sekali lagi,bilah-bilah yang telah diwarnakan dijemur dan
dikeringkan.

6. Seterusnya, tikar akan dianyam dalam pelbagai corak atau
kelarai. Seorang tukang tikar yang mahir boleh
menggabungkan 4 atau 5 kelarai dalam sebuah tikar. Tikar
yang telah siap akan dikemaskan hujungnya dengan membuat
cara Lepih atau Tulang Belut








Contoh Barangan Anyaman




















n


BATIK

Definisi Batik
Batik adalah merupakan kraf tradisional yang unik
dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan
Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan
kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.
Perkataan batik berasal dari Indonesia yang
membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada
kain yang berwarna atau bercorak. Dalam Bahasa
Melayu, batik bermaksud titik manakala dalam
bahasa Jawa pula btik bermaksud setitik lilin.














Sejarah Batik di Malaysia

Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan
Parsi. Mula digunakan di Jepun dan China dalam
abad ke 7. Seni batik cap juga telah lama wujud di
Indonesia. Seni batik juga berkembang ke negara ini.
Batik ialah salah satu bidang kraftangan tradisional
yang terkenal di Malaysia. Ia dihasilkan melalui proses
penerapan lilin dan pencelupan warna. Sejarah
perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula
pada abad ke 15 Masehi. Perkembangan awal
memperlihatkan kesan dan pengaruh batik daripada
jawa. Mulai tahun 1930-an hingga selepas Perang
Dunia Kedua, perusahaan batik di Malaysia telah
berkembang dengan pesat. Para pengusaha batik di
negeri-negeri Kelantan dan Terengganu merupakan
perintis kepada perkembangan batik di negara ini.














JENIS-JENIS BATIK

Batik adalah seni kraf tekstil tradisi Melayu yang
masih unggul hingga ke saat ini, dan ianya
berpotensi menembusi pasaran antarabangsa.
Corak dan kombinasi warnanya yang tidak
lekang dek peredaran fesyen antarabangsa
tanpa meninggalkan ciri tradisi tetap menjadi
pilihan.
Terdapat beberapa teknik menghasilkan batik.
Antara teknik utama ialah Batik Blok, Batik Tulis,
Batik Skrin dan Batik Perwarnaan Asli.



.














1.BATIK BLOK
















Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau
Batik Pukul merupakan salah satu daripada seni kraf
buatan tangan tradisional yang terkenal di
Malaysia.Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin
dan penerapan warna.
Batik Blok adalah adaptasi daripada unsur alam
semulajadi. Kebanyakannya berdasarkan kepada
flora dan fauna. Corak flora dipilih daripada
bahagian-bahagian tumbuhan yang ditiru
berasaskan bentuk bunga. Gubahan motif dan corak
direka secara realistik, abstrak dan stilisasi dalam
bentuk geometrik atau organik.





2. BATIK TULIS

















Batik Tulis dipercayai warisan dari batik Kraton,
Jawa. Sungguhpun dihasilkan menggunakan
kaedah yang sama iaitu lakaran canting, wujud
perbezaan dari segi ciri-ciri rekaan malah juga
estetik dan teknik pengeluran antara kedua-duanya.
Alatan yang digunakan ialah kain putih atau
kertas, canting, campuran lilin (lilin paraffin, lilin
lebah, dammar (rosin) lemak binatang/ minyak
masak), berus lembut, serbuk pewarna jenis
reactive-dye ,sodium silicate (pemeti-dye), soda
ash, dan pemidang kayu.






3. BATIK SKRIN

















Batik Skrin dibuat dengan menggunakan blok
skrin. Blok skrin disediakan berasaskan reka corak
yang dikehendaki. Bilangan blok yang disediakan
bergantung kepada bilangan warna kain yang
dikehendaki di mana setiap blok skrin boleh
dicetak satu warna.



BATIK

Definisi Batik
Batik adalah merupakan kraf tradisional yang unik
dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan
Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan
kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.
Perkataan batik berasal dari Indonesia yang
membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada
kain yang berwarna atau bercorak. Dalam Bahasa
Melayu, batik bermaksud titik manakala dalam
bahasa Jawa pula btik bermaksud setitik lilin.














BATIK

Definisi Batik
Batik adalah merupakan kraf tradisional yang unik
dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan
Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan
kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.
Perkataan batik berasal dari Indonesia yang
membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada
kain yang berwarna atau bercorak. Dalam Bahasa
Melayu, batik bermaksud titik manakala dalam
bahasa Jawa pula btik bermaksud setitik lilin.














BATIK

Definisi Batik
Batik adalah merupakan kraf tradisional yang unik
dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan
Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan
kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.
Perkataan batik berasal dari Indonesia yang
membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada
kain yang berwarna atau bercorak. Dalam Bahasa
Melayu, batik bermaksud titik manakala dalam
bahasa Jawa pula btik bermaksud setitik lilin.












JENIS KRAF TRADISIONAL
TENUNAN

Tenunan dihasilkan daripada jalinan benang lonseng
(yang menunggu ) dengan benang pakan (yang
mendatang) untuk dijadikan sehelai kain.

SEJARAH

Tenunan songket adalah dipercayai berasal daripada
kerajaan Dongson di Kemboja sebelum ianya diperkenal
kan di negara ini.
JENIS-JENIS TENUNAN

Terdapat tiga jenis tenunan yang po;pular di Malaysia
iaitu:

i.Tenunan Pahang
Merupakan tenunan kain yang bercorak ragi atau tanpa
corak yang tidak mempunyai ragam hias.

Di Kelantan ,tenunan jenis ini dikenali sebagai tenunan
balas sementara di kampung Gerung,Kelantan dikenali
sebagai setuli benang

Tenunan ini ditenun dengan menggunakan kei siam

Kebanyakannya diusahakan di kawasan Pekan,Pahang
dan Kelantan.

