Anda di halaman 1dari 5

Nilai Murni Bahagian C contoh Jawapan

TULIS LIMA NILAI YANG DAPAT KAMU PEROLEH DARIPADA PETIKAN DI BAWAH.PANJANG JAWAPAN KAMU HENDAKLAH TIDAK LEBIH DARIPADA 50 PATAH PERKATAAN.JAWAPAN MESTILAH DALAM SATU PERENGGAN. Menemui sahabatku, Amira yang berada di Kuala Terengganu agar sentiasa sihat. Saudari, Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menceritakan pengalaman saya yang menyertai lawatan sekolah ke Pulau Pinang semasa cuti sekolah yang lalu. Untuk pengetahuan saudari, saya dan rakan rakan menggunakan masa lawatan dengan sebaikbaiknya kerana banyak tempat yang akan kami lawati. Saya begitu terpegun melihat keindahan pantai Batu Feringgi yang sungguh cantik. Ketika di pantai Batu Feringgi itu, saya meminta kebenaran daripada guru untuk mandi. Namun begitu, guru tidak membenarkan kerana agak berbahaya. Saya dan rakan akur mendengar nasihat guru. Selepas bersantai di pantai Batu Feringgi, kami menuju ke Bukit Bendera. Kami semua berbaris sebelum masuk ke dalam kereta api untuk naik ke Bukit Bendera. Sampai di puncak Bukit Bendera, kawan kawan saya membeli barang barang kraftangan. Saya hanya membeli barang barang yang saya fikir murah dan menarik sahaja kerana ibu selalu berpesan agar jangan boros ketika berbelanja. Namun begitu, saya tidak lupa membelikan cenderamata untuk saudari. Oleh itu , saya harap saudari sudi menerimanya.

NILAI Erat persahabatan/berkongsi pengalaman/ingat mengingati Menghargai masa Patriotisme

HURAIAN

Menceritakan pengalaman menyertai lawatan sekolah Memanfaatkan masa lawatan dengan sebaik-baiknya Menyertai lawatan mengunjungi tempat bersejarah

Bersyukur/menghargai alam semulajadi/mencintai alam Menghormati guru/berhemah tinggi Patuh/mematuhi peraturan Berdisplin/mematuhi peraturan Berjimat cermat/berhemah Patuh/taat/mengingati Baik hati/pemurah Membeli barang barang yang perlu sahaja agar tidak membazir Pesanan ibubapa Membeli cenderamata untuk kawan Berbaris sebelum masuk Akur atau mendengar nasihat guru Meminta kebenaran sebelum berbuat sesuatu Kagum dengan keindahan alam semulajadi

CADANGAN JAWAPAN BAHAGIAN C ULASAN NILAI MURNI CONTOH JAWAPAN BAHAGIAN C Antara nilai yang terdapat dalam petikan ialah menghargai masa dengan memanfaatkan masa lawatan dengan sebaik-baiknya agar masa tidak terbuang. Seterusnya, ialahmenghormati guru dengan meminta izin sebelum melakukan sesuatu. Di samping itu, kita mestilah berdisplin seperti beratur sebelum masuk ke sesuatu tempat. Selain itu, kita hendaklah berjimat cermat dengan menggunakan wang untuk membeli barang yang perlu sahaja. Akhir sekali, kita haruslah bersikap baik hati dengan membelikan cenderamata buat kawan.

BAHASA MELAYU ~ NILAI MURNI


25 Nov 2011

Huraian Nilai Murni BIL 1 NILAI MURNI Baik hati HURAIAN Mengambil berat tentang kebajikan orang lain dan memahami perasaan mereka. Kesanggupan dan kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain CONTOH AKTIVITI Member pinjaman sesuatu barang kepada rakan yang memerlukan. Menziarahi rakan yang sakit atau ditimpa kemalangan. Melakukan tugasan tertentu tanpa banyak bantuan daripada orang lain. Merancang dan menguruskan sesuatu aktiviti tanpa bantuan daripada orang lain. Mempamerkan tingkahlaku sopan santun. Beramah mesra dengan semua lapisan masyarakat di dalam dan luar sekolah. Bertegur sapa dan member ucapan salam semasa bertemu Member hormat kepada ibu bapa sebelum pergi ke sekolah Belajar secara berkumpulan Membuat kerja amal Pungut derma dan barangan terpakai untuk yang memerlukan Mengagihkan tugasan sama rata antara pelajar. Mendamaikan dua pihak yang berselisih faham.

Berdikari

Hemah tinggi

Budi pekerti yang diamalkan oleh seseorang

Hormat menghormati

Menghargai dan memuliakan seseorang serta member layanan yang sewajarnya

Kasih sayang

Perasaan kasih dan saying yang mendalam yang lahir dari hati yang mulia dan ikhlas

Keadilan

Memberi layangan yang sama dan tidak berat sebelah

Member layanan yang sama antara pelajar Kebebasan melakukan dan membincangkan sesuatu perkara. Lantikan sesuatu jawatan melalui pengundian. Menyertai sebarang pertandingan Menyertai aktiviti kembara seperti berkhemah di hutan, dan mengharung sungai.

Kebebasan

Boleh melakukan sesuatu asalkan mengikut peraturan sekolah, negara dan agama

Keberanian

Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati

BIL 9

NILAI MURNI Kebersihan Fizikal

HURAIAN Kebersihan diri, alam sekitar, pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian

CONTOH AKTIVITI Kebersihan pakaian dan diri Bergotong-royong membersihkan kelas, sekolah, rumah, dan kampong.

10

Kejujuran

Niat yang baik, amanah, jujur, dan tidak mengharap balasan Usaha berterusan, penuh dengan semangat, ketekunan, kecekalan, kegigihan dan dedikasi Sesuatu kerja dilakukan bersama di peringkat individu, masyarakat dan negara

Memulangkan barang-barang seperti dompet wang atau barang-barang yang berharga kepada tuannya. Menghias dan membersihkan kelas serta sekolah secara beramai-ramai atau bergotong-royong

11

Kerajinan

12

Kerjasama

Membantu rakan yang sedang bertugas Belajar secara berpasangan atau berkumpulan Mewujudkan pasukan penyokong di peringkat rumah, kelas, sekolah dalam sesuatu pertandingan sukan. Berjimat cermat dan menabung

13

Kesederhanaan

Sikap tidak keterlaluan dalam

membuat pertimbangan dan tindakan 14 Kesyukuran Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas segala nikmat yang diterima

Menggalakan sumbangan pelbagai pihak bagi menjayakan aktiviti sekolah. Amalan berdoa dan memohon keredaan Tuhan dalam apa jua usaha. Majlis kesyukuran setiap kali kejayaan dicapai. Pelajar berbahas dan bersyarah tentang sesuatu tajuk yang mencabar daya imaginasi, inovasi serta fikiran. Program keinsafan seperti meminta banduan menceritakan sejarah hitam dalam hidupnya. Aktiviti gotong-royong peringkat sekolah yang melibatkan PIBG Membantu orang sakit atau ditimpa kemalangan Melawat kawasan di luar sekolah seperti kilang-kilang yang berhampiran Member khidmat sukarela di rumah kebajikan, rumah orang tua, rumah orang buta dan hospital. Gotong-royong kenduri Beri makan kepada jiran/tolong jiran Ziarah kematian ucap takziah

15

Rasional

Boleh berfikir berdasarkan alasan bukti yang nyata / memikirkan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya.

16

Semangat bermasyarakat / kejiranan

Semangat suka membantu serta member khidmat secara sukarela tanpa mengharapkan ganjaran atau upah daripada komuniti

Anda mungkin juga menyukai