Anda di halaman 1dari 1

Karangan pemerihalan – Pengalaman Hari Keluarga.

Pada hujung minggu yang lalu, sekolah saya telah menganjurkan Hari
Keluarga.Hari Keluarga ini dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk mengeratkan (1)______________________ antara
pihak sekolah dengan ibu bapa.Pihak sekolah dan PIBG yang menganjurkan program ini
berharap agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan penuh gilang-
gemilang.Selain itu, program ini bertujuan untuk memungut wang bagi mengisi tabung
kewangan PIBG.

Bagi menjayakan Hari Keluarga, pelbagai acara dan aktiviti telah dijalankan,
termasuk menyediakan (2)_________________________ jualan yang mencukupi.Gerai-
gerai tersebut menjual pelbagai barang makanan, minuman, hasil kraf, permainan, buku,
dan sebagainya.Selain itu beberapa acara pertandingan seperti pertandingan memasak,
melukis, menyanyi, dan sukaneka diadakan sepanjang hari itu.

Sesudah upacara (3)_______________________ Hari Keluarga disempurnakan


oleh Yang Dipertua PIBG, semua aktiviti dijalankan.Pengetua mengiringi Yang Dipertua
PIBG untuk meninjau gerai-gerai yang sudah beroperasi setelah perasmian dibuat.Semua
acara berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.Pada awal pagi suasana di sekolah agak
bising dengan pelbagai karenah keluarga yang hadir.

Pada waktu pagi selepas upacara perasmian, saya dan keluarga melawat gerai untuk
melihat barang-barang yang dipamerkan dan dijual.Setelah puas berjalan ke sana ke sini,
kami berhenti di (4)_________________________________ untuk menjamu
selera.Sesudah makan, kami menuju ke tempat pertandingan melukis.Adik saya ingin
menyertai pertandingan itu kerana dia berbakat dalam seni lukis.

Kesimpulannya, program ini dapat memupuk (5)__________________ dan


kekitaan dalam kalangan warga sekolah saya.Walaupun sebelum ini masing-masing sibuk
dengan hal dan tugas, tetapi apabila Hari Keluarga diadakan, maka semua pihak
berganding bahu untuk menjayakannya.Program ini wajar diadakan setiap tahun untuk
mengharumkan nama sekolah dan menggalakkan penyertaan ibu bapa dalam program
sekolah.

Anda mungkin juga menyukai