Bahan utama yang digunakan ialah benang sutera dan
kapas .

Bagi negeri Kelantan pula, pembuatannya banyak
Menggunakan benang setul (benang Rayon)
ii.Tenunan Songket

Menggunakan kaedah tenunan asas (Tenunan Tabby) iaitu
tenunan asas , benang pakan dan satu benang loseng.

Tenunan ini sama seperti tenunan Pahang tetapi
menggunakan benang emas atau pewrak (benang pakan).

Terdapat dua jenis songket:
i. Tekat 3
ii. Tekat 5

JENIS KAIN TENUNAN
Terdapat tujuh jenis kain tenunan:
Kain bujang atau Samping
Kain sarung tenunan corak berang
Kain sarung
Kain kampuh
Kain lepas
Kain destar / Tanjak/ Tengkolok
Kain selendang

ALATAN SONGKET

Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan:
Benang
Benang loseng
Benang pakan
Bahan pewarna

Berikut adalah alatan yang digunakan:
Kek (loom)/tumpoh/kek pua
Anak geliging
Lidi
Belira
Torak,cubaan dan pelting (peliting)
Pasong dan papan gulung
ALATAN SONGKET

Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan:
Benang
Benang loseng


CONTOH ALAT MENUNAN
PROSES MENGHASILKAN SONGKET

(a) Proses menenun songket

Benang dan bahan pewarna merupakan bahan
asas untuk menghasilkan tekstil melalui proses
tenunan dengan menggunakan alat seperti kek
tumpoh atau kek injik kaki. Benang diwarnakan
dengan alat pencelup yang dipilih bagi
menentukan reka corak permukaan sehelai
kain.




(b) Persediaan sebelum menenun
(i) Menerai benang
Mencerai benang-benang dari tungkulan besar
dengan menggunakan alat rahat dan ruwing

Benang-benang dililitkan kepada pelenting buluh
atau besi (bobbin) untuk digunakan sebagai
benang atau loseng untuk proses menganing.

(ii) Menganing
Proses menyusun benang , loseng dalam
pemidang anian bagi mendapatkan panjang kain
dan corak tanah kain.

iii. Menggulung benang losing ke papan gulung




Benang yang telah siap proses menganing
dipindahkan ke papan gulung melalui proses
menggulung.Benang yang telah siap digulung pada
papan gulung digantung pada kayu pasung yang
terletak di hujung kek.Benang daripada papan gulung
ini dinamakan benang loseng.

iv. Menyapuk
Proses jentera menarik benang dari papan gulung
untuk dimasukkan ke gigi jentera dengan
menggunakan jaarum di mana proses ini dinamakan
proses menyapuh/menyapuk.

v.Mengarat
Proses membentuk dua lapisan loseng melalui proses
jalinan karat.Benang loseng akan berada di dalam
mata karat secara mata karat berselang-seli pada
baris barisan
karat depan atau karat belakang.

vi.Menenun
Proses menenun dikenali sebagai mengarat.Ia dimulakan
dengan benang loseng digerakkan turun naik silih berganti
apabila jijak karat ditekan serta torak dilancarkan dari kiri
ke kanan atau sebaliknya berulang-ulang kali.Setiap kali
torak dilancarkan ,selembar benang akan ditenun. Ia perlu
diketatkan dengan asakan alat jentera. Proses ini dibuat
berulang kali sehinggalah helaian kain terbentuk.

c) Proses menyungkit corak
i.Sebelum menyusun lidi atau bilah rebung, saiz reka
bentuk motif perlu ditentukan dengan mengambil kira saiz
Gigi belakang. Saiz gigi belakang terdiri daripada songketan



tekat tiga dan songketan lima

ii.Setelah itu lidi atau bilah rebung dimasukkan ke celah
benang loseng mengikut bacaan geraf setiap corak.
Proses ini juga dikenali sebagai menyolek. Ini bertujuan
untuk menyediakan benang butang. Benang butang ini
diangkat semasa proses menenun bagi menimbulkan
corak songket.




d.Motif songket

Terdapat tiga jenis motif dalam ragam hias songket

i) Motif berasaskan flora
Contohnya ialah:
Pucuk Rebung
Bunga Tanjung
Bunga Gorek
Bunga Cengkeh
Bunga Telepok
Bunga Lawang
Bunga Kunyit
Bunga Baling-baling




Bunga Cina
Bunga Tambuk Berembang
Bunga Tambuk Manggis


e. Motif berasaskan fauna
contoh:
o Lawi ayam
o Kuda laut
o Dada Kaki Lipan
o Kupu-kupu
o Ayam Jantan
o Burung Merak
o Siku Keluang Besar
o Siku Keluang Kecil
o Gigi Belalang

f.Motif berasaskan geometri
Contoh:
Bintang Pecah Lapan
Makhota




STRUKTUR RAGAM HIAS SONGKET

Kain songket mempunyai tiga bahagian yang paling nyata,
iaitu
a. Kepala kain
Biasanya menggunakan motif Pucuk Rebung dan Lawi
Ayam

b.Badan kain
Motifnya bebas

c.Kaki kain
Seperti juga kepala kain,bahagian ini dihiasi dengan
motif Pucuk Rebung dan Lawi Ayam atau motif yang
disusun secara berbaris (melintang) serta diapit oleh tali
air secara berlapis.


c.Kaki kain
Seperti juga kepala kain,bahagian ini dihiasidengan
motif Pucuk Rebung dan Lawi Ayam atau motif yang
disusun secara berbaris (melintang) serta diapit oleh tali
air secara berlapis.

SUSUNAN LETAK MOTIF SONGKET

Terdapat tiga jenis susunan letak motif songket:

i) Susunan Bunga Penuh
ii) Susunan Bunga Tabur
iii) Susunan Bercorak


SUSUNAN LETAK MOTIF SONGKET


TENUNAN BUNGA PENUH

Corak penuh bersulam juga dikenali songket cuban. Motif
benang emas dan perak ditenun memenuhi keseluruhan
kain.









