Anda di halaman 1dari 17

KEGIATAN SOSIOBUDAYA RAKYAT

Kegiatan sosiobudaya rakyat merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat
Melayu pada masa itu untuk mengisi masa yang terluang dengan akativit yang berfaedah.
Aktiviti yang dilakukan adalah seperti kegiatan masa lapang, mengukir atau lebih dikenali
sebagai kesenian rakyat, mengamalkan adat resam dan lain-lain Perbuatan ini bersesuaian
dengan peribahasa masa itu emas.

KEGIATAN MASA LAPANG


Masa lapang adalah masa yang terluang yang boleh diisi dengan pelbagai aktiviti. Antara
aktiviti yang dilakukan oleh rakyat adalah:

Sepak Takraw
Sepak takraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai
oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Juga dikenali sebagai sepak raga, sepak takraw
adalah sebiji bola tradisional yang diperbuat dari lilitan bilah kulit buluh yang ditimang
menggunakan sebarang anggota tubuh badan kecuali tangan dan lengan. Terdapat dua jenis
sepak takraw: bulatan dan jaring. Sepak raga bulatan adalah bentuk asli permainan ini di
mana pemain berdiri dalam bulatan dan berusaha selama mungkin menimbang bola tanpa
terjatuh ke tanah. Sepak takraw jaring adalah bentuk moden permainan ini yang mana bola
tersebut ditujah melepasi jaring yang tinggi ke sebelah pihak lawan.

Gasing
Ianya diperbuat daripada kayu berbentuk bujur dan mempunyai paku panjang. Gasing
merupakan satu lagi permainan tradisional yang terkenal. Ia telah dimainkan sejak dahulu
1

kala dan terkenal di kalangan orang-orang Melayu. Gasing yang diperbuat daripada kayu
jambu, mengeluarkan dengungan yang amat menarik ketika dipangkah. Dengungan itu
menjadi salah satu kemegahan kepada pemangkahnya. Jika dilempar dengan betul, gasing ini
kadangkala boleh terus berputar hingga dua jam lamanya.

Wayang Kulit
Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang
dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing) yang diukir halus dan dicat tangan.
Setiap patung mempunyai rupa dan bentuk watak manusia yang tersendiri, dan mempunyai
bahagian tangan dan kaki yang bersendi. Pertunjukan wayang kulit.
Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui
Patani, Selatan Thailand. Ceritanya berdasarkan penglipur lara tempatan. Watak-watak
wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan.

Congkak
Congkak adalah sejenis permainan berasaskan matematik yang dimainkan oleh kaum wanita
zaman dahulu. Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan
kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji
guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok. Congkak
menggunakan papan kayu adalah berbentuk sampan serta memiliki lubang-lubang untuk
diisikan dengan buah congkak dan mempunyai 5, 7,dan 9 lubang yang dipanggil kampung
dengan satu lubang besar di bahagian hujung dipanggil rumah.

Batu Serembat / Batu Seremban


Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Bat Seremban. Permainan ini
gemar dimainkan oleh dua budak perempuan atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca,
biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang
berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Dimainkan diatas tanah yang lapang dan rata dalam keadaan duduk.Dalam permainan
batu seremban, terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan iaitu
bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan
buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas
dinamakan buah tujuh. Giliran dan kemenangan ditentukan dengan siapa yang dapat
menimbang paling banyak batu.

KESENIAN RAKYAT
Kesenian rakyat merupakan hasil ciptaan air tangan rakyat itu sendiri. Kegiatan seni ini dapat
mempamerkan bakat dan nilai mutu kesenian yang tinggi bagi rakyat. Kegiatan seni secara
berkumpulan atau bekerjasama dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan
harmoni. Terdapat 8 bidang seni yang sering dilakukan oleh rakayat iaitu:

Seni Bina
Kebanyakan rumah masyarakat Melayu dipengaruhi oleh pengaruh Siam, Majapahit,
bercorakkan rumah Minangkabau dan lain-lain. Antara rumah tersebut adalah seperti berikut:

