Anda di halaman 1dari 10

UKIRAN

KAYU

NAMA:NURUL HANA BT MD
SALLEH
KELAS:2 IMTIYAZ
MATA PELAJARAN:PENDIDIKAN
SENI VISUAL
NAMA GURU:PN.MAHIRAH

ISI KANDUNGAN

1.PENGHARGAAN

2.PENDAHULUAN

3.SEJARAH PERKEMBANGAN

4.BENTUK-BENTUK UKIRAN

5.TOKOH-TOKOH UKIRAN

6.RUJUKAN

PENGHARGAAN
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan
rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
folio ini dengan jayanya. Folio yang ini amat penting buat
saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian
daripada kerja khusus subjek
Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, Pn.Mahirah
kerana memberikan bimbingan,dan tunjuk ajar kepada
saya.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana
memberikan sokongan dan dorongan kepada saya
sepanjang folio ini disiapkan.
Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan
yang banyak membantu dengan memberikan tunjuk ajar
kepada saya.Bantuan kalian mengenai projek folio ini amat
saya hargai dan tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung
sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan

PENGENALAN
Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni
pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi
dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun
lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan
motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran
Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni
ukir memerlukan kemahiran daripada memilih
kayu, memproses kayu, memilih dan melukis
motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan
menggunakan pemahat dan pisau wali. Ukiran
merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang
terulung. Sejarah seni ukir di TanahMelayu
banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah
iaitu dalam Sejarah Melayu di manadikatakan
seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih
500 tahun dahulu. Pada ketika itu,orang-orang
Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa
terhadap seni ukiran padabangunan seperti
istana dan rumah kediaman.

SEJARAH
PEKEMBANGAN

Sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia


Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir
handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran
yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan
pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu
di negara ini boleh diketahui setelah kita membaca
buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang
dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan
seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah
Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana
berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai
Istana Hawa Nafsu. Seni ukir di negara ini telah pun
berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri
Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu
lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat
Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan
mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau
Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta,
Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan
Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).

Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah


adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun
temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu
adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam,
kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah
pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran

BENTUK-BENTUK
UKIRAN

Ukiran Tebuk Tembus


Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan
atau beberapa keping papan yang ditebuk
dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji
menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk
bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran
jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan
ukiran tebuk silat.
Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat
pada rumah-rumah lama iaitu bahagian
selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan
mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan
larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran
tebuk silat, bahagian yang menindih serta
melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian
yang melengkung ke dalam serta yang
tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat
ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang
timbul dan tenggelam serta papan tebuk
disobek. Bunga ukir yang terdapat pada
bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.

Ukiran Bunga Timbul


Ukiran ini tidak tembus. Ia
mengandungi bunga ukir yang
disilatkan dan tidak silat. Terdapat
pada perabot, mimbar masjid,
barang hiasan yang diperbuat
daripada kayu, ulu serta sampir
senjata. Bunga ukirnya sama
seperti ukiran tebuk
Ukiran Arca
Ukiran ini banyak terdapat pada
ulu senjata seperti ulu keris, kepala
tongkat, kukur kelapa, kotak
nelayan dan sebagainya. Bunga
ukirannya sama seperti ukiran
timbul tetapi lebih halus dan kecil

Larik
Melarik merupakan satu cara orangorang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik
berbentuk bulat dengan susunan
gerlang-gerlang dan genting-gentat yang
menarik. Ukiran ini sering terdapat pada
ulu senjata, perabot, tongkat, gasing,
tiang-tiang rumah dan sebagainya.
Ukiran Kayu Hanyut
Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran
idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf
tangan Malaysia. Ukiran ini hanya
sebagai hiasan semata-mata. Ukiran
kayu hanyut diukir pada bahagianbahagian tertentu dan dibentuk
menyelupai ikan, burung dan
sebagainya. Kayu induknya di ambil dari
kayu atau akar yang terdapat dalam
sungai.

TOKOH-TOKOH
UKIRAN

Encik Latiff bin Long


Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau
adalah seorang pengukir ukiran kayu yang mahir.
Mewarisi bakat ayahnya yang berasal daripada keluarga
yang mempunyai enam keturunan tukang kayu yang
handal. Bapa Latiff juga terkenal dengan seorang
pengukir. Ukirannya masih tersimpan di istana Raja Besut
yang terdapat di muzium negeri Terengganu. Latiff telah
menerima pengajaran ukiran kayu dari bapanya sejak
berumur lima tahun. Beliau pernah memenangi
pertandingan Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah.
Pada tahun 1971 beliau memenangi tempat pertama
dalam pertandingan Ukiran Kayu Jenis silat dalam
Pameran Ukiran Kayu berlangsung di Balai Seni Lukis
Negara. Kini Latiff Long adalah pengusaha Ukiran yang
terkenal dan membuka bengkelnya di Pasir tumbuh
Kelantan dan banyak menerima tempahan dari dalam dan
luar negara.

Tuan Haji Wan Su bin Othman


Wan Su juga merupakan dari keturunan pengukir
terkenal di daerah Besut Terengganu. Ukirannya sangat
halus dan mempunyai unsur tradisi. Wan Su cukup mahir
dengan motif-motif ukiran kayu. Sehingga kini beliau telah
dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru
bagi ukiran kayu. Pengiktirafan ini adalah diperingkat
tertinggi oleh kraftangan Malaysia. Bengkel beliau terletak
di Besut Terengganu dan banyak menerima tempahan dari

RUJUKAN
1. INTERNET
. http://senivisual1.blogspot.
com/2009/11/ukirankayu.html
. http://www.scribd.com/doc/
52685162/FolioSeni#scribd

Anda mungkin juga menyukai