SUSUNAN BUNGA TABUR

corak ditenun secara bertaburan dan tidak terikat atau
berangkai antara satu sama lain. Motif bunga yang ditenun
ialah bunga tanjung, bunga buah cermai, bunga buah
kesemak dan lain-lain.Taburan pada kain songket juga
dilengkapi dengan garisan corak di kepala dan kaki kain.






SUSUNAN BERCORAK

susunan motif dibuat secara jaluran berdiri atau
melintang.



TEKAT

1. Tekat tergolong dalam seni tekstil iaitu proses
menyulam benang emas ke atas kain dasariaitu kain
baldu. Turut dikenali sebagai seni hias permukaan
kain secara timbul atau sujitimbul (tuji timbul) bagi
kalangan pengusaha tekatan.

2. Suji juga sering dikaitkan dengan sulaman benang
sutera. Sama ada ditekat, disulam ataudisuji,
ragam hiasnya semua dibentuk sama iaitu
keadaannya yang timbul dari permukaandasar kain
kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur



3. Tuji mengikut Kamus Dewan adalah suatu perkataan lama
bermaksud berulang-ulang bertubi-tubi atau berturut-
turut (melakukan sesuatu)

4. Di Perak, tekat biasanya dimonopoli oleh golongan istana.
Raja Permaisuri Perak pada akhirabad ke-19 merupakan
pereka bentuk tukang yang banyak menghasilkan reka bentuk
tekat.Seni tekat telah dianggap sebagai hasil kraftangan,
walaupun fungsinya terbatas dankegunaannya terhad.

5. Motif tekat biasanya diilhamkan daripada flora yang
terdapat di persekitaran kediamanmasyarakat setempat.
. Antara motif yang sering digunakan ialah motif Pucuk
Rebung, DaunPaku, Daun Bunga Padi, Daun Keladi, Daun Peria
dan lain-lain lagi. Motif bunganya pula ialahBunga Cengkih,





3. Tuji mengikut Kamus Dewan adalah suatu perkataan lama
bermaksud berulang-ulang bertubi-tubi atau berturut-
turut (melakukan sesuatu)

4. Di Perak, tekat biasanya dimonopoli oleh golongan istana.
Raja Permaisuri Perak pada akhirabad ke-19 merupakan
pereka bentuk tukang yang banyak menghasilkan reka bentuk
tekat.Seni tekat telah dianggap sebagai hasil kraftangan,
walaupun fungsinya terbatas dankegunaannya terhad.

5. Motif tekat biasanya diilhamkan daripada flora yang
terdapat di persekitaran kediamanmasyarakat setempat.
. Antara motif yang sering digunakan ialah motif Pucuk
Rebung, DaunPaku, Daun Bunga Padi, Daun Keladi, Daun Peria
dan lain-lain lagi. Motif bunganya pula ialahBunga Cengkih,





Bunga Pecah Lima, Bunga Kekwa Bunga Lawang dan
sebagainya. Terdapat juga motif baru yang dicipta
seperti Bunga Raya, Bunga Cempaka dan Bunga
Lalang.


Sejarah Dan Perkembangan


Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung
dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan
keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni
tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa
zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan
penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat
Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan
sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka
Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat
negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul
Khusus.
Tradisi kesenian ini juga dilangsungkan oleh masyarakat
Cina Peranakan berketurunan baba dan Nyonya Melaka
serta orang-orang tempatan di beberapa negeri Melayu lain
setelah kejatuhan Kesultanan Melayu melaka.
Penciptaan dan penggunaan seni tekat akhir-akhirnya
berkembang kepada masyarakat luar istana yang
menampakkan kewujudan kraf tangan rakyat.

Kehalusan dan keunikan seni tekat menampakkan mutu
seni yang rumit, indah dan mewah. Konsep seni bersifat
dua dimensi tetapi kebanyakan hasil tekatan digunakan
untuk penghasilan barangan tiga dimensi seperti tudung
saji,sarung bantal,tepak sirih,kasut dan lain-lain..


Ahdijah b. Hasim








Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang
telah dipilih oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia.Beliau juga
dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran dalam bidang tekat.
Beliau mula belajar menekat daripada ibunya bernama
Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala
Kangsar, Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan
tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak,Sultan Johor,
Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong
TOKOH TEKAT


Hajah Azizah bt. Mohd Yusof

Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit
Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran menekat adalah
di warisidari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun.
Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam
perusahaan menekat. Sebelum ini beliau adalah seorang
Jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak.
Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan
Brunei untuk membuat demontrasi menekat.




JENIS-JENIS TEKAT


1. Tekat Timbul Bunga Emas

Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk
membentu corak motif.Mempulur ialah kertas keras yang
dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman
benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.





2. Tekat Gubah

Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak
gubahan. Pandai tukang hanya menyulam dan membentuk
corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang
untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan
manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa



. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji,
tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar,
peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian
diraja dan sebagainya.
3.Tekat perada

Kertas yang agak tebal permukaannya diliputi perada
emas telen yang ditebuk berkerawang, kemudian ditampal
pada kain.Bahagian tepi kerawang disusuri dengan empat
lembar benang emas, ditindih ikat dengan benang sutera
merah.Kadangkala bahagian bawah kerawang yang
bertepuk dilapikkan dengan kain berwarna lain atau cermin
untuk mengindahkannya.


CONTOH GAMBAR GAMBAR TEKAD


PROSES MENEKAT

Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang
emas, benang putih dan kain dasar dari jenis kain baldu.
Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas
tebal dan kanji (gam) yang digunakan untuk mempulur.
Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk sulaman
timbul.

Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif
dilukis di atas beberapa helai kertas yang dilekat tindih
antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk motif
ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang
mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25
sentimeter







Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk
motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang
terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji
atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur .


Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada
jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat ditegangkan
pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan
daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua,
ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang kayu pula ada dua
jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran
pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini.
Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan
dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai pemidang.
Oleh itu, baldu akan menjadi tegang


Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh
benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran
jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan
kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak
ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang
putih mestilah ketat dan kukuh.

Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah
disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak
kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan
lebih teratur dan kemas.


Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur
tertutup oleh sulaman. Pada bahagian cantuman benang
ataupun pada ruang yang tertinggal kosong ditutup
dengan kertas emas atau labuci.


WAU
DEFINISI
Diertikan sebagai layangan iaitu rangka kayu yang baluti
kertas diterbangkan dengan tali layang-layang dan
dijadikan aktiviti untuk tujuan tertentu terutamanya aktiviti
rekreasi.

Wau merupakan alat permainan yang dibuat daripada
kertas ,gentian atau kain berangka daripada buluh atau
gentian. Wau yang berkepala, bersayap, berekor dan
bertali teraju diterbangkan dengan bantuan angin.Wau
yang terdapat dalam pelbagai bentuk dan nama dikenali
juga dengan nama layang-layang di Johor, Negeri
Sembilan dan Selangor,


Sejarah Wau

1. Seni kraf wau mempunyai nilai astetik yang tersendiri
dan penuh dengan seni halus.

2. Asalnya, wau merupakan permainan masa lapang petani
terutamanya pesawah padi.

3. Wau diperbuat daripada kertas yang berangka (daripada
buluh). Popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah
dan Perlis. Wau dikenali sebagai Layang-layang di negeri
Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.

4. Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China. Ia
digunakan untuk menghantar makanan kepada mereka
yang terperangkap di bukit.



5. Pada masa ini, seluruh dunia meminati permainan wau.
Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau
sedunia. Ia dijadikan acara pertandingan tahunan dan
sebagai tarikan pelancong
(a) Ciri-ciri utama wau
Mesti mempunyai kepala, sayap dan ekor.

(b) Jenis-jenis wau


Wau bulan besar



Wau Kucing
Wau yang disukai bentuknya.
Bentuk badan dan sayap sedikit
bujur,
ekor pula berbentuk ekor ikan.
Bahagian pinggang adalah sedikit
ramping
Wau Jala Budi
Wau ini menggambarkan seekor
ikan di mana ekornya adalah
seperti ekor seekor ikan. Oleh
sebab itu ianya dikaitkan
dengan nama jala.




Wau Merak
Perbezaan hanya pada ekor iaitu
kembang seperti ekor burung
merak.

Wau Barat
Seiras wau bulan. Perbezaan ialah
badan dan sayap lebih bujur.
Kebiasaannya ekor wau lebih kecil
dan leper berbanding wau bulan.



Wau payung berekor
Wau helang
Wau
kenyalang

Alatan dan Bahan
1. Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala
buluh betong pula dijadikan tulang belakang.
2.Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau
dan piau raut digunakan tujuan meraut.
3.Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna
untuk menerbangkan wau.
4.Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna
pada badan wau.
5. Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau.





Proses Penghasilan Wau

1. Memilih buluh

Buluh yang paling baik untuk membuat rangka wau ialah buluh
duri dan dikeringkan. Buluh betong pula amat sesuai untuk
dijadikan sebagai tulang belakang .
Meraut Buluh

Buluh tersebut diraut namun kulit buluh tidak dibuang.
Bilah-bilah buluh dilayurkan pada api sebelum dilentur.

Membuat Rangka
Buluh betung sebagai tulang belakang wau. Rangka pula
daripada buluh duri. Bilah buluh perlu diseimbang. Nylon
digunakan untuk mengikat rangka wau tersebut


Menampal Rangka
Proses menampal rangka wau dilakukan menggunakan
kertas warna. Kertas warna perlulah bersesuaian



Membuat Corak dan Menampal Corak
Corak yang siap ditampal pada kertas warna kemudian
dilekatkan pada badan wau.


Memasang tali teraju
Proses terakhir membuat wau ialah memasang tali teraju.
Terdapat 2 jenis tali teraju iaitu Teraju Dua dan Teraju Tiga.
Selepas memasang tali teraju, proses wau ini lengkap
sepenuhnya



GASING
DEFINISI
Perkataan gasing , sebenarnya berasal daripada suku kata
ka dan sing.Ka iaitu singkatan kayu dan sing daripada
perkataan pusing kerana gasing sifatnya berpusing.

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar
pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing
merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak
dahulu lagi.

Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing
dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira
berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.











Gasing dibuat daripada kayu berbaru,kemuning, merbau,
rambai, durian atau kundang Kayu tersebut akan ditakik-
takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.



Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang
tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing
biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang.
Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk
melicinkan pergerakan.


JENIS-JENIS GASING
Gasing leper Kelantan
Gasing lang laut


Gasing kuno

Gasing toyol



GASING BEGELEN


Jenis-jenis gasing

Gasing Pahang
Gasing Pari
Gasing Playing
Gasing Puyuh
Gasing Loceng
Gasing Berembang
Gasing Bugis
Gasing Bunut
Gasing Cina
Gasing Denak
Gasing Jantung
Gasing Kanak-kanak Johor
Gasing Loceng
Gasing Merlimau
Gasing Paku



Cara Membuat Gasing
Peringkat pertama membuat gasing ialah mencari kayu
yang bermutu cantik dan menarik.Seni mencari kayu gasing
dimiliki oleh tukang-tukang mahir.Biasanya kayu Merbau
dan kayu Membaru menjadi kayu yang digemari oleh
peminat gasing. Kayu yang matang akan menghasilkan
gasing yang menarik.