Rumah Limas Bungkus/Rumah Perabung Lima


Rumah Limas Bungkus atau Rumah Perabung Lima ini dikatakan berasal dari Belanda dan
British. Senibina jenis ini mula diperkenalkan di kepulauan Riau sekitar abad ke-17 hingga
ke-19 dan dibina di Terengganu pada abad ke-19.Ciri-ciri istimewa rumah jenis ini ialah
penggunaan sebatang bumbung yang lurus mendatar dan empat batang perabung menurun ke
3

cucuran atap. Struktur rumah ini dikenali berdasarkan bumbung rumahnya yang terdiri dari
pada sebuah perabung lurus dan bersambung pula dengan 4 buah perabung yang turun ke
cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran-ukiran kerawang kayu. Terdiri daripada 2 jenis
bentuk iaitu bentuk panjang dan bentuk segi empat

Rumah Melaka
Di Melaka rumah tradisionalnya dikenali dengan panggilan Rumah Melayu Melaka. Ia masih
terdapat di seluruh Negeri Melaka sehingga kini. Rumah ini terkenal dengan tangga batunya
yang disalut dengan jubin beraneka warna yang diimport dari China dan India. Rumah ini
biasanya dibina dari kayu cengal, meranti dan damar laut.

Rumah Tiang 12
Di Negeri Kelantan terdapat rumah tradisional Melayu dikenali sebagai Rumah Tiang 12.
Rumah jenis ini mengandungi 12 tiang utama pada rumah ibu, 6 tiang serambi dan 6 tiang
panjang. Bumbungnya panjang di mana pada tepi sudut dindingnya dipasang dengan tabir
layar. Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unit bangunan iaitu bangunan rumah ibu yang
mengandungi ruang selasar, rumah tengah dan rumah dapur.

Rumah Potong Belanda/ Limas Belanda

Rumah jenis ini berasal daripada rumah Limas Bungkus tetapi telah diubahsuai untuk
menampakkan imej Melayu iaitu dengan menambah bukaan atap kecil seperti V terbalik di
sebelah atas supaya udara dapat masuk di dalam rumah.

Seni Tekat
Seni tekat merupakan sejenis kraf tangan yang amat popular di kalangan masyarakat Melayu
mahupun masyarakat lain. Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas,
benang putih dan kain dasar dari jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari
rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam) yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan
mempulur akan menjadikan bentuk sulaman timbul. Antaranya adalah seperti berikut:

Tekat Timbul Bunga Emas


Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif.Mempulur
ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas
akan menutupi mempulur di atas kain baldu.

Tekat Gubah
Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Tukang hanya menyulam
dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan
corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah
dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut
pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian
diraja dan sebagainya.

Tekat kertas perada bertebuk


Tekatan ini memainkan peranan penting di dalam seni tekat Melayu. Tekatan jenis ini
menggunakan kertas perada iaitu kertas yang agak tebal di mana permukaannya diliputi
perada emas tulen. Kertas ini ditebuk dengan motif awan larat atau kerawang, ragam hias
yang popular dalam seni tekatan. Kemudian ia ditampal ke atas kain dan bahagian tepi kertas
itu disusurkan dengan empat lembar benang emas yang ditindih ikat dengan benang sutera
merah sebagaiman Tekat Gubah. Kadangkala kertas perada yang bertebuk itu akan
dilapikkan pula dengan kain berwarna lain atau dengan cermin berwarna untuk
memperindahkannya lagi.

Seni kraf
Seni kraf merupakan satu perusahaan hasil kerja atau hasil seni yangmemerlukan daya cipta
dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai jenis
dan bentuk. Kraf tangan juga adalah dikategorikan sebagai seni rupa dalam masyarakat
Melayu. Antara seni kraf adalah seperti berikut:

Batik Blok
Teknik pembuatan ini adalah terawal digunakan oleh masyarakat kita. Blok yang digunakan
diperbuat daripada kayu atau logam yang diukir dengan motif tertentu dan sesuai bagi
mengecap kain yangdikenali sebagai batik blok atau cop.. Kain yang digunakan terdiri
daripada kain kapas, kain sutera danorganza yang kini menjadi satu jenama fesyen dan
digemari rakyat Malaysia bahkan luar negara.Selain daripada pakaian, batik blok juga boleh
dijadikan sebagai hiasan rumah yang menarik

Batik Canting
Batik canting juga digelar sebagai batik lukis. Pembuat batik memerlukan lilin cair
untuk diterapkan di atas lakaran pada kain dengan menggunakan satu canting khas.
Proses mencanting memerlukan ketelitian dan kesabaran kepada pembuatnya.
Kemudian, ia diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Reka corak dan warna yang
indah bukan sahaja menjadi tarikan dari segi fesyen pakaian malahan turutdijadikan
sebagai alat perhiasan dan kelengkapan rumah serta cenderamata.

Batik Pelangi
Batik pelangi ialah batik yang dihasilkan tanpa penggunaan lilin dan diperkenalkan oleh Che
Minah Pelangi dari Terengganu ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin II (1793 1808).Ia
disebut juga sebagai kain rawa.Digunakan sebagai tudung / selendang serta menjadi
pelengkap atau eksesori pakaian terutama inang dan dayang di istana.Ia dihasilkan dengan
menggunakan teknik ikat dan celup.

Seni tenun
Seni tenun adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli
antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang mendatang ) untuk
dijadikan sehelai kain. Antara seni tenun adalah seperti berikut:

Kain Cindai
Kain Cindai atau juga dikenali sebagai kain Limar, merujuk kepada kain tenunan sutera halus
yang bermutu tinggi. Kain Cindai merupakan kain yang mempunyai tenunan benang tinggi
setiap inci dan dikatakan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Jumlah tenunan ikat
berkembar yang tinggi ini menjadikan kain Cindai amat kukuh dan menjadi rebutan kerana
dianggap mampu menahan tikaman senjata.

Kain Limar
Pada tahun 1773, pemerintah Melaka, Sultan Mansur Syah I telah meminta para penenun
istana mencipta sejenis kain yang menyerupai kain cindai dan kain songket. Daripada
pemerintahan diRaja itu, lahirlah kain limar. Ketika kain limar mula-mula dihasilkan dahulu,
kombinasi warna-warna buah limau iaitu rentetan warna dari hijau kuning ke merah tua
digunakan. Kain limar ditenun daripada benang sutera dan bersulam benang emas. Teknik
buatan kain limar sama dengan kain cindai cuma perbezaannya sebelum ditenun, coraknya
ditentukan dengan cara mengikat benang-benang itu berkelompok pada alat aning. Kain limar
merupakan pakaian wanita istana pada zaman dahulu.

Tenunan benang kapas


Tenunan ini adalah tenunan biasa termasuk dalam kelompok tekstil sederhana iaitu jenis awal
yang ditemui di wilayah budaya tekstil Melayu pesisir. Tekstil ini khususnya diperbuat
daripada kapas dipakai oleh kalangan rakyat biasa. Tenunan berhias corak hasil jalinan tenun
benang pakan dan loseng berwarna Hampir seluruh wilayah budaya tekstil melayu seperti
Kelantan, Terengganu, Pahang, Riau-Siak, Sulawesi, Minangkabau, Palembang menghasilkan
tenunan biasa atau tenunan becorak yang seperti ini.

Seni mempertahankan diri


Seni mempertahankan diri dan bermain senjata amat penting untuk mempertahankan diri
daripada musuh. Kesenian ini dapat memupuk disiplin yang tinggi dalam diri seseorang
inidividu. Antara seni mempertahankan diri ialah :

Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu
atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Ini termasuklah pengamalpengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan
Thailand. Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah
seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong
dan sundang.

Tai Chi Chuan (/, pinyin: Tijqun), adalah salah satu daripada tiga jenis
utama kung fu aliran lembut. Dua aliran lembut yang lain ialah Hsing Yi dan Pakua. Lembut
di dalam aliran ini bukan hanya bermaksud pergerakan yang lembut tetapi juga bermaksud
menggunakan kekuatan tenaga dalam. Di antara gaya yang popular di Malaysia ialah gaya
Yang dan gaya Cheng Man Chen.
Terdapat banyak gaya Tai Chi Chuan. Tiga gaya yang utama ialah seperti berikut:
1.

Tai Chi Chuan gaya Chen

2.

Tai Chi Chuan gaya Yang


9

3.

Tai Chi Chuan gaya Wu

Seni tari
Seni tari ialah seni yang lazim di negara ini. Terdapat pelbagai seni tari yang dapat didapati di
Malaysia dan negara lain iaitu:

Tarian Kuda Kepang


Diwarisi dari Jawa, tarian ini turut mengandungi pengaruh Islam. Pakaian penari-penarinya
diadaptasi daripada kebudayaan Jawa. Unsur Islam terserlah jelas pada jalan cerita tarian ini
kerana ia mengisahkan situasi peperangan pada zaman Nabi Muhammad dan para sahabat
baginda. Tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam untuk menarik perhatian penduduk
setempat datang beramai-ramai untuk menyaksikan persembahan mereka.

Tarian kipas
Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita
dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati
dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai
alat keperluan.

Seni muzik
Seni muzik adalah seni yang amat disukai oleh msyarakat mahupun muda atau tua. Ini kerana
muzik sudah lama dipermainkan sejak dari nenek moyang kita lagi. Anatara alat muzik yang
dapat didapati di Malaysia ialah.

10

Gambus
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya
membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah
persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan
dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian AndaiAndai oleh orang Brunei di Sabah.

Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang
sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh
digunakan dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting
dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China.

Gedombak
Adalah sejenis gendang berbentuk jambangan bunga. Bahagian mukanya besar dan dibalut
dengan kulit kambing. Bahagian kecilnya dibiarkan berlubang. Alat muzik ini biasanya
digunakan dalam kumpulan wayang kulit dan tarian tradisi.

11

Seni ukir
Seni ukir adalah seni yang tidak asing di negara kita. Ini kerana setiap rumah di negara ini
pasti terdapat ukiran di dalam rumah sama ada di pasu bunga atau di atas siling. Terdapat
pelbagai seni ukir di negara ini, antaranya:

Larik
Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk
bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering
terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.

Ukiran Tebuk Tembus

Ukiran Tebuk Tidak Silat

Ukiran Tebuk

Silat

Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan
menggunakan gergaji gerudi supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua
jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.
Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar,
lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat,
siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta
melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih
12

ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul
dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah
awan larat, silang dan simetri.

Adat resam
Adat resam di negara kita terdapat pelbagai adat resam yang diwarisi turun-temurun.
Antara adat resamnya ialah:
Di dalam perkahwinan kaum Melayu

Merisik
Untuk mengetahui sekiranya perempuan yang hendak dikahwini sudah berpunya atau belum.
Cincin tanda diberikan sebagai tanda setuju.

Meminang
Pihak lelaki menghantar rombongan meminang setelah mengetahui keadaan perempuan
tersebut untuk meminta persetujuan bagi melangsungkan perkahwinan.tarikh perkahwinan
dan akad nikah akn ditetapkan.

Akad nikah
Majlis akad nikah dijalankan di rumah pihak perempuan.upacara ini biasanya dijalankan
oleh juru nikah atau Tok Kadi.
13

Majils perkahwinan
Pengantin akan bersanding di atas pelamin.
Di dalam menyambut kelahiran

Ia diadakan selepas seminggu bayi dilahirkan. Kenduri dan upacara mencukur rambut bayi
dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. Di sesetengah tempat, diadakan
juga bacaan berzanji dan marhaban. Majlis akan diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa
selamat.
Di dalam adat berkhatan
Ia diadakan apabila seseorang anak lelaki sudah baligh atau cukup umur. Sebelum upacara
dimulakan, kanak-kanak lelaki berkenaan akan dimandikan dan diarak mengelilingi
kampung. Upacara ini akan dilakukan oleh Tok Mudin.

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum mestilah memelihara
warisan budaya. Selain itu, kita hendaklah berbangga terhadap warisan yang diwarisi dari
14

turun temurun. Oleh itu kita mestilah berusaha untuk mengekalkan dan memelihara warisan
budaya ini.
Antara usaha pemeliharaan dan mengekalkan warisan budaya yang boleh kita buat adalah
seperti berikut:
Membina dan membuka sebuah muzium warisan budaya.
Mengadakan pelbagai pertandingan dan kempen kesedaran mengenai warisan budaya.
Menubuhkan sebuah kelab kesenian rakyat di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Membuat satu rancangan dokumentari mengenai warisan budaya rakyat tradisional.
Membuat majalah yang berkaitan denagn kebudayaan dan kesenian rakyat.
Mengadakan aktiviti-aktiviti kebuadayaan dan kesenian seperti congkak, bermain
kompang, menari tarian zapin dan lain-lain.
Menggalakkan murid-murid sama ada sekolah menengah mahupun sekolah rendah untuk
menceburkan diri di dalam kegiatan yang berkaitan dengan kesenian rakyat.
Membuah sebuah permainan di telefon bimbit atau secara atas talian mengenai
kebudayaan dan kesenian rakyat.
Oleh itu kita mestilah berusaha untuk mengekalkan warisan budaya kita. Cuba bayangkan
sekiranya warisan budaya tidak diwarisi dan tidak dikenali oleh orang ramai. Kebanyakan
industri terutamanya industri pelancongan pasti tidak mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada pelancong luar. Oleh itu, menjadi tanggungjawab terhadap kita untuk
memelihara warisan-warisan ini.
Akhir kata daripada saya, warisan budaya ini amat penting untuk dikekalkan dan
dipelihara supaya tidak pupus ditelan zaman. Bak kata orang dahulu biar mati anak, jangan
mati adat. Keunikan masyarakat Malaysia amat berbeza berbanding negara yang lain kerana
Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan kegiatan sosiobudaya yang berbeza bagi setiap
kaum. Oleh yang sedemikian, kita mestilah memelihara dan mempertahankan warisan ini.

Rujukan:
Buku teks Sejarah Tingkatan 1
Buku Rujukan Esensi Sejarah PMR terbitan Pearson
Internet:
15

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/395-artikel/6670permainan-tradisional-dan-aktiviti-masa-lapang-masyarakat-melayu-.html
http://elya-iz.blogspot.com/
http://web.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/ictic/rumah_tradisional/rumah.htm
http://seokchinlee.blogspot.com/p/jenis-rumah-tradisional.html
http://cikgusharifahofficial.blogspot.com/2013/06/kraf-tradisional-tekat.html
http://informasikraf.blogspot.com/2012/04/tekat-kertas-perada-bertebuk.html
http://www.slideshare.net/norahimiwahab6189/kraftangan-tradisional
http://tansookfun.blogspot.com/p/batik.html
http://sheilaakmar.wordpress.com/
http://artisenivisual.blogspot.com/2011/11/tenunan.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tai_Chi_Chuan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Silat
http://senitarimalaysia.blogspot.com/
http://tarianmalaysia29.blogspot.com/
http://choykeng.blogspot.com/2013/04/tarian-tradisional-kaum-kaum-di_13.html
http://sivikkewarganegaraan-cheedah.blogspot.com/p/alat-muzik-pelbagai-kaum.html
http://azie-zah.blogspot.com/2009/06/alat-alat-muzik-tradisional-di-malaysia.html
http://senivisual1.blogspot.com/2009/11/ukiran-kayu.html
http://450391190672728335.weebly.com/jenis-ukiran.html

Rumusan yang mempunyai sedikit usaha pemeliharaan


dan pengekalan warisan budaya
Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya berbangga dengan warisan
Kesultanan Melayu Melaka yang masih diteruskan sehingga kini. Kita mestilah
mempertahankan warisan ini supaya tidak pupus ditelan zaman. Kita boleh mengadakan

16

pelbagai pertandingan dan kempen untuk mengajak orang ramai untuk mengetahui lebih
mendalam mengenai warisan tersebut sekaligus memupuk minat.
Selain itu, kita boleh membina dan membuka sebuah muzium mengenai warisan untuk
dikunjungi oleh orang ramai. Cuba bayangkan sekiranya warisan budaya tidak diwarisi dan
tidak dikenaki oleh orang ramai. Kebanyakan industri terutamanya industri pelancongan pasti
tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab terhadap
kita untuk memelihara warisan-warisan ini.
Seterusnya, kita mestilah menghormati dan mematuhi undang-undang yang telah
ditetapkan oleh pihak kerajaan. Kita juga mestilah bersyukur dengan kurniaan Tuhan dengan
disusuli dengan bersungguh-sungguh untuk membangunkan negara yang tercinta supay
sentiasa maju dan sejahtera. Kita haruslah mengamalkan budaya kekitaan di mana ia mesti
sentiasa dipraktikkan agar keamanan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
Akhir kata daripada saya, kita mestilah bertanggungjawab untuk meneruskan dan
mempertahankan identiti bangsa, agama dan negara. Keunikan masyarakat Malaysia amat
berbeza berbanding negara yang lain kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan kegiata
sosiobudaya yang berbeza bagi setiap kaum. Oleh yang sedemikian kita mestilah memelihara
dan mempertahankan warisan ini.

17

Anda mungkin juga menyukai