Anda di halaman 1dari 1

Kamu telah mengadakan sambutan hari lahir kamu

yang ke-10. Tulis suasana dan gambaran sepanjang


majlis itu berlangsung dalam sebuah karangan.

Setiap 17 November, bermakna usia saya bertambah


lagi setahun. Saya tidak pernah menyambut hari
kelahiran secara besar-besaran. Biasanya pada hari
tersebut ayah dan ibu akan membeli kek dan hadiah.

Pada tahun ini ayah mahu mengadakan


sambutan agak besar sedikit untuk menyambut hari
kelahiran saya. Lalu, saya mengedarkan kad jemputan
kepada rakan-rakan seminggu sebelum tarikh
tersebut. Ayah dan ibu juga mengundang sepupu
saya.

Pada tarikh yang ditetapkan, hari Sabtu pukul


2:00 petang, rakan-rakan mula tiba di rumah saya.
Apabila orang sudah ramai datang, saya memulakan
dengan meniup lilin dan memotong kek. Rakan-rakan
menyanyikan lagu “Selamat Panjang Umur”.

Ayah kemudian menyampaikan ucapan dengan


mengharapkan saya rajin belajar dan menjadi seorang
anak yang baik. Saya hanya mengangguk mendengar
kata-kata itu. Selepas itu, rakan-rakan menghulurkan
buah tangan yang dibawa dari rumah.

Acara berakhir pada pukul 6:00 petang.


Suasana amat meriah sepanjang acara dijalankan.
Saya gembira dengan acara yang diuruskan oleh ayah
dan ibu. Sebagai balasan, saya berjanji kepada
mereka akan belajar bersungguh-sungguh sebagai
membalas jasa mereka.

Anda mungkin juga menyukai