Peringkat kedua pula ialah peringkat membalak kayu.Kayu
akan dipotong menggunakan gergaji,kapak atau
parang.Setelah kayu dipotong kayu gasing akan dipastikan
kayu yang menarik dan bermutu sahaja diambil,Kayu
gasing dalam bentuk balak akan dinipiskan dan dibentuk
bulat.Kayu gasing tersebut berukuran 15 cm pada ukuran
jejarinya.







Peringkat ketiga pula, kayu gasing akan dilarik
menggunakan sejenis alat.Tukang gasing yang mahir
akan membentukkan kayu gasing menjadi bentuk yang
dikehendaki.Proses peringkat ini memerlukan kemahiran
yang tinggi.



Bahan Pembuatan Gasing

Bahan : Kayu Tualang,Keranji Alat : Mesin Pelarik,
parang, tatah, gergaji.




Potongan kayu mentigi dibubut langsung membentuk
gasing yang dikehendaki, Gasing Uri, Gasing
Pemangkak dan Gasing Penahan.




Setelah berbentuk gasing, kemudian dihaluskan.
Kayu sepanjang 50 cm,biasanya menjadi tiga buah gasing.





Kemudian bahagian tengah gasing diberi kawat supaya
putaran tahan lama, dan langsung di balancing
dengan cara memutar gasing di atas sebuah papan.




TEMBIKAR
PENGENALAN

Tembikar ialah barangan kraf yang diperbuat daripada
tanah liat.

Ia dikeringkan dengan cara mendedahkannya di bawah
pancaran matahari, dan dibakar secara dedah atau dalam
tanur.

Seni tembikar wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu
Bukti penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha
di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di Perlis, Ulu Tembeling
di Pahang,Bukit Tambun di Perak dan Gua Niah di Sarawak.





Tembikar digunakan dalam upacara perubatan atau
upacara pertabalan Sultan, alat pengebumian di Sarawak
dan Sabah selain daripada kegunaan harian

Tembikar Sayong, Tembikar Mambong dan tembikar
Sarawak merupakan tembikar tradisional yang paling
terkenal.


JENIS-JENIS TEMBIKAR
TEMBIKAR MAMBONG

Terkenal di Kelantan
Dihasilkan untuk kegunaan harian
Menggunakan tanah liat yang dicampur dengan sedikt
pasir halus dalam proses pembuatannya
Tembikar yang dikeringkan akan berwarna kelabu dan
apabila dibakar ia bertukar menjadi kemerahan-merahan
Ia tidak mempunyai corak kecuali tulang ikan, pucuk
rebung dan siku keluang

LABU

Bekas air berbentuk buah labu banyak terdapat di Perak
mempunyai corak alam sekeliling dan geometri








TEMBIKAR SARAWAK
Berasal dari China dan diusahakann oleh kaum Cina
Berbentuk tempayan beraneka jenis dan diukir dengan
hiasan kepala naga
Banyak digunakan oleh kaum Kelabit di Sarawak untuk
menyimpan barang berharga,atau mengisi arak
Menggunakan mesin pemutar/ lempar alin dan acuan
BEKAS BARA/PERASAPAN
Digunakan untuk membakar kemenyan dalam upacara
pengubatan dan kematian


GELUK
Bekas air mempunyai ragam hias bermotif kecil dan
ringkas.




TERENANG
Kendi air bertutup yang diperbuat daripada tanah liat
Diusahakan di Kg.Pasir Durian, Pahang
Bahan utama pembuatannya ialah tanah padi berwarna
kuning, keras dan berketul yang didapati di celah-celah
tanah dan batu
Hasil terenang berwarna coklat kekuningan


BUTUNG

Bekas air mempunyai leher dan badan bersaiz besar dan
bahagian badan berbentuk bulat penuh serta mempunyai
permukaan yang licin tanpa hiasan




TEMBIKAR SAYONG
Tembikar ini diusahakan di Sayong, K.Kangsar, Perak.
Bentuknya diilhamkan daripada buah labu air.
Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil dan
menyimpan air.
Air yang disimpan dalam labu sayong ini dikatakan dingin,
nyaman dan mempunyai khasiat yang tertentu.
Ia dihasilkan oleh kaum wanita , menggunakan teknik
picitan dan lingkaran
Corak hiasannya berdasarkan alam sekeliling dan rupa
geometri.

JAMBANGAN
Badan berbentuk labu yang ditinggikan seperti tempayan
atau buyung berkaki digunakan untuk meletak bunga.






Teknik-teknik Membuat Tembikar





1. Teknik picit
dengan cara menekan dan memicit ketulan tanah liat dari
bahagian tengah.
merupakan teknik yang paling mudah

2. Teknik lingkaran
bahagian tapak disediakan terlebih dahulu
kemudian tanah liat digelek dengan tangan sehingga menjadi
lingkaran panjang seperti silinder dan dilingkar membentuk
sebuah tembikar




3. Teknik kepingan
dihasilkan dengan cara mencantumkan kepingan tanah liat
yang dipotong mengikut saiz tertentu
bahagian tepi hujung kepingan tanah liat dipotong secara
menyerong 45 darjah bagi tujuan penyambungan
bahagian hujung kepingan disapu atau dicelup dengan
slip(Lumpur tanah liat yang berfungsi sebagai pelekat / gam
4. Teknik lempar alin/ putaran
menggunakan mesin pemutar / roda pemutar
tembikar dibentuk semasa melakukan putaran
bentuk tembikar terhad kepada bentuk bulat dan selinder
sahaja


5. Teknik acuan
dilakukan dengan menekan ke dalam acuan kayu atau
logam
bagi acuan plaster paris, slip ( tanah liat cair) dituang ke
dalam acuan
digunakan untuk perusahaan komersial


