Anda di halaman 1dari 1

HARI KANTIN SEKOLAH SAYA

Pada bulan Mei yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin. Tujuan
Hari Kantin itu diadakan adalah untuk mengumpul wang bagi membina bangunan baru
sekolah saya.
Aktiviti tersebut bermula pada pukul 8!! pagi. Pada Hari tersebut, ramai ibu
bapa dan murid"murid hadir ke sekolah untuk memeriahkan suasana. Pelbagai jenis
gerai dibuka untuk para pengunjung yang hadir. Antaranya seperti gerai makanan,
minuman, buah"buahan, sayur"sayuran dan sebagainya. #uasana pada hari tersebut
sungguh meriah.
#elain itu, murid"murid dan ibu bapa berpeluang menghiburkan hati masing"
masing dengan bermain pelbagai jenis permainan yang menarik. Kesemua permainan
itu diadakan di dalam kelas. Antara permainan tersebut adalah seperti melempar
gelung, boling botol, rumah hantu dan sebagainya.
Pelbagai jenis persembahan yang menarik juga turut diadakan di dewan. Antara
persembahan yang diadakan adalah seperti tarian, lakonan, koir dan lain"lain lagi.
Murid"murid yang terlibat mengadakan persembahan masing"masing dengan penuh
semangat.
Hari Kantin pun tamat pada pukul $!! petang. %uru &esar sekolah saya berasa
gembira kerana pihak sekolah berjaya mengumpulkan wang untuk membina bangunan
sekolah yang baru.

Anda mungkin juga menyukai