Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan ukiran

Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang
menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.
Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi
identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir
memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih
dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan
pemahat dan pisau wali.
Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah
negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat
kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu
adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh
dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan
kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan
masyarakat Orang Asli.
Sejarah
Sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun demikian catatan
sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukirpengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang,
kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui
setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri
Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana
Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir
indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai Istana Hawa Nafsu. Seni ukir di negara ini telah pun
berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya.
Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu
digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala
Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).
Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir
dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran
negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah
berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan
seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah
didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.

Jenis
a. Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan
menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak.
Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.
Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur,
dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan
simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan
bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah
istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga
ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.

b. Ukiran Bunga Timbul


Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat.
Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada
kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.

c. Ukiran Arca
Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur
kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul
tetapi lebih halus dan kecil.

d. Larik
Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik
berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik.
Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang
rumah dan sebagainya.

d. Ukiran Kayu Hanyut


Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf
tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu
hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan,
burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat
dalam sungai.

Motif

Keindahan dunia Melayu bukan hanya dalam seni pengucapan yang meliputi syair
gurindam, jampi serapah, pantun teromba dan ratusan yang lainnya. Keindahan
alam itu diabstrak pula pada seni ukiran. Terdapat dua jenis ukiran iaitu
ukiran/sobek kasar dan halus. Sobek kasar melibat ukiran pada benda-benda
besar seperti dinding rumah, pintu, rabung, sisp angin, perahu dan lain-lain lagi,
manakala sobekan halus melibatkan peralatan kecil seperti kukur kelapa,rehal,
hulu dan sampir keris, bingkai fram dan lain-lain. Apa yang ada pada sebuah
rumah, akan ada pada perahu dan juga akan ada pada sebilah keris. Ukiran ini
pula bukan hanya diukir atau pahatan kayu, tetapi juga melibatkan logam seperti

perak, emas dan tembaga dan juga pada benda-benda lain. Motifnya diambil dari
dan manusia serta haiwan ini dilakar dan digarap dengan gagasan, wawasan,
aspirasi, falsafah, emosi dan intelektual banngsa Melayu. Penuh-penuh dengan
lambang-lambang antara garis halus manusia dengan Penciptanya-antara
manusia dengan Tuhan. Motif-motif itu adalah manifestasi dari:
a. manusia
b. tumbuhan dan haiwan
c. alam yang lebih luas
fizikal manusia diolah diukir sebagai lambang, misal hulu jawa demam pada
sebilah keris, ayam teleng, kerdas atau patah tiga, unduk-unduk dan banyak lagi
menjadi objek seni ukiran halus yang dapat dikesan dari seni ukiran keris.
Manakala ukiran kusriwa pada sampir yang berbentuk perahu juga mengambil
motif deburan ombak dan sulur tunas.
ukiran ini juga ada pada sebuah perahu dan rumah atau bangunan Melayu. Motifmotif ini dapat dipecahkan kepada geometri, flora fauna, abstrak dan
seumpamanya. Berapa contoh motif ukiran dapat dilihat seperti di bawah:
motif daun sayap

motif bunga raya

motif cinta mani

motif ketam guri

motif tari buaya

Jenis buga ukur


Terdapat lima corak bunga ukir yang terdapat dalam reka corak tradisional,
antaranya awan larat, awan silang atau kerawang, awan bentuk huruf, larik dan
semetri.
AWAN LARAT

Awan larat berilham dari alam iaitu awan yang berarak apabila ditiup angin. Ada
pula mengatakan bahawa nama ini diambil sempena nama seorang anak kecil
bernama Awang yang menggaris tanah hingga melarat-larat menjadi bentuk yang
cantik. Gambaran inilah yang diabadikan oleh pengukir dalam ukirannya.
Kebiasaannya pengukir mencipta daun, buah dan bunga hasil ilhamnya sendiri.
Awan larat ini corak yang paling dimuliakan dalam apresiasi seni ukir Melayu
Klasik. Ukiran jenis ini tidak diletakkan di paras pusat. Awan larat terbahagi
kepada dua jenis yakni Awan Larat Melayu dan Awan Larat Jawa.

AWAN LARAT MELAYU ASLI

Awan jenis ini juga dikenali sebagai Awan Larat Jawi. Bentuknya mempunyai
bunga yang besar dan jarang. Coraknya bermula dari satu tempat dan melarat
memenuhi ruang yang lain. Batangnya berlingkar dan bertembung dengan
daunnya yang berlipat lunak.

AWAN LARAT JAWA

Bentuknya lebih kecil daripada awan larat Melayu Asli. Daun dan bunganya rapatrapat. Terdapat banyak bunga dan daun saling bertindih. Bentuk daunnya lurus
dan tidak berlipat.

SILANG /KERAWANG

Bunga ukir bentuk ini adalah dalm garis yang bengkang-bengkok. Garisan
bersimpang-siur seumpama akar yang berlegar. Ukiran corak ini biasanya
terdapat dalam bentuk papan tebuk tidak silat.
AWAN BENTUK HURUF LARIK ATAU SIMETRI

Jenis ukiran berbentuk huruf yang dimaksudkan ialah huruf-huruf dalam al- Quran.
Ukiran ini biasanya banyak terdapat di masjid. Awan jenis Larik berbentuk
gerlang-gerlang pada batang bulat. Keindahan jenis ini terletak pada gerlang yang
berkala dan tersusun. Ukiran ini biasanya terdapat pada tongkat, tiang-tiang ulu
senjata dan sebagainya. Kebanyakannya mempunyai dua jenis larik. Awan jenis
simetri biasanya terdapat dalam bentuk geometri Islam, misalnya corak swastika.
Awan jenis ini biasanya terdapat di masjid atau mimbar.

http://secretofart.blogspot.com/2011/02/sejarah-ukuran.html

Wan Su Othman
Beliau dilahirkan pada tahun 1899 di Pengakalan Kubu, Tumpat, Kelantan merupakan tokoh
seni ukir terkenal di Besut, Terengganu. Mewarisi bakat seni datuk saudaranya Nik Wan Ali,
tukang ukir di Istana Patani. Sejak kanak-kanak lagi, bakat sebagai pengukir telah menyerlah
pada diri beliau. Ketika berusia 12 tahun, beliau telah melukis dan mengukir watak-watak dalam
wayang kulit Melayu. Hasil ukiran utama Wan Su ialah pintu utama Muzium Negara, pintu
utama dan Dewan Santapan Istana Sultan Pahang di Pekan, Dewan Santapan Istana Sultan
Selangor, Rumah Sri Tanjung Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Istana Badariah, Kuala
Terengganu, Panca Persada Bersiram Tebal, Istana Maziah, Kuala Terengganu, Logo Hijrah, dan
Logo Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Wan Su pernah dianugerahkan sebagai
Tokoh Adiguru Kraf dalam bidang seni ukir kayu pada tahun 1985 oleh Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia, Tokoh Budaya ASEAN di Brunei Darussalam pada tahun 1993. Beliau telah
memberi tunjuk ajar dan melatih generasi muda dalam bidang seni ukir di galerinya iaitu Galeri
Wan Su di Besut, Terengganu. Pada tahun 1997, beliau merupakan penerima Anugerah Seniman
Negara yang ketiga.

http://450391190672728335.weebly.com/tokoh.html

Anda mungkin juga menyukai