PERHIASAN DIRI
LATAR BELAKANG
oAmalan menghias diri telah bermula sejak zaman primitif
lagi.Masyarakat padazaman itu menggunakan pelbagai
warna untuk mewarnai tubuh badan mereka sebagai
hiasan diri.
o. Faktor kepercayaan dan kebubayaan menentukan
carapenghiasan diri bagi sesuatu kumpulan manusia.
oApabila manusia bertamadun, rekaan pelbagai alat
perhiasan diri mula diciptadengan menngunakan pelbagai
bahan yang berharga seperti emas, perak dan batu
permata.
oDengan penemuan perhiasan dan wang emas di Lembah
Bujang,Kedah, membuktikan bahawa orang-orang Melayu
telah menggunakan alatperhiasan diri sejak abad tujuh
masehi (7 M) lagi.


oPada zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu pembuatan
barangan kemas adalahuntuk memenuhi keperluan dan
kegunaan keluarga di raja. Oleh yang demikian,
penghasilan barangan kemas pada zaman dahulu adalah
di bawah naungan istana
oPada zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu pembuatan
barangan kemas adalahuntuk memenuhi keperluan dan
kegunaan keluarga di raja. Oleh yang
demikian,penghasilan barangan kemas pada zaman
dahulu adalah di bawah naungan istana.


o Antaranya ialah hiasan kepala, telinga, leher, tangan
dan kaki serta hiasan di kepala.


HIASAN KEPALA
a)Cucuk sanggul

Kebanyakan wanita Melayu zaman dahulu menyimpan
rambut panjang dan membuat sanggul
Mereka menggunakan pelbagai cucuk sanggul.
Cucuk sanggul diperbuat daripada buluh,tembaga, perak,
suasa dan emas.
Cucuk sanggul digunakan untuk menyemat dan menahan
sanggul supaya tidak terburai.
Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai hiasan yang
menambahkan seri kepada si pemakai. Untuk itu cucuk
sanggul dihias dengan batu-batu permata beranika warna.
Wanita nyonya dan ceti di Melaka menggunakan beberapa
cucuk sanggul yang menyerupai ekor merak yang kembang


b)Sikat atau sisir rambut
Sisir rambut merupakan alat untuk mengemas dan merapikan
rambut.Selain digunakan untuk menyisir rambut, sikat juga
digunakan sebagai hiasan kepala yang telah disematkan pada
sanggul dalam kedudukan tertentu.


Sikat dibuat daripada bahan seperti kayu, tanduk, buluh,
tulang, gadingdan kulit. Bahagian atas mata sisir dihiasi
dengan ukiran yang menarik.
c)Penutup Kepala

oMemakai penutup kepala ialah satu kelaziman bagi orang
Melayu zaman dahulu sama ada lelaki dan perempuan .


Orang lelaki memakai tenggolak.Tenggolak golongan
bangsawan dan pengantin lelaki biasanya dihiasi dengan
barang kemas yang diperbuat daripada emas bermotifkan
flora dan fauna dalam berbagai bentuk flora dan fauna
dalam berbagai bentuk.
Mahkota pula, digunakan dalam adat istiadatdi raja
atau dipakai oleh pengantin.Ia diperbuat daripada logam
biasa atauemas bertahtakan intan permata.

HIASAN TELINGA
Terdapat tiga jenis hiasan telinga tradisional Melayu, iaitu
anting-anting (subang jurai), kerabu dan sunting malar.

Anting-anting diperbuat daripada emas dan suasa yang
dibuat dengan teliti dan halus.


Bentuk anting-anting selalunya berjurai dan labuh.
Kerabu ialah subang yang melekat pada telinga dibuat dalam
pelbagai bentuk seperti geometrik, flora dan diikat dengan
sebutir batu permata atau mutiara.
Sunting malar pula merupakansatu hiasan yang digantung
ditelinga dan berjurai ke bawah.
Biasanya wanita yang memakai sunting malarakan
Menyanggul rambut agar kelihatan lebih berseri.
HIASAN LEHER
Terdapat beberapa jenis hiasan leher tradisional Melayu
seperti rantai, loket,dokoh dan kalung.
Rantai
Rantai terbahagi kepada dua jenis, iaitu rantai pendek dan
rantai labuh.Rantai diperbuat daripada emas, suasa atau
perak yang bermotifkan awan larat flora.Kadang kala ia diikat
dengan intan atau berlian


Loket
Loket hanya dipakai bersama rantai. Loket selalunya
bermotifkan flora dan fauna dan dibentuk dalam pelbagai
rupa seperti geometrik dan organik.Ada juga loket yang
diikat dengan batu permata atau mutiara sebagai hiasan

Dokoh
Dokoh terkenal di kalangan penduduk di Pantai Timur
SemenanjungMalaysia.
Ia bermotifkan alam semulajadi seperti bentuk daun dan
dicantumkan bertingkat-tingkat pada seutus rantai.
Selalunya dokoh mempunyai tiga tingkat



Kalung
oKalung dipakai oleh pengantin.
o Ia diperbuat daripada emas atau perak.
oBentuknya berjalur dan bertingkat-tingkat hasil daripada
sususan rantai halus.
oTerdapat dua jenis kalung iaitu kalung panjang dan kalung
pendekdan selalunya leper.
oKalung juga dikenali sebagai aguk.
HIASAN TANGAN DAN LEHER
Alat hiasan diri ialah benda yang disarung pada bahagian
anggota badan khususnya pada jari, pergelangan tangan
dan kaki seperti cincin,gelang tangan,dan kaki. .

Cincin dipakai di bahagian jari dan biasanya dijari manis.
Ada juga yangmemakai lebih daripada sebentuk cincin.


Cincin dibentuk dalam pelbagai iaitu cincin belah rotan.
Ada juga cincin yang diukir indah pada birainya untuk
menambahkan seri dan keunikkan.

Gelang tangan sangat disukai oleh wanita dari dahulu
hingga sekarang. Iadiperbuat daripada emas atau perak.
Ada gelang yang berukuran timbul bermotifkan flora dan
bentuk geometri.
Terdapat juga gelang yang dihiasi dengan permata
mengikut citarasa pemakainya.
Ada gelang yang dibuat lohong di dalamnya dan ada juga
yang padu.
Gelang yang berbentuk rantai dinamakan rantai tangan
dan dipakai di pergelangan tangan.Bentuknya leper dan
kadangkala diikat dengan batu permata.



. Gelang kaki biasanya dipakai oleh pasangan pengantin
dan keturunan di raja.

Bentuk dan pembuatannya adalah serupa dengan
gelang tangan dan selalunya dipakai sepasang.

Terdapat pelbagai ukiran yang dijadikan hiasan pada
kaki
.


HIASAN PINGGANG
Hiasan ini terdiri daripada tali pinggang dan
pending.
Tali pinggang direka dalam pelbagai jenis dan
bentuk untuk menjadikan seseorang pemakainya
lebih bergaya dan menarik dengan memakai pending
sebagai kepala tali pinggang.
Talipinggang diperbuat daripada emas, perak dan
tembaga.
Pending pula biasanyadihiasi dengan motif flora
dan fauna yang amat halus dan menarik buatannya


Tali ipinggang diperbuat daripada emas, perak dan
tembaga.
Pending pula biasanya dihiasi dengan motif-motif flora
dan Sauna yang amat halus dan menarik buatannya

HIASAN PADA PAKAIAN
Baju tradisional Melayu selalunya dihiasi dengan
kerongsang dan butang yang menarik.
Kerongsang dipakai sebagai kancing dan juga sebagai
penghias baju,terutamanya baju kebaya labuh.
Terdapat berbagai-bagai jenis kerongsang yang
diperbuat daripada emas atau perak dan diukir atau
dihiasi batu permata.


.
Butang baju pula berfungsi seperti kerongsang tetapi
ianya dipakai pada bajukurung lelaki sahaja.
Butang baju Melayu diperbuat daripada emas, perak
dan suasa.
Ada di antara butang baju yang dihiasi batu permata.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 1
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Tahun : 1 Arif

Tarikh : 19 September 2013-09-20

Bilangan Murid : 35 orang

Bidang : Mengenal Kraf Tradisional

Aktiviti : Anyaman

Tema : Alam Semula Jadi

Tajuk : Anyaman (Motif MataBilis) Ikan Ajaib

Masa : 8.45 9.45 (60 minit)

Media : Alatan : Gunting
Bahan : kertas warna yang telah digunting, dan gam

Bahan Bantu Mengajar : Contoh anyaman

EMK : Elemen kreativiti, dan inovatif
Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Elemen keusahawanan


STANDARD KANDUNGAN

Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan
manusia dan karya seni
Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi
penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni
Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam
penghasilan karya seni.
Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni
visual, sejarah seni dan budaya

STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni
visual yang terdapat pada karya seni.

4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1 Garisan lurus dan selari
4.1.1.2 Rupa geometri
4.1.1.3 Jalinan tampak dan sentuh
4.1.1.4 Warna sekunder
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Ritma dan pergerakan
4.1.2.2 Kontra

4.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
menerusi penggunaan media dan teknik
dalam aktiviti seni
4.2.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni
4.2.2 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
4.2.2.1 Alatan gunting
4.2.2.2 Bahan gam dan kertas warna
4.2.3 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses
dalam penghasilan karya

4.3 Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan,kefahaman
dan kemahiran berbahasa seni visual dan
menghasilkan karya seni 2D.
4.3.1 Murid boleh mengaplikasikan pengetahuan,
kefahaman dan kemahiran Bahasa Seni visual
dalam menghasilkan karya seni 2D
4.3.1.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara
kreatif
4.3.1.2 Menggunakan asas seni rekaan ( unsur seni dan
prinsip) rekaan dalam penghasilan karya

4.3.2 Mengaplikasikan teknik anyaman kelarai (motif mata bilis)
dalam penghasilan kraf
4.3.2.1 Teknik anyaman kelarai (motif mata bilis)

4.4 Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri
berpandukan bahasa seni visual
4.1 Mempamerkan karya seni yang dihasilkan
4.2 membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan cara
apresiasi mudah (bimbingan guru).
4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

Nyanyian lagu Ikan Kekek

Ikan kekek mak iloi-iloi
Ikan gelama mak ilai-ilai
Dapat isteri cantiknya amboi
Tapi ketawa mengila-ngilai

Persepsi Estetik

Guru mengaitkan tentang elemen-elemen;
Unsur Seni garisan, rupa, jalinan, warna.
Prinsip Seni - Pergerakan, kontra dan ritma
Guru memperkenalkan anyaman kepada murid-murid
Guru menunjukkan contoh anyaman.
Guru memperkenal media atau bahan gantian



Aplikasi Seni

Menunjukkan cara menyediakan anyaman motif mata bilis bagi mendapatkan idea perancangan
proses kerja (tunjuk cara dari guru) untuk menghasilkan rupa ikan.




Langkah 1

Guru menyediakan bahan seperti kertas warna yang telah digunting ikut saiz

Ekspresi Kreatif

Murid menomborkan nombor genap dan ganjil pada kertas bagi tujuan membezakan susunan
anyaman.







Langkah 2

Lipat dua kertas warna yang telah dipotong.
Silang dan sisipkan dua warna yang berbeza mengikut aturan nombor. (Gambar A)
Menyisip kertas yang berlainan nombor warna di antara satu sama lain mengikut
arahan dan tunjuk cara guru.
Menganyam anyaman motif mata bilis seperti yang ditunjukkan dalam gambar B
dan C.
Langkah 3



Murid melakukan aktiviti menyisip anyaman dengan bimbingan guru.
Sisipan kertas warna dianyam mengikut nombor seperti tertera di hujung jalurnya.

Membuat kemasan

potongan sirip dan ekor
dekorasi rupa mata ikan dan jalinan sirip


Apresiasi Seni

Mempamerkan karya seni pada papan pamer
Murid menyatakan apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan.
Guru menerangkan kepada murid-murid nilai komersial yang boleh
didapati dari hasil anyaman.
Guru boleh memilih untuk menyambung aktiviti anyaman ke dalam aktiviti
MENGGAMBAR pada minggu hadapan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 5

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Kelas : 5 Arif
Tarikh : 21 September 2013
Masa : 8.45-9.40 pagi. (1 Jam)
Bilangan Murid : 35 orang.
Bidang : Mengenal Kraf Tradisional (Memperkenalkan idea penolakan warna).
Tajuk : Corak Bunga
Aktiviti : 1. Menggunakan lilin atau krayon untuk membuat berbagai-bagai
jenis garisan, titik atau objek lain di atas kertas.
2. Menyapukan permukaan kertas dengan warna air
mendapatkan penolakan warna.
3. Mempamerkan hasil kerja kepada kelas.

Pengalaman Sedia ada : Murid pernah menggunakan krayon atau warna air pada
pengajaran lepas.

Objektif : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid
dapat:
Menyedari adanya kesan penolakan warna air pada lilin dan krayon.
Mengetahui lilindan krayon mempunyai sifat kalis air.
Menghasilkan corak bunga dengan menggunakan kaedah melilin.
Berbangga dengan hasil corak batik yang dibuat.

Alat/Bahan Bantu Mengajar:
Contoh kain batik.
Lilin atau krayon.
Warna air.
Kertas lukisan.
Berus lukisan.
Pensel
Penerapan Nilai :
Bekerjasama.
Tekun membuat kerja.
Teliti.
Mendengar arahan guru dengan betul.
Menjaga kebersihan
Langkah/masa Isi pelajaran Aktiviti P d P Catatan/ABM
Set induksi( 5minit) Pertunjukan fesyen
batik
1. Murid bersedia
utk aktiviti
pengajaran n
pembelajaran
pada hari
tersebut.
2. Murid melihat
contoh kain
batik
Contoh kain batik

Langkah/masa Isi Pelajaran Aktiviti p d p ABM
Aktiviti ( 5 minit) Pengenalan alat d
bahan yang akan
digunakan.Demont
rasi penggunaan
alat n bahan.
-lilin/krayon
-Warna air
-Kertas lukisan
-Berus lukisan
-Palet
-Pensel

1. Murid
mengenal pasti
alat dan bahan
yang sesuai
untuk
membuat
corak berulang
menggunakan
lilin krayon.
2. Murid melihat
demontrasi
membuat
corak berulang
menggunakan
lilin/krayon.
3. Melukis corak
berulang.
4. Mewarnakan
corak
menggunakan
warna air.
ABM :
Lilin/krayon
Warna air
Kertas
Lukisan
Berus
Lukisan
Palet pensel
Langkah/masa Isi pelajaran Aktiviti P d P Catatan/ABM
Aktiviti 3
(15 minit)
Aras 1
Membuat lakaran
objek ai atas
permukaan kertas
lukisan
menggunakan
pensel
1. Murid melakar
corak berulang
bermotif bunga
pada kertas lukisan
menggunakan
pensel
Kertas lukisan
pensel
Langkah /masa Isi pelajaran rayontiviti P n P ABM
Aktivit 4 (10 minit)





Aktivti 5 (10 minit)
Aras 2
Membuat lakaran
krayon di atas la
karan asal


Aras 3
Mula mewarnakan
lakaran corak
berulang yang
telah dibuat dengan
menggunakan
warna air.
Murid membuat
lakaran krayon
diatas lakaran asal
corak bunga.


Murid mewarnakan
lakaran yang
menggunakan
krayon dan
menyapu
permukaan kertas
lukisan dengan
warna air.
ABM;
Krayon




ABM:
Warna air berus
lukisan
Langkah/masa Isi pelajaran Akiviti pengajaran
n pembelajaran
Catatan/ABM
Penutup (5 minit) Kekemasan:
Membuat
kekemasan terakhir
dengan menambah
objek-objek lain di
permukaan lukisan.

Sesi Apresiasi dan

Refleksi:
1. Penerangan
hasil kerja.
2. Rumusan.
3. Penerapan nilai.
1. Murid dapat
menilai
keupayaan
sendiri semasa
menghasilkan
lukisan
2. Murid yang
dipilih oleh
guru akan
menceritakan
hasil kerja yang
dihasilkan.
3. Menerapkan
nilai kebersihan
ABM:
Contoh lukisan yang
telah disiapkan
TKP:
Verbal-linguistik
Nilai:
Kebersihan
Rujukan

Kamal bin Md.Rahim. (2013).Pendidikan Seni Visual SPM. Selangor Darul
Ehsan.Cemerlang Publications Sdn.Bhd.
Khairuddin Talib. (2006) HBAE3103 Mengenal Kraf Tradisional.Fakulti
Pendidikan dan Bahasa. Open University Malaysia.
Mat Aris bin Suradi. (2013).Galeri Pendidikan Seni Visual KBSM. Selangor
Darul Ehsan. Pan Asia Publication Sdn. Bhd.
Rousliluddin bin Ambia.(2005) HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni
Visual
Fakulti Pendidikan,Sastera dan Sains Sosial.Open University Malaysia.
Halaman sesawang:
alkhattabatik.blogspot.com.
cikgutan cl.blogspot.com
en.wikipedia.org/wlk/Malaysia-batik.
jojoi80.blogspot.com
ruangseni.blogspot.com/.../sejarah batik-malaysia.html

SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai