Anda di halaman 1dari 1

KRAF TRADISI

Kraf tradisional adalah kegiatan kerja seni yang dihasilkan menggunakan kemahiran tangan. Di Malaysia terdapat beberapa kraf tradiosional seperti batik, tembikar, anyaman, ukiran, tenunan.

Ukiran diperbuat daripada kayu, gading atau tanduk yang diukir. Lazimnya ukiran digunakan sebagai hiasan yang digunakan pada bangunan, rumah serta alatan,alat perhiasan dan senjata. Sarung keris dan ulu keris misalnya dihasilkan dengan adunan seni pertukangan dan ukiran.

Anyaman adalah satu lagi contoh kraf tradisional. Anyaman tradisi Melayu menpunyai ragam hias atau corak berasaskan motif-motif tertentu. Misalnya ada corak atau kelerai tampuk pinang, mata bilis,siku keluang,bunga cina dan sebagainya.Secara umum motif utama dalam anyaman kelarai adalah daripada unsur flora dan unsur fauna.Bahan anyaman selalunya daripada tumbuhan seperti rotan,buluh, pandan, mengkuang , akar dan sebagainya. Batik adalah kraf tradisi yang terkenal di Malaysia. Batik boleh dihasilkan dengan dua cara iaitu dengan cara dilukis atau diterap. Batik ukis biasanya menggunakan motif flora dan fauna dan dilukis menggunakan canting yang mempunyai corong halus bagi mengalir lilin panas yang bertindak sebagai penebat diantara ruang !arna bagi membentuk corak-corak yang sesuai dengan rekaan yang dihasilkan."arna akan disapu pada permukaan kain dengan menggunakan berus !arna. Batik terap dihasilkan dengan menggunakan blok logam yang diperbuat daripada tembaga atau kepingan #ink.$ntuk menghasilkan corak pada blog kepingan #ink perlu dipateri dengan timah. Blok corak batik juga menggunakan lilin panas sebagai penebat bagi menghasilkan corak batik blok seperti yang dirancang. Tembikar adalah kraf tradisi yang diperbuat daripada tanah liat halus. Bagi mendapatkan bentuk tembikar yang diinginkan, tanah liat akan diuli dan dibentuk supaya menjadi bentuk diinginkan seperti, pasu, labu dan sebagainya. Diantara tembikar tradisional yang terkenal ialah tembikar sayong, tembikar mambong dan tembikar Sarawak. %embikar Sayong dikenali dengan abu Sayung.Secara umumnya labu sayung dihasilkan oleh pembuat tembikar yang tinggal di Kuala Kangsar, &erak. Manakala tembikar mambong terkenal di Kelantan.'asilan tembikar mambong seperti belanga,buyung, bekas kemeyan dan periuk. %embikar Sara!ak pula adalah dalam bentuk pasu lonjong yang mempunyai ragam hias etnik masyarakat Sara!ak, flora, fauna dan di!arna secara !arna-!arni dan disepuh dengan kaca.

Anda mungkin juga menyukai