Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada,

Yang Berusaha Cikgu Wan Narudin bin Wan Jafar,


Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Aping

Yang Dihormati Barisan Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Aping,


1. Cikgu Matjani Bin Mahri, Penolong Kanan  Pentadbiran.
2. Cikgu Martinie Matthew, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3. Cikgu Ronny anak Unan, Penolong Kanan Kokurikulum.
  
Para guru dan seterusnya rakan-rakan yang dikasih sekalian.

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izinNYA,


maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.

NYANYIAN  

Memulakan majlis, marilah kita sama-sama berdiri tegak dan bersedia bagi
menyanyikan lagu

 Negaraku
 Ibu Pertiwiku DAN
 Lagu Sekolah

Terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan atas nyanyian   sebentar tadi. Semua
dipersilakan duduk.

DOA 
Untuk memberkati majlis perhimpunan kita pada pagi ini, majlis menjemput
saudara/saudari _________________________________  untuk bacaan doa yang
pertama.

Seterusnya dipersilakan saudara/ saudari …………………………………. Untuk


bacaan doa yang kedua. Dipersilakan.

HABIS DOA
Majlis mengucapkan terima kasih  atas bacaan doa sebentar tadi. 

BACAAN IKRAR
Seterusnya, dipersilakan saudara/ saudari ……………………………………. Untuk
mengetuai bacaan ikrar pada hari ini. Dipersilakan.

SLOT ANTIDADAH
Seterusnya, kita beralih kepada slot bacaan info 5 minit antidadah, majlis dengan ini
mempersilakan saudara/ saudari ……………………………………………… untuk
membacakan info antidadah.

SLOT ANTIRASUH
Majlis diteruskan dengan bacaan info antirasuah. Dipersilakan saudara/ saudari
…………………………………. Untuk membacakan kita info berkaitan antirasuah.
Dipersilakan.

Terima kasih kepada saudara/ saudari ………………………………….. atas bacaan


info yang sangat bermanfaat itu tadi.

UCAPAN GURU
Tanpa membuang masa dijemput guru-guru yang ingin memberikan sepatah dua
kata………………………………….

Majlis mempersilakan.
HABIS UCAPAN

Terima Kasih Cikgu.

UCAPAN GURU BESAR/ PENTADBIR

Seterusnya,  majlis mempersilakan ……………………………………………


………………………………………………………………………………………..…
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Aping untuk menyampaikan ucapan beliau.

Dipersilakan.

HABIS UCAPAN
Ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan
oleh …………………………………………………………… sebentar tadi. Semoga
nasihat, teguran, amanat yang disampaikan dapat kita jadikan panduan untuk ke arah
kecemerlangan.

NYANYIAN LAGU
Mengakhiri majlis, guru-guru dan rakan-rakan dipersilakan berdiri dan bersedia bagi
menyanyikan lagu SEKOLAHKU SEJAHTERA DAN FLY KENYALANG FLY

Dipersilakan

BERSURAI.

Dengan ini, Perhimpunan kita sudah sampai dipenghujungnya,   Semua rakan murid


boleh beredar ke kelas masing-masing mengikut arahan pengawas yang bertugas.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai