Anda di halaman 1dari 3

ARAHAN:

1. Sila pastikan pelajar dalam keadaan bertenang, beratur mengikut kelas


masing-masing, luruskan barisan, dan bersedia.
2. Sila pastikan no.6 (jika ada guru yang ingin membuat
pengumuman/ucapan) dan no.7 (pengetua/pkp/pkhem/pkkoko)
sebelum perhimpunan bermula.

TEKS PENGACARA PERHIMPUNAN

1. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, dan salam sejahtera.


Yang berusaha Puan Hajah Faridah binti Abdul Wahab pengetua SMK Bukit
Gambir.
Yang dihormati :
• Encik Saffie bin Ahmad, penolong kanan pentadbiran
• Encik Mustaffa bin Hashim, penolong kanan hal ehwal murid
• Puan Syudaida binti Mohamed Ismail, penolong kanan kokurikulum
Guru-guru kanan mata pelajaran, para pendidik, barisan kepimpinan pelajar,
dan rakan-rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

2. Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pulau


Pinang, dan Lagu Sekolah.
Semua guru dan pelajar diminta untuk berdiri tegak dan bersedia bagi
menyanyi bersama dengan iringan muzik.
Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas nyanyian itu
sebentar tadi.

3. Kini, majlis menjemput saudara/saudari ………………………………………………..


bagi mengetuai bacaan ikrar.
Terima kasih kepada saudara/saudari......................................... atas bacaan
ikrar sebentar tadi.
4. Bagi memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, majlis mempersilakan
saudara ........................................................... untuk bacaan doa.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara ……………………………..
atas bacaan doa sebentar tadi.
Guru-guru dan para pelajar dipersilakan duduk.

5. Seterusnya, majlis menjemput guru yang bertugas pada minggu lepas iaitu
………………………….………………………………………………..……………………………………
bagi menyampaikan ulasan laporan pada minggu lepas. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

6. PENGUMUMAN TAMBAHAN (GURU-GURU ATAU TETAMU)(BERTEMA)


Majlis dengan ini menjemput ……………………………………………………………
untuk memberikan ucapan.
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

7. Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan


o Pengetua SMK Bukit Gambir, Puan Hajah Faridah binti Abdul Wahab
o Penolong kanan pentadbiran, Encik Saffie bin Ahmad
o Penolong kanan hal ehwal murid, Encik Mustaffa bin Hashim
o Penolong kanan kokurikulum, Puan Syuhaida binti Mohamed Ismail
bagi memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan sekalung terima kasih kepada……………………………………..
atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

8. Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan ..............................................


untuk memberikan tazkirah sempena Maal Hijrah. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada ............................................atas
tazkirah sebentar tadi.

9. PENGUMUMAN LAIN-LAIN
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
...........................................................................................................................
...........................................................................................................................
Baiklah, para guru dan pelajar sekalian, dengan berakhirnya tazkirah itu tadi,
maka berakhirlah sudah majlis perhimpunan kita pada hari ini.
Majlis diakhiri dengan lafaz wabilahi taufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Kini dimaklumkan bahawa barisan pentadbir sekolah dan guru-guru boleh


meninggalkan tapak perhimpunan.
Seterusnya, para pengawas boleh bersiap sedia di tempat bertugas
masing-masing.
Para pelajar juga boleh masuk ke dalam kelas mengikut barisan kelas
masing-masing.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai