Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih kepada semua guru dan pelajar, guru-guru dipersilakan untuk duduk.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Yang dihormati
Ustaz Eshak bin Haji Ibrahim, Pengetua SMKA Tun Sakaran

Para pentadbir sekolah (sebut yang ada dalam majlis sahaja)

1. Puan Zalekho binti Ali - Penolong Kanan Pentadbiran


2. Tuan Haji Hajim bin Ispal - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3. Encik Amir Hassan bin Baadul - Penolong Kanan Kokurikulum
4. Dr. Hajah Inda Salbiah binti Haji Salleh - Penolong Kanan Tingkatan 6

Yang dikasihi lagi disayangi, para guru dan seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Alhamdulilah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin
dan inayahNya maka dapat kita berkumpul pada pagi yang indah ini.

Bagi memberkati lagi majlis perhimpunan kita pada pagi ini, majlis mempersilakan
saudara .........Andi Asymawi.................................................................... untuk membacakan doa.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(selepas doa)

Amin 2x ya Rabbal Alamin, majlis merakam ucapan terima kasih kepada saudara ......... Andi
Asymawi........................................................ atas bacaan doa sebentar tadi.

SETITIK TINTA MENJADI NODA


SETITIK SALAH MENJADI DOSA
BULAN PENUH BERKAH SEGERA TIBA
MARI TEKUN IBADAH DI BULAN PUASA
MARHABAN YA RAMADHAN
SAMBUTLAH DENGAN PENUH KESYUKURAN

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Al-fadhil Ustaz Eshak Bin Haji Ibrahim (Mudir
Smka Tun Sakaran) untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program
raudhah ramadan 1444h bersamaan tahun 2023m.
dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

***setelah selesai ucapan Mudir , pasang selawat sebagai gimik perasmian (30 saat shj).
Selesai selawat , jemput KB PI dan Mudir…

Majlis dengan penuh hormat mempersilakan Ustaz Aerman Alam Bin Hj Alam (Ketua
Bidang Pendidikan Islam), menjemput dan mengiringi Al-Fadhil Ustaz Eshak Bin Hj Ibrahim
(Mudir Smka Tun Sakaran) untuk turun ke dataran bagi menyampaikan kurma kepada wakil
setiap kelas sebagai santapan helwah di ambang Ramadan Al-Mubarak.
Mohon juga semua guru untuk sama-sama berdiri.
***lagu “Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan” dimainkan sepanjang acara penyampaian kurma
kepada pelajar bermula Ting 2 – Ting. 6 dan mudir naik semula di atas pentas. Wakil pelajar
akan menyerahkan kurma & bookmark kepada pengetua,penolong kanan dan semua guru di
atas pentas.
Setelah selesai penyerahan kurma kepada semua guru… hentikan lagu (guru boleh duduk)

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN


MARHABAN YA RAMADHAN…
DIRUNGKAI KATA DENGAN BISMILLAH
TERUCAP SALAM SEIRING SEMBAH

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan mudir atas ucapan perasmian
dan penyampaian kurma kepada para pelajar sebagai tanda gimik Pelancaran Program
Raudhah Ramadan Peringkat Smka Tun Sakaran Tahun 1444h Bersamaan 2023.

DENGAN ITU, BERAKHIRLAH SESI PERHIMPUNAN KITA PADA PAGI INI.


PUCUK SELASIH BERTUNAS MENJULANG
DAHANNYA PATAH TOLONG BETULKAN
PUASA RAMADAN KEMBALI MENJELANG
SALAH DAN SILAP MOHON DIMAAFKAN

Akhirul Kalam… SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAQ


SEMOGA AMAL IBADAH KITA DITERIMA ALLAH SWT.

Anda mungkin juga menyukai