Anda di halaman 1dari 2

Teori Kepuasan Kerja

Teori Dua Faktor Herzberg

Teori Dua Faktor Herzberg juga dikenali sebagai Teori Motivator-Hygiene di samping beberapa
konsep lain seperti content-context factor, instrinsic-extrinsic factor dan satisfiers-dissatisfiers
factor . Schultz, 1970; Blum dan Naylor, 1968 menyatakan bahawa teori itu begitu mendapat
perhatian kerana menimbulkan banyak konstroversi antara penyokong dan penentang teori ini.
Teori Herzberg ini sebahagiannya berasaskan kepaqda formulasi aras-aras keinginan
Abraham Maslow dan asas kepada teori ini adalah keperluan asas atau keperluan di peringkat
rendah adalah penting diberi perhatian sdepenuhnya sepanjang masa. Jika sebarang keperluan
asas tidak dipenuhi maka akan berlakulah ketidakpuasan kerja. Walau bagaimanapun, memenuhi
kehendak keperluan asas tidak bermakna kepuasan kerja akan tercapai. Faktor-faktor yang akan
memberi kepuasan kerja adalah keperluan-keperluan di peringkat tinggi seperti keperluan diri
(self actualization). Begitu pun, kegagalan untuk mencapai kesempurnaan diri dalam pekerjaan
tidak pula semestinya membawa kepada ketidakpuasan kerja.
Teori Dua Faktor Herzberg berasaskan kepada kajian yang dilakukan oleh Herzberg,
Mausner dan Snyderman (1959) ke atas 203 orang ekerja professional yang terdiri daripada
jurutera dan akauntan. Dengan menggunakan metodologi critical incidents, penyelidik
menemuduga setiap subjek dengan meminta mereka menyatakan secara terperinci tentang
pekerjaan mereka. Responden dikehendaki menyatakan perasaan mereka terhadap pekerjaan
sama ada positif atau negatif. Dapatan kajian menunjukkan perkara-perkaraq yang berkaitan
dengan situasi bekerja yang tinggi (satisfier) adalah berlainan daripada perkara-perkara yang
berkaitan dengan situasi kepuasan bekerja rendah (dissatisfier). Perkara-perkara yang wujud
semasa kepuasa bekerja adalah seperti pencapaian, pengiktirafan, kemajuan, tanggungjawab dan
iklim pekerjaan.
Kesemua perkara ini adalah berkaitan dengan isi (content) sebenar pekerjaan. Perkaraperkara ini kemudian dikenali sebagai factor content, motivator dan instrinsic. Situasi
ketidakpuasan kerja pula mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan
pentadbiran syarikat, hubungan interpersonal dengan rakan dan ketua, keadaan tempat kerja,
penyeliaan dan kehidupan personal. Perkara-perkara ini kemudian dikenali sebagai factor
context, hygiene, extrinsic dan maintainance.
Beradasarkan kepada penemuan
kajian mereka, Herzberg dan rakan-rakan
kemudiaannya mencadangkan pembentukan dua kelas umum pembolehubah pekerjaan iaitu
satisfier dan dissatisfier. Satisfier adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang membawa
kepada kepuasan bekerja yang secara umumnya adalah merupakan faktor-faktor content atau
hygiene pekerjaan.

Teori dua faktor Herzberg adalah berdasarkan cadangan di atas yang mempunyai tiga
keadaan kepuasan bekerja yang boleh dialami oleh seseorang individu iaitu puas, sederhana dan
tidak puas. Selanjutnya terdapat dua set keinginan dalam teori ini iaitu hygience dan motivator.
Keinginan hygience dicapai melalui faktor extrinsic manakala keinginan motivator pula dipenuhi
melalui faktor intrinsic. Perkara-perkara yang tergolong dalam faktor hygience adalah adasar dan
pentadbiran organisasi, penyeliaan, hubungan interpersonal, keadaan tempat kerja, gaji, jaminan
kerja dan status. Faktor motivator pula terdiri daripada pengiktirafan, tanggungjawab,
pencapaian, peluang kenaikan pangkat dan pekerjaan itu sendiri.
Penentuan kecapaian keinginan hygience dan motivator amat memerlukan satu tingkat
kepuasan bekerja yang akan dirasai. Jika keinginan hygience tidak dipenuhi, maka keadaan ini
akan menyebabkan seseorang itu akan berada pada tingkat tidak puas. Tetapi peningkatan
pencapaian, keinginan hygience hingga ke nperingkat maksima tidak bermakna individu itu
mendapat kepuasan bekerja hanya pada peringkat pertengahan sahaja.
Oleh itu, keinginan hygience tidak akan membuatkan seseorang itu berada pada peringkat
puas. Set keinginan yang dapat membuatkan seseorang itu mendapat kepuasan adalah keinginan
motivator. Keinginan ini dicapai melalui faktor-faktor intrinsic. Sekiranya keinginan motivator
tidak dicapai, tidaklah pula bermakna individu akan mengalami ketidakpuasan, tetapi berada
pada peringkat pertengahan.

Anda mungkin juga menyukai