Anda di halaman 1dari 3

(TEKS PENGERUSI UNTUK HARI GURU & JAMUAN HARI RAYA SMART)

PENGENALAN ( AINNUR )
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Yang Berusaha Tuan Syed Zulkarnain Bin Syed Nordin , Pengetua Sekolah Menengah Agama Rantau ,
Yang Dihormati Puan Norbee Binti Alias,Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Siti Zubaidah Binti Muhammad , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Norliza Binti Hj Musa , Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru- guru kanan mata pelajaran, barisan pendidik dan rakan-rakan pelajar yang dikasihi.
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya ,dapat kita berkumpul bersama-sama
pada hari ini untuk meraikan sambutan hari guru beserta sambutan hari raya Aidilfitri peringkat
Sekolah Menengah Agama Rantau tahun 2022.
Tanpa membuang masa,kita mulakan majlis dengan nyanyian lagu negaraku.
Semua murid dan guru diminta untuk berdiri .
(LAGU NEGARAKU SELESAI)
(SYAHIRAH)
Hadirin-Hadirat dipersilakan duduk.
Seterusnya, bagi memberkati majlis pada hari ini dijemput saudara Muhammad Hafiz Firdaus bin
Nazli dari tingkatan 5 Shafie untuk membacakaan doa, dipersilakan.
(DOA SELESAI) Amin..amin yarabbalalamin.
Terima kasih diucapkan kepada saudara Hafiz diatas bacaan doa sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan penyampaian ucapan daripada Saudari Safiyyah Suhailah binti Shahri
selaku Ketua Pengawas tahun 2022.(UCAPAN SELESAI)

(AINNUR )
Terima kasih diucapkan kepada Saudari Safiyyah diatas ucapan itu tadi.
Seterusnya, dijemput Puan Norbee Binti Alias untuk membacakan perutusan menteri
pelajaran.Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(BACAAN PERUTUSAN SELESAI) Terima kasih diucapkan kepada Puan Norbee diatas penyampaian
itu tadi.

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Seterusnya , dijemput Tuan syed Dzulkarnain Bin Syed Nordin untuk memberikan sepatah dua
kata,dipersilakan.
(UCAPAN SELESAI)
( SYAHIRAH )
Teima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua diatas ucapan itu tadi.
Kita teruskan majlis, dengan nyanyian Lagu Guru Malaysia seterusnya bacaan ikrar yang akan
diketuai oleh Encik Mohd Khairul Amal. .
Dipersilakan guru-guru untuk naik ke atas pentas .. (NYANYIAN DAN BACAAN
IKRAR SELESAI) .
Guru guru dipersilakan untuk mengambil tempat.
Sehabis merah daun yang sihat,………………………………………………………………………………………………………
Dahan melebar bercerita sakan,
Sambutan hari guru mohon berehat
Persembahan pelajar kita saksikan.

Yang ditunggu-tunggu telahpun tiba,majlis diteruskan dengan persembahan gimik hari guru. .
Dipersilakan (VIDEO SELESAI)
( AINNUR )
Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan persembahan daipada pelajar..
Dijemput saudari Nur Syahirah Alyfah bt Dasiril dan saudari Nur Sharifah bt Sulaman untuk
mendeklamasikan sajak dan puisi. Dipersilakan.
(PERSEMBAHAN SELESAI)
Terima kasih diucapkan kepada saudari Syahirah Alyfah dan Nur Sharifah atas persembahan
sebentar tadi . Persembahan tersebut telah dibimbing oleh Pn Nor Aziyan bt Shaari . Untuk
makluman semua, persembahan hari akan disambung selepas ini. .(PERSEMBAHAN SELESAI)
( SYAHIRAH )
Baiklah,majlis diteruskan dengan acara permainan guru-guru dan murid.(*acara permainan guru)
Majlis seterunya akan diserahkan kepada saudari Wan Naufara binti Wan Zahari. Dipersilakan
( AINNUR )
PENUTUP
Alhamdulillah, berakhir sudah acara permainan guru guru dan murid.
Bunga melati bunga kemboja,
Harum mewangi diruang tamu ,
Jasa guru tidak terkira,
Mendidik kami tanpa jemu .
Selepas ini adalah acara sambutan hari raya aidilfitri peringkat SMA Rantau. Diminta pelajar
memberikan Kerjasama yang baik bagi persediaan acara seterusnya. Saya dengan segala hormatnya
menyerahkan kepada saudari Nur Sarah binti Khatiburrahman. Terima kasih ..

Anda mungkin juga menyukai