Anda di halaman 1dari 2

TATA CARA PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI JELOK, KAJANG


SKRIP PENGACARA MAJLIS/PENGAWAS BERTUGAS PERHIMPUNAN
** PENGACARA MAJLIS :

- Dijemput kepada semua guru duduk di kerusi yang disediakan di tapak perhimpunan.
- Murid-murid luruskan barisan
- Tangan angkat, jatuh ( 3 kali), Senang diri, jaga sedia ( 3 kali)
- Sekarang di jemput . (sebut nama Pengawas bertugas) untuk memimpin bacaan doa.
PENGAWAS BERTUGAS BACAAN DOA:
- Semua murid Islam diminta tadah tangan untuk membaca surah al-Fatihah.
(Pegawas bertugas memimpin bacaan doa)
** PENGACARA MAJLIS:
- Terima kasih diucapkan kepada .(sebut nama pengawas)
- Majlis diminta berdiri tegak untuk nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
- Majlis menjemput (sebut nama guru/murid) untuk mengiringi nyanyian semua lagu tersebut.
(Guru Muzik/murid tampil ke hadapan dan mengiringi nyanyian lagu-lagu tersebut.)
- Terima kasih diucapkan kepada . (sebut nama Guru/murid pengiring lagu)
** PENGACARA MAJLIS :
- Terima kasih diucapkan kepada . (sebut nama pegawas)
- Seterusnya, dijemput . (sebut nama Ketua Pengawas/Pen. Ketua Pengawas) untuk melafazkan
Ikrar Tahun 6.
KETUA PENGAWAS/PEN. KETUA PENGAWAS:
- Ikrar Tahun 6 (sebut AP)
- Lafazkan Ikrar Tahun 6 (Selesai, Ikrar Tahun 6 sebut AP)
** PENGACARA MAJLIS :
- Terima kasih diucapkan kepada (sebut nama Ketua/Pen. Ketua Pengawas)
- Sekarang, dijemput guru bertugas minggu lepas untuk memberi laporannya. Dipersilakan.
- (Selesai Laporan Guru Bertugas minggu lepas)
- Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan/Cik . (sebut nama guru).
- Seterusnya, dijemput guru bertugas minggu ini untuk memberikan ucapannya. Dipersilakan.
- (Selesai Ucapan Guru Bertugas minggu ini)
- Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan/Cik (sebut nama guru)

- sambungan

UCAPAN/LAPORAN/AKTIVITI TAMBAHAN
* Jika ada aktiviti tambahan seperti Penyampaian hadiah/sijil, persembahan murid ATAU Ucapan Guru Penolong
Kanan, Guru Penolong Kanan HEM atau Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
PENGACARA MAJLIS:
- Majlis seterusnya mempersilakan . (sebut nama guru/murid) untuk menyampaikan .. (nyatakan acara/aktiviti yang
akan dipersembahkan)
- (Setelah selesai ucapan/aktiviti/acara)
- Terima kasih diucapkan kepada . (sebut nama guru/murid)

** PENGACARA MAJLIS :
- Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Salmah Binti Salleh, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Sri Jelok, untuk memberi ucapannya. Dipersilakan.
- (Selesai Ucapan Guru Besar)
- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Salmah Binti Salleh di
atas ucapan beliau sebentar tadi.
- Perhimpunan rasmi mingguan kita sudah sampai ke penghujungnya. Semua murid diminta berdiri
dengan senyap.
- (Setelah semua murid berdiri)
- Luruskan barisan. Tangan angkat, jatuh. (3 kali)
- Senang diri, jaga sedia. (3 kali)
- Diminta semua murid Islam membaca surah Al-Asr.
(Pengacara Majlis membaca bersama-sama dengan jelas.)
Sekarang, dijemput .. ( sebut nama pengawas bacaan doa ) untuk memimpin bacaan selawat.
- Semua Pengawas diminta mengiringi murid ke kelas masing-masing.
- Murid-murid Tahun 4 boleh beredar dengan senyap sekarang.
(Tunggu sehingga semua murid Tahun 4 beredar.)
- Murid-murid Tahun 5 boleh beredar dengan senyap sekarang.
(Tunggu sehingga semua murid Tahun 5 beredar.)
- Murid-murid Tahun 6 boleh beredar dengan senyap sekarang.

B E*********************************************************************************************************************
RDISIPLI

N
B E R WAWA S A
N BERBAKTI

Anda mungkin juga menyukai