Anda di halaman 1dari 5

Karangan Jenis Autobiografi

Aku Sebuah Kamus

Aku sebuah kamus. Aku dilahirkan di sebuah syarikat penerbitan di Kuala


Lumpur. Namaku ialah “Kamus Perdana Kata”.

Aku mempunyai tubuh badan yang tebal. Kulitku berwarna biru


muda. Aku dijual dengan harga RM50 senashah. Badanku disampul kemas
dengan sehelai plastik lutsinar.

Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai buku bersama-
sama dengan rakan-rakanku. Aku dipamerkan di rak buku yang cantik oleh
tuan kedai buku itu. Banyak pengunjung yang membelek-belekku semasa
mereka mengunjungi kedai buku itu. Aku bernasib baik apabila dibeli oleh
seorang guru wanita yang cantik.

Aku sering digunakan oleh tuanku untuk membuat rujukan. Tuanku


seorang yang penyayang dan berhati mulia. Aku selalu membantu tugas-
tugasnya sebagai guru bahasa. Tuanku kerap menggunakanku untuk
mencari makna perkataan dan ejaan yang betul.

Aku juga dijaga dengan baik oleh tuanku. Aku diletakkan di rak buku
yang tersusun kemas dan rapi. Aku digunakan apabila tuanku
memerlukanku. Aku berasa selesa, bangga dan gembira berada di situ.
Apabila ada masa senggang, tuan aku akan mengelap habuk yang melekat
pada tubuhku.

Aku berjanji untuk terus memberikan khidmat kepada tuanku selagi


diperlukan. Aku yakin tuan aku sangat berbangga kerana memilikiku.
Begitulah kehidupan rutin aku sebagai sebuah kamus.

32
Karangan Jenis Fakta
Kepentingan Kegiatan Kokurikulum

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, barisan Guru
Penolong Kanan, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-
rakan yang dihormati sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada hari
ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kepentingan
Kegiatan Kokurikulum”.

Hadirin sekalian,

Sebagaimana yang diketahui, kegiatan kokurikulum mempunyai


banyak kepentingan kepada murid-murid. Kepentingan kegiatan
kokurikulum yang pertama ialah murid-murid dapat memanfaatkan masa
dengan baik. Masa sangat berharga kepada kita, maka sewajarnyalah kita
memanfaatkan masa dengan melakukan perkara yang berfaedah agar masa
tidak terbuang begitu sahaja.

Selain itu, melalui kegiatan kokurikulum juga, kita dapat


menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Apabila murid menyertai
aktiviti dalam kelab dan persatuan, mereka dapat belajar kemahiran dan
ilmu baharu. Dengan demikian, kegiatan ini menjadikan murid itu lebih
matang untuk menjalani kehidupan seharian.

Hadirin yang dihormati,

Kepentingan kegiatan kokurikulum yang seterusnya ialah kegiatan ini


dapat mencergaskan tubuh badan murid. Kecergasan tubuh badan dapat
dizahirkan semasa melakukan aktiviti sukan. Dengan bersukan, kita akan
dapat mengelakkan diri daripada sebarang penyakit.

Bukan itu sahaja, kegiatan kokurikulum juga dapat mengeratkan


hubungan dalam kalangan murid. Murid-murid dapat berkomunikasi dengan
baik dan bekerjasama dengan rakan kumpulan semasa melakukan aktiviti
kokurikulum. Oleh itu, perpaduan kaum dapat disemai dalam kalangan
murid yang berbilang bangsa dan agama.

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi


bahawa kegiatan kokurikulum mempunyai banyak kepentingan. Jadi, semua

32
murid harus menyertai kegiatan ini demi kebaikan diri sendiri. Sekian,
terima kasih.
Karangan Jenis Keperihalan

Percutian di Cameron Highlands

Cuti persekolahan telah bermula. Aku dan keluarga bercadang untuk


melancong ke Tanah Tinggi Cameron Highlands yang terletak di Pahang.
Aku berasa sungguh gembira dan teruja.

Pada awal pagi lagi, aku dan keluarga bertolak ke desntinasi impian
kami. Sepanjang perjalanan, aku menyaksikan pemandangan yang indah.
Tidak sabar rasanya untuk aku melihat panorama indah di puncak bukit itu
nanti.

Setelah tiga jam menempuh perjalanan, kami pun tiba di Tanah


Tinggi Cameron Highlands. Kami mendaftar masuk di hotel penginapan kami
yang tersergam indah. Selepas itu, kami menikmati makanan tengah hari.
Aku mula berasa kesejukan. Begitu juga dengan ahli keluargaku yang lain.
Kedinginan udara di situ mencengkam tubuh.

Pada sebelah petang, aku dan keluarga telah berkunjung ke ladang


teh. Di situ aku berpeluang untuk memetik daun teh di ladang teh yang
sungguh luas. Kami juga turut menikmati teh strawberi segar di situ.
Rasanya sungguh enak. Kami juga telah berkunjung ke taman bunga.
Pemandangan di situ sungguh mengasyikkan dan mempesonakan.

Selepas itu, aku dan keluarga pergi pula ke ladang buah-buahan. Di


ladang buah-buahan itu terdapat pelbagai jenis buah. Aku memetik buah
strawberi sehingga puas. Kami juga membeli sayur-sayuran segar yang
banyak dijual di situ. Setelah malam tiba, kami menikmati keindahan malam
di tanah tinggi.

Setelah penat, kami pun balik ke hotel. Aku tidur nyenyak kerana
keletihan setelah seharian menghabiskan masa berjalan-jalan di sekitar
tanah tinggi. Esok pagi kami akan bergerak pulang ke Kuala Lumpur selepas
bersarapan pagi di hotel. Saya berharap agar dapat bercuti di sini lagi
pada cuti sekolah akan datang.

32
Karangan Jenis Catatan

Sambutan Hari Kanak-kanak

Rabu, 15 Oktober 2020

8.30 pagi
Pada minggu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari
Kanak-kanak peringkat sekolah. Sebelum majlis bermula, kami berkumpul
di dewan besar. Acara pada pagi itu dimulai dengan ucapan daripada Guru
Besar, iaitu Puan Rosnani binti Ishak. Beliau meminta semua murid terus
berusaha untuk memajukan diri masing-masing dalam akademik mahupun
kokurikulum. Kami mendengar ucapan beliau dengan teliti.

9.00 pagi
Saya dan rakan-rakan membuat persembahan. Kami telah
mempersembahkan koir tentang keistimewaan kanak-kanak. Persembahan
kami mendapat tepukan yang gemuruh daripada para penonton. Kami
berasa sangat bangga. Selepas itu, persembahan-persembahan dari kelas
lain turut diadakan seperti nyanyian dan lakonan.

10.00 pagi
Selepas itu, kami bermain sukaneka. Acara sukaneka di padang sungguh
meriah. Kelas saya mendapat tempat pertama dalam acara lari dalam guni.
Bukan itu sahaja, saya dan rakan-rakan sekelas juga telah memenangi
pertandingan bola jaring mengalahkan guru-guru sekolah saya. Saya dan
rakan-rakan berasa sangat gembira kerana melalui aktiviti ini dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara rakan-rakan dan para guru.

11.30 pagi
Majlis pada hari ini diakhiri dengan jamuan ringan. Kami telah dijamu
dengan makanan-makanan yang sangat enak seperti nasi tomato, aiskrim,
kek dan coklat. Semua makanan ini ditaja oleh pihak PIBG sekolah. Semasa
menjamu selera, acara cabutan bertuah berlangsung. Saya sungguh
bertuah kerana mendapat hadiah yang ditaja oleh guru-guru.

12.30 tengah hari


Saya dan rakan-rakan pulang ke rumah. Saya telah mendapat pengalaman
yang sangat menyeronokkan. Saya tidak akan melupai kenangan manis ini

32
sampai bila-bila. Walaupun sambutan ini diadakan secara sederhana namun
kemeriahannya sangat terasa.

32

Anda mungkin juga menyukai