Anda di halaman 1dari 1

Aku seekor burung

Aku telah dilahirkan di dalam sebuah sarang di


atas sebatang pokok. Aku dilahirkan setahun yang
lalu. Sejak aku dilahirkan, ibu aku telah mati. Aku
berasa kesunyian tinggal seorang diri di dalam hutan.
Aku sentiasa terjatuh dan cedera kerana aku
kehilangan kasih sayang sejak ketiadaan ibu. Pada
suatu hari, aku dijumpai seorang budak lelaki yang
bernama Halim, dia berasa kasihan terhadap aku lalu
membawa aku pulang ke rumahnya.
Apabila sampai di rumah, budak lelaki menolong
aku menyapukan ubat pada luka aku. Aku juga diberi
makan. Aku dijaga oleh budak lelaki dengan penuh
kasih sayang. Aku juga diberi nama Bintik oleh tuan
aku sesuai dengan buluku yang berbintik-bintik.
Semakin hari semakin aku membesar, bulu-buluku
semakin tebal dari hari ke hari. Aku semakin cantik.
Tuan aku sangat sayang kepada aku kerana aku pandai
bernyanyi

dengan

suara

yang

merdu

dan

menyeronokkan. Aku berasa gembira dan bersyukur


dapat menemui seorang budak lelaki yang baik hati.

Anda mungkin juga menyukai