Anda di halaman 1dari 11

PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru
besar, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan. Assalamualaikum dan
salam sejahtera. Pada hari ini saya akan menyampaikan syarahan yang
bertajuk “Tanggungjawab Sebagai Seorang Anak terhadap Ibu Bapa”.

Hadirin yang dihormati,

Ibu bapa adalah insan yang paling bermakna dalam hidup kita. Tanpa
mereka, kita tidak mungkin wujud di alam fana ini. Mereka telah banyak
berkorban untuk kita. Sejak kita lahir sehingga dewasa, merekalah yang
membesar dan mendidik kita tanpa jemu. Jadi, apabila dewasa kita
mestilah membalas jasa mereka walaupun mereka tidak pernah minta
dibalas.

Hadirin yang dikasihi,

Kita hendaklah berbakti kepada ibu bapa. Lebih-lebih lagi di saat


mereka memerlukan kasih sayang seorang anak ketika usia mereka semakin
lanjut dan uzur. Ketika itulah, perhatian dan kasih sayang kita harus
berikan kepada mereka sebagaimana mereka memelihara kita dengan penuh
kasih sayang. Curahkan kasih sayang tanpa berbelah bagi kepada mereka.

Kesimpulannya, sebagai seorang anak yang bertanggungjawab,


berbaktilah dan hargailah jasa mereka ketika masih berkesempatan. Kasih
sayang mereka tiada ternilai dengan wang ringgit.

Sekian, terima kasih.


PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan.  Salam sejahtera.  Pada hari ini,
saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah
Bergotong-royong”.

Hadirin yang dihormati,

Gotong-royong membawa maksud aktiviti yang dilaksanakan secara


bersama-sama. Terdapat banyak faedah bergotong-royong.

Pertamanya, amalan bergotong-royong dilakukan supaya semua kerja


dapat dilakukan dengan cepat dan mudah. Sebagai contoh, penjagaan
kebersihan tempat kediaman menjadi lebih mudah jika ahli masyarakat
bekerjasama melakukannya.

Hadirin yang dikasihi,

Di samping itu, faedah bergotong-royong ialah kita dapat


mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat. Hal ini demikian kerana
berlakunya interaksi ketika gotong-royong dilakukan. Malah, hubungan
antara masyarakat akan menjadi lebih erat.

Hadirin sekalian,

Selain itu, kita perlu mengekalkan amalan ini untuk melahirkan


masyarakat yang bersatu padu. Dengan bersatu padu, negara kita akan
terus maju ke hadapan. Bak kata pepatah, ‘ bersatu teguh, bercerai roboh’.

Kesimpulannya, amalan bergotong-royong perlu diteruskan untuk


melahirkan masyarakat yang harmoni.

Sekian, terima kasih.


PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan.  Salam sejahtera.  Pada hari ini,
saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah
Membaca Surat Khabar”.

Hadirin yang dihormati,

Surat khabar merupakan media massa utama di negara kita. Surat


khabar juga terdapat dalam pelbagai bahasa. Contohnya Bahasa Melayu,
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Salah satu faedah membaca surat khabar ialah kita dapat


menambahkan pengetahuan kita pada setiap hari. Kita akan mengetahui
isu semasa di dalam dan di luar negara. Oleh itu, kita tidak mungkin
menjadi ’katak di bawah tempurung’.

Hadirin yang dikasihi,

Di samping itu, kita dapat menambahkan kosa kata dalam minda


dengan membaca surat khabar. Kita akan mempelajari perkara baharu
saban hari. Perkara ini dapat membantu kita dalam pembelajaran di
sekolah contohnya dalam penulisan karangan.

Hadirin sekalian,

Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan membaca surat
khabar. Masa yang terluang dapat digunakan dengan bermanfaat. Oleh itu,
kita tidak akan terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Akhir kata, kita haruslah sentiasa membaca surat khabar untuk


melahirkan masyarakat berilmu.

Sekian, terima kasih.


PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru-besar, para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan.  Salam sejahtera saya ucapkan. 
Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
“Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang.”

Hadirin yang dihormati,

Murid yang cemerlang merupakan murid yang berjaya dalam


pelajaran dan kokurikulum. Terdapat banyak cara boleh dilakukan untuk
menjadi murid yang cemerlang.

Pertamanya, kita mestilah menjadi murid yang bertanggungjawab


dan berdisiplin. Kita mestilah mematuhi arahan guru dan
bertanggungjawab terhadap tugas yang diberi. Contohnya, kita haruslah
membuat dan menghantar kerja sekolah pada masa yang ditetapkan.

Hadirin yang dikasihi,

Di samping itu, cara-cara menjadi murid yang cemerlang adalah


dengan mengulang kaji pelajaran. Kita hendaklah mengulang kaji pelajaran
dengan tekun. Oleh yang demikian, kita akan dapat memahami dan
mengingati pengajaran guru.

Hadirin sekalian,

Selain itu, cara-cara menjadi murid yang cemerlang adalah dengan


bersukan. Aktiviti bersukan dapat dilakukan pada waktu petang seperti
bermain badminton atau bermain bola sepak. Dengan bersukan, badan akan
menjadi sihat dan otak pula akan menjadi cerdas.

Kesimpulannya, semua murid berpeluang untuk menjadi murid yang


cemerlang, Oleh itu, kita hendaklah rajin berusaha dan belajar
bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Sekian, terima kasih.


PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah "Langkah-langkah untuk Mengatasi
Pencemaran Alam Sekitar".

Hadirin sekalian,

          Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar


ialah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan alam sekitar yang
telah diperuntukkan. Pihak berkuasa mestilah mengenakan tindakan yang
tegas dan berat terhadap pencemar alam sekitar supaya mereka serik untuk
melakukan perbuatan itu lagi.

          Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan.


Kempen ini boleh disiarkan melalui media massa seperti surat khabar,
televisyen dan radio. Kempen-kempen ini akan menyedarkan orang ramai
tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Hadirin sekalian,

          Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan


tanggungjawab menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti ceramah dan gotong-
royong dapat membantu orang ramai menjadi lebih bertanggungjawab
terhadap penjagaan alam sekitar.

          Di samping itu, masyarakat juga perlulah bersikap perihatin dan


bertanggungjawab. Jika mendapati ada pihak yang mencemarkan alam
sekitar, mereka perlulah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan
yang sewajarnya dapat diambil.

Hadirin sekalian,

         Tanggunjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita


bersama. Alam sekitar yang terpelihara atau dijaga dengan baik akan
menjadikan hidup kita lebih selesa dan sihat.

Sekian, terima kasih.


PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-


rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah ‘Faedah Menabung’.

Hadirin sekalian,
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan
untuk keperluan pada masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul
lebihan wang perbelanjaan seharian untuk disimpan di bank sebagai
tabungan kita. Wang tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan
untuk pelbagai perkara yang penting pada masa hadapan.
Hadirin sekalian,
Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa
diperlukan. Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli
barang keperluan sekolah. Ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita
terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan sebagainya.
Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita
akan merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat
disimpan. Ini akan menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada
agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.
Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas
sesuatu peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat
membeli buku idaman yang jarang-jarang ditemui dengan menggunakan
wang simpanan. Ini tentu mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang
sudah lama diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin
kurang mampu untuk membelinya.

Hadiri yang dihormati sekalian,


Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang
menabung akan lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah
membuat perancangan awal menguruskan wang perbelanjaan. Ini sudah pasti
mengelakkan pembaziran kerana mereka hanya berbelanja untuk perkara-
perkara yang betul-betul perlu sahaja.
Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya menjadikan
amalan menabung sebagai amalan hidup kerana banyak faedah yang boleh
kita diperolehi daripada amalan ini.

Sekian, Terima kasih.


PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah "Faedah-faedah Kitar Semula".

