Anda di halaman 1dari 2

BAGAIMANA UNTUK MEMAHAMI MASALAH

KELUARGA.....
Adakah anda mampu mengharunginya sekiranya saban hari telinga anda mendengar, Awak yang
bersalah! atauTolong senyapatau Hentikan semua ini! atau Saya benci kamu! Apabila ahli
keluarga anda

sedang berbalah, adalah sukar untuk menggambarkan apakah yang harus dilakukan. Anda
kemungkinan merasa sedih, malu dan mungkin juga marah apabila situasi ini berlaku dalam di dalam
keluarga anda. Apa jua perasaan yang timbul pada diri anda, anda harus memikirkan cara yang
terbaik untuk mengelakkan situasi tersebut daripada terus berlaku.
Sesetengah individu berasa malu dengan peristiwa yang menimpa keluarga mereka dan cuba
menyembunyikannya daripada pengetahuan kawan-kawan mereka. Masalah yang dihadapi oleh
individu biasanya bersandar kepada masalah yang dihadapi oleh ibu bapa mereka. Sekiranya ibu
bapa pandai menguruskan masalah yang mereka hadapi dan tidak melimpah sehingga membanjiri
anak-anak maka anak-anak akan selamat. Jika adapun amat sedikit kesannya kepada anak-anak.
Apakah masalah yang sering dialami dalam keluarga? Berikut disenaraikan antara contoh-contoh
masalah tersebut:
Perbalahan di antara ahli keluarga
Konflik di antara ibu dan bapa
Ketidaksefahaman antara ibubapa dengan anak
Perceraian
Pengabaian tugas ibu bapa
Kekacauan dalam keluarga
Perebutan hak penjagaan anak
Penganiyaan dan penderaan
Kewangan dan bajet
Perangai anak-anak
Tidak cukup masa bersama keluarga
Kurang perkongsian tanggungjawab dalam keluarga
Komunikasi bersama anak-anak
Keadaan adalah sukar apabila ahli keluarga atau keluarga tiri sedang berbalah. Walaupun saling
sayang menyayangi di dalam sesebuah keluarga tersebut namun, kadang-kala perbalahan boleh
tercetus juga. Oleh sebab ayah serta ibu dibelenggu kemarahan ini tidak bermakna mereka akan
terus berada dalam kemarahan yang berpanjangan ataupun mereka akan berpisah disebabkan
perbalahan tersebut. Perbalahan adalah suatu perkara yang lumrah berlaku kepada mereka yang
tinggal bersama dan meluangkan masa yang banyak apabila bersama, oleh itu, adalah tidak hairan
kadang-kala berlaku tiadanya kesepakatan dalam membuat keputusan yang terbaik dan akhirnya
menyebabkan hilang kesabaran pada mana-mana belah pihak.
Ingat kembali pada masa lampau bagaimana pergaduhan anda di antara abang atau kakak anda?.
Anda tidak bermaksudkan apa jua perkataan yang telah anda lemparkan kepada mereka. Akhirnya

anda berkemungkinan anda menyerah kalah. Situasi yang sama juga berlaku apabila terdapat
perbalahan di dalam keluarga anda yang melibatkan ayah dan ibu anda. Sekiranya anda benar-benar
sedih dengan perbalahan yang wujud, anda seharusnya cuba untuk berbincang bersama- sama
mereka tentang perasaan anda terhadap perkara tersebut. Ayah dan ibu ada kalanya tidak menyedari
perbalahan yang berlaku membuatkan anak-anak merasa sedih, sekiraanya anda berterus terang
dengan menyatakan anda takut untuk berhadapan dengan semua yang berlaku, kemungkinan
mereka akan menamatkan perbalahan atau sekurang-kurangnya menjelaskan kepada anda punca
terjadi perbalahan tersebut.
Adakah adik anda sering mengambil barang-barang anda?. Adakah abang anda sering mengusik
anda?. Sekiranya anda sering bergaduh dengan adik atau abang anda dan sering bersaing untuk
mendapatkan perhatian daripada keluarga, keadaan ini dikatakan sebagai persaingan di antara adikberadik. Ini merupakan perkara semulajadi di mana untuk mendapatka perhatian di antara adikberadik. Sekiranya anda merasakan tidak senang dengan ganguan daripada adik-beradik anda, anda
seharusnya cuba untuk berbincang dengan mereka apa yang sedang berlaku. Selain daripada itu,
hubungan yang baik di antara anak-anak dengan ibu bapa biasanya termusnah apabila berlakunya
perceraian dan menyebabkan mereka renggang dengan ibu atau bapa. Oleh itu, ibu atau bapa
perlulah memainkan peranan mereka dengan memberikan penjelasan bahawa hubungan mereka
dengan anak-anak akan berterusan sampai bila-bila.
Selepas berlakunya penceraian, satu lagi masalah yang rumit akan timbul. Masalah ini berkaitan
dengan hak penjagaan anak-anak. Masalah ini juga berkait rapat dengan masalah ekonomi keluarga
dan perasaan pasangan. Kebiasaannya hak penjagaan anak ini diberikan kepada ibu kerana
biasanya mereka lebih rapat dengan anak. Namun begitu, semenjak kebelakangan ini, kaum bapa
juga bangkit untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Akibatnya, berlakulah pertelingkahan dan
perbalahan yang hebat antara kedua-dua pihak. Selain itu, kesan daripada perceraian tersebut juga
menyebabkan ibu bapa mengabaikan tugas dan peranan terhadap anak-anak mereka.
Dicatat oleh Cikgu Alinfan di 4:41 PTG

http://cikgualinfan04.blogspot.com/2011/05/bagaimana-untuk-memahamimasalah.html

Anda mungkin juga menyukai