Hadirin sekalian,
Pelbagai bahan terbuang seperti tin minuman, surat khabar dan
sebagainya boleh dikitar semula menjadi bahan atau alat yang berguna. Oleh
yang demikian, kita seharusnya tidak membuang bahan-bahan yang telah
digunakan tersebut begitu sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Bekas
yang diperbuat daripada plastik, kaca atau alaminium yang telah digunakan
boleh dikumpul dan dijual semula untuk diproses menjadi bahan baharu.
Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak
langsung akan juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam
sekitar. Hal ini akan dapat mengurangkan sampah sarap yang berbau busuk
berlonggokan di sana-sini yang menyakitkan mata. Kesannya alam sekitar
kita menjadi lebih bersih, berudara segar dan dapat mengurangkan masalah
kesihatan kita semua.

Hadirin sekalian,
Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual
kertas, surat khabar lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastik, sedikit
sebanyak akan membantu menampung perbelanjaan kita seharian.
Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah penggunaan
kawasan yang luas bagi tujuan perlupusan sampah-sarap. Dengan kitar
semula, kita dapat menjimatkan ruang kawasan perlupusan sampah.
Kawasan itu sebaliknya boleh dibangunkan untuk perkara lain seperti
dijadikan kawasan perumahan dan sebagainya.
Oleh sebab itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak
membuang barang-barang yang terpakai masing-masing begitu sahaja. Kita
mestilah bekerjasama mengitar semula bahan-bahan yang kita telah
digunakan dengan mengumpul barang-barang tersebut supaya dapat dikitar
semula menjadi bahan yang lebih berfaedah serta dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar.

Sekian, terima kasih.


PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijaksana barisan panel
hakim, Yang dikasihi guru-guru serta hadirin sekalian. Kepentingan Disiplin
Kepada Murid-murid”, itulah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan
pada hari ini.

Hadirin yang dimuliakan,


Menurut kamus dewan, disiplin bermaksud “latihan pemikiran dan
kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib”.
Daripada makna perkataan disiplin ini dapat kita fahami bahawa disiplin
sangat mustahak kepada murid-murid untuk mencapai kejayaan.
Murid yang berdisiplin dapat mengawal tingkah laku mereka ketika berada
di sekolah Keadaan ini akan menyebabkan mereka dapat menumpukan
sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Guru-guru juga dapat mengajar
dengan sempurna.
Selain itu, murid yang mempunyai disiplin akan bertanggungjawab
terhadap pelajarannya. Mereka belajar dengan bersungguh-sungguh dan
menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru dengan sempurna. Sikap
sebeginilah yang akan membawa kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Hadirin sekalian,
Disiplin juga amat penting untuk membentuk warganegara yang baik dan
berakhlak mulia. Murid-murid yang telah terasuh daripada awal lagi dengan
disiplin diri, akan dapat membentuk jatidiri menjadi warganegara yang baik,
bertatatertib dan berakhlak mulia. Keadaan ini sangat bertepatan dengan
peribahasa Melayu, “Melentur buluh hendaklah dari rebungnya”.
Oleh yang demikian, saya tegaskan di sini bahawa disiplin sangat penting
bukan sahaja kepada murid-murid bahkan kepada semua orang. Hanya orang
yang berdisiplin sahaja dapat mencapai kejayaan dalam semua bidang.

Sekian, terima kasih.


PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar,
panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan serta rakan-rakan
sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini pada pagi
yang mulia ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Guru
Ialah Ibu Bapa Murid di Sekolah”.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebagai seorang pelajar, kita banyak menghabiskan masa di sekolah
bersama guru. Lebih daripada lima jam sehari kita berada di sekolah. Waktu
pagi belajar di dalam bilik darjah manakala petangnya menyertai aktiviti
kokurikulum.
Di sekolah, guru mendidik kita setiap hari. Guru memberi banyak ilmu
pengetahuan kepada kita supaya kita menjadi manusia yang pandai dan
berguna kepada masyarakat. Untuk itu, guru dengan penuh dedikasi cuba
mendidik kita supaya kita berjaya.
Di rumah pula, ibu dan bapa tekun bekerja untuk mencari rezeki bagi
menyara hidup kita. Segala keperluan kita akan ditunaikan oleh ibu dan bapa.
Kita perlu patuh kepada arahan ibu dan bapa di rumah supaya kita selamat di
dunia dan di akhirat.

Hadirin sekalian,
Di rumah kita bergaul dengan adik-beradik dengan diawasi oleh ibu
dan bapa. Jika bergaduh, ibu dan bapa akan meleraikannya. Di sekolah pula,
kita bergaul dengan kawan-kawan yang ramai. Pergaulan kita akan diawasi
oleh guru. Jika ada masalah, gurulah yang menjadi tempat kita mengadu.
Jadi berdasarkan keterangan saya maka benarlah pendapat bahawa
guru merupakan ibu bapa kita di sekolah. Oleh sebab itu, kita perlu
menghormati guru sebagaimana kita menghormati ibu dan bapa.

Sekian sahaja syarahan saya. Terima kasih.


PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar,
panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan serta rakan-rakan
sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini pada pagi
yang mulia ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Cara-
cara membalas jasa ibu bapa.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sejak dilahirkan lagi, kita dijaga oleh ibu bapa dengan penuh kasih
sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Oleh yang demikian, sebagai
anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara
boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka.
Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran sudah tentu mampu menggembirakan ibu bapa
yang bersusah payah menyekolahkan kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa
inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh
menentukan masa depan kita.

Hadirin sekalian,
Sebagai anak yang baik, kita juga sewajarnya mempamerkantingkah
laku yang mulia. Segala nasihat mereka perlu didengar dengan teliti dan
diikuti sebagai pedoman hidup. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan
bercakap kasar agar tidak menyinggung perasaan mereka.
Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Penat
lelah mereka mencari nafkah menanggung kita sekeluarga dapat dikurangkan
apabila kita membantu mereka. Kita boleh membantu mereka mengemas
rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya.
Satu lagi cara untuk membalas jasa kedua ibu bapa ialah sentiasa
mendoakan kesejahteraan ibu bapa di dunia dan di akhirat. Kita boleh
memohon doa kepada tuhan agar ibu bapa diberi kesihatan yang baik,
dipanjangkan umur dan diampunkan segala dosa. Doa boleh diamalkan pada
bila-bila masa, lebih-lebih lagi selepas solat.
Hadirin sekalian,
Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang
ringgit. Segala perit jerih mereka membesarkan kita seharusnya dihargai.
Oleh itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan
pengorbanan mereka.

Sekian, terima kasih.


PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, barisan
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasih
sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah
untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Pentingnya anak-anak
menghormati ibu bapa".

Hadirin sekalian,
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Merekalah
orang yang banyak berjasa kepada kita. Mereka mencurahkan kasih sayang
sejak kita di dalam kandungan lagi. Oleh itu, menghormati mereka dengan
sepenuh hati merupakan salah satu cara kita membalas jasa-jasa mereka.

Anak-anak perlu sedar bahawa ibu bapa banyak berkorban wang ringgit
untuk menyara dan memenuhi keperluan kita. Namun, mereka sekali-kali
tidak pernah merungut tentang kos untuk membesarkan kita selama ini.
Betapa zalimnya jika kita tidak menghargai jasa dan pengorbanan yang
dicurahkan oleh mereka kepada kita.

Hadirin sekalian,
Ibu bapa telah memberikan pendidikan agama, akhlak dan sahsiah
kepada kita. Mereka juga menjalankan tanggungjawab mereka dengan
memberikan kita pendidikan yang sempurna.Balaslah jasa mereka, apatah
lagi apabila kita sudah berjaya menggapai cita-cita.
Selain itu, ibu bapa juga merupakan insan yang paling rapat dengan
kita. Sekiranya kita mempunyai masalah, mereka akan berusaha mencari
jalan penyelesaiannya.Oleh itu, sayangilah mereka kerana ibu bapa tiada
galang gantinya di dunia ini.
Oleh yang demikian, kita perlulah sentiasa menghormati ibu bapa.
Sebagai anak, kita perlu mencari keberkatan di dunia dan akhirat. Semuanya
dapat diperoleh apabila kita mendapat restu daripada ibu bapa kita. Marilah
kita bersama-sama menghormati ibu bapa